BENGKEL JUTAWAN SAHAM + EXTRA FUTURE BASIC CLASS

TEMPAT MSUITES HOTEL JOHOR BAHRU 30 OGOS 2009 Alhamdulillah ,bengkel berjalan dengan lancar. Untuk sekian kalinya,saya menerangkan asas pelaburan di Bursa Malaysia dan juga ceritera pasal pasaran hadapan Bursa Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada peserta yang datang dari Pekan Pahang En Fadli dan Juga bekas peserta yang ingin sertai ulangan pembelajaran asas pelaburan. Tak lupa juga pada pemain forex yang sudah menunjukkan minat untuk bermian ala-ala forex yang underlying asetsnya adalah Bursa Malaysia Index dan juga Minyak Sawit Malaysia. Terima kasih juga atas cadangan dan ulasan positif dari semua. ...................... untuk peserta yang sudah mempunyai CDS Account bolehlah buat analisa mana satu kaunter terbaik dalam sektor terbaik.mungin sukar..tetapi jika minat cubalah..kita boleh berbincang nanti.Ingat,setiap wang ringgit yang kita laburkan adalah hasil penat lelah kita bekerja.jadi usahalah sedikit,untuk memastikan kita berpuas hati dalam keputusan pelaburan yang kita buat. OMS188-Sytstem Platform terbaik yang OSK Investment Bank dah Ciptakan untuk semua pelabur saham/FKLI/FCPO Malaysia. Sila download. dan saya akan buat kelas khas untuk mempelajari system OMS188 ini.Supaya kita dapat menggunakannya dengan lebih berkesan lagi. UNTUK SESIAPA YANG INGIN SERTAI BENGKEL SAYA YANG TERDEKAT ,SILA CALL UNTUK BOOKING. lOKASI.KUALA LUMPUR TARIKH:13-9-09 JANGKAMASA BENGKEL; 6JAM BUFET PUASA DISEDIAKAN. ________________________________ Ramai orang yang menelefon saya untuk menyertai bengkel ini.Dan ada juga yang sekadar untuk 'mengetest' saya tentang bidang pelaburan.Serta ada juga yang berniat untuk menipu saya...hentikanlah..niat saya ikhlas untuk mendedahkan pelaburan sebenar disamping mendapat wang kopi dari begkel yang dijalankan ini. Kepada yang nak berkenalan dialu2kan,tetapi harus ingat saya sudah mempunyai keluarga dan seorang isteri cantik putih gebu...tak mungkin tergoda lagi..heheh. opppssss ..... kita masuk semula pasal hal bengkel. Bengkel yang bermula secara kecil-kecilan ,-dijalankan di pejabat saya-meeting room-Skudaivilla clubhouse kini sudah mula bergerak ke Hotel2 dan ada juga yang ingin menjemput saya ke Syarikat korporat terkenal malaysia spt Telekom dsbnya. Alhamdullillah,kini masyarakat mula memahami apa itu pelaburan yang sebenarnya..dan tahu macam mana nak berspekulasi dengan teknik-tekniknya. Kini,Bengkel Jutawan Saham sudah mendapat sokongan penuh dari ahli2 Persatuan Perunding Unit Amanah Bumiputra Malaysia.Kepada yang belum sertai Persatuan ini,saya mengambil kesempatan mengajak join kelab ini.sebab saya pun salah seorang ahli nya.... Saya mungkin akan membuat bengkel khas untuk semua agen2 unit amanah di Malaysia. Semuga kita bersama-meramaikan dan merancakkan lagi pasaran saham Malaysia yang sudah muram untuk sekian lamanya!!! orite...mungkin yang mengikuti blog saya,perasan ini antara tulisan saya yang agak panjang..sebab hari ini tak ramai yang call.Cuti Merdeka lagi.So adalah masa untuk menulis.. Mungkin saya akan menulis lebih panjang lagi untuk makluman semua.. Sekian Zamsaham/zam suka golf... Selamat berpuasa Semua.

0 comments:

GOLF VS SAHAM

Bulan puasa nie,terasa lain pulak bila tak masuk padang.. Rasa gatal je tangan nie!! Nak main,Takut ponteng puasa pulak. Maklumlah main golf tengah2 padang. Saya bercerita Pasal Golf nie,adalah nak bgtau,sesiapa yang nak lebih rapat dengan saya bolehla bermain bersama.
Gambar yang ada nie,ketika saya bermain dengan Client yang sudah menjadi kawan baik..dan kawan sepermainan golf. Di Johor, Tempat kegemaran saya main golf adalah di Pulai Spring Golf & Country Club-Listed Company in Bursa Malaysia Course Melana...cabarannya boleh tahan. Saya suka juga main bola sepak..futsal.Snooker Untuk Pengetahun semua,permainan golf nie adalah permainan yang paling mencabar pernah saya main. Sebab ianya menguji kita dari pelbagai segi.
  1. Kemahiran.
  2. Kejujuran
  3. Kesabaran
  4. Dan yang paling utama..permainan ini permainan yang menggunakan otak dah penuh tengan teknik.

Kepada Kekawan yang belum main atau ingin bermain golf..saya amat galakkan.Mungkin ada yang beranggapan Ianya permainan yan mahal...sebenarnya ianya tidak lagi...

Pergilah dapatkan set secondhand dahulu..baru berapa ratus je one set..Lepas tu belajar pergi driving range..ada modal lebih boleh mintak PRO ajarkan..

Tak pun mintak mana-mana otai Caddie ajarkan...Sebab saya dah jumpa ramai Caddie yang lebih pandai main dari Golfer.Ini kerana mereka memang mahir tentang sukan ini...mereka jumpa ramai orang yang main golf..

Antara sebab lain saya main golf nie..ialah masalah atau hal2 kehidupan akan dapat terlerai bila di Padang Golf...relax dan tenang...Tapi lagi tenang bila masa main tu dapat Par ataupun Birdie..

Untuk Pengetahuan Semua saya taklah pandai main sangat..tetapi bola golf takla hilang sampai lebih 10 biji macam masa awal2 menceburkan diri dalam permainanan golf ini...(tahun 2002 start belaja main)

Okeylah,saya akan sambung cerita pasal bengkel pulak nanti-semalam baru habis bengkel di MSUITES hotel Danga Bay.JB.

Sekian..

Peminat Sukan GOLF-dan Penyokong Kelab Golf Tanah Air.

ZAMGOLF @ ZAMSAHAM

0 comments:

BENGKEL JUTAWAN SAHAM 5

Bengkel terdekat
LOKASI:MSUITES JOHOR BAHRU-DANGA BAY
TOPIC:MEMBONGKAR RAHSIA PELABURAN DI BURSA MALAYSIA & ASAS PASARAN HADAPAN
MASA:12.30-6.30 PETANG
TARIKH:30/9/09
sila call untuk reserve tempat kerana bengkel terhad untuk 20 orang sahaja.
_____________________________________________________________

0 comments:

UNTUNG 400% DALAM MASA SEHARI!!

Dah lama tak tengok saham naik gila-gila. yang paling terbaru..saham counter Jetson Bhd. HArga 19-8-09 cuma 45cts hari ini dah jadi RM 1.50 .wow.. Anak dia-jetson bhd Wa lagi giler!! Naik dari 16cts sekarang harga dah hampir RM80cts.. inilah perkara yang nak dikongsi bersama.beli saham ketika ekonomi sedang dalam pemulihan.bila dah betul2 pulih..kita jual. Kepada peserta bengkel saya yang sudah start melabur. saya ucapkan tahniah!! dah untung jgn lupa belanja saya.. hehe.. ZAMSaham

0 comments:

BENGKEL JUTAWAN SAHAM -DORSETT HOTEL JB

Kepada Semua Peserta Atau Bakal Peserta, Bengkel Jutawan Saham akan diadakan seperti jadual berikut; Swiss in Hotel Kl. Ahad Ini ditangguhkan atas sebab teknikal problem dan digantikan dengan : Dorsett Hotel,Plentong Johor Bahru, Duration:2 petang -6.30 Petang Bayaran:RM220 Keperluan Pembelajaran:Sila bawa Surat Khabar The Star dan Laptop. Jumlah Kapasiti :10-25 Orang Sahaja Untuk makluman,parking di tingkat 2 dan 3 bangunan berhadapan Dorsett Hotel. Lobby berada di tingkat bawah Prima Regency. Got any problem,pls refer to my personal assistant at 0127618103 .Nadia or 0177225765-En Halim.

1 comments:

CERITERA SAHAM

semalam masa ngeteh' di UDA ada peserta baru dari Batu Pahat johor bertanyakan beberapa soalan tentang pelaburan, antaranya menanyakan sama ada main saham itu halal atau haram? jawapanya.bergantung kpd saham yang kita beli.kalau beli tabung haji plantation ,bank islam sudah tentulah HALAL. kalau beli carlsberg atau syarikat bank 'riba' sudah tentulah HARAM lain soalan ditanya berapa banyak nak start dengan pelaburan saham? Bergantung kepada harga seunit saham.kalau RM.20.maksudnya 1000 unit bersamaan RM200 ringgit ..simpan naik RM0.50 jual..contohnya!! untung dalam percent% adalah 150% sebab dapat RM500 cara kira untung: RM500-RM200=RM300 @150% Antara contoh fakta yang sudah naik beratus percent dalam masa tak sampai 6 bulan ialah. Integrated Rubber Corp. Harga bulan 6 RM.30 pergi naik sampai RM.90 pada bulan Ogos banyak contoh lain ...tapi nanti kater nak mempengaruhi orang masuk bengkel pulak. Oklah...untuk pengetahuan semua BEKAS PESERTA BENGKEL SAYA..Bengkel Berkenaan Pasaran Hadapan terpaksa ditangguhkan selepas HARI RAYA sebab sibuk dengan Bengkel Asas pelaburan Dan Kepada yag masih tak berapa clear pasal pelaburan ,dialu2 kan call saya...tapi janganlah lama sangat 3 -4 minit takda hal punya..paham2 jela...line masuk banyak. Nak borak panjang ajak pergi Ngeteh..haaa...sejam 2 pun takpa.. Okey.. Pesanan zamsaham: ingat jangan leburkan duit anda dalam pelaburan yang tidak betul. Ingat judi bukan saham,saham boleh jadi judi Forex dan saham adalah dua benda yang begitu berbeza.... Orite...mudahan saya ada masa lagi mcm hari ini..boleh tulis blog lagi.. adios amigosss zamsaham

4 comments:

PASARAN SAHAM OGOS 2009

HAI SEMUA PELABUR,... hari ini,Selasa 11 haribulan. Macam-macam org yang call saya,menanyakan tentang bengkel saya. Agak terkejut apabila ramai yang sudah melabur..tetapi melabur di tempat yang tak betul..akhirnya duit lebur..hehe Tidak mengapa,ini adalah perjalan hidup .Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Jgn serik untuk belajar. Untuk pengetahuan semua,saya sedang menyiapkan slide untuk presentation kepada beberapa pelabur dari Kota Singapura yang akan datang ke office saya dalam masa terdekat. hmm,lihat org luar dah nampak potensi pasaran saham kita.Bursa Malaysia. Okey..saya citer pasal saham hari ini..hari ini counter rubber glove naik banyak..agak mengarut jugak..Ada yang naik melebihi 100% tidak sampai 2 bulan!! Sila rujuk pergerakan Harga Latexx bhd.IRCB dan Topglove. Bayangkan siapa yang ada saham kaunter ini.Suka sampai menjerit..woo Ramai orang tanya saya tips apa nak beli...saya ada beri jgk 3-4 orang.Alhamdulliah ada yang tersenyum lebar..dan ada yang belum senyum(saham belum naik).takperr...sabar. Anyway,kepada yang dah untung saham atas tips yang saya bagi jgn luper belanja 'ngeteh' okey..sekian buat masa ini. Selamat Melabur.. ZAMSAHAM

0 comments:

BENGKEL JUTAWAN SAHAM

ZAMSAHAM akan berada di Skudaiviilla Clubhouse pada 15 dan 16 ogos ini Sila dapatkan borang pendaftaran di officenya RM150.00 untuk early birds. TQ

0 comments:

DAPATKAN NASIHAT DARI PAKAR PELABURAN SAHAM BURSA-ZAMSAHAM

0 comments: