Video Semangat Jutawan 1

Sila clik selingan video semangat Jutawan 1.

0 comments:

CPO uptrend-Testimoni Peseta Untung RM3100 seminggu

Alhamduliilah,Harga FCPO-minyak sawit naik lagi. Minggu lepas bekas peserta (En Razak) dari Kota Tinggi Johor buat untung lagi sebanyak RM3100 untuk seminggu trading.En Razak hanya bermodalkan RM8000 untuk satu lot. sekarang belian sudah mahir dalam membuat keputusan pelaburan FCPO sendiri dan melalui pemerhatiannya,buah sawit dijangka akan terus berkurangan akibat dari banjir yang sedang melanda sekarang ini. Hanya sekadar ulasan:Apabila banjir,pemotong buah sawit tidak dapat memotong buah sawit.Hasil pengeluaran kurang,tetapi permintaan tetap sama atau bertambah.harga sawit akan naik. Indikator teknikal menunjukkan buy signal dari masa harga RM2230 dan saya menjangkakan dalam masa terdekat boleh hit RM2520 sebagai target paras halangan seterusnya. Teknik yang En Razak gunakan,
  1. Pastikan arah trend.
  2. Masuk mengikut arah trend,tidak terburu-buru tetapi bijak mengambil peluang
  3. Melihat MA golden cross short term-untuk masuk harian
  4. Tak profit apabila sudah sampai masanya.
  5. Relax dalam membuat keputusan.
Sekarang saya sedang mengumpul salinan cek keuntungan harian dan mingguan yang diperolehi oleh En Rzak sebagai bukti pelaburan dalam pasaran hadapan boleh menjana pendapatan kedua yang lumayan jika tahu tekniknya. sekian, Zamsaham Remisier/Futures Broker

2 comments:

RAHSIA YANG TIDAK DISEDARI!

APAKAH SEBENARNYA ‘MARKET CRASH’ ‘MARKET CRASH!” Ramai orang yang takut apabila mendengarnya.Tetapi adakah mereka faham apakah sebenarnya dengan maksud market crash atau pasaran menjunam itu? Di sini kita akan membicarakan bagaimana dan hubung-kait tersirat pasaran saham dengan Physcology pemain pasaran saham. Pelabur suka pasaran naik.Pasaran yang sedang hot atau lebih dikenali sebagai bull market boleh merubah ‘perangai’ seseorang.Lebih-lebih lagi ditambahkan dengan kenyataan orang kenamaan seperti Tun Daim Zainuddin yang setiap kata-katanya memberikan kesan kenaikan yang besar kepada pasaran Bursa Saham Kuala Lumpur.Ramai orang yang memerhatikan gerak-geri Tun Daim selepas itu dan memgambil keputusan membeli saham yang mahal.Mereka sebenarnya sudah terperangkap dengan permainan 'putaran saham' kerana selepasa itu pasaran turun menjunam dengan teruknya pada tahun 1997-dan 1998.Habis untung malah ditambah pula dengan kerugian sehinggakan ada yang memberi kesan mental kepada sesetengah pelabur ketika itu.Tidak lama kemudian,pasaran naik semula secara mendadak sehingga tahun 2001. Untuk mengelakkan terperangkap dalam kerugian bermain saham,kita semua harus tahu ‘pattern pasaran saham dan physcology pelabur. Semua orang yang berada dalam pasaran kewangan selalunya membuat keputusan pelaburan yang silap.Sepatutnya,apabila orang sedang sibuk hendak membeli ,masa itulah mereka jual saham.Tetapi,perkara sebaliknya pula yang berlaku kerana kebanyakkannya membeli saham ketika harga sedang mahal dan menjualnya ketika harga murah.Sifat tamak ketika membeli,dan sifat panik ketika menjual biasanya menguasai emosi dan pemikiran pelabur ketika membuat keputusan .Maka hal yang demikaian,95 peratus orang yang main saham mengalami kerugian.hanya 5 peratus sahaja yang untung! Statistik ini pasti mengejutkan semua. Umum,perlu sedar pasaran saham adalah pasaran yang satu pihak menang manakala satu pihak lagi kalah.Bermaksud, satu pihak akan mendapat untung,manakala satu pihak lagi akan mengalami kerugian.Perkara ini lebih dikenali sebagai ‘zero sum game’.Yang menang mengambil duit dari yang kalah. Mari kita pahamkan 'putaran saham ini' Pasaran Bottom-->Pasaran Hendak Naik--> Pasaran Sedang Naik---> Pasaran Naik---->Pasaran Menjunam PASARAN ‘BOTTOM’. Pasaran bottom bermula apabila semua orang berfikiran terlalu pesimif.Mereka akan menjual pegangan saham mereka setelah melihat begitu banyak cerita yang negatif tentang pasaran saham.Contohnya,penutupan kilang-kilang.pemberhentian pekerja oleh syarikat multinasional,harga sektor hartanah merudum dan macam-macam lagi.Kebiasaannya,mereka akan menjual pelaburan mereka pada harga di bawah nila sebenar yang disertai oleh emosi yang tidak stabil. PASARAN AKAN NAIK Ketika pasaran bottom inilah datangnya pelabur bijak .Mereka antara orang membuat pembelian paling awal dengan harga yang paling murah kerana mereka tahu yang mereka boleh menjual pada harga tinggi di kemudian hari.Siapakah pelabur bijak ini?Mereka adalah: 1. Orang-orang korporat 2. Hedge Fund 3. Market Markers 4. Pelabur Jutawan seperti George Soros,Warrant Buffet Mereka ini mempunyai maklumat yang biasanya orang awam tidak ketahui.Walaupun masih ada tekanan jualan,mereka ini mempunyai kapasiti untuk terus membeli dan mengumpulkan sebanyak mungkin saham yang ada.Mereka membuat pembelian awal dan menjual dengan keuntungan berlipat-lipat kali ganda kepada pelabur runcit dan pengurus dana. Oleh,sebab itulah kalau anda perhatikan kebanyakkan orang kaya dunia adalah dikalangan mereka-mereka yang sudah mencatatkan nama sebagai orang kaya dunia untuk sekian kalinya.Tidak kira sama ada pasaran ekonomi baik atau tidak.Contohnya;Warrant Buffet dikira orang terkaya didunia walaupun syarikat pelaburannya iaitu Berkshire Hathaway dikatakan mengalami kerugian dalam pelaburannya. PASARAN SEDANG NAIK Kenaikan pasaran saham akan membuat pelaburan dalam amanah saham meningkat.Berjenis-jenis dana baru kan dikenalkan kepada orang awam.Wang ‘baru’ yang kekadang menjangkau berbillion ringgit akan membawa kesan langsung kepada pasaran saham.Pasaran akan mengalami kenaikan yang ‘steady’ kerana pelabur institusi memainkan peranannya.Selepas pasaran saham naik dan saham sudah sampai nilainya pelabur bijak akan menjual sebahagian pegangan pelaburan mereka.Ketika ini kebanyakkan pelabur runcit masih ragu-ragu dengan kenaikan ini. Pasaran masih lagi mengalami kenaikan,Pelabur Runcit mula meminati dan berhasrat untuk membuat pembelian saham.Pelabur runcit,atau dikenali ikan bilis yang datang beramai-ramai membuat keputusan pelaburan berdasarkan Majalah Kewangan atau cerita-cerita dari kawan.Tidak kurang pula yang bertukar-tukar tips dengan menyatakan kaunter itu atau ini akan naik. Ketika ini semua orang mula menunjukkan minat untuk bermain saham.Apek-apek dan Ahso sudah meniggalkan meja mahjong dan mula mengayuh basikal atau naik motor burok mereka ke syarikat broker saham.Pasaran menjadi semakin panas,pelabur saham bercita-cita untuk menjadi kaya secepat mungkin.Pelabur runcit mula datang beramai-ramai dan menyebabkan banyak syarikat berhad ingin mengapungkan saham mereka atau melancarkan IPO.Syarikat mengapungkan saham untuk mendapatkan harga yang paling tinggi bagi nilai syarikat mereka kerana sentiment positif pasaran.Kenaikan IPO secara mendadak ini akan membuatkan pelabur runcit semakin tamak untuk menjadi kaya semacam mee segera.Memang betul,ketika ini ada pelabur runcit yang menjadi kaya-raya,tetapi hanya untuk seketika kerana kebanyakkan akan mula tamak dan membeli lagi banyak saham! Semasa ini,harga pasaran naik berlipat kali ganda kerana media melaporkan kenaikan pasaran saham.Semua orang bergembira dan ada yang berharap Bursa Malaysia harus dibuka 24jam! PASARAN NAIK Pada ketika ini jugalah media utama seperti majalah kewangan,suratkhabar atau internet mula menyiarkan semakkan semula harga ‘target’ yang dibuat oleh pakar analisa pelaburan.Inilah menyebabkan harga menjadi bertambah ‘overvalued.Pelabur bijak mengetahui saham yang terlebih nilai tidak akan bertahan lama. Pada masa inilah,pelabur bijak menjual dengan erti kata mengagihkan pegangan saham mereka kepada pelabur runcit yang sedang berebut-rebut untuk membeli saham.Pelabur bijak sememangnya bijak kerana membeli ketika harga paling murah dan menjual pada harga paling tinggi.Mereka mengaut untung yang amat lumayan!.Hakikatnya,ramai pelabur runcit tidak perasan akan tanda-tanda pasaran sudah hampir ke kemuncaknya.Mari kita renungkan tanda-tanda dibawah ini:- 1. Syarikat mula menipu keuntungan kewangan mereka,supaya harga saham akan dinilai semula. 2. Sesetengah syarikat menipu pelabur dengan janji-janji manis tentang prospek syarikat mereka. 3. Sesetengan pelabur runcit membeli saham kerana ingin memegang saham yang glamour. 4. Sesetengah pelabur runcit mula menggunakan margin untuk menambahkan pegangan saham mereka. 5. Semua orang menjangkakan tiada pembetulan pasaran akan berlaku! Faktor ketamakkan berikut membuatkan pelabur runcit hilang pertimbangan dalam membuat keputusan pelaburan; PERMULAAN BEAR MARKET/MARKET CRASH-Pasaran menjunam Selepas pengurus dana melaburkan semua duit yang diamanahkan untuk melabur,begitu juga pelabur runcit.Pasaran sudah overbought atau terlebih beli.Bermaksud tiada lagi tunai untuk menabahkan rally pasaran menaik.Pasaran hanya boleh menuju satu arah.Naik,mendatar atau turun.(Kebiasaanya pasaran akan mendatar untuk seketika sebelum terjun menjunam)Semua ini hanya menunggu cerita negatif yang keluar untuk membuat pasaran bergoncang.Media utama seperti Bloomberg atau CNBC mula menceritakan tentang skandal syarikat awam dan penipuan oleh lembaga pengarah syarikat.Contoh di Malaysia yang berlaku pada tahun 2007 ialah penipuan akaun syarikat Transmile Bhd dan Megan Media Bhd.Harga Saham Transmile dari RM14.00 turun sehingga RM0.50 dalam masa tidak sampai setahun! Apabila suasana panik bermula,pasaran akan turun menjunam lebih laju dari ketika pasaran naik.Keadaan ini biasanya bertambah teruk ketika pelabur runcit hendak menjual,tetapi tiada pembeli hendak membeli.Ini pastinya akan memberikan impak kepada sesiapa yang menggunakan margin facility yang memungkinkan mereka boleh jatuh bankrupt. Pelabur runcit masih tidak menjual pegangan mereka,dengan berdoa agar pasaran segera pulih.Pasaran turun dari 10% ke 20 %,mereka masih tunggu & berdoa,turun lagi sehingga 50% mereka masih menunggu dan masih berharap pasaran akan naik semula..Ketika ini kebanyakkan pelabur runcit berfikiran begitu negatif tentang ekonomi dan pasaran saham kerana di 'momokkan' dengan cerita dari suratkhabar dan berita-berita negatif ekonomi dar media utama.Setelah bosan dan 'give up' dengan penurunan harga akhirnya mereka menjual pada harga yang paling rendah.Sesetengahnya pula menyimpan saham ini untuk jangka masa yang panjang.Ada yang membeli harga Beringgit tetapi masih menyimpan walaupun harga tinggal beberapa sen!(katanya pelaburan jangka-panjang).Lebih teruk ada yang simpan sampai sehingga syarikat dibuang dari Bursa Malaysia. Putaran bermula semula Ketika ini harga saham didagangkan dibawah nilai sebenar.Pelabur bijak mengambil kesempatan dengan membuat pembelian sebanyak dan yang mungkin.Pelabur runcit pula adalah antara orang paling lewat masuk pasaran dan membeli saham yang dijual oleh pelabur bijak.Putaran ini akan berlaku sampai bila-bila selagi pelabur runcit tidak mengubah cara dan strategy pelaburan mereka.Sebenarnya,pelaburan bukanlah sesuatu yang tinggi risikonya jika kita memahami putaran ini. Ini adalah sebahagian dari maklumat kajian saya dalam menjadikan pelaburan saham adalah menguntungkan.

2 comments:

3 Bintang ke 4 Bintang

Sebagai penghargaan untuk bakal dan bekas peserta KL, kami telah memilih Hotel Royale Bintang (4 Bintang) sebagai lokasi pilihan untuk mengantikan Hotel Cititel Midvalley(3 Bintang).Semua peserta yang sudah berdaftar sila bawa resit sebagai bukti pembayaran. Di hari bengkel sila bawa:
  1. Surat Khabar The Star hari sabtu
  2. Lap top (Jika Ada)
  3. Peserta digalakkan memakai pakaian yang kemas semasa bengkel.
Bengkel akan bermula dari jam 9 pagi sehingga jam 4.30/5 Petang. Sebarang pertanyaan sila hubungi En Halim 0177225765 atau Nadia 0127618103.

0 comments:

STRATEGY MEMILIH SEKTOR TERBAIK UNTUK TAHUN 2010

Mungkin ramai yang tidak perasan,setiap kali pasaran "Bullish' akan ada sektor yang akan mendominasi sesuatu trend. Selepas diamati cyclical trend yang lepas2.Saya menjangkakan sektor teknology akan mengalami trend menaik untuk tahun depan.Lihatlah sekarang sudah ada tanda-tanda kenaikan besar-besaran seperti saham GPACKET (saya mula rekomen dari harga .70sen) sekarang RM1.41.saya menjangkakan YTLE akan mengikut trend yang sama. Saham-saham lain yang dijanggkan akan mengamali dalam masa terdekat ialah GHLSYSTEM Sekarang 0.42cts, Untuk disimpan ,Keyasic Berhad .048,Myeg 0.44...dan macam2 lagi.. Selain dari itu, saya berharap peserta dapat membuat kajian sendiri,berdasarkan panduan yang diberikan semasa Bengkel. Pilihlah sektor yang terbaik sebelum memilih kaunter atau syarikat yang terbaik sebelum membuat pembelian. Sekian. Zamsaham

0 comments: