Jerat Cepat Kaya

Seringkali kita dihebahkan dengan berita pelaburan palsu di Media utama.Baru-baru ini saya ada mendapat berita pelaburan yang hanya memerlukan RM2000 sahaja dan akan diberikan pulangan RM2 juta!
  1. Pada saya ianya amat mengarut! Untuk pengetahuan semua,pelaburan yang menjanjikan kekayaan sekelip mata adalah satu temberang yang amat sangat.Saya yang sudah hampir 10 tahun menjadi broker dan trader pun ada untung dan ada rugi.Itu pun setelah menggunakan kajian dan pengalaman dapatlah kerugian diminimakan dan keuntungan dimaksimakan.Orang terkaya dunia Mr Warrent Buffet pun mengambil masa puluhan tahun dalam bidang pelaburan.Itupun setelah umur tua barulah meraih keuntungan pelaburannya!
  2. Usahlah melabur ke tempat yang tak betul.Jika hendak melabur carilah tempat pelaburan yang anda sendiri labur.Untung rugi anda sendiri,lagi puas hati dari ditipu bulat-bulat oleh orang yang berlagak hebat.
  3. Rata-rata yang tertipu adalah orang yang membuat keputusan berdasarkan emosi dan terpengaruh dengan janji manis si pembuat cerita skim cepat kaya.Lebih-lebih lagi jika seseorang itu bergaya dengan kereta besar.Sebenarnya melalui pengalaman,orang kaya tidak menunjuk diri mereka kaya.Lihatlah Tan Sri Syed Mokhtar,orang melayu terkaya dengan duit dan pelaburan berbillion ringgit hanya pandu Perdana sahaja.Mercedes pun jarang-jarang pakai.
  4. Dan amat mengecewakan apabila ada bekas ahli skim cepat kaya mengatakan Bank Negara,Kerajaan tidak suka dengan orang ramai yang kaya! Sebenarnya mereka lagi sekali ditipu oleh orang atasan yang sememangnya bijak bermain sandiwara dan kata-kata.

Oleh itu,modal pelaburan sebenar bukannya wang ringgit tetapi ilmu pengetahuan.

Melabur keatas ilmu pengetahuan adalah lebih penting dari melabur terus!

ZAMSAHAM Benar-benar cerita saham.

3 comments:

TAHNIAH KEPADA PEMAIN CPO!

TAHNIAH! kepada yang berani menukar position short kepada long baru-baru ini.TAHNIAH juga kepada Shahri yang mengekalkan 100% kejayaan dalam trading CPO baru-baru ini. Kepada yang lain,jika anda ambil carta pergerakan harga CPO untuk 5 tahun,anda akan dapati CPO baru sahaja melepasi TRENDLINE resistant level dari harga tertingginya RM4500 dahulu.Ini petanda yang agak significant kerana harga CPO dijangka akan terus mengalami kenaikan dalam masa mendatang.Walaupun begitu anda perlu ingat,harga bukannya bergerak dalam straight line,tetapi dalam bentuk zigzag.Oleh itu,jangan mengambil posisi terlalu banyak kerana ditakuti kena 'margin call' walaupun trend anda sudah betul. Banyak faktor fundamental seperti keadaaan cuaca yang tidak menentu dan permintaan sumber makanan dunia yang semakin meningkat.Almaklumlah,banyak kawasan dibuat bangunan bukan dibuat tanaman...Ini semua akan menaikkan lagi harga CPO.

Ingat selalu jika bermain CPO anda seperti menaiki Roller Coaster!Apapun, strategi dan disiplin mesti ada.Antara perkara yang anda perlu selalu ingat adalah:-

  1. Kenalpasti trend yang utama(major)
  2. Masuk mengikut arah trend,jangan melawan arus.
  3. Keluar secepat mungkin,jika trend sudah berubah tidak kira anda rugi ataupun untung.
  4. Relax dan kawal emosi,jangan kelam kabut dalam membuat keputusan.
  5. Sudah untung relax,rugi pun relax(sekurang-kurangnya sehari)

Semoga anda semua untung dalam pasaran CPO dan Indeks ini.Ingat pesan saya.Kawal EMOSI kerana ianya adalah segala-galanya dalam permainan ini.Rakan baik anda ialah trend.Jangan risau kerana harga turun dan naik akan mengikuti arah trend yang anda masuk tadi.

Semoga anda long-harga naik,anda short-harga turun.....HAPPY TRADING... zamsaham.

Petikan diatas adalah dari ruang diskusi FCPO Facebook Zamsaham pada Jumaat 23 July 2010 yang lepas

0 comments:

Jangan Lepaskan peluang anda untuk sertai Bengkel Jutawan Saham & Bengkel Jutawan CPO.

0 comments:

SAHAM SAHAM 'COMSUMER PRODUCT' BERPOTENSI TINGGI

Dari awal tahun 2010 saya sering menonjolkan kategori saham pengguna adalah antara kaunter saham yang boleh dibeli untuk pelaburan yang menguntungkan.
Kenapa saya berminat dengan sektor saham-saham pengguna?
  1. Saham barangan pengguna adalah stabil dari segi harga dan perniagaannya kerana orang tetap makan walaupun ekonomi gawat.Kalau syarikat rokok seperti BAT(British American Tobacco) harga sahamnya antara pemberi dividen yang terbaik di Bursa Malaysia.Manakan tidak setiap tahun untung.Ini kerana penghisap rokok akan tetap hisap rokok tidak kira ekonomi naik ataupun turun.
  2. Pemegang saham adalah dari pembuat perniagaan sebenar(founder).Mereka adalah orang yang sayang akan syarikat yang sudah disenaraikan ini dan akan meletakkan 'value' dalam saham yang sudah diapungkan.
  3. Jumlah saham yang diapungkan kecil dan tidak ramai orang yang ada saham ini(balance float tidak sampai 35%-40%).Saham yang kurang float agak mudah untuk naik kerana tiada penjualan.Lebih-lebih lagi jika ada news yang baik tentang syarikat.
  4. Saya kagum dengan syarikat yang menjual roti gulung atau kek lapis seperti London Biscuit boleh disenaraikan di Bursa Malaysia.Sekarang sewaktu saya menulis blog ini,harga London Biscuit berada pada paras RM1.25-RM1.30.Syarikat ini pada awal tahun 2010 ada membuat tawaran pembelian saham TPC plus berhad pada harga RM30sen.Tetapi pemegang saham asal TPC tidak bersetuju dengan harga tersebut.Untuk makluman semua,London Biscuit ada 32% saham TPC.
  5. Kheesan Bhd (RM70sen) antara saham barangan pengguna yang membuat gula-gula sahaja juga tersenarai di Bursa.
  6. Cocoaland Berhad-saya pernah membeli biskut coklat buatan company ini.Rasanya boleh tahan.
  7. Apollo-Siapa yang tidak kenal Apollo? Dari dahulu sampai sekarang company ini masih lagi berdiri kukuh di Larkin Johor.Makanan ringan adalah sumber utama pendapatan syarikat ini.Sering juga Apollo menaja cerita kartun di TV1 dan TV 3.APOLLOO...

Ini adalah sebahagian saham 'consumer' produk yang tersenarai di Bursa Malasysia.Pilihlah saham yang berkualiti dan berpotensi.

Rata-rata saham ini dimiliki oleh orang bukan melayu.Bila lagi orang melayu hendak menyenaraikan companynya di Bursa Malaysia?Banyak kelebihan dari keburukan bila tersenarai.Kepada sesiapa yang ada berniaga produk makanan dan ingin menyenaraikan di Bursa Malaysia,bolehlah menghubungi saya.

Sekian,

Zamsaham,JB

0 comments:

Kini,ramai yang sudah menunjukkan minat untuk belajar melabur dengan betul tanpa memberikan modal kepada orang lain.Sepanjang ceramah yang dijalankan semenjak tahun OGOS 2009 berikut adalah antara soalan berkaitan 'futures market' yang saya terima.

  1. Apa yang dimaksudkan dengan 'Futures Market'? Futures market atau pasaran hadapan,adalah perjanjian kontrak (Indeks & Minyak Sawit Mentah) dengan menetapkan harga pada hari ini,tetapi membuat 'penghantaran' pada masa hadapan.Future Market dikenali juga dengan nama Derivatives Market.
  2. Adakah pelaburan ini diiktiraf oleh Kerajaan? Pelaburan Pasaran Hadapan atau dikenali sebagai Future Market ini sememangnya diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.Sila rujuk Bursa Malaysia.com untuk maklumat lanjut
  3. Berapakah Modal Untuk memulakan pelaburan? Modal atau Margin yang diperlukan adalah sebanyak RM5000 untuk indeks(FKLI) dan Minyak Sawit mentah(FCPO) adalah RM10000.Margin ini adalah untuk urusniaga ‘overnite’ jika untuk urusniaga intraday marginnya adalah separuh iaitu RM2500 untuk indeks dan RM5000 untuk CPO.Walaupun begitu,pihak zamsaham akan memaklumkan jika ada sebarang perubahan kepada margin.Ini kerana margin ini bergantung kepada ketetapan oleh Bursa Malaysia Derivatives.
  4. Siapakah yang menguruskan pelaburan saya? Anda adalah pengurus kepada pelaburan anda.Oleh itu,anda perlu merekodkan setiap urusniaga yang dibuat dan menyemak posisi yang anda ambil.FBR(Wakil Broker Pasaran Hadapan) bertindak sebagai orang tengah untuk setiap tempahan bagi pihak yang ingin Long dan Short.
  5. Bagaimana saya boleh untung jika harga turun? Inilah uniknya pasaran hadapan.Anda boleh masuk pasaran dengan menjual(short) pada harga mahal dan membeli semula pada harga yang murah(long).Ini dibolehkan kerana anda berada di dalam pasaran hadapan.Harga set sekarang tetapi barang ‘deliver’ kemudian.
  6. Apakah yang dimaksudkan dengan Margin Call? Margin Call adalah kekurangan modal yang perlu ditambah ke dalam akaun anda akibat dari perubahan harga.Duit ‘magin call’ ini perlu dimasukkan segera kerana jika tidak di masukkan pihak broker akan ‘closed’kan posisi anda.Jika untung akan dimasukkan dan rugi akan ditolak dari akaun anda.
  7. Berapa banyak order saya boleh ambil sehari ? Anda boleh mengambil order sebanyak yang anda inginkan.Cuma digalakkan anda merekod setiap posisi dan harga yang anda masuk.Ini bagi mengelakkan kekeliruan dengan pihak FBR(wakil broker anda)
  8. Dimana saya hendak melihat pergerakan harga sebenar 'live' CPO dan Indeks? Kini,pelabur atau trader agak beruntung kerana boleh melihat pergerakan harga saham,Indeks dan CPO dari screen computer sahaja.Anda tidak perlu lagi ke syarikat broker saham.Disamping itu anda boleh melihat 'Chart' dan seterusnya menganalisa arah pasaran.
  9. Mengapa harga semalam dan hari ini dibuka berbeza? Harga semalam atau dikenali sebagai settlement price akan berbeza dengan hari ini kerana terdapatnya perbezaan ‘permintaan dan penawaran’ pada harga pembukaan.
  10. Berapa keuntungan yang saya akan dapat untuk setiap 1point? Keuntungan untuk setiap satu point bergantung kepada FKLI atau FCPO.Jika indeks, untuk setiap turun naik bersamaan RM50.Manakala untuk CPO adalah sebanyak RM25.
  11. Bila saya boleh ambil keuntungan saya? Anda boleh ambil keuntungan anda setiap hari dengan memberitahu Broker anda.Cek anda akan disiapkan dalam masa 1 hari sahaja.
  12. Bolehkah saya jatuh bankrupt dengan melabur di Future Market? Anda tidak akan jatuh bankrup,kerugian maksimun yang akan anda tanggung hanyalah modal yang anda laburkan.Kebiasaannya,modal tidak habis,kerana jika anda tersalah posisi dan terdapat margin call, broker akan ‘closed’kan posisi itu sebelum anda kehabisan semua modal.
  13. Adakah akaun untuk urusniaga Indeks dan CPO sama? Akaun untuk indeks dan CPO adalah sama iaitu di bawah Bursa Malaysia Derivatives
  14. Kenapa penyata urusniaga saya berbeza dengan apa yang saya rekodkan? Penyata urusniaga akan jadi berbeza kerana pihak OSK mengamalkan system First In Last Out(FILO).Sistem ini akan ‘menyimpan’ posisi yang lama dan menutupkan posisi yang paling terkini.(Tujuannya adalah mungkin pelabur ingin menyimpan posisi yang lama dan bermain intraday sahaja).Walaupun begitu pengiraan keuntungan dan kerugian keatas modal adalah sama.
  15. Contract apa yang paling aktif untuk indeks dan apa akan jadi jika saya tidak ‘closed’ posisi saya? Kontrak yang paling aktif untuk indeks adalah Spot Month atau bulan yang terkini.Biasanya awal bulan agak perlahan dan semakin rancak sehingga hujung bulan.Tetapi,semakin dekat dengan ‘expiry’, kontrak urusniaga akan menjadi perlahan semula.Untuk FKLI posisi yang tidak ditutup akan ditutup secara automatik oleh ‘Exchange’.Jika anda dapat untung akan dimasukkan ke dalam akaun anda,manakala jika rugi akan ditolak dari akaun anda.
  16. Contract apa yang paling aktif untuk CPO dan apa akan jadi jika saya tidak ‘closed’ posisi saya? Kontrak yang paling aktif untuk CPO adalah bulan ke 3 dari hari ini bermula dengan 15 haribulan.Setiap kontrak CPO yang hampir kepada expiry date perlu di'closedkan’ untuk mengelakkan anda dikenakan penalti .Jika anda SHORT anda perlu menghantar minyak sawit,dan jika LONG anda perlu membeli keseluruhan Minyak Sawit Mentah.Inilah yang dipanggil sebagai ‘physical delivery’.
  17. Apakah strategi yang paling utama sebelum saya mengambil posisi long atau short? Strategi paling utama adalah anda perlu mengetahui trend major atau intermediate dan masuk mengikut arah trend tersebut.Bukan masuk arah yang ‘small-small’ trend.Jika anda tidak dapat melihat arah trend jangan masuk pasaran.
  18. Jika saya sedang dalam keadaan posisi rugi,apa yang perlu saya lakukan? Perkara yang paling utama anda perlu lakukan adalah bertenang dan jangan panik! Tarik nafas dalam-dalam sambil melihat adakah arah trend masih kekal ataupun sudah berubah.Jika trend sudah berubah keluar dan ‘closed’ posisi anda secepat mungkin.Ingatlah selalu dan anggaplah kerugian tadi sebagai adat orang berniaga dan percayalah jika ada disiplin,kerugian anda akan cepat dapat di ‘cover’ semula.
  19. Pasaran hadapan berubah dengan pantas berbanding saham,jika saya membuat tempahan dengan menelefon harga pastinya akan berubah dan saya tidak dapat untung banyak? Berdasarkan pengalaman,tiada perbezaan ketara orang yang masuk awal dan lambat kerana mungkin orang yang masuk awal harganya lebih mahal berbanding yang masuk lambat.Ini kerana faktor emosi dan perasaan kelam kabut perlulah dikawal sebelum masuk dan keluar dari pasaran.Walaupun begitu,pihak OSK sedang dalam proses untuk menyediakan ‘online order’ platform untuk kesenangan pelanggannya.
  20. Adakah pasaran hadapan ini sesuai untuk orang yang bekerja macam saya? Boleh jadi sesuai,boleh jadi juga tidak.Yang dikatakan sesuai jika anda memahami konsep pelaburan pasaran hadapan yang fleksibel dan mengetahui trend pergerakan indeks/CPO.Skill lain yang anda mesti ketahui adalah memahami teknik teknikal analisis untuk mendapatkan arah trend.Jika anda sudah tahu arah trend,harga walaupun ada turun naik,pastinya ianya akan mengikuti arah trend tersebut.Oleh itu,anda boleh buat kerja anda sambil bermain pasaran hadapan. Pasaran hadapan tidak sesuai kepada anda jika,anda tidak memahami konsep pelaburan CPO atau Indeks dan tidak mengetahui arah trend.Jika sudah tersalah masuk trend,anda tidak tahu untuk ‘closed’ dan keluar dari posisi tersebut.
  21. Bagaimana saya ingin melihat statement pelaburan saya? Statement pelaburan anda akan dihantar ke email.Pihak OSK menggalakkan anda mempunyai akaun Gmail.Penyata juga boleh dihantar melalui pos.Jika anda adalah pelabur yang aktif,posmen akan menghantar penyata posisi anda hampir setiap hari.Jika anda tidak berminat dengan penyata yang dihantar ke rumah, anda boleh membatalkan dengan memaklumkan pihak kami.
  22. Kenapa En Zam kata petua main CPO/Indeks untung yang pertama perlu dikeluarkan? Ini adalah petua zamsaham,lumrah manusia biasanya akan mengingati perkara pertama dalam hidup.Jadi keluarkanlah keuntungan anda,walaupun hanya untung RM25.00 dan duit tersebut perlulah di beli barang yang anda nampak.Lebih baik juga disedekahkan 5% kepada orang yang memerlukan dan niatkan supaya anda akan untung lebih banyak lagi.

Ini adalah sebahagian antara soalan yang ditanya kepada saya sepanjang berkecimpung dalam pasaran 'Future Market' dari tahun 2008.Walaupun saya masih baru dengan future market tetapi ianya tidak banyak berbeza dengan saham(berkecimpung dari 1999).Cuma yang pasti Future market anda boleh berurusniaga dengan lebih fleksibel tanpa mengira pasaran hendak naik ataupun turun.

Kepada yang ingin mempelajari selok belok 'future market' dengan betul dan sistematik, silalah daftar di laman web www.zamsaham.com/pendaftaran.php .

Sekian.

Zamsaham.JB

1 comments:

SAHAM POWER ROOT,ALI CAFE,KACIP FATIMAH

Kali ini saya ingin berbicara tentang satu company yang dimiliki oleh orang Cina tetapi berjaya memikat jutaan pembeli dari kalangan orang-orang Melayu.Company yang saya maksudkan adalah Power Root atau company yang tersenarai di Bursa Malaysia adalah Natbio(Natural Bio Bhd).Saya kagum dengan strategi yang dijalankan oleh pihak pengurusan dalam proses pengembangan jenama dan produknya.
  1. Hari ini,siapa yang belum pernah minum air Power Root??Dari 10 orang dewasa Malayu yang anda jumpa,pasti 5 orang sudah minum atau bakinya pernah mendengar jenama Power Root Tongkat Ali.
  2. Melalui cerita dari kawan saya yang pernah membina rumah tokey Power Root,sejarah perniagaannya bermula pada tahun 1999.Tokey Power root ini asalnya menjual kopi secara kecil-kecilan dan membuka kedai kopi.Orangnya masih lagi muda,berumur dalam linkungan 30an.
  3. Saham power root diapungkan di Bursa Malaysia dengan nama Natural Bio Resources Berhad pada tahun 2007 dan pernah mencapai paras hampir RM2.30sen seunit.Hari ini sahamnya di jajaran RM50-60sen sahaja.
  4. Produk Power Root tersenarai dalam kategori pengguna.Saham-saham pengguna harganya agak stabil berbanding teknologi dan construction dan memberikan pulangan dividen yang baik.Dengan pengukuhan jenama dan strategi pemasaran yang kreatif dan berterusan,jangkaan pembayaran dividen tahunan yang stabil adalah tinggi.Masalahnya pengguna mempunyai pilihan yang banyak kerana terpaksa bersaing dengan jenama-jenama yang besar .
  5. Apapun,program Jutawan Power Root yang sedang berlangsung dapat memikat hati ramai lagi pengguna orang Melayu.Artis Melayu terkenal Rosyam Noor merupakan duta produk ini.
  6. Saya berharap akan ada syarikat Melayu yang betul-betul menguasai pasaran minuman dan makanan di Malaysia.Setakat ini sudah ada seperti Orang Kampung Tongkat Ali,HPM,Kopi Radix cuma marketing berterusan secara kreatif perlu untuk menaikkan penjenamaan.
  7. Mungkin syarikat ini perlukan modal tambahan dengan cara menyenaraikan syarikat mereka di Bursa Malaysia.Modal dapat untuk buat pengembangan syarikat dan dalam masa yang sama 'branding' akan turut meningkat kerana company sudah tersenarai di Bursa Malaysia.Barulah produk makanan/minuman keluaran orang Melayu setanding dengan bangsa lain.Contoh yang saya respect adalah 'ST', produk perubatan Sendayu Tinggi dan Gamat Healin.
  8. Hal Makanan dan Minuman adalah penting untuk masyarakat kita,kerana hari ini rata-rata kalau anda pergi ke Jusco atau Tesco semua produk yang dijual adalah buatan company luar negara/owner bukan muslim seperti NESTLE,Uniliver,Yee Lee,Hup Seng dll.Kalau ada pun yang menonjol kicap kipas udang dan ketupat Nona.
  9. Berbalik kepada cerita power root.Sahamnya berharga 50-60sen.Sekarang ini saya lihat ada potensi untuk berkembang setanding saham-saham 'consumer' yang lain dalam masa 2-3 tahun mendatang.

Apapun,nasihat saya kepada yang baru berjinak-jinak dengan saham anda perlulah mempelajari teknikal analisis untuk beli dan jual pada harga yang terbaik.

Sekian Zamsaham.JB

8 comments:

KELAS CPO DAN INDEKS-Beza Saham dan CPO/Indeks

Ada beberapa perbezaan yang agak ketara bagi pelaburan saham dan Pasaran Hadapan(FCPO/FKLI).
  1. Antara perbezaan yang utama adalah modal.Jika anda ingin ‘bermain’ saham,modalnya bergantung kepada harga dan kuantiti sesuatu saham yang ingin dibeli.Kita ambil contoh saham Sime Darby yang harganya adalah RM7.00 seunit.Untuk membeli(melabur) Seribu Unit saham Sime Darby anda memerlukan modal sebanyak RM7000. Manakala untuk ‘bermain’ Indeks modalnya adalah kecil iaitu RM3000 dan CPO RM5000 untuk setiap satu lot.Modal atau margin ini berubah-rubah mengikut kepada pergerakkan pasaran dan ditetapkan oleh Bursa Malaysia Derivatives Berhad.
  2. Lagi satu yang menariknya ‘main’ FKLI atau FCPO adalah pasarannya agak fleksibel berbanding saham.Kenapa Fleksibel? Ini kerana anda hanya boleh menjana keuntungan ketika pasaran saham naik,tetapi ianya berbeza dengan pasaran hadapan kerana anda boleh menjana keuntungan ketika pasaran naik mahupun turun(Asalkan jangkaan anda tepat-Long harganya naik,Short harganya turun).Mungkin kepada yang baru,akan tertanya-tanya bagaimana harga yang turun kita boleh menjana keuntungan? Jawapannya mudah,kita boleh untung dengan cara menjual pada harga yang mahal dan membeli semula pada harga yang murah.Inilah uniknya pasaran hadapan kerana anda boleh menjual dahulu tanpa ada barang tersebut(Indeks atau Minyak Sawit).Kenapa pula boleh jual dahulu tanpa ada barang? Jawapannya kerana anda sekarang berurusniaga dalam ‘pasaran hadapan.
  3. Antara perbezaaan lain adalah jika anda membeli saham,anda dikira sebagai pelabur.Sebagai pelabur anda adalah pemilik kepada syarikat bergantung kepada jumlah kuantiti yang ada.Anda akan mendapat dividen dan juga kenaikan harga saham.Tiada istilah dapat dividen dalam ‘bermain CPO/indeks’ kerana matlamat anda hanya untuk mengaut untung dari perbezaan harga.Orang yang ‘main’ pasaran hadapan boleh juga disamakan sebagai spekulator.Spekulator adalah orang yang penting bagi’kecairan’ pasaran kerana ianya mengambil risiko bagi pihak pembeli dan penjual.Antara spekulator yang berjaya adalah George Soros! Beliau bijak melihat potensi naik atau turun sesuatu aset dan membuat untung dengan ‘hit and run’ strategy.
  4. Untuk benar-benar untung dalam pasaran saham dalam jangka masa yang singkat,modal yang agak besar diperlukan.Tetapi jika anda ‘bermain CPO atau Indeks’ modalnya adalah kecil iaitu RM3000(indeks) CPO (RM5000).Walaupun begitu adalah digalakkan mula dengan Rm5000 untuk indeks dan RM10000 untuk CPO.Ini adalah supaya margin anda agak selesa untuk berurusniaga.Modal yang ada ini akan diletakkan dalam trust akaun anda.Jika anda tiada mengambil apa-apa posisi,duit pelaburan anda selamat dan akan mendapat interest.Duit pelaburan juga boleh dikeluarkan bila-bila masa tanpa ada sebarang halangan.
  5. Kepada sesiapa yang pernah naik "Roller Coaster" pastinya seronok tetapi mendebarkan! Ini boleh disamakan apabila anda bermain pasaran hadapan.Ianya juga seronok tetapi mendebarkan.Untuk mengelakkan debaran,anda perlulah bersiap sedia dengan strategi dan mental yang mantap.
  6. Tidak seperti melabur saham,banyak perkara yang bersangkut paut seperti untung rugi syarikat,siapa pengarah,jenis perniagaan,prospek syarikat dan bermacam-macam lagi dalam menganalisa untuk membuat pembelian saham.Untuk pasaran hadapan tidak banyak issue yang mempengaruhi pergerakan turun naik indeks ataupun CPO.Anda hanya perlu bijak mentafsir trend dan mempunyai ‘skill’ melihat carta teknikal analisis.

Matlamat utama adalah untuk mencipta keuntungan.Jadi mungkin ada yang selesa dengan saham boleh main saham sahaja.Kepada yang mahir,boleh main kedua-duanya sekali...

Semoga Long-harganya akan naik.Short-harganya akan turun.

Happy Trading From

Zamsaham & Team.Johor Bahru 5pm 10 July 2010

2 comments: