MMHE -ANAK SYARIKAT MISC(PETRONAS) BAKAL DISENARAIKAN DI BURSA MALAYSIA

  1. MMHE (Malaysian Marine And Heavy Engeneering Berhad) adalah sebuah syarikat milik penuh MISC(Malaysia International Shipping Corporation) yang bakal disenaraikan di Bursa Malaysia selewatnya pada bulan OCT 2010.
  2. Dengan penjualan saham MISC ke atas MMHE ini pastinya akan memberi kesan positif kepada modal pasaran Bursa Malaysia.Dengan Imej MMHE dalam bidang Oil and Gas dengan sejarah panjang dari tahun 1973 akan menarik pelabur asing untuk hadir ke Malaysia.Belum pun tersenarai, sebuah syarikat kedua terbesar dunia dalam bidang Oilfield Services Provider dari Perancis iaitu Technip SA sudah menunjukkan minat membeli 9.9% kepentingan dengan harga premium sebanyak 2% dari harga indicative RM3.80.
  3. Saham yang bakal diapungkan kedalam pasaran tidak sampai 30%. 146 juta untuk pelabur institusi dalam dan luar negara. 184 juta untuk pelabur bumiputera yang ditentukan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri(MITI).Manakala hanya 16 juta saham MMHE ditawar kepada pelabur RUNCIT bumiputera dan bukan bumiputera juga 16 juta. ( saham terbitan yang 'sedikit' ini menunjukkan Petronas 'Amat' sayangkan MMHE.)
Sekilas info MMHE:MMHE adalah sebuah syarikat pertama Malaysia yang membuat FSPO ( Floating Production,Storage and Offloading vessel )di lapangan Kikeh di perairan sabah.Projek ini adalah yang pertama bagi Petronas meneroka minyak di laut dalam di Malaysia.Sesuatu yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia kerana kita tidak bergantung kepada kepakaran orang luar bagi membangunkan hasil minyak sendiri. Dengan berlatar belakangkan syarikat Petronas,keupayaan untuk MMHE untuk berkembang adalah tinggi.Keuntungan yang stabil oleh MMHE akan menyumbang kepada pembayaran dividen yang pastinya akan memikat ramai pelabur melabur ke atas saham ini untuk jangka masa yang panjang. Sekian. ZAMSAHAM,Setapak garden KL 29 August 2010

0 comments:

BERITA BURUK DAN BERITA BAIK PASARAN SAHAM AKAN DATANG

Salam dan selamat berpuasa kepada semua pemain saham dan Pasaran Hadapan BURSA MALAYSIA. Agak jarang juga saya menulis blog kerana sibuk dengan aktiviti Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia dan sedang menyiapkan buku bertajuk 'AWAS SAHAM-SAHAM SINDIKET'. Walaupun sibuk saya tetap mengikuti perkembangan pasaran saham Malaysia. Pada pagi ini, saya ingin membuat andaian dan jangkaan saya apa yang mungkin terjadi dan tidak mungkin terjadi kepada pasaran saham keseluruhannya. Ada berita buruk dan pastinya setiap yang buruk akan disusuli dengan berita baik.

Saya ada menulis tentang kenaikan pasaran baru -baru ini, tetapi saya percaya ianya adalah kenaikan paling terakhir. PASARAN SAHAM menunjukkan kenaikan ke paras tertingginya 1400 pada minggu lepas. Berita kenaikan tertinggi ini disiarkan di Media utama seperti surat khabar, berita harian dan juga TV3. Diikuti dengan pengumuman kenaikan pertumbuhan kadar dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 9.5%. Mungkin berita ini adalah berita baik dari sudut fundamental, tetapi ianya agak merisaukan saya. Yelah, apabila berita baik terlalu banyak pastinya akan diselangi dengan berita buruk...Berita buruk yang saya maksudkan adalah 'si pemutar saham' akan mencari maklumat 'BURUK' untuk disensasikan di media utama dengan matlamat membeli semula saham pada harga terendah. Mereka akan membiarkan semua pelabur 'RUNCIT PANIK DAN SESETENGAHNYA YANG LAIN TIDAK YAKIN PENURUNAN AKAN BERLAKU'.

SAHAM SUPERMAX-SAHAM SINDIKET : saya ada selitkan carta saham Supermax, kerana saya beranggapan sindiket adalah antara kumpulan yang paling AWAL mengetahui tentang trend pasaran saham. Mereka antara yang terawal masuk (beli pada rendah) dan terawal keluar (jual pada mahal) dari pasaran saham. Mangsa mereka sudah tentulah pelabur runcit yang amat suka masuk dan membuat pembelian di setiap kemuncak kenaikan (wave). Ini kerana pelabur runcit digula-gulakan dengan bermacam cerita menarik tentang perkembangan syarikat.

Dari sudut teknikal, saya melihat banyak saham - saham yang sudah 'ditekan' kini menunjukkan kekuatan kenaikan yang berkurangan. Dan jika dilihat pada carta saham TOP GLOVE di atas saya melihat adanya beberapa BIG RED CANDLE diikuti dengan breakout pada support trendline RSI. Ini menunjukkan kemungkinan trend menaik akan berubah kepada trend menurun!
Saya mengamati pasaran saham Jepun Nikkei 225 dan terdapat DZC pada charta weeklynya pada bulan May 2010. Dan kini saya beranggapan pasaran saham Nikkei akan dijadikan modal cerita untuk menakutkan pelabur satu dunia supaya pelabur runcit menjual semula saham 'mereka' pada harga panik dan sudah tentunya murah!
Carta di atas adalah antara komponen indeks yang tertinggi market capitalizationnya di Bursa Malaysia iaitu CIMB.Kaunter yang dijaga oleh Khazanah Holding Berhad,anak syarikat Kementerian Kewangan untuk menjaga pelaburan kerajaan Malaysia. Walaupun Indeks naik baru-baru ini, kenaikan counter CIMB meragukan kerana kenaikan dengan kekuatan dan momentum yang semakin berkurangan.
FAKTOR TAMBAHAN
Berita buruk tentang penurunan saham yang agak significant ini ditambahkan lagi dengan kenaikan 'limit up' saham LAYHONG dari RM0.80 ke paras RM1.80 dalam masa tidak sampai seminggu! Saya beranggapan antara tanda-tanda pasaran saham mempunyai emosi yang tinggi adalah ketika terdapatnya saham-saham yang limit up!) Ditambahkan lagi dengan teori pelik saya iaitu ramainya 'apek-apek' di galeri saham akan membantutkan kenaikan...haha
BERITA BAIKNYA:
  1. Walaupun ini MUNGKIN berita buruk tetapi saya menjangkakan ianya tidaklah seburuk mana dan bersifat sementara. Mungkin boleh jadi 2 bulan atau 3 bulan sahaja.
  2. Ini kerana masih ramai orang dan syarikat yang menpunyai cash BERBILLION RINGGIT yang masih belum dipakai.
  3. Masa depan pasaran sememangnya cerah kerana perkembangan kegiatan ekonomi yang tertumpu kepada kawasan negara Asia Timur seperti Indonesia yang indeksnya dijangka bertahan dalam jajaran 3000 mata.Lagipun sebenarnya ianya peluang untuk kita membeli saham pada harga yang murah.
  4. Kita perlu berfikiran seperti sindiket yang akan ' collect' saham ketika kebanyakan orang panik dengan berita-berita sensasi oleh media-media yahudi di luar sana. Pastikan saham yang dibeli mendatar dahulu dan terdapat signal kombinasi GZC pada weekly chart..cari juga yang ada signal STZC golden itu lebih baik...
Apapun, ini hanyalah ramalan saya yang belum tentu betul ataupun tidak, anda buatlah kajian dan pengamatan anda sendiri...
Jika pasaran betul-betul turun anda boleh mengambil peluang dengan Short pasaran hadapan...kerugian anda akan dapat di'offset' dengan keuntugan di pasaran hadapan. InsyaAllah.. #Setiap berita buruk yang datang kita perlu melihatnya dengan mata hati yang terbuka,kerana mungkin ianya adalah peluang baik bagi kita.
ZAMSAHAM
JOHOR BAHRU 24 OGOS 2010 JAM 7am

0 comments:

JANGAN LEPASKAN PELUANG

Jangan Lepaskan Peluang!
Seperti yang dijangka pasaran tidak jadi turun apabila ramai orang menjangkakan ianya turun.Hal kenaikan berterusan ini sudah dikongsikan di FACEBOOK zamsaham pada 13 July 2010.
  1. Ketika itu banyak berita negatif keluar di Media utama.Antara yang saya lihat dan baca adalah kenyataan Dr Mahathir yang mengatakan akan berlakunya "Double Dip' pada ekonomi dunia.Berita ini disokong pula oleh Nazri Razak(orang kuat pasaran kewangan sekarang).
  2. Seperti yang saya selalu beritahu di dalam Roadshow bengkel Jutawan Saham..

" Apabila orang terlalu negatif,kita sebagai pelabur runcit melihatnya sebagai peluang keemasan"

"dan apabila ramai orang yang positif,anda perlu melihatnya sebagai peluang untuk menjual pegangan saham anda!"

Oleh yang demikian,cerita mengenai masalah pengangguran di Amerika dan bermacam lagi hal ekonomi dunia tidak perlu dihiraukan lagi..Ekonomi dunia sudah gawat pada tahun 2007 dan kemuncaknya pada MAC 2009..mana mungkin tiap-tiap tahun nak gawat.

Lihatlah ini sebagai satu peluang keemasan dengan membeli saham-saham yang berpotensi naik.Gunakan teknik teknikal ZC+MO+RSI untuk mendapatkan harga yang terbaik.

Selamat Maju Jaya dalam Bidang pasaran Saham!
ZAMSAHAM

0 comments: