JOIN BJS PADA FEBRUARI 2010.

Salam terindah untuk semua, Pada bulan Februari ini saya akan buat bengkel di lokasi yang sama.Team zamsaham ada mencadangkan supaya di JB ditukarkan kepada Pan Pacific Hotel dan KL Royal Bintang Hotel,Jalan Raja Chulan.Kedua-duanya 5 star.. InsyaAllah,kalau ada perubahan saya akan maklumkan.Untuk iklan yang akan keluar hari Ahad ini ianya berbentuk seperti di atas.Sila dapatkan Harian Metro dan potong iklan tersebut,simpan dan jadikan sejarah dalam pelaburan anda.Mungkin ianya akan menjadi kenangan terindah anda... Sekian. Zamsaham Jumaat 8.00am

1 comments:

MENGAPA SAHAM TURUN?

Salam Semua... Mengapa Saham Turun?! Ini antara soalan yang biasanya bermain dalam kotak pemikiran pelabur.Apabila pasaran turun mereka akan cuba mencari jawapan mengapa saham turun.Mungkin ada yang kata disebabkan oleh 'China Economic Bubble' dan Masalah Ekonomi US yang masih tidak selesai.Benar pasaran turun atas sebab 'logik' yang digembar- gemburkan oleh media utama.Tetapi sebenarnya,maklumat ini adalah maklumat yang sudah dirancang waktu penyebarannya! Mungkin anda tidak faham apa yang saya maksudkan: Ambil contoh,jika anda ingin berkahwin.Maklumat pertama sudah tentu pasangan anda-->diikuti dengan pembincangan keluarga yang menetapkan tarikh pertunangan dan pernikahan dan hal2 berkaitannya-->selepas itu barulah buat kad jemputan dan sebar ke semua orang...ini bermaksud kad jemputan kahwin hanyalah diterima selepas semua orang dalaman tahu. Ingatlah setiap maklumat baik atau buruk sudah ditapis oleh bermacam 'level' yang ada. "dalam dunia saham,setiap berita buruk yang datang anda harus mengangapnya berita baik" Begitu juga dalam masalah berkaitan skandal ekonomi..pastinya ditapis oleh akauntan dahulu.Jika berita negatif dia jual dulu..bos2 sudah tentu..lepas itu berita sampai ke wartawan..wartawan pula jual..sampai ke editor,editor jual saham dia..sampai ke kilang cetak atau ke pemberita..mereka pun jual saham mereka..ketika anda dapat maklumat...hanyalah selepas semua orang2 besar jual..(mereka bukan bodoh untuk mengeluarkan berita buruk ,baru jual saham mereka) anda jual, mereka beli. sebenarnya jika anda kaji semua tanda penurunan sudah ada seperti: 1.Pelabur Runcit sudah menunjukkan kenyakinan tinggi akan pasaran 2.Banyak Pakar Ekonomi Menyatakan GDP akan disemak semula. 3.IPO baru Banyak dilancarkan. 4.Media Melaporkan pasaran sudah melepas 1 trillion Ringgit. 5.Semua orang bergembira atas keuntungan kontra yang dibuat 3-4 bulan yang lepas. 6.Dana Unit trust banyak dilancarkan. 7.Saham-saham disemak semula target price nya. Ini adalah sebahagian dari faktor-faktor yang membuatkan keyakinan pelabur untuk memasuki pasaran saham.Seringkali mereka tersilap dengan memasuki pasaran apabila ianya sudah hampir sampai puncak.Sebenarnya,ketika anda membeli,TANGAN AJAIB melepaskan pegangan mereka. Berita sesuatu event yang tidak baik yang diumumkan oleh media serata dunia hanyalah bertujuan menghalalkan penurunan pasaran saham.Ini supaya mereka dapat membeli semula pada harga rendah... Pelabur perlu memahami putaran saham.Kejayaan anda membaca emosi pelabur lain? dan bertindak sebaliknya boleh menguntungkan anda dalam pelaburan.Ini kerana saham dan emosi adalah berkait rapat.Teori fundamental hanyalah untuk menyokong logik akal kita dalam keputusan pembelian dan penjualan saham... Percayalah, pasaran akan naik semula apabila pelabur sudah mula berfikiran 95% negatif akan pasaran...pasaran mendatar...dan naik semula tanpa adanya berita yang menyokong kenaikan ini...Pasaran naik...berita berkenaan pasaran keluar...anda beli..rugi lagi... SINDIKET INTERNATIONAL DAN SINDIKET RETAILER. Satu masa dahulu saya ada membincangkan berkenaan jenis sendiket.Hari ini saya akan merungkaikan golongan sendiket pula. Di dunia saham yang penuh dengan tipu daya ini,terdapat 2 jenis sendiket besar.Satu bersifat global dan satu lagi bersifat local. 1.Yang global ,mereka akan berspekulasi saham-saham berwajaran tinggi. 2.Yang local,mereka akan bermain saham-saham yang modal pasarannya kecil. Sebab itu anda melihat indeks naik,tetapi saham kecil tidak naik.Begitu sebaliknya,indeks turun saham kecil naik...hahaha...mereka mempermainkan ramai pelabur diluar sana tanpa kita sedari. Saya akan sambung bahagian teknik mengawal emosi yang tidak sempat ditaipkan untuk tatapan semua. Sekian zamsaham,OSK Investment Bank.6.35 pm

0 comments:

PANIK ATAU RELAX?

Salam Semua, Pasaran Saham nampaknya sudah mula menunjukkan 'votality' yang sedang meningkat naik.Ini bermaksud, kebanyakkan pelabur dalam keadaan 'confuse' dengan pasaran saham.Ada sesetengah kata mahu naik, disebabkan fundamental ekonomi yang sedang pulih.Dan sesetengahnya pula berfikiran pasaran sudah sampai puncak dan akan berlaku pembetulan kerana indeks Bursa Malaysia naik dari sekitar 840 mata pada bulan 3 2010 sehingga 1300 mata ketika ini. Masalah yang dihadapi. Apabila pasaran macam ini adalah baik bagi pelabur melihat kepada charting daily trend..Jual apabila sudah ada perubahan kepada trend .Jangan melihat carta atau pergerakan 'intraday'.Anda akan rugi atas keuntungan yang anda buat selama ini,rugi masa,dan rugi yang paling teruk iaitu--EMOSI YANG TIDAK STABIL. Take A Break! Ingat! apabila kebanyakkan orang panik ...biarkan.Saham akan turun menjunam..Beli hanya apabila kebanyakkan pelabur sudah betul pesimif akan sesuatu saham...dan buat pembelian ketika harga mendatar dan bantai cukup2 apabila sudah ada Golden Cross. Jangan buat pembelian walaupun pada pandangan anda harga sudah murah,kerana harga boleh lagi murah dan sebaliknya ketika harga naik. Saya percaya kepada bekas peserta ceramah saya,akan faham apa yang saya maksudkan. "RISIKO HANYA AKAN ADA APABILA KITA TIDAK TAHU APA YANG AKAN BERLAKU" zamsaham 3.46am Isnin 25 Jan 2010

0 comments:

CERITA HAL DUNIA SAHAM JAN 2010

Salam semua, Alhamdulillah,saham yang di recommend dah naik.seperti Baswell dari 0.45 sampai RM0.80 tak sampai seminggu...dan hari ini saham Bintai Kinden Bhd naik hampir 50%.... Perhatian kepada yang sedang bermain saham..hati2 kerana saya menjangkakan pasaran mungkin akan mengalami penurunan dalam masa terdekat...dan yang paling ditakuti ialah pelabur tidak tahu keluar dari pasaran..kerana mungkin banyak saham2 yang akan turun sedikit demi sedikit tanpa anda perasan... Walaupun begitu dijangka akan ada beberapa kaunter yang akan 'limit up' tidak lama lagi..walaupun saham lain mengalami penurunan! Ingatlah pelabur semua, jika anda mahu untung kawallah emosi anda dan buatlah system dan teknik dalam membeli dan menjual saham...saya berpegang teguh pada teori saya yang mana saham adalah suatu alat yang dicipta untuk menyokong kekayaan yahudi! jadi kita perlu fahami dahulu konsep pelaburan dari aspek yang berbeza..bukan seperti yang dipelajari dari banyak buku diluar sana. Sekian.. salam semua zamsaham Khamis:9.45 mlm UDA JB

1 comments:

TIPS SAHAM UNTUK 3 BULAN TAHUN 2010

Tahun 2010 pastinya tahun yang penuh dengan cabaran dan menjanjikan kegembiraan kepada sesiapa yang dikehendakiNya.Okey,pasti ramai trader2 yang sedang mencari apa kaunter untuk dibeli dalam masa terdekat...Seperti yang pernah saya cadangkan pada bulan November dan December 2009 iaitu BELI SAHAM TEKNOLOGI!.walaupun sudah ada kenaikan masih tidak terlewat dan ianya masih boleh dibeli lagi. Saham pilihan teknologi: 1.Efficient harga .022 2.AIC harga baru naik RM0.65 3.D&O harga dah naik sekarang RM0.75 4.Unisem harga sekarang RM2.22 5.SCN harga 0.12sen 6.DUFUsekarang harga 0.575 6...banyak lagi sebenarnya(nak tahu datang Bengkel ) nota:ada juga saham teknologi dari ACE/Mesdaq market yang boleh diperhatikan. Untuk Bulan Januari ini,saya cadangkan 'Bantai' cukup2 saham yang bermodal kecil dan share yang float dekat market sedikit. Saya menjangkakan mungkin banyak kaunter - kaunter yang dinamakan 'small caps company' ini akan naik menggila tidak lama lagi.InsyaAllah. Contoh saham Small Caps. 1.Baswell harga sekarang RM0.4 2.Hovid RM.26 3.Fronknt RM0.24 4.Ingress &EPMB RM0.76 & 0.65 5.Bintai Harga sekarang RM0.40 Ini adalah sebahagian dari saham2 yang jika anda fokuskan betul2, boleh menjana keuntungan beratus percent(%).Tetapi perlu berhati-hati,jangan terlalu ghairah.Perhatikan carta teknikal untuk keluar dari pasaran.Jangan hanya tahu beli dan tidak tahu bila hendak jual.Kelak tak tenteram jiwa dan emosi nanti. Amaran:Jika anda ikut tips ini dan untung,sila beli goreng pisang/Kuih - muih(murah sahaja)dan sedekahkan kepada jiran anda!Ini kerana lagi pemurah anda(bukan pemboros)lagi murah dan banyaklah rezeki yang kita akan perolehi. zamsaham 4.50am Khamis

3 comments:

HARGA SAWIT UNTUK MINGGU HADAPAN

0 comments:

PASARAN SAHAM BUKAN FOREX

Hari ini, saya masih lagi menerima beberapa panggilan yang agak 'confuse' diantara pasaran saham dan forex. Adalah perlu difahami forex adalah perdagangan matawang dan Bursa Malaysia adalah untuk mendagangkan saham. Saya hanya mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Securities Commission untuk menjadi wakil niaga urusniaga saham dan pasaran hadapan.Adalah perlu setiap pelabur berurusan dengan orang yang layak dan bertauliah. sila click di sini:http://ers.seccom.com.my/public/Default.aspx?menu=1 sila type nama Norizam Tukiman untuk melihat lesen saya. atau laman website Securities Comission :www.sc.com.my Sekian zamsaham

3 comments:

Sekitar Bengkel Jutawan Saham

Gallery gambar aktiviti ZAMSAHAM

0 comments:

EMOSI: SI DURJANA DI DALAM BADAN PELABUR

Syukur ke hadrat Illahi,dapat kita melangkah ke tahun 2010.Tahun yang menjanjikan kepuasan dan cabaran dalam perjalanan untuk menjadi seorang pemain saham yang profesional.Kali ini saya akan merungkai suatu teknik 'emas' untuk tatapan semua iaitu TEKNIK MENGAWAL EMOSI Apa itu Emosi? Emosi:Si durjana di dalam badan pelabur adalah suatu perkara yang harus diambil perhatian.Emosi memainkan peranan begitu penting didalam kemenangan pelaburan seseorang.Apa yang dimaksudkan dengan emosi?Emosi ada di dalam diri kita dan 99.9% dipengaruhi oleh hawa nafsu manusia.Orang yang bijak,boleh menjadi bodoh kerananya.Keputusan yang beremosi dikenali juga sebagai keputusan yang tidak rasional ataupun emosional. Semasa di universiti dahulu,saya masih ingat Dato' Salleh Majid pernah berbicara 'jangan kehidupan kita di pengaruhi oleh turun dan naiknya pasaran saham'.Maksud beliau, apabila pasaran naik ,ramai orang bergembira dan apabila pasaran turun,ramai pula yang dukacita.Akhirnya,selepas dikaji dan diteliti,sebenarnya Teknik Mengawal Emosi adalah antara teknik penting yang perlu di'combine'kan dengan Teknik Teknikal-(ZAM-ZAM CROSS) dan juga Teknik Fundamental -Zamsaham. Teknik 3 Serangkai zamsaham: Teknik Emosi + Teknik Teknikal + Teknik Fundamental Mungkin ada yang sudah tahu teknik teknikal adalah suatu teknik yang mengkaji 'human behaviour' terhadap kesan turun dan naiknya pasaran saham.Tetapi,yang saya ingin ulaskan disini,ramai pelabur yang kurang memahami asas sebenar pembentukkan teknikal itu sendiri. Sifat Semulajadi Manusia Bersikap,tamak,pemarah,panik,cemburu,kelam-kabut,terlalu ghairah,penakut,terlalu yakin adalah diantara sifat semulajadi manusia.Kerana sifat semulajadi inilah saham itu menjadi turun -naik.Dengan memahami kelemahan sifat semulajadi manusia ini,spekulator atau sindiket pasaran saham mengambil kesempatan untuk memanipulasi pergerakkan saham dan memperdaya ramai pelabur runcit.. Untuk pengetahuan semua, berdasarkan statistik 90% pelabur saham rugi,manakal hanya 10% sahaja yang untung! Kenapa ramai yang rugi ?...bukan disebabkan tiada teknik atau strategi,tetapi disebabkan kegagalan mengawal EMOSI! Siapakah 90% yang selalu rugi ? Jawapannya:Pelabur Runcit yang dipermainkan emosinya! Siapakah 10% yang selalu untung ? Jawapannya:Pelabur Bijak/Spekulator/Sendiket yang memainkan emosi pelabur Runcit! Carta diatas saya gambarkan sebagai emosi seorang pelabur. Pada ketika A: Harga 10sen-Pelabur bersikap begitu negatif tentang pasaran saham.Harganya murah,tambahan lagi semua orang mengatakan bukan masa membeli saham ini kerana berdasarkan kajian fundamental ,syarikat didapati mengalami rugi.Ada pula yang menyatakan saham syarikat ini tidak guna, kawan yang beli saham ini dah rugi banyak dan sebagainya.Boleh dikatakan emosi pelabur ketika ini 100% negatif akan pasaran saham.Sehinggakan ada yang menyatakan hanya orang gila sahaja akan melabur ketika ini! Contoh,Saham Mithril,Connect,Linear,Jetson,Jerneh,Redtone,KNM dan Banyak lagi.Semasa pasaran betul-betul turun bulan 3 2009 harganya hanya beberapa puluh sen sahaja.Ada sesetengah saham tersebut, sekarang sudah naik melebihi 2000% seperti Jetson-Wa. EMOSI pelabur:100% negatif Harga 30sen:Kebanyakkan pelabur masih lagi was-was akan kenaikkan ini.Ada yang menyatakan 'kepada sesiapa yang ada saham ini,baik segera jual'.Tetapi hakikatnya,penurunan ini hanyalah sebagai peluang kepada insider atau sendiket pasaran untuk menambahkan pegangan saham mereka.(Saham ini sudah bertahun dikumpulkan semasa harga rendah,dan sendiket tahu,tidak ramai orang yang akan jual saham ini ketika mereka hendak push) EMOSI:WAS-WAS akan kenaikan harga saham.Hanya melihat dan tidak percaya harga akan naik lagi. Harga 60sen:Ketika harga sudah mula naik 60sen barulah keyakinan pelabur ada.Itupun,setelah menyesal kerana tidak masuk awal-awal.Seringkali pelabur menyatakan 'alah...sayang betullah...kenapa tak masuk harga 30 sen tadi,kan bagus beli .ah baik aku beli sekarang ..nak naik lagi tu rasanya' (ada diantara pelabur yang mengira keuntungan kalau masuk harga 30sen tadi)......inilah antara kata2 pelabur runcit yang ada di pasaran sekarang,mereka bertambah yakin apabila ada dengar tips tentang target harga saham tersebut atau pun maklumat dari suratkhabar menyatakan syarikat mendapat projek atau sebagainya....walhal,mereka lupa berita tersebut dimanipulasi oleh 'sesetengah' pihak untuk memerangkap pelabur. EMOSI Pelabur:Sudah mula membuat pembelian dalam kuantiti 50% dari modal yang ada.Tak mahu tamak katanya.Yakin+sedikit curiga. Bersambung dan saya akan habiskan dengan teknik mengawal emosi yang mudah tetapi berkesan.

0 comments: