PASARAN AKAN NAIK SEMULA!

Setelah melihat ramai pemain kontra yang tertewas dalam masa sebulan yang lepas,saya ingin rungkaikan beberapa tips supaya kesilapan tidak diulangi lagi.Hanya sekadar renungan dan catatan sebagai seorang pelabur.
  1. Kebanyakkkan yang tewas adalah akibat terlalu yakin dengan 'rally hari raya china'.Mereka terlalu yakin dengan kenyataan media yang mengatakan pasaran sedang rancak dan sebagainya.
  2. Tetapi,akhirnya tertipu apabila,rally yang diharapkan tidak menjadi,malah pasaran turun tanpa dijangka.
  3. Sebenarnya,ianya boleh dijangka seperti mana saya menjangka pada akhir bulan january dulu.(rujuk teknik zamsaham)
  4. Teknik asas untuk meramal pasaran akan naik antaranya:

APABILA ORANG SIBUK MEMBELI,ANDA PERLU SIBUK MENJUAL .APABILA ORANG SIBUK MENJUAL ANDA PERLU SIBUK MEMBELI(DENGAN SYSTEM ZAMCROSS).dan JANGAN TERLALU TERPENGARUH DENGAN MAKLUMAT DIMEDIA.

So,..sekarang masa yang sesuai untuk anda masuk pasaran semula disebabkan ramai yang sudah rugi dan tidak berani masuk market.

ZAMSAHAM.OSK JB

8 comments:

CUT LOSS STRATEGY(system jual,bila harga turun berapa %)..TEKNIK SENGAL

Dengan suasana pasaran saham yang turun naik,adalah penting pelabur mempunyai sistem di dalam pelaburan.Ini kerana tanpa sistem yang berkesan adalah sukar dalam menjana keuntungan berkekalan dalam pasaran saham.
  1. Ramai yang menggunakan teknik ' cut losses' position didalam trading mereka.Untuk saya,sebenarnya teknik ini adalah teknik yang boleh memerangkap diri sendiri didalam 'emosi' yang tidak stabil.
  2. Baru-baru ini,saya ada baca sebuah buku yang mencadangkan JUAL apabila 30% return naik/lebih atau cut loss jika harga saham turun 10% turun.
  3. Pada pandangan saya, ini adalah antara kesilapan utama pelabur runcit.Teknik cut loss seperti ini akan menjahanamkan anda!Tiada istilah cut loss dalam teknik zamsaham.Teknik cut loss adalah untuk orang yang tiada sistem dalam pelaburan mereka.
  4. Kalau ikut banyak buku diluar sana..mereka ajar "let the profit run and cut it short"..Betul, cuma saya hendak anda fikirkan sejenak apa yang saya ingin sampaikan dengan melihat carta dibawah.(pelabur runcit suka masuk dan beli saham di kemuncak harga di setiap kali 'wave)'
  5. Contohnya begini:Bayangkan selepas anda membeli sesuatu saham pastinya anda mengharapkan harganya naik. Tetapi sebaliknya berlaku, harganya turun 10%..dan anda pun jual (10% cut loss strategy) Tetapi selepas jual, saham tadi naik semula.Contohnya anda beli RM1.00,tiba-tiba harga nya turun RM.90sen... anda pun jual.Malangnya,selepas anda jual, harganya naik semula ke paras RM1.00.Bertambah malang dan kecewa, saham yang telah dijual tadi naik mendadak sampai 2-3 ringgit.
  6. Pasti ,ramai pelabur diluar sana akan memahami apa yang saya maksudkan.Selepas anda jual,harga saham naik,..naik lebih tinggi dan tinggi lagi.
  7. Saya berikan contoh saham kategori 'rubber' seperti Supermax Corporation Bhd .Melalui pengalaman saya,pelabur biasanya akan masuk pada harga yang dirasanya sudah tinggi.Ambil contoh diatas,anda masuk pada harga RM1.70 pada 28 April 2009.Selang beberapa hari, harganya turun ke RM1.50..Jika anda ikut teknik "Cut loss 10% strategy sudah tentu anda mesti jual saham ini.
  8. Alangkah sayangnya,tidak lama selepas itu harganya naik sampai RM3.00.Anda pun beli balik saham ini akibat marah dan dendam.Tetapi malang selepas beli harganya turun sehingga RM2.75.Anda panik dan jual.Tidak lama selepas itu harganya naik RM5.00.(Jika tidak faham,sila rujuk carta diatas)
  9. Pastinya,jika anda sudah kenalpasti arah trend menaik saham yang dibeli,janganlah applykan percentage cut loss strategy in kerana ianya memang sengal.

FAKTA KESILAPAN PELABUR

  • Percaya pada teknik cut loss(So carilah arah major trend dahulu)..kalau salah wajib cut loss!!
  • Beli semula saham yang sudah dijual pada harga yang lebih tinggi dan jual semula pada harga yang rendah.(Pelabur runcit suka masuk pada harga kemuncak 'wave')
  • Tidak mencari sistem dalam pelaburan.
  • Beli pakai rasa-rasa dan terelalu percaya pada Tips.
  • Jika anda fikir sesuatu saham itu tinggi,anda sebenarnya silap,kerana harganya boleh tinggi lagi.Begitu juga sebaliknya,harga yang disangka sudah rendah,boleh menjadi lagi rendah

9.Jadi, apa yang ingin dikongsikan adalah jika anda ada sistem dan teknik yang betul sebenarnya anda tidak perlu panik atau gelabah dengan memikirkan adakah harga saham anda akan turun 10% atau tidak.Ini kerana 90% pelabur gagal dalam pelaburan disebabkan tiada sistem dan teknik dalam mengawal emosi ketika melabur.

10.Kesimpulannya,masuk pasaran hanyalah anda tahu kemana arah pasaran.Jika anda sudah kenapasti arah pasaran,masuklah at the posibble entry dengan menggunakan intraday chart.Untuk pasaran saham,dapatkan support level yang sesuai.

Apabila pembelian sudah dibuat,hold/simpan sahaja saham yang dibeli sehingga ada tanda perubahan kepada arah 'major trend' saham tersebut.Maka dengan itu, cut loss strategy (System jual berapa peratus harga turun) pastinya tidak perlu diaplikasi.Ingat kenalpasti trend adalah penting,kerana ianya rakan baik anda!

Sekian..

ZAMSAHAM JB

10 comments:

TEKNIK MENGAWAL EMOSI

Hanya catitkan setiap keputusan pelaburan anda didalam sebuah buku khas. Jika anda ingin membeli sesuatu saham,catitkan sebab kenapa anda perlu beli? Jika anda ingin menjual saham pula,catitkan juga kenapa anda perlu jual?
  1. Mungkin nampak simple,tetapi inilah teknik ajaib yang berkesan dalam mengawal emosi anda.
  2. Bayangkan anda ingin memarahi kawan anda/girlfriend/suami/isteri atau sesiapa sahaja dengan mencatitkan sebab musabab terlebih dahulu sebelum memarahi mereka ..Pastinya,anda akan marah dengan lebih menjurus kepada topik utama daripada marah yang meleret-leret...seringkali orang bergaduh disebabkan perkara yang remeh-temeh.
  3. Begitu juga dengan pasaran saham,jangan ghairah dan jangan panik.Catitkan semua faktor kenapa anda perlu membuat sesuatu pembelian atau penjualan saham.Semak semula buku catitan khas pelaburan anda,dan buatlah kajian.Kesilapan yang sudah dibuat semasa urusniaga perlulah diperbetulkan.Jangan ulangi kesilapan yang sama untuk kali ke-2 atau ke-3.
Ini kerana antara faktor kejayaan seorang pelabur adalah pelabur yang bijak dalam mengawal emosinya.

4 comments:

HARGA MINYAK SAWIT NAIK LAGI

Kepada yang mengikuti facebook zamsaham ada mendapat TIPS untuk mengambil position Long dari level 2400.
Hari ini rata-rata customer yang dah long menjana keuntungan 20-30 percent dalam tempoh tidak sampai 2 minggu..
Tahniah diucapkan kepada:
1.Saderi & partner -Muar
2.Mona -KL 3.Razak -Kluang
4.Shamsul -Gua Musang
5.Anas -Muar
6.Saiful Petronas-Larkin
Saya secara ikhlas yakin akan kemampuan anda semua dalam mencipta keuntungan berkekalan dalam jangka masa panjang.
ZAMSAHAM 5.37pm OSK INVESTMENT BANK BERHAD JB

4 comments:

BERSIAP SEDIAKAH ANDA UNTUK MENJADI JUTAWAN?

Seringkali kita mendengar orang berkata 'Siap sedia menghadapi kegawatan, siap sedia menghadapi hari susah".Tetapi hari ini anda perlu bersiap sedia untuk menjadi kaya raya atau jutawan. Ini kerana pernahkah anda mendengar orang menjadi lupa daratan bila menjadi kaya. Tidak kenal kawan sekampung, tidak lagi tahu menghormati orang yang sudah banyak berjasa seperti ibu bapa,rakan seangkatan dan sebagainya. 1.Pernahkah anda mendengar ada orang menjadi 'gila' apabila mendapat RM3 juta hasil menang nombor ekor.Cerita yang saya dengar dari salah seorang pekerja saya ini ( ada 11 orang pekerja) tidak termasuk pekerja ladang sawit. Dia menceritakan si pemenang RM3 juta tadi tidak menyangka nombornya bertuah. Banyak lagi cerita yang pelik-pelik apabila menang wang hasil nombor ekor. Cuba anda selidiki cerita saya ini dan kongsikan jika ada.

2.Pernahkan anda mendengar cerita artis yang lupa diri apabila menjadi terkenal? Tidak mengaku ada isteri,tidak mengaku ada suami, berasal dari orang susah.Mereka semua sanggup menidakkan latar belakang diri sendiri termasuk sejarah keluarga akibat dari kejayaan yang dikecapi.

3.Paling tidak pun pernahkah anda menonton atau mendengar cerita "Si Tanggang yang disumpah oleh ibunya menjadi batu!"Si Tanggang lupa asal usul diri sendiri dan hasil berkat doa ibunya,dia menjadi senang dan dapat berkahwin dengan puteri Raja. 4.Maksud yang ingin dikongsi bersama, sebagai manusia yang lemah kita perlu bersiap sedia dengan melakukan perancangan dan strategi sebelum menjadi jutawan dan hartawan. Lagipun, ini sebenarnya suatu teknik yang saya percaya akan menggerakkan minda separa sedar anda untuk merancang ke arah menjadi jutawan. 5.Ini kerana menjadi jutawan bukanlah susah,yang paling susah, mengekalkan kekayaan dan menghindari hinaan dari orang sekeliling.Percayalah, 'Hidup kaya pun susah, Hidup susah pun susah'. Tetapi itu semua tidak penting, kerana yang lebih penting adalah kebahagiaan. (Biar seseorang itu jahat, asal tahu dirinya jahat) Zamsaham

0 comments:

MATAHARI TERBIT DARI MANA?

Kuasa ekonomi dunia yang dilupakan kini akan muncul semula.

1.Dalam dunia pelaburan pasaran saham,anda dikira pelabur bijak jika dapat mengetahui apa yang akan naik.Tekniknya bukanlah suatu rahsia, anda hanya perlu mencari yang paling kurang diminati dan dibualkan kerana itulah yang akan naik nanti.

2.Dalam mencari pasaran saham negara manakah yang akan mengalami kerancakkan dalam masa mendatang, saya menjangkakan pasaran saham Jepun. Di Malaysia pasarannya Bursa Malaysia,di Jepun pula dikenali sebagai Nikkei 225.

3.Pelabur hari ini terlalu menumpukan kepada pasaran China. Memang betul pasaran China akan mendominasi trend turun - naik , pasang surut pasaran negara Asia.Tetapi pelabur tidak seharusnya melupakan kuasa ekonomi yang begitu dekat dengan Malaysia, iaitu Jepun.Pelabur satu dunia harus melihat potensi dari negara matahari terbit ini.

4.Hanya sekadar ulasan Nikkei 225. Pasaran Jepun pernah mencapai 40,000 mata pada tahun 1989 tetapi turun terendah dalam tempoh 27 tahun pada tahun 2009.Hampir 70% saham di Nikkei 225 masih lagi rendah jika dibandingkan harga 20 tahun dahulu.Diantara punca utama kegawatan ekonomi Jepun adalah disebabkan oleh masalah ‘real estate bubble' yang sama berlaku seperti di Amerika baru-baru ini.Untuk pengetahuan anda, negara Jepun dan Amerika adalah kawan baik.Dan saya tidak teragak-agak untuk namakan mereka ini adalah Mafia utama dalam pembentukkan sistem kewangan dunia. Bapak mafianya pula adalah Israel, yang hanya mengatur disebalik tabir dan sistem yang direncanakan.

5.Tahun 2010 pasaran Tokyo adalah pasaran terpantas naik setakat ini.Walaupun begitu masih lagi dikira termurah dan paling tidak diminati/digemari oleh pelabur/spekulator satu dunia.

Atas alasan apa Mr zamsaham katakan saham Jepun akan naik?

1.Politik Jepun dalam proses untuk disusun semula. Yukio Hatoyama Perdana Menteri yang baru dilantik ini pasti akan buat sesuatu yang ‘canggih’ untuk pasaran Jepun.

2.Jepun antara negara yang yang mempunyai ‘cash surplus’ tertinggi didunia.Kita akan lihat rakyatnya akan main saham semula.

3.Selepas untung di Amerika, mereka akan memasuki negara Jepun dan memanipulasi di Jepun pula.Yang menariknya, Spekulator/International Fund Manager/Hedge Fund akan menaikkan pasaran saham Jepun dan dalam masa yang sama di negara serantaunya. Ini termasuklah Malaysia,Thailand,Indonesia dan Singapura.

Ini adalah jangkaan apa yang akan berlaku pada pasaran Jepun dalam tahun-tahun mendatang. Adalah mustahil negara Jepun dibiarkan oleh bapak Mafia(Israel) untuk terus diambang Deflasi. Deflasi bermaksud:barang banyak dikeluarkan tetapi wang didalam pasaran kurang. Apabila wang kurang, nilai duit akan bertambah.

Zamsaham. Serangoon Singapore 2.30pm

3 comments:

BJS BULAN JANUARI 10 DI MSUITES HOTEL,DANGA BAY DAN THE ROYALE BINTANG KL

Berikut adalah sebahagian gambar sepanjang BENGKEL JUTAWAN SAHAM yang diadakan di Johor Bahru Msuites pada bulan Januari lepas.Diucapkan terima kasih kepada semua peserta yang hadir yang memberikan tindak balas yang baik sepanjang program bengkel berlangsung.Melalui rekod kami ada peserta yang hadir dari Singapore, En Ghani dan Pn Kamariah dan dari Perak,En Hatta dan Pn As yang menunjukkan minat mendalam akan pelaburan di Bursa Malaysia.
Mudahan ilmu pelaburan yang ada dapat dicerna bersama. InsyaAllah Sekian,ikhlas dari: ZAMSAHAM&TEAM ZAMSAHAM (En Halim,Pn Nadia,Cik Shida,En Adli, En Zaidi)

0 comments:

MAKSUD SAHAM OVERVALUED?

1.Saya baru sahaja habis personal coaching dengan Dr Malek di Skudaivilla JB. Saya suka kerana Dr Malek seorang yang rajin dan memberikan komitmen untuk mendalami bidang pelaburan.Beliau ada membaca 2 buah buku. 2.Buku yang beliau beli membicarakan pelbagai perkara dari segi teknikal dan fundamental. 3.Apa yang saya beritahu adalah penting kita tahu 'mengapa pasaran saham itu diwujudkan' dan intipati sebenar pasaran saham dari mentelaah bermacam-macam buku yang ada.(Ada sesetengahnya, masih tetap mengalami kerugian walaupun berpuluh buku dah habis dibaca) 4.Saya masih ingat pesan orang tua,"Tidak perlu belajar tinggi-tinggi,jika perkara asas tidak dikaji secara mendalam.Biarlah belajar sedikit,asalkan mengkaji banyak' 5.Dr Malek ,ada bertanyakan saya apa maksud overvalued?Kalau mengikut teori yang biasa diajar,kita akan tahu overvalued adalah disebabkan harga saham semasa sudah melebihi dari harga sebenar. Overvalue= Harga Semasa>Harga Sebenar.Jika harga semasa melebihi harga sebenar ini bersamaan Overvalue.Antara intipati untuk mengiranya, kita perlu mencari maklumat Dividen,Growth Potential dan juga pendapatan syarikat. 6.Seringkali ramai yang tidak sedar maklumat yang dijadikan intipati untuk pengiraan harga saham sebenar ini adalah maklumat yang datang dari akaun yang tidaklah boleh dianggap 100% betul. Banyak maklumat yang dimanipulasi untuk kepentingan agenda syarikat. 7.Walaupun harga saham sebenar sudah sampai target, biasanya para analyst akan menyemak semula target price dengan menyemak semula potential earning syarikat yang kekadang dijustifikasi dari pendapatan yang yang belum pasti. Apabila, harga tidak sampai ke target, Analyst akan menyemak semula harga dengan memberikan alasan yang mudah diterima. Alasan yang biasa kita dengar apabila harga saham naik ialah ekonomi pulih. Apabila saham turun,mereka akan menyalahkan harga minyak naik, ekonomi kuasa dunia turun,politik tidak stabil,dan sebagainya alasan logik untuk memperdaya pelabur. 8.Pada saya maksud tersirat overvalued itu lebih mudah difahami jika kita kaitkan dengan emosi. EMOSI dan PERSEPSI YANG MELAMPAU akan menaikkan saham ketahap yang diluar kebiasaan. Apabila kenaikkan dipengaruhi dengan emosi dan ditambahkan pula dengan cerita-cerita 'bagus' syarikat inilah yang dinamakan overvalued sebenarnya. 9.Selepas overvalued, harga akan jatuh semula disebabkan 'tiada lagi duit tunai/limit untuk membeli dan support harga untuk terus menaik'. 10.Kesimpulannya, saham itu perlu dikira 'Value'nya berdasarkan persepsi dan emosi pelabur ke atas sesuatu saham.

0 comments:

MATIPUN BOLEH JADI JUTAWAN?

Salam Semua pelabur, Sekadar cerita kosong tetapi berisi, 1.Anda boleh menjadi jutawan dengan membuat pelaburan/simpanan berjadual. 2.Cara yang paling mudah,tidak perlu tengok charting. 3.Tetapi masalahnya,anda hanya jadi jutawan selepas anda meninggal dunia! 4.Caranya,simple iaitu beli insurance. 5.Anda mungkin pandang remeh, dan berkata...apalah, nak jadi jutawan beli insurance? tetapi cuba anda fikirkan sejenak,mengapa orang bijak pandai semuanya ada insurance? kenapa orang cina ramai ada insurance? 6.Yang paling penting, anda meninggalkan sesuatu bernilai untuk diwasiatkan kepada pewaris apabila anda meninggal kelak. 7.Jika sudah ada insurance (macam saya sudah ada 2 polisi-Great Eastern dan yang terbaru Prudential Takaful) sila semak dengan agen anda berapakah nilai premium yang perlu ditambah untuk anda tinggalkan duit RM1 juta? itupun kalau anda sayang anak-isteri anda. 5.Sekadar rekomen agen, yang pandai menjaga kerenah insurance saya..iaitu En Adli.Semoga dapat menjaga amanah dan menguruskan insurance saya dengan baik selepas ketiadaan saya. ZAMSAHAM (Suka orang yang tak menyusahkan orang lain)

1 comments:

TIPS JUTAWAN SAHAM

0 comments:

BENGKEL JUTAWAN SAHAM.

Salam Semua, Bengkel Jutawan Saham akan dibuat pada 14 haribulan ini.Luangkan masa cuti anda untuk mempelajari cara melabur di Bursa Malaysia.Bukan meleburkan duit hasil penat-lelah bekerja. Sila rujuk Harian Metro hari ini 7 FEB 2010 untuk maklumat lanjut. Anda juga boleh call urusetia saya seperti berikut: Nadia 0127618103, EN Halim 0177225765, EN Adli 0177041999 Bayaran yang dikenakan adalah termurah berbanding apa yang yang bakal anda perolehi semasa bengkel.(mengikut testimoni peserta) Sekian.

0 comments:

MUSUH DILUAR SELIMUT.

1.Freemason dan Illuminati sememangnya merancang dari segala segi untuk memastikan mereka boleh menguasai dunia ini. 2.Ramai yang tidak sedar agenda mereka telah berjaya,bukan sahaja dari segi muzik malah pasaran kewangan pun juga mereka control. 3.Dunia kewangan seperti Saham, Pasaran Hadapan, Bond Market, Option, Forex adalah suatu sistem yang digunakan bagi memastikan mereka terus berkuasa di dunia ini. 4.Memahami dengan hati yang terbuka akan dapat memahami penipuan mereka ini. Ini kerana sumber ilmu dalam bidang kewangan semuanya didominasi mereka. Sampaikan ramai ahli & pakar-pakar ekonomi serata dunia lahir dan menuntut di negara Amerika. Amerika adalah negara proxy yahudi(Israel) seperti yang dinyatakan oleh Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir di perhimpunan OIC dan Apec suatu masa dahulu. Seluruh dunia dibawah 'ketiak' Amerika. Amerika pula dibelakangnya adalah Israel. Siapakah lebih berkuasa? 5.Jadi, ilmu dunia kewangan yang ada termasuk yang diajar oleh professor di Universiti serata dunia adalah ilmu yang sudah diselaraskan oleh Freemason (Yahudi) untuk memastikan mereka berkuasa di dunia seperti hari ini. Penerapan ilmu songsang diajar kepada semua yang belajar di Universiti.Siapa yang tidak percaya kepada orang yang bergelar Professor atau Dr? Saya pun percaya, tetapi menilai dari aspek pemikiran yang kritikal diperlukan dalam mengiyakan atau menidakkan semua yang diajar! 6.Saya ambil contoh, Interest Rate. Seluruh dunia hari ini mengamalkan sistem ini secara meluasnya. Bank Negara Malaysia adalah 'kepala' yang menentukan kadarnya perlu naik dan diturunkan. Kalau berdasarkan logik akal ianya boleh diterima. Seperti ekonomi turun, interest rate diturunkan supaya pinjaman jadi murah, business dapat berkembang semula. Bond pula nilainya akan naik, ini kerana pelabur perlukan tempat yang selamat untuk melabur. Jika inflasi naik, interest rate perlu dinaikkan supaya duit dalam pasaran dapat dikurangkan. Bermacam-macam teori logik akal digunakan untuk menghalalkan penggunaannya. 7.Kepada yang belajar Bond di universiti dahulu, kita akan kaitkan dengan teori logik akal supaya kita boleh ajarkan 'ilmu' untuk orang lain amalkan. 8.Tetapi sebenarnya semua orang tertipu dengan helah si durjana YAHUDI ini. Kenapa saya menyatakan sedemikian? 8.1 hari ini, jika anda buka beg duit anda,ada tak credit card? Jika ada, anda sebenarnya memerangkap diri anda dalam penipuan terancang mereka. Iklan Citibank atau senang cakap semua iklan kad kredit sememangnya dibuat untuk anda terpengaruh supaya berbelanja dengan hutang. Meraka bukan hendak menmbantu tetapi hendak menghancurkan anda! Kesan dari penipuan mereka ini, berapa ramai anak muda hari ini yang jatuh muflis kerananya? dan berapa ramai pula yang sudah disenarai hitamkan. Hutang RM5000 jadi RM10000. Hutang akan terus bertambah jika tidak diselesaikan. 8.2 Sekarang ini, saya percaya mungkin anda mempunyai kereta atau motor? tidak pun anda cuba tanya rakan anda yang mempunyai kenderaan. Dimanakah mereka buat pinjaman kereta mereka? Bank mana? interest berapa? Hah! cuba lihat interest lagi. Saya tahu mungkin ada yang tidak setuju dengan apa yang saya nyatakan. Tetapi percayalah interest ini dirancang dengan meluasnya sampai kita menerimanya sebagai suatu pelengkap hidup. Tanpa kereta kita akan susah bergerak. Tanpa rumah kita akan merempat. Betul tidak dapat dinafikan! Tetapi selepas mereka mendapat kereta atau rumah, meraka akan bekerja dengan lebih keras lagi untuk melunaskan hutang. Hidup tidak tenteram. 8.3 Ini tidak dihuraikan, kepada sesiapa yang membeli barang perabot secara hutang. Contoh di Courts Mammoth. 8.4 Tidak dihuraikan orang yang melabur ASB menggunakan pinjaman.
8.5 Tidak dihuraikan lagi orang yang meminjam dengan Interest dalam 'survival' perniagaan mereka. 9.Bukankah kita tidak tahu interest ini sama dengan RIBA'? Adakah kita lupa, atau buat-buat tidak faham riba' itu dengan jelas lagi terang diharamkan. Sampaikan pengharamannya adalah bersumberkan Al-Quran. 10.Melalui kajian saya, Yahudi jika meminjam, diharamkan mengenakan interest di kalangan mereka. Tetapi wajib mengenakan interest selain dari mereka. Mereka ini adalah bangsa penindas, seperti mana mereka menindas Palestin. Negara yang rakyatnya boleh dianggap tinggal di Penjara Terbesar DUNIA! 11.Pendapatan seseorang itu lebih tinggi dibayar untuk hutang dari perbelanjaan untuk makan dan minum, bayar bil api dan perbelanjaan persekolahan anak-anak. 11.Selagi dunia hari ini menghalalkan yang haram seperti Interest/RIBA', dan kita menganggapnya sebagai suatu yang biasa/boleh diterima pakai, maka selagi itulah dunia tidak akan aman. Dunia akan terus melahirkan bangsa penindas dan akan ada yang ditindas. Seperti Along yang bukan ingin menolong penjual goreng pisang, tetapi sebaliknya ingin mengaut keuntungan dari pinjaman yang diberikan. 12.Adalah menjadi impian semua orang untuk menghapuskan hutang berdasarkan Interest ini. Kalau dapat habiskan hutang sebelum menghembuskan nafas terakhir. Bak pepatah melayu, 'Harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan hutang! ' 13.Percayalah anda akan kaya sebenarnya jika tiada hutang! 14.Mari bersama-sama kita membenteras Interest melalui KEMPEN HAPUSKAN RIBA'!
Zamsaham
UDA ,JB 7 FEB 10 5pm

0 comments:

BELI SAHAM BARU HOMERITZ BHD

Kepada bekas peserta Bengkel Jutawan Saham yang sudah ada CDS akaun, anda digalakkan membuat pembelian saham terbitan baru HOMERITZ BERHAD. Harga tawaran RM0.65..Syarikat Bagus..expected can up 20-30% easily on the first day! Atas alasan apa?
  1. Ada petanda saham ini adalah saham sendiket.
  2. Small Caps Company.
  3. Market Still ada volume.
Last day untuk beli : 5 FEB 2010 Cepat dan jangan lepaskan peluang ini. Sekian. TEAM ZAMSAHAM

0 comments:

TIPS BULAN FEB 2010

Saya sudah siapkan kajian atas suatu sektor yang akan meletup/NAIK selepas rubber glove.Dengan Saham dan potensi kenaikannya sekali.Untung seperti latex berhad:more than 300% dalam masa kurang setahun.Dijemput masuk blog pada malam ini jam 9.30 malam 1 FEB dan 3 FEB.Masa siaran hanya untuk tatapan 30 minit sahaja.Bermaksud ,Tips Saham Ini hanya akan disiarkan dari Jam 9.30malam sehingga 10 malam sahaja! Maaf, kerana ianya hasil penat lelah saya mengkaji. Jadi harap anda dapat mengambil peluang ini... 2 Feb 10 Saham yang dicadangkan sudah mula menunjukkan kenaikkan 8% hari ini sahaja.Kepada yang dah beli hari ini(Yang masuk blog saya 1 feb 10 9,30mlm),dinasihatkan simpan dan jangan jual terburu-buru.Melalui trend dan carta technical,easily saham ini boleh mencapai kenaikkan sehingga 50% dalam masa terdekat.Lagipun saham yang 'float' sampai 5 juta.Balance semua director dan kaum kerabat yang simpan.Saham ini adalah saham yang berkualiti(Akaun Syarikat Positif).Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui saham apakah ini pada esok malam.. 3 FEB 2010 Saham yang dicadangkan naik lagi 7.55% untuk pagi ini (dah dekat 16% dalam 2 hari sahaja).Menunjukkan Trend kaunter ini sudah menyakinkan untuk menjadi 'leader' untuk kumpulan saham yang saya cadangkan akan naik. Kepada yang ingin tahu dengan lebih lanjut sila layari Blog saya jam 9.30 mlm ini. ZAMSAHAM OSK INVESTMENT BANK BERHAD SUTERA UTAMA

0 comments:

MALAYSIA KALAHKAN SINGAPURA!

Suatu tajuk yang pasti ramai orang suka. 1.Saya adalah peminat setia pasukan bola sepak Malaysia.Antara perlawanan yang ditunggu adalah perlawanan menentang Singapura.Walaupun Malaysia masih belum cemerlang dari Tangga FIFA,tetapi perasaan begitu bangga jika pasukan Malaysia berjaya menewaskan Sinagapura! 2.Dari aspek ekonomi,walaupun kita mempunyai sumber kekayaan hasil bumi yang banyak tetapi kita masih tewas dan kurang dikenali diperingkat antarabangsa berbanding Singapura. 3.Tetapi kini Malaysia pasti mampu menandingi Singapura dalam masa beberapa tahun yang akan datang. 4.Diantara faktor -faktor yang biasanya dipakai oleh pakar ekonomi bagi mengambarkan kemajuan adalah :-Kadar Keluaran Negara Kasar naik GDP naik,Export data meningkat,Kadar cukar yang stabil,Kadar gaji meningkat,Peluang pekerjaan banyak,Business naik,Suasana pelaburan yang kompetitif,pelabur asing ramai datang ke malaysia.Manakala pasaran saham menjadi semakin rancak! 5.Atas dasar apa Malaysia boleh maju menandingi Singapura? Saya menjangkakan ini akan berlaku kerana....RATA-RATA MALAYSIA MEMPUNYAI RAMAI RAKYAT YANG BERUMUR 40 TAHUN KEBAWAH.Kalau anda perasan kemana anda berjalan ramai muda - mudi yang anda akan jumpa.Ini kerana Malaysia mempunyai kadar kelahiran yang sentiasa tinggi(dalam peratus) berbanding Singapura.Bahkan suatu masa dahulu pernah kerajaan Singapura mengawal kadar kelahiran rakyatnya.Sekarang negara yang sedang mengawal kelahiran bayi,adalah negara China.Satu orang bayi untuk satu keluarga.Saya menjangkakan ini akan memberi kesan buruk dalam masa 25-35 tahun yang akan datang. 6.Generasi muda ini adalah pemangkin kepada pencorak dan peluang pekerjaan.Jika ramai orang berumur 55 dan ke atas mana mungkin mereka boleh seligat atau sekuat semasa muda dahulu.pastinya anak-anak penyambungnya.Jika anak tidak ramai,macam mana? siapa mahu kerja? siapa nak jadi ketua-ketua jabatan? siapa nak main badminton jadi juara dunia? siapa nak panjat gunung everest? dan paling utama siapa yang hendak main saham .Ini kerana kita perlukan ramai pelabur,lagi ramai lagi menarik pasaran saham.Pasaran akan rancak.Ada kecairan. 7.Oleh yang demikian,faktor nisbah orang muda yang ramai ini akan mampu mengubah segala indikator asas penunjuk kemajuan ekonomi Malaysia.Lihat dan InsyaAllah Malaysia akan lebih kenali berbanding Singapura dalam tahun-tahun mendatang.Mana tahu, kita mungkin akan merasai zaman kegemilangan Melaka cuma zaman dan keadaannya berbeza.Paling tidak pun selewat-lewatnya tahun 2020.Suatu idea Dr Mahathir. Kesimpulannya,anak ramai bukan sahaja mendapat rahmat untuk suami isteri,tetapi untuk ekonomi secara keseluruhannya.So,jagalah dan didiklah anak baik-baik. Sekian, Zamsaham.Johor Bahru. 9.00 am

0 comments: