SAHAM-SAHAM PERKAYUAN-(SAMBUNGAN)

  1. Hari ini ISNIN(29 Mac 2010) adalah hari yang paling mengembirakan untuk anda, jika anda... ada membuat pembelian saham -saham perkayuan.Saham perkayuan atau 'saham balak' seperti LINGUI yang telah mengalami 'kejutan' kenaikan hampir 26% atau 31sen dalam satu hari dagangan sahaja.Dengan hasil jualan perniagaan mencecah RM1 Billion setahun dan keuntungan yang semakin meningkat bukan lah satu keajaiban untuk melihat saham ini mengalami sedikit lagi kenaikan.
  2. Saham saham balak lain adalah seperti EKSONS RM0.925+0.155 tutup RM1.08 JAVA RM0.67+ 0.16 tutup RM0.83 ,SUBUR RM2.28 +0.22 tutup RM2.50,TEKALA RM0.70 + 6sen tutup 76sen,JTIASA RM3.75 + 19sen tutup RM3.94.
  3. Yang menariknya harga tertinggi TAAN pada hari ini sudah berjaya melepasi harga RM6.00.Sektor pembalakkan perlukan 'ketua' untuk mengetuai kenaikan trend ini.Kemungkinan besar ketuanya adalah TAAN.Sebagai perbandingan,saham getah atau saham 'Rubber Gloves' Ketuanya adalah TOPGLOVES.Jikalau harga saham Topgloves turun,kemungkinan besar saham-saham rubber gloves yang lain akan turun.
  4. Ada beberapa syarikat pembalakkan lain Pworth,Maxtral,PWE,PERMAJU,BTM yang akan akan turut serta naik jika trend saham-saham perkayuan betul-betul mempunyai momentum berterusan.
  5. Selain dari saham pembalakkan,pelabur juga boleh memilih untuk menilai saham-saham yang ada kena-mengena dengan kayu seperti saham perabut.Contoh-contoh saham perabut adalah LIIHEN RM1.20,LATITUD RM2.40,SERNKOU RM0.31,POHUAT RM0.50.LCHEONG RM18sen dan bermacam-macam lagi.
  6. Apapun,jika anda memgikuti TIPS ini,ada perlulah membuat kajian terlebih dahulu.Jangan buat pembelian terburu-buru.Combinekan teknik 3 serangkai zamsaham dan pahamkan teknik ZC dan TZC yang diajar semasa bengkel.Ada signal Golden ZC,beli...Ada signal Dead ZC,jual.
  7. Catitkan setiap maklumat, sebab dan keputusan pelaburan dalam diary khas pelaburan.Barulah, main saham dengan emosi yang paling stabil.Bila emosi stabil,untuk untung dalam saham akan menjadi lebih mudah.Jika sudah untung,anda digalakkan menyedekahkan hasil keuntungan(walaupun banyak rugi sebelum ini) kepada orang yang memerlukan.

Saham -saham dari sektor teknology dan juga construction juga boleh dipertimbangkan.Ini kerana kali ini kenaikan pasaran hanya akan DIBANTUTKAN oleh peperangan,letupan seperti US twin tower,skandal yang amat luarbiasa dan pastinya bukan dari masalah kewangan dunia.

ZAMSAHAM..

2 comments:

APA YANG BERLAKU PADA PASARAN SAHAM TAHUN 1993?

  1. Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada tahun 1993 adalah satu kenangan manis bagi semua pelabur saham.Pasaran Saham kita adalah yang terbesar di rantau ini dan menjadi 'darling' oleh banyak pelabur tempatan mahupun pelabur asing.
  2. Pasaran yang bergerak pantas dengan jumlah dagangan yang begitu hebat menjadikan modal pasaran BSKL ketika itu adalah yang kedua terbesar selepas Hongkong(ex- Japan).Bayangkan,pasaran saham yang canggih seperti Taiwan dan Korea pun duduk dibelakang BSKL.
  3. Pada kemuncak 1993 nilai BSKL adalah 3.5 kali lebih tinggi dari saiz ekonomi sebenar Malaysia.Orang ramai,tidak kira yang berjawatan besar seperti menteri-menteri,bos-bos,pemandu teksi sehinggakan pekerja parking kereta membicarakan tentang saham apa yang akan naik.Tiada istilah saham hendak turun.Keuntungan dalam beberapa hari sahaja mampu menjadikan nilai duit anda sehingga 100%.Suatu yang diluar jangkaan kita pada masa ini.
  4. Melalui laporan,antara punca kenaikan mendadak ini disebabkan oleh banyaknya syarikat yang menjana keuntungan,Pelabur asing yang masuk secara beramai-ramai.Antara sebab kedatangan mereka adalah kita mempunyai tenaga buruh yang murah tetapi bijak dan terpelajar.Insfrakstruktur jalanraya,pengangkutan juga baik.Ditambahkan lagi dengan keadaan politik yang stabil dan dasar terbuka kerajaan kepada pelaburan asing.Perkara-perkara ini membuatkan pasaran meluap-luap naik.
  5. Bank-bank menerima saham untuk dijadikan cagaran dalam pinjaman.
  6. Semua orang bercerita akan kerjaya broker saham.Komisyen sesetengah remisier ketika zaman puncak mencecah RM250 ribu sebulan dan ini tidak termasuk keuntungan dari permainan kontra.Ramai juga yang menjadi jutawan saham. Ada segelintir yang bijak membeli asset seperti tanah ladang sawit,pembelian rumah kedai dan membuka perniagaan.Tetapi,ada juga keuntungan bertukar menjadi kerugian selang beberapa tahun kemudian.
  7. Itulah sebahagian senario pemain saham pada zaman kegemilangan pasca Bursa Malaysia.

Adakah pasaran malaysia setelah hampir 15 tahun akan mengecapi zaman kegemilangan tahun 1993?Adakah akan ada jutawan saham dalam sekelip mata?Adakah akan ada pelabur yang berterusan mengaut keuntungan dalam pelaburan?Adakah kegawatan/kerugian dalam pelaburan saham berulang?....semuanya akan terjawab dalam masa beberapa tahun yang akan mendatang.

Sekian,

ZAMSAHAM March 2010

3 comments:

BJS dari Hotel Royale Bintang ke Putra World Trade Center (PWTC), KL pada 28 Mac 2010

Perhatian kepada semua peserta bengkel Jutawan Saham untuk 28 MAc 2010 ini.Lokasi ceramah akan ditukarkan ke Bilik Negeri Sembilan, Putra World Trade Center .Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi En Halim di talian 0177225765.

Sekian.

Team Zamsaham

0 comments:

ZAMSAHAM

0 comments:

ZAMSAHAM DI HARIAN METRO JOHOR

Kepada peserta yang hadir untuk bengkel di Persada Convention Center Johor,Sila dapatkan Harian Metro hari ini.Mungkin anda adalah salah seorang didalamnya. Apapun terima kasih kepada Wartawan yang buat liputan En Ibrahim dan Cameraman Bro Rosli..Kepada semua yang hadir...selamat menceburi bidang pelaburan yang penuh dengan cerita dan rahsianya yang tersendiri...apapun,dengan komitment dan system yang ada kejayaan bukanlah satu impian tetapi ianya bakal menjadi kenyataan. ZAMSAHAM & TEAM

1 comments:

SAHAM-SAHAM PERKAYUAN

Perniagaan kayu-kayan adalah antara perniagaan yang menguntungkan.Walaupun ekonomi dalam kegawatan orang masih memerlukan kayu untuk hidup.Lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang sedang dalam proses pemulihan ini.Kenapa kita boleh perhatikan saham-saham kayu ini?
  1. Pokok bukannya boleh membesar 2 - 3 hari untuk ditebang.Paling cepat pun 5- 10 tahun.Itupun bukannya kayu balak!
  2. Ekonomi naik:projek-projek perumahan banyak dimerata tempat.Jika anda perhatikan disekeling anda mesti ada barang yang diperbuat dari kayu..
  3. Tokey balak jarang jatuh bankrupt,walaupun masa kegawatan ekonomi.
  4. Tidak banyak syarikat yang boleh senang-senang dapat lesen balak.

Perhatikan mana-mana saham yang ada kena mengena dengan perkayuan.Ini adalah antara sektor(disamping teknologi) yang saya jangkakan akan mengalami kenaikan.Apapun,system zamcross+TZC perlu diikuti untuk mendapatkan harga terbaik.

#Terima kasih kepada semua peserta yang hadir di Persada Johor semalam.Selamat melabur dan semoga berjaya!

ZAMSAHAM.JOHOR BAHRU

0 comments:

PELUANG KEEMASAN!

Dunia saham dari luar kebiasaan! Jika anda perhatikan baru- baru ini,indeks naik mendadak dari 1245 sehingga 1333 dalam tempoh tidak sampai sebulan.Walaupun saham-saham berwajaran tinggi naik,tetapi untuk pelabur runcit mereka semua pening kepala memikirkan kenapa saham-saham kecil tidak naik.. Inilah yang dinamakan permainan saham yang perlu dikaji. Indeks naik....saham kecil tidak naik Indeks turun.... saham kecil naik.
  1. Jika anda ada system pelaburan pastinya keuntungan anda melebihi kerugian
  2. Jika anda paham pergerakkan saham spekulasi anda akan untung lebih dari kerugian.
  3. Jika anda paham emosi pelabur anda akan untung lebih dari kerugian.
  4. Jika anda paham teori putaran saham anda akan mengatakan pelaburan saham adalah tempat pelaburan yang selamat dan menguntungkan.

Apabila anda tidak yakin pasaran akan naik lagi..dia akan naik tinggi.Tetapi,malang apabila anda yakin,pasaran tidak akan naik(sebab sebenarnya ianya sudah tinggi!).Pelabur runcit adalah orang yang paling akhir memasuki pasaran.Oleh itu,rebutlah peluang keemasan ini,cari dan belilah saham yang mempunyai potensi naik.Saya menjangkakan Indeks akan sampai 1450 dalam masa terdekat.Sekarang 1310 12/3/10.(Apapun,yang terjadi system ZC dan TZC perlu diikuti)

Percayalah,jika anda ingin untung dalam pelaburan,dengan memahami 4 perkara diatas peluang untuk anda kaya dalam permainan saham amatlah cerah.Ini kerana saham adalah suatu system yang mempunyai lenggok dan seninya sendiri..

ZAMSAHAM

0 comments:

KESILAPAN PELABUR SAHAM

MEMBELI TERLALU BANYAK KAUNTER SAHAM. Apa itu pelabur runcit dan bezanya dengan pelabur institusi?Orang yang mempunyai modal dibawah RM500,000 dikenali sebagai seorang pelabur runcit.Pelabur institusi pula mempunyai modal yang menjangkau berbillion Ringgit seperti EPF,Amanah Raya,Permodalan Nasional Berhad(PNB) dan Tabung Haji.Inilah beza utama,kita sebagai pelabur runcit tidak boleh meniru cara orang besar melabur.Mereka mempunyai kapasiti untuk membeli bermacam-macam kaunter.Bukan sahaja dari segi kapasiti,mereka juga mempunyai pasukan/bahagian yang menilai dan mengkaji dari masa kesemasa akan pegangan pelaburan mereka.

  1. Anda mungkin pernah mendengar dalam pelaburan ada satu prinsip iaitu “ Don’t put all your egg in one basket“ Satu teknik yang mempelbagaikan kaunter untuk meminimakan risiko.Bermaksud,jika beli 10 dan 5 darinya turun,anda ada 5 lagi yang naik.Betul teknik ini akan meminimakan risiko,tetapi dalam masa yang sama ianya akan meminimakan keuntungan anda.Disamping itu,jika terlalu mempelbagaikan pelaburan,anda akan menghilang fokus kepada sesuatu saham.
  2. Bayangkan apabila trend pasaran turun mendadak seperti yang berlaku pada 11 September 2001. Serangan kapal terbang yang meletupkan’twin tower’di Amerika ini menyebabkan Bukan sahaja Pasaran Dow Jones turun menjunam,pasaran Bursa Malaysia yang jauh beribu-batu pun turun menjunam! Ketika ini,ramai pelabur panik yang terperangkap dengan keadaan dan tidak tahu yang mana satu saham hendak jual terlebih dahulu.Ini kerana 90% pasaran digerakkan oleh trend!
  3. (TIPS 1:Semasa trend turun,walaupun saham yang dibeli berkualiti ianya akan tetap turun.Manakala,jika trend menaik,syarikat yang dalam keadaan rugi pun boleh naik.
  4. TIPS 2,Walaupun peperangan,letupan atau apa jua perkara besar ingin berlaku,biasanya akan dapat dilihat didalam teknik ZAMCROSS dan TOTAL ZAMCROSS)
  5. Jika anda mempunyai kaunter saham yang sikit contohnya 5 counter,masalah panik dan tidak tahu mana yang perlu dijual dahulu tidak akan berlaku.
  6. Membeli kaunter saham yang banyak boleh juga diibaratkan mempunyai terlalu banyak jenis perniagaan yang perlu diuruskan.Memang boleh seseorang usahawan mempunyai kedai dobi dan dalam masa yang sama mempunyai restauran dan juga ladang ternakkan lembu.Tetapi,tanpa pembantu yang mahir dan boleh dipercayai agak sukar untuk memaksimakan keuntungan dari perniagaan yang dibuat.Adalah lebih baik memberikan fokus dan perhatian kepada jenis perniagaan yang sememangnya anda betul-betul expert dan yakin boleh untung banyak.Apabila anda fokus,istilah gagal dalam perniagaan biasanya akan dapat diatasi.
  7. Berbalik kepada cerita saham,daripada membeli terlalu banyak kaunter saham adalah lebih baik membeli kurang 5 kaunter saham sahaja.Anda dapat memaksimakan pemerhatian kepada kaunter yang dibeli.Jika mempunyai duit sampai berjuta ringgit,belilah mana-saham yang anda rasa ada potensi berkembang maju.Mana tahu, nama anda boleh tersenarai antara 30 pemegang saham terbesar syarikat.Apabila nama anda dikira sebagai ‚substantial shareholder‘ pandangan anda keatas segala keputusan syarikat akan diutamakan.
  8. Kesimpulannya:Beli saham banyak,bagus,Tetapi susah untuk mengawalnya.Pembelian terlalu banyak kaunter saham akan menghilangkan fokus dan matlamat pelaburan seseorang Pesanan:Untuk pemain contra,adalah digalakkan membuat penilaian dengan mengenal saham-saham sendiket dan jangan terpegaruh dengan volume yang banyak.Lihatlah kepada potensi untuk naik yang lebih tinggi dari melihat kepada volume sahaja.

next artikel tentang kesilapan ke 2 yang biasanya pelabur lakukan.

ZAMSAHAM

0 comments:

BERAMAI-RAMAI KE BURSA MALAYSIA!

Keratan Suratkhabar METRO hari Jumaat 5 Mac 2010. Artikel diatas adalah hasil temuramah wartawan harian metro dengan En Zamsaham.Harapan dengan terdedahnya masyarakat Malaysia dan Melayu amnya akan dapat mendedahkan jenis-jenis pelaburan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Kepada yang berminat untuk mengetahui 'dunia saham di luar kebiasaan' dengan zamsaham bolehlah mendaftar segera dengan menghubungi kami di talian berikut: Team Zamsaham 1.Norhalim 0177225765 2.Pn Nadia 0127618103 3)En Adli 0177225765 4)Shida 075566690 5) En Zaidi 019 7317732

0 comments:

INGIN BELAJAR MENJADI ORANG KAYA?

Semua orang ingin bercita-cita menjadi kaya.Sudah kaya mahu ingin bertambah kaya.Ramai diluar sana dan mungkin termasuk diri anda yang ingin mempelajari teknik melabur saham di Bursa Malaysia.Oleh yang demikian,jika anda masih lagi mencari-cari teknik sebenar untuk menjadi jutawan,datanglah beramai-ramai(max 30 orang) di Bengkel Jutawan Saham yang akan dikendalikan oleh En Zamsaham pada 14 Mac 2010 ini.
Lokasi dipindahkan dari Hotel 3 Bintang ke Hotel 5 Bintang.PAN PACIFIC HOTEL JOHOR BAHRU.
Perhatian untuk bakal peserta BJS JOHOR
1.Harga bengkel RM280 ini adalah harga promosi.Harga sebenar bengkel adalah RM380(harga akan dinaikkan untuk bulan May ini.(Daftar segera sebelum En zam naikkan harga)
2.Anda dijamin puas hati sepanjang program bengkel berlansung kerana disamping Ilmu yang diperolehi anda akan dihidangkan dengan Tea Break dan Lunch di Restoran Terbaik Pan Pacific Hotel JB.
3.Tempat amat terhad kepada 30 orang sahaja kerana En Zamsaham mahu mengenali peserta yang datang.Disamping itu pertanyaan atau kemuskilan berkenaan pelaburan saham dapat dijawab secara langsung.
4.Lokasi Bengkel akan ditukar dari MSUITES HOTEL DANGA BAY (3 Bintang) Ke PANPACIFIC HOTEL JOHOR BAHRU(5 bintang)
Jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana ramai yang sudah mempelajari pelaburan sebenar.Ada yang yang sudah menjana pendapatan harian,bulanan dengan hanya melihat harga saham turun dan naik.Sertai segera ,dan mungkin andalah jutawan saham sebenar yang dicari.
"Dapatkan ilmu pelaburan sebenar dari pakar saham anda"
Team Zamsaham
En Halim 0177225765/En Adli 0177041999/Pn Nadia 0127618103
EN Zaidi/En Khalis/Cik Shuhada

0 comments: