KUASA VINCENT TAN

Tan Sri Vincent Tan antara tokoh korporat yang disegani oleh ramai orang. Beliau menguasai pelbagai sektor pelaburan seperti:
  1. Hartanah :Berjaya Land RM4.00
  2. Perjudian:Berjaya Sports Toto-Bukan mudah untuk mendapat lesen judi nombor di Malaysia.Syarikat perjudian terhebat ini bersaing dengan Pan Malaysian Pools Sendirian Berhad (DAMACAI) syarikat lumba kuda milik seorang Tamil terkaya di dunia iaitu Tan Sri Ananda Krisnan dan juga Magnum Corporation Berhad.
  3. Syarikat MITV:Saya percaya ramai masih ingat Astro mempunyai pesaingnya iaitu MiTV.Tetapi nampaknya syarikat yang mendapat lesen dan status MSC dari kerjaan ini tidak berjaya.Sekarang MiTV network sdn berhad sudah bertukar nama kepada U television Sdn Bhd.
  4. U Mobile:Syarikat ini mempunyai lesen 3G yang diperolehi daripada kerajaan pada tahun 2006.Tan Sri Vincent Tan menjadi pemegang saham terbesar dengan membeli pegangan NTT Docomo dan South Korea KT Corp dengan bayaran 200 juta US.Sebab itu,jika anda pergi ke Berjaya Times Square anda akan nampak logo U Mobile di bangunan tersebut.
  5. Berjaya Times Square:Sebuah shopping compleks terbesar di Malaysia.Begitu besar,sehinggakan boleh diletakkan roller coaster di dalamnya.Berjaya Times Square ini bergabung dengan Berjaya Hotel.
  6. Berjaya Hotel: Hotel bertaraf 5 bintang ini bukan lah murah untuk menginap.Ini kerana bilik yang paling murah untuk semalam penginapan hampir RM500 ringgit.Walaupun begitu saya buat personal coaching di Business Centre di sini.
  7. Berjaya Air:Tan Sri mempunyai syarikat penerbangannya sendiri.Walaupun tidak segah Air Asia tetapi ianya gah di Sabah dan Sarawak.
  8. Star Bucks:Berjaya Group adalah pemegang franchaisinya.
  9. 7 Eleven:Berjaya Group adalah pemegang lesen franchaisinya
  10. Singer:Keperluan barangan elektronik pun Tan Sri ada.Sya percaya beliau mesti ada mesin jahit Singer dirumahnya.
  11. Cosway:Syarikat MLM terkenal dan tertua di Malaysia.

Masih banyak lagi syarikat yang tidak saya beberapa ingat.Ini hanyalah sebahagian kekayaan yang beliau ada.Oleh yang demikian,bukanlah sesuatu yang mengejutkan mengapa tycoon ini rapat dengan Tun Mahathir ,Pak Lah dan Dato Seri Najib.Malahan saya pernah terserempak Dato Chua Soi Lek bertemu dengannya secara peribadi selang beberapa hari memenangi Presiden MCA.Walaupun kaya,saya nampak orangnya simple dan tidak meninggi diri .Dengan kuasa perniagaan dan political connection yang baik bukanlah mustahil Berjaya Corp akan betul-betul berjaya dalam perniagaannya.wallahualam.

So Belilah saham Berjaya Corp (dengan bersystem) recomend buy semenjak harga RM1.20.

Sekian.

ZAMSAHAM

0 comments:

PENUBUHAN 'BUMIPUTERA STOCK EXCHANGE' BSE

Saya baru habis menonton Astro Awani channel astro 501.Topic yang dibincangkan dalam ruangan Focus Economy malam ini adalah penubuhan semula Pasaran Saham Bumiputera (BSE) Panel jemputan sudah tentunya orang-0rang yang layak membicarakan isu ini.Mereka adalah dua orang insan yang saya 'respect' dalam industri saham Malaysia:
  1. Dato' Salleh Majid(Bekas Orang Kuat BSKL) -Sekilas info:Dato' Salleh Majid adalah antara Pengerusi BSKL sekarang Bursa Malaysia yang paling dikenali oleh ramai pemain saham.Pada zaman beliau menjadi kapten BSKL pada tahun 90an,BSKL menerima pelaburan asing tertinggi berbanding pasaran saham serantau yang lain.
  2. Pn Huda Ikhwan (Presiden Pribumi - Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia) Sekilas info:Pn Huda Ikhwan adalah antara Presiden PRIBUMI yang berjaya menaikkan balik status professional remisier.Antara banyak sumbangan beliau ialah,penubuhan koperasi,memperolehi dana untuk professional course untuk remisier seperti CFA,CFP,MSTA.Program bersama menteri seperti Tan Sri Noor Yakcob dengan melancarkan buku Ikon PLC Bumiputera,Tan Sri Rahim Tamby Chik GABEM,Timbalan Menteri Perdagagan dan Industri Dato Mukhriz Mahathir-Merasmikan dan dialog Mesyurat Pribumi.Banyak sumbangan kepada kemajuan remisier bumiputera.Pendek kata,orang yang saya kenali ini....adalah orang yan gigih dan tabah dalam 'membereskan' kerjanya.

Berbalik pada isu penubuhan semula Pasaran Saham Bumiputera:-

  1. Jika kerajaan menerima penubuhan semula pasaran khas untuk orang bumiputera ini,syarikat yang mana dimiliki oleh orang melayu akan lebih dikenali.Sebab ianya berada didalam satu kategori yang khas.
  2. Tetapi,masalahnya kita kena pastikan adanya liquidity(kecairan) dan transaksi berterusan ke atas saham-saham orang melayu ini.Bukannya apa,pasaran yang aktif dengan harga yang menarik akan 'mempopularkan' kategori ini.Kita tidak mahu seperti saham-saham ACE market yang lesu dan hanya aktif bila adanya aktiviti mengoreng dikalangan sendiket.
  3. Sebelum ACE Market,dahulu kebanyakkan saham ini datang dari Mesdaq.Saham Mesdaq adalah antara saham yang paling ditakuti oleh ramai pelabur runcit.Manakan tidak, begitu banyak saham yang kena delisted tidak lama selepas disenaraikan.
  4. Oleh itu,jika tertubuhnya BSE adalah penting memastikan syarikat melayu yang betul-betul berniaga dan berkredibiliti tinggi sahaja tersenarai.
  5. Jika company tak bagus,yang 'BUSUK' nama orang melayu jugak.Oleh itu,penubuhan satu entiti khas disamping kawalan selia dari SC haruslah ditubuhkan.
  6. Saya sependapat dengan Dato' dan Pn huda ,dengan tertubuhnya BSE ini kita boleh mempromosikan saham-saham syariah kita kepada pelabur asing.Terutama pelabur dari Middle East.Bayangkan duit pak Arab yang melabur berbillion-billion ini masuk ke pasaran kita.Tak tahu berapa jauh saham orang bumiputera seperti Picorp,Handal,SCOMI,MKLAND,Glomac,Kencana,Ranhill,MMC akan naik.
  7. Selepas terhapusnya kouta pegangan bumiputera 30% keatas syarikat senaraian awan,sudah tentunya idea ini boleh menyeimbangkan penyertaan orang melayu dalam pelaburan saham.Orang melayu memerlukan ruangan khas seperti ini!
  8. Pada saya bukanlah mustahil pasaran saham akan seglamour seperti tahun 90 dahulu.Jika ada usaha berterusan dengan idea-idea yang mantap,hasrat untuk memajukan saham-saham orang bumiputera(Melayu) pasti akan tercapai.
  9. Oleh itu,majukan idea mantap ini ke pihak menteri berkaitan!
  10. Jika saya menteri sudah lama saya luluskan...apapun,saya hanyalah orang biasa yang bekerja dalam pasaran saham.

Akhir coretan,kepada Dato Salleh Majid dan Pn Huda saya ucapkan Tahniah dan semoga berjaya!

ZAMSAHAM,JOHOR

13 comments:

SAHAM AKAN NAIK LEBIH TINGGI?

Pasaran saham akan naik lebih tinggi? Ramai yang mungkin suka jika pasaran akan naik lebih tinggi.Indeks Bursa Malaysia setakat hari ini sudah mencecah 1340 point dari terendahnya pada bulan March 2010.Suatu kenaikan hampir 70 % dalam tempoh lebih kurang setahun! Sepanjang tempoh ini beberapa perkara berikut ingin saya kongsikan:
  1. Semasa bulan 3 tahun lepas,saya ada menghantar kereta BMW lama saya ke workshop di Nusa Bestari.Saya ada mencadangkan mekanik saya (Micheal) untuk membeli saham.Tetapi beliau cakap tidak sesuai untuk membuat pembelian saham,katanya ekonomi tidak bagus.Pada bulan yang sama semasa bermain golf di Tanjung Puteri Golf Resort di Pasir Gudang,rakan sepermainan saya mengherdik saya dengan mengatakan,orang gila sahaja yang membuat pembelian saham ketika itu! Saya bercuti ke kampung Parit Lapis Simis di Batu Pahat,orang kampung pun tahu ketika itu ekonomi tidak bagus.Walaupun begitu,syukur,akak angkat saya ada membuat pembelian amanah saham melalui saya pada ketika itu.Pendek kata, semua orang begitu pesimif atau berpikiran begitu negatif akan pelaburan saham dan pandagan ke atas ekonomi secara amnya.
  2. Dalam tahun lepas jugalah ketika saya berjalan atau memperkenalkan diri kepada orang saya remisier.Rata-rata mengatakan saham tidak bagus baik buat business lain.Tetapi saya mengambil pendekatan bertentangan dengan menghantar sms kepada client-client besar untuk membuat pembelian saham.
  3. Ada beberapa client yang memberanikan dan mempercayai saya membeli Maybank RM4.50+ CIMB RM7.00++ IOI RM2.00++ Willowglen RM0.20 Unisem RM1.50++
  4. Pada bulan 6 tahun lepas, saya di temuramah oleh wartawan kosmo EN Nazri,artikeL saya bertajuk 'BELI SAHAM KETIKA HARGA MURAH.Dalam interview tersebut saya ada menerangkan akan peluang keemasan membeli saham yang harganya masih lagi 'Cheap Sale'.Yang menariknya wartawan tersebut ,mengambil keputusan untuk buka akaun CDS dan ada membeli saham KBES pada harga RM0.23sen! (Beliau berjaya menjual saham KBES pada harga RM0.46sen pada bulan FEB 2010.Untung 100%!)
  5. Pada bulan 8 tahun lepas,bermulalah saya mendapat ilham untuk mengadakan Bengkel pendidikan pelaburan di Bursa Malaysia.hasrat saya,adalah untuk mengajak orang ramai melabur di Pasaran yang selamat dengan teknik yang betul.Bengkel pelaburan ini saya namakan Bengkel Jutawan Saham.Nama bengkel kena gempak sebab semua orang minat dan bercita-cita jadi jutawan(Kena ada impian).Mula-mula saya buat ceramah di Skudaivilla Club House dan selepas itu Di pejabat saya OSK Investment Bank.Bengkel ini dihadiri oleh 6 orang sahaja pada awalnya dan sekarang mencecah 50 orang untuk setiap kali ceramah.(max 50 sahaja)
  6. Tetapi dalam bulan april ini,sesiapa yang mengatakan pelabur yang melabur tahun lepas gila,terutama yang masuk masa bulan 3,sudah meraih habuannya.Mahukan tidak,ada sesetengah saham yang sudah naik beratus percent seperti Supermax,AEM,Annjoo,Unisem dan banyak lagi.
  7. Berbagai pengalaman diperolehi semasa bengkel.
  8. Berbalik kepada perkembagan pelaburan saham,masih lagi ramai yang 'skeptikal' akan kenaikan pasaran saham.Ini kerana pasaran beberapa hari ini nampaknya mengalami penurunan.Penurunan ini adalah disebabkan oleh pengambilan untung para sendiket dan juga pelabur yang melabur pada tahun lepas.Ayat biasa,pengambilan untung.Tetapi masih banyak lagi sediket yang belum mengambil untung.
  9. Ramai juga pelabur yang masih beraggapan pasaran sudah tinggi dan hanya tunggu masa untuk turun.Yang berkata macam ini adalah orang yang kecewa sebab tidak dapat memasuki pasaran saham pada tahun lepas.
  10. Jika anda salah seorang dari mereka,kemungkinan besar anda silap! Ini kerana pasaran hanya akan turun apabila ramai pelabur runcit termasuk yang paling konservatif seperti apek2 & ahso-ahso mula mengatakan pasaran bagus!Dan secara peribadi,saya beranggapan pasaran hanya akan bertukar trend Brearish/turun jika berlakunya sesuatu luar jangka seperti Peperangan,letupan,atau kejadian yang begitu memeranjatkan semua pelabur.Dan kejadian tersebut berlaku ditengah-tengah kegembiraan pelabur runcit bermain saham.
  11. Nampaknya,perkara tersebut masih belum berlaku,kerana pemain kontra masih lagi mengalami kerugian.Pelabur runcit baru masih lagi ramai.Orang masih mempunyai tunai yang tinggi.Ekomoni baru nak berkembang....
  12. Jadi rebutlah peluang keemasan ini,dan jangan risaukan bila market hendak akan turun,ini kerana saham tidak akan turun.Kalau turun pun hanyalah bersifat sementara.
  13. Sekian,laburlah dengan bijak dan bersystem.Ini kerana pasaran saham menjanjikan keuntungan kepada mereka yang bijak dan berani dlm membuat keputusan.Bukan berdasarkan emosi.

Kesimpulannya,orang sibuk menjual,anda seharusnya mengambil peluang dengan membeli(Dengan system).Apabila orang sibuk,beriya-beriya hendak membeli,anda pula seharusnya menjual.Anda perlulah bersikap 'terbalik' atau contrarian dalam pasaran saham.

Apapun,selamat melabur kepada pelabur semua.Semoga berjaya dengan keuntungan.Amin

Zamsaham.

2 comments:

LOKASI BENGKEL PADA 18 APRIL 2010 DI PERSADA INTERNATIONAL CONVENTION

Kepada bakal peserta dan bekas peserta yang ingin mengikuti program BJS di Johor Bahru, lokasi program bertempat di PERSADA INTERNATIONAL CONVENTION CENTER bersebelahan Hotel Puteri Pan Pacific. Program bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 5 ptg. Daftar segera untuk memastikan tempat. Kepada yang sudah mendaftar sila bawa suratkhabar THE STAR hari Sabtu, laptop dan brodband sekiranya ada serta calculator. Sebarang pertanyaan mengenai BJS boleh hubungi: TEAM ZAMSAHAM En Halim 0177225765, Pn Nadia 0127618103 En Adli 0177041999 & En Zaidi 0197317732

0 comments:

FCPO VS SAHAM

Apakah perbezaaan diantara FCPO/FKLI dan Saham?
  1. Perbezaan yang begitu ketara antara keduanya ialah saham sehala manakala pasaran hadapan dua hala.
  2. Kenapa pasaran saham dikatakan sehala sahaja? ini kerana di Malaysia,pelabur hanya boleh menjana keuntungan dengan menjual semula saham yang dibeli pada harga yang lebih tinggi.Jika jual pada harga rendah,confirm anda akan mengalami kerugian.Pendek kata,jika saham naik anda untung.Jika saham turun,anda rugi!

Untuk makluman anda sebenarnya pasaran saham dinamakan sehala disebabkan kerajaan Malaysia melalui Bursa Malaysia mengharamkan 'Short Selling'.Jika dibolehkan seperti di US,maka Bursa Malaysia juga boleh dikatakan dua hala.

  1. PASARAN FUTURE MARKET,atau dikenali sebagai pasaran hadapan adalah pasaran yang anda boleh menjana keuntungan tidak kira semasa pasaran naik atau pun turun.Pasaran hadapan ini adalah suatu pasaran yang menemukan dua pihak(Pembeli dan penjual) menetapkan harga komoditi/asset sekarang,tetapi dihantar/diclosedkan pada masa hadapan yang sudah dipersetujui.Itu dari perspektif Hegder.
  2. Dari perspektif spekulator anda hanyalah inginkan keuntungan dari Short(Jual Dulu beli kemudian) atau Long (Beli dahulu jual kemudian).
  3. Pasaran hadapan di Malaysia yang aktif adalah FCPO(Future Crude Palm Oil) dan FKLI(Future Kuala Lumpur Indeks).
  4. Untuk setiap satu point turun- naik FCPO bersamaan untung atau rugi RM25. Manakala untuk indeks RM50.

Oleh yang demikian,sebagai seorang pelabur anda mempunyai pilihan samaada hendak 'bermain' saham atau pun berspekulasi di 'Future Market'.Kedua-duanya akan diajarkan oleh En Zamsaham.

So,sesiapa yang bijak mentafsir turun-naik pergerakkan samaada indeks Bursa Malaysia dan Minyak Sawit ,bolehlah menyertai program BJS di Hotel Pan Pacific Hotel dan PWTC nanti. Wassalam, Teamzasaham.

0 comments:

CERITA DARI BUKU:TUNGGU APA LAGI? Oleh NOBISHA

Semasa saya dan Team Zamsaham buat ceramah di PWTC bulan bulan lepas.Saya tak ketinggalan menjengok pesta buku yang sedang berlangsung.Pusing-punya pusing jumpa satu buku..Buku ini bertajuk TUNGGU APA LAGI? Buku ini tiada kena mengena dengan pasaran saham,tetapi ceritanya mempengaruhi kehidupan semua pemain pasaran saham.Ini kerana dengan faktor politiklah pasaran boleh jadi stabil dan sebaliknya..begitu banyak bahagian yang menarik,tetapi saya nak kongsikan pada bahagian 'Kuala Bestari':
  1. .Pada saya cerita sebuah jalan di Bukit Bintang iaitu Jalan Alor perlu ditukar kepada Jalan Kejora begitu mengelikan saya...mana tidaknya,beliau berpendapat DBKL sudah tiada kerja lain( seperti membantu memajukan orang melayu berniaga) tetapi lebih nampak nama Jalan Alor yang sudah berpuluh tahun digunakan perlu ditukar kepada Jalan Kejora.
  2. Saya sangat-sangat-sangat-sangat bersetuju dengan isu banyak Penjaja Melayu yang dipindahkan ke tempat Jin Bertendang".
  3. Beliau pernah melihat pegawai PBT membuang minyak penjaja goreng pisang semata-mata mahu menyita Kuali!
  4. Selagi DBKL berfikiran atau mana-mana PBT tidak peka kepada tugasnya,tidak mustahil nama Kuala Lumpur pun akan ditukarkan.Yalah,Lumpur kan kotor? Apa kata ditukar kepada Kuala Bestari!
  5. Selain itu,Isu politik Muafakat yang diutarakan memang sesuai diamalkan.Tidak perlulah sesama sendiri fitnah menfitnah kerana hala tujunya ialah memastikan Malaysia ini maju.Begitu juga YB yang mencanangkan diri sendiri untuk dilantik tetapi tidak menjawab panggilan telefon bahkan sms. Walaupun buku ini berkisar lebih kepada politik,cara penyampaian yang santai dan topik yang tidak menyebelahi mana-mana parti pastinya akan membuatkan sesiapa yang membacanya tidak boring... Tahniah kepada Nobisha,semoga idea beliau dapat diketengahkan dan diamalkan oleh semua ahli-ahli politik Malaysia.Sebab saya percaya jika diamalkan,politik yang stabil mampu melonjakkan dan menaikkan nama Malaysia ke persada dunia.Sudah bertaraf dunia,barulah Bursa Malaysia lebih mantap dari biasa!

1 comments:

MERIAHKAN PASARAN SAHAM MALAYSIA :BJS DI PWTC MAC 2010

Pasaran saham pastinya akan lebih rancak kerana bengkel pendidikan pelaburan di Bursa Malaysia sehingga kini sudah melahirkan ramai pelabur baru.Biarpun baru berkecimpung dalam pasaran yang 'volatile',mereka bukan sahaja mahir malah mampu membuat keputusan pelaburan yang bijak.
Terima kasih kepada semua yang hadir terutama kepada peserta berikut:
1.En Mustapha -Seremban 2.En Ngah-Terenganu 3.En Badrul-Perak 4.Ahmad Kamal-Subang 5.Norhazli -KL 6.En Jalaludin-KL 7.Rusni-KL 8.En Ramli-Rawang 9.En Parizan-Subang Jaya 10.Sadun-Penang 11.En Abdullah-KL 12.En Sani-Pahang 13.Pn Zainon-Gombak 14.En Zainuddin-Kuantan 15.En Imran-Petaling Jaya 16.Pn Rohana-KL 17.En Shamsul -KL 18.En Ahmad-TNB Perak 19.En Khanafi-S'gor 20.En Muhsin-KL 21.En Hafiz-KL 22.Pn Norizan-KL 23.En Hafizyuzan -Sri Kembangan 24.En Yusof-Kelantan 25.En Shahris-KL 26.En Rizal KL 27.En Muzaidi-Mentakab 28.En Azhar-KL 29.En Leefaizal-KL 30.En Ismadi-Kedah 31.En Rozman-Kedah 32.En Mahdzir-KL 33.En Hanazli-S'gor 34.En Sarif-KL 35.En Hanif -Cheras 36.Tuan Marcel -Sarawak 37.En Rizal-Kuala Lumpur....dan beberapa lagi nama..
Semoga impian untuk menjana pendapatan dan kekayaan dalam bidang pelaburan saham akan menjadi kenyataan.
"Terima Kasih & Selamat Melabur di Bursa Malaysia"
TEAM ZAMSAHAM

4 comments:

EMOSI SI DURJANA (SAMBUNGAN)

Antara kesilapan banyak pelabur runcit adalah tidak dapat mengawal emosi dalam pelaburannya.Seringkali tertipu dengan perasaan sendiri.Apabila yakin saham yang dibeli hendak naik,harganya tidak naik.Apabila saham yang tidak yakin harganya naik,ianya akan akan naik.oleh yang demikian,masalah ini perlu diatasi segera supaya anda tidak terus mengalami kerugian dalam pelaburan saham. Jika anda mencari FORMULA untuk mengawal emosi,saya ada formulanya: Formulanya adalah simple tetapi amat berkesan mengawal emosi... step 1:Anda cuma perlukan,
  1. Sebatang pen hitam
  2. Sebatang pen merah
  3. Buku atau diary catitan pelaburan peribadi anda.(jangan campur aduk dengan catitan lain)
Ini adalah antara persiapan dan keperluan penting seorang pelabur runcit.Sila catitkan sebab dan segala keputusan pelaburan anda didalam buku khas pelaburan anda.Kaji dan pahami segala keputusan tersebut.Yang gagal jangan diulangi untuk kali kedua dan perlulah TAKE A BREAK apabila sudah untung ataupun rugi. Jika anda sudah ada keperluan diatas sila tambahkan dengan step berikut:- Step 2: anda perlu melukis gambarajah dibawah

,tetapi anda perlu ubahkan 'perkataan RUGI' kepada UNTUNG.. dan masuk apabila anda atau orang sekeliling anda pesimif dan Jual apabila anda nampak orang sudah mula positif dan confident.

Step 3: Combine kan teknik mengawal emosi ini dengan teknik signal ZC+TZC+TSZC yang sudah dipelajari.

Step 4: Anda perlu berlatih untuk menjadi seorang yang berdisiplin dalam pelaburan.Jangan berharap untuk melihat harganya untuk naik apabila sudah ada Dead ZC.Jual sahaja..Beli semula apabila Ada signal golden TZC.

Ingin berjaya dalam pelaburan memerlukan komitment dan usaha yang jitu.Orang yang rajin berusaha pasti akan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.Bak pepatah "Bukan senang Hendak senang,Nak susah itu senang..." Tambahkan sikit lagi,Apabila sudah senang pun susah,kalau hidup susah confirm susah..Wallahualam

zamsaham osk investment bank sutera utama, johor bahru

0 comments: