SEKILAS CERITA WARRANT

Warrant adalah pilihan untuk pemegang warrant tebus kepada saham syarikat dalam jangkamasa yang telah ditetapkan.Warrant berbeza dengan saham kerana ianya mempunyai tarikh luput.Pada setiap tarikh luput akan adanya conversion price atau nilai tebus yang perlu dibayar oleh pemegang warrant.
  1. Warrant dikeluarkan oleh syarikat induk yang biasaya diberikan secara berbayar (premium) atau secara percuma yang dikepilkan sebagaipemanisuntuk terbitan right issue.
  2. Jika anda membeli warrant anda tidak berhak untuk mengundi apa jua resolusi,hak penerimaan dividen atau bonus.Ini kerana anda bukan pemegang saham.Untuk menjadi pemegang saham anda perlu tebus warrant anda.
  3. Walaupun begitu,orang ramai membeli warrant kerana harganya yang murah dan mempunyai potensi kenaikan yang lebih seiring tetapilajudengan harga induknya.
  4. Jangkamasa tamat tempoh setiap warrant mempengaruhi nilai warrant.Lagi lama luput lagi berpotensi untuk warrant itu naik.Ruang masa ini diperlukan untuk harga saham induk melepasi harga ‘conversion’ yang telah ditetapkan.Jika harga induk sudah melepasi harga ‘conversion’ inilah yang dinamakan ‘in the money’
  5. TIPS PELIK:Jika saham induk aggresif,warrant 2 kali aggresif.
  6. Anda mesti jual :Jika saham warrant yang dibeli tiada potensi kenaikan harga induknya untuk melepasi harga conversion.Lebih-lebih lagi apabila trend menurun(dead ZC).Ini kerana warrant(out of money) akan turun lebih aggresif menjelang tarikh luputnya tamat dan adakalanya menjadi setengah sen!

Jangan peningkan dan semakkan pemikiran anda(terutama yang baru) dengan term-term saham yang pelik-pelik.Tidak kira saham ke atau atau warrant yang penting asalkan boleh buat duit seperti warrant Jetson Bhd yang pernah naik hampir 2000 percent dalam masa tidak sampai 6 bulan!

sekian

Zamsaham.Johor Bahru

3 comments:

JANGAN SAMBUT PEDANG YANG DICAMPAKKAN!

JANGAN SAMBUT PEDANG YANG DICAMPAKKAN! Perhatian:Jika ada orang mencampakkan pedang atau pisau kepada anda,jangan sesekali sambut.Melainkan anda mempunyai pertalian darah Ah Kungfu terkenal seperti Brucee lee atau Mat Kilau barulah boleh sambut pedang itu.Jika tidak handal seperti mereka,hah jawablah berdarah tangan nanti! Apa yang saya maksudkan,jangan membuat pembelian baru jika pasaran sedang turun.Ini kerana harga yang anda fikirkan murah,mungkin boleh jadi lagi murah! -ZAMSAHAM- Saya ingin mengambil contoh harga saham Transmile!
  1. Jika anda masih ingat saham ini dahulunya pernah mencapai harga RM15.00 pada tahun 2007.Selepas 'tangan ajaib' melepaskan pegangan saham mereka pada harga yang tinggi kepada POS.Keluarlah berita skandal kewangan-penipuan Acc syarikat yang disengajakan.
  2. Selepas berita itu keluar,pelabur yang membeli pada harga tinggi mulai panik! harga turun menjunam dari RM15 kepada RM10.00!
  3. Semasa penurunan berlaku,ada juga client yang merasakan harganya akan naik semula.Selamat client tersebut sebab tidak membuat pembelian kerana harga RM10 tadi turun sehingga RM5.00!
  4. Semasa harga RM5.00 ada client yang 'berani' membuat pembelian kerana mereka rasa harga sudah turun jauh.Yelah Harga dari RM15.00 turun sehingga RM5.00.Diskaun sudah banyak!
  5. Jadi mereka pun beli.Tidak lama selepas membuat pembelian harga saham transmlile turun lagi sehingga RM3.00.
  6. Pada harga RM3.00.mereka merasakan harga rasa sudah turun terlalu banyak dan mulai panik.Tetapi mereka tidak berani jual kerana menjangkakan harganya pasti akan naik semulasetidak-tidaknya boleh naik ke Rm5.00 semula.
  7. Ada sesetengah yang 'bengong' membuat pembelian kerana membaca dan mengikuti teknik 'DOLLAR COST AVERAGING! Melalui teknik ini, mereka diajar membeli lagi jika harga nya turun.jadi mereka yang beli pada harga RM5.00 akan beli lagi RM3.oo.Tidak lama selepas itu harganya turun sehingga RM2.00.Mereka beli lagi untuk 'puratakan' kos pelaburan.
  8. Sayangnya,harga turun lagi sehingga RM1.00.Mereka yang ikut teknik SENGAL ini,terus membuat pembelian lagi.Saya percaya ketika ini,modal pelaburan mereka sudah habis!
  9. Modal pelaburan telah atau hampir habis disebabkan pembelian berterusan semasa harga turun.TRANSMILE dari RM15.00 turun ke RM10(beli), turun RM5(beli), TURUN RM3(beli) ,turun RM2(beli), dan turun sampai RM1.00 pun beli lagi. Inilah dinamakan averaging.
  10. Ketika ini mereka berdoa supaya harga saham transmile akan naik semula!.
  11. Sayangnya harga saham transmile,bukannya naik tetapi terus'terjun' sehingga 50 sen pada hari ini! Anda boleh rujuk dan perhatikan betul-betul carta pergerakkan saham sebenar saham Transmile diatas.
  12. Kita janganlah buat sebarang pembelian ketika harga atau pasaran saham sedang turun.TETAPI ANDA PERLU MENGAMBIL INI SEBAGAI PELUANG KEEMASAN UNTUK MEMBELI PADA HARGA YANG MURAH.(Walaupun begitu perlu ada system)
Kesimpulannya,seorang pelabur jangan membuat sebarang pembelian apabila harga sedang turun.Beli semula bila:
  1. Pelabur panik sudah boring dengan saham
  2. Apek-apek sudah tiada di gallery saham.(tips pelik zamsaham)
  3. Harga dah oversold atau terlebih jual...Harga akan statik.Kepada 'technician' anda boleh lihat pada RSI berada pada parasa 20-30%.
  4. Emosi pelabur boleh dilihat pada carta..biarkan harga mendatar
  5. Masuk hanya apabila adanya golden STZC.
  6. Catitkan maklumat yang dirasakan perlu sebelum membuat pembelian.Boleh rujuk teknik 3 serangkai Zamsaham.
  7. Relax dan disiplin dengan setiap keputusan yang telah dibuat.
Ingatlah selalu,harga saham bukan sahaja digerakkan oleh perniagaan sebenar syarikat,Tetapi memahami kenapa naik dan turun dari perspektif 'Tangan Ajaib' perlu juga diambil kira(Anda boleh rujuk jenis sendiket pada ruagan yang lepas-lepas untuk lebih pemahaman ) Hajat dihati nak cerita panjang lebar,tetapi telalu kontroversi untuk diceritakan umum. So,laburkan wang anda dengan system dan janganlah takut untuk belajar dari kesilapan yang sudah dilakukan. Ini kerana orang yang berjaya adalah orang yang pernah gagal dalam bidang yang diceburi.

Sekian, Zamsaham Masjid India KL

2 comments:

TREND PASARAN SAHAM/INDEKS MENURUN

Bismillahhirrahmanirrahim... Pasaran Saham menakutkan ramai pelabur runcit semalam,manakan tidak indeks turun sehingga 1300 mata! penurunan sehingga 30 point dalam masa 6 jam trading! BERIKUT ADALAH MAKLUMAT DAN KOMEN SAYA BERKENAAN PASARAN SAHAM DAN JUGA INDEKS BURSA MALAYSIA:
  1. Melalui pemerhatian saya,sudah ada banyak petanda untuk kita melihat pasaran akan terjun.Antara tanda yang saya nampak adalah berita kenaikan KDNK 10.1%,IPO(saham terbitan baru) seperti MAXIS,KELINGTON,HOMERITZ,MASTERSKILL,MSPORT dan lagi.Tanda lain seperti banyaknya pelancaran dana -dana unit trust.
  2. Tanda yang paling pelik yang saya ingin kongsikan ialah masih ramainya APEK-APEK di Interpacific Securities (Berjaya Times Square).Saya selalu risau bila mereka masuk pasaran.Kenapa? tanda malapetaka! market akan turun selagi mereka ada di situ.Mereka ini adalah golongan pelabur runcit yang paling lambat memasuki pasaran di setiap kali gelombang kenaikan.
  3. Jika pemain saham ingin membuat duit,anda boleh SHORT pasaran hadapan.Jika short dari minggu lepas(pada 1340) ini hari anda sudah meraih keuntungan sebanyak RM2000.Ini hanya bermodalkan RM3000 untuk 1 lot.Bermaksud dalam peratus hampir 67% keuntungan tidak sampai sebulan.
  4. Anda Untung 67% dari orang yang long pasaran.Untuk makluman jika anda untung satu pihak lagi mengalami kerugian.Anda untung dan anda happy!
  5. Satu orang lagi,rugi dan sedang menangis!
  6. Ini bermaksud,adalah penting untuk semua pelabur mengetahui TREND.Dengan mengetahui trend sajalah anda mampu menjana keuntungan.Walaupun begitu,banyak kajian dan aspek perlu dilakukan.
  7. Saham dijangka akan terus menerima berita buruk terutama dari Eropah.

Untuk pemain saham,masuk pasaran semula dengan memerhatikan perkara berikut:

  1. Anda boleh bersiap sedia untuk masuk semula apabila Indeks dan banyak saham tidak turun,walaupun ada berita negatif yang keluar.
  2. Anda boleh lihat pada indeks Bursa Malaysia dan saham.HARGA STATIK.Bermaksud,semua maklumat sudah diabsorb oleh pasaran.
  3. Market akan sideway dahulu.
  4. Buat pembelian semula hanya jika ada Golden ZC terutama pada Weekly chart.
  5. Untuk short term trader,ikut betul-betul daily chart.Keluar bila ada Dead ZC.
  6. Ataupun relax dahulu,tenangkan fikiran dengan anak-anak,kalau takda lagi anak boleh keluar dengan awek..tengok "filem lautan biru" di rumah lagi baik

Orite semua,semoga anda melabur dengan penuh kebijaksanaan.Labur dengan system bukan main rasa-rasa sahaja!

Sekian,

ZAMSAHAM BERJAYA TIMES SQUARE,KL

2 comments:

SHORT/JUAL INDEKS JIKA SAHAM TURUN!

Seperti yang dijangka,pasaran saham turun ini hari.Indeks turun sehingga 1324! Jika anda mengambil posisi short pada hari Jumaat 1340 dan ini hari anda 'closed' posisi tersebut dengan long anda akan menjana keuntungan RM800.Ini dengan modal RM3000 sahaja.
  1. Manakala jika anda tersalah jangka,anda akan rugi RM800 juga! Itulah dia pasaran hadapan,untung dan rugi sama tinggi.JIKA ANDA BERANI ANDA BOLEH CUBA.Pasaran hadapan boleh diibaratkan macam naik Roller Coaster!
  2. Walaupun begitu,dengan teknik dan system yang ada,kebiasaanya anda akan dapat melihat samaada pasaran hendak turun ataupun naik.Semuanya akan didedahkan di Bengkel jutawan CPO pada 30 Mei ini di Persada Johor.

#Yang paling utama,keputusan pelaburan anda sendiri yang buat.Tidak perlu melabur dengan memberikan wang kepada orang lain seperti yang berlaku pada kes 'AMY Search' baru-baru ini.

Sekian.

Zamsaham(peminat setia Amy Search PEEEWWIITTTT)

0 comments:

KDNK SUKU PERTAMA NAIK 10.1%

Petikan dari Harian Metro Jumaat,14 Mei 2010
KDNK dilaporkan naik 10.1% untuk suku pertama!Suatu kenaikan yang terbaik untuk Era pemerintahan Dato' Seri Najib Tun Razak.
  1. Itu berita baik untuk orang yang berniaga dan bekerja makan gaji. Pengguna barangan dan perkhidmatan semakin meningkat seterusnya menyumbangkan kepada pertumbuhan perniagaan.Hasilnya keuntungan syarikat bertambah. Pekerja pula pastinya akan mendapat gaji dan kenaikan bonus untuk hujung tahun ini.TAHNIAH!
  2. Tetapi mungkin boleh jadi berita buruk untuk pasaran: Ini kerana kebiasaannya, spekulator dan sindiket akan menjual sebahagian pegangan saham mereka apabila data ekonomi yang positif keluar. Bermaksud, sindiket akan keluar apabila pelabur runcit(mungkin anda) masuk pasaran. Melalui kajian saya, pelabur runcit adalah antara kumpulan yang paling lambat masuk pasaran untuk setiap kali 'wave' atau gelombang kenaikan saham.

Tips pelik: Ahso dan apek-apek masih ramai di gallery, so mungkin indeks akan turun.Selagi diaorang ada,jangan masuk pasaran...relaks, ambil profit yang ada dan enjoy dulu... cth:tengok world cup pun boleh..agak-agak tahun ini negara mana boleh menang world cup?

Jadi untuk kontra kaki,digalakkan masuk dan belajar short/Jual indeks pasaran hadapan Bursa Malaysia(DGN SYSYTEM). Indeks still high 1340 level now! setiap satu point penurunan bersamaan RM50.Jika turun 10 point akan bersamaan keuntungan RM500.

Lagi sekali dibagitau untuk diri saya dan anda semua,setiap berita buruk..pasti ada peluang Manakala setiap berita baik(contoh KDNK naik 10.1%)...pasti akan mendatangkan malapetaka(isu saham la)...jika malapetaka yang berlaku,mungkin boleh jadi lama dan mungkin boleh jadi sekejap.So,tenangkan diri anda sebelum mengambil apa-apa keputusan.

KEPUTUSAN YANG TENANG PASTI AKAN MEMBAWA KEPADA KEJAYAAN.

Sekian.

Zamsaham 1.00am 15 May 2010

2 comments:

KOMEN PASARAN SAHAM US DAN MEDIA CNBC,BLOOMBERG

Pasaran saham Dow Jones minggu lepas turun hampir 1000 mata dalam seminggu! Seperti biasa CNBC dan Bloomberg buat 'drama' seolah-olah pasaran akan terus menjunam.Mereka siap buat segmen MARKET TURMOIL dan dengan gimik yang menakutkan semua pelabur!Seringkali,saya beritahu dalam program Bengkel saya, kita sebagai pelabur jangan terlalu mempercayai maklumat media.Terutama media yang dikuasai oleh Yahudi. Memang maklumat media itu penting,saya pun tengok Bloomberg,CNBC.Mungkin berita yang disampaikan itu fakta,tetapi kita harus melihat adakah unsur-unsur pihak tertentu ingin mempengaruhi emosi dan minda waras kita.

  1. Contohnya,pada tahun 2003 dahulu jika anda masih ingat dunia digemparkan oleh penyakit sebaran SARS.Pasaran saham turun satu dunia termasuk Malaysia.Pasaran betul-betul lesu desebabkan oleh media yang bercerita SARS boleh membantutkan ekonomi dan sebagainya.Orang yang biasanya pergi melancong,tidak berani melancong sebab takut penyakit SARS.Sektor hotel 'bungkus'!.Walaupun betul SARS berbahaya,tetapi cara penyampaian media yang mempunyai 'niat' terselindung ini harus difikirkan.
  2. Berbalik pada tahun 2008 sehingga hari ini,dunia dikejutkan oleh penyakit sebaran penyakit H1N1.Peliknya,media termasuk bloomberg dan CNBC walaupun mereka bercerita tetapi tidak 'beriya-iya' menjadikan H1N1 isu penting dengan mengaitkannya dengan ekonomi.
  3. Itulah,kita perlu memerhatikan berita tidak kira dalam dan luar negara dalam kaca mata direktor.Kita seharusnya jangan mudah terikut kata-kata mereka.
  4. Selepas drama 'market turmoil' CNBC baru-baru ini.Pasaran Dow Jones naik mendadak sehingga 400 mata sehari.Walaupun,berita yang menjustifikasi kenaikan itu adalah disebabkan oleh bantuan EU termasuk IMF kepada Greece diluluskan tetapi alangkah baiknya jika membiarkan sahaja saham dan tidak menjual semasa orang panik!
  5. Seperti yang saya jangkakan sebelum ini,PASARAN SAHAM DUNIA TIDAK AKAN JATUH DISEBABKAN OLEH MASALAH EKONOMI LAGI.PASARAN HANYA AKAN TURUN DISEBAKAN OLEH PEPERANGAN,LETUPAN ATAU SATU PERKARA YANG BESAR YANG DILUAR JANGKA.DAN IANYA BERLAKU SELEPAS FEDERAL RESERVE MENGATAKAN EKONOMI PULIH,ORANG BERGEMBIRA DENGAN KENAIKAN SAHAM,AHSO-AHSO MAKIN RAMAI MAIN SAHAM,IPO SEMAKIN BANYAK,UNIT TRUST SEMAKIN BANYAK DILANCARKAN & MEDIA MENCERITAKAN SEMUA HAL YANG BAIK BERKAITAN EKONOMI.
  6. Ingatlah selalu,pasaran saham sebenarnya digerakkan oleh 'perception dan emotion'.
  7. Setiap berita yang buruk,kita mungkin boleh menilainya baik.Manakala setiap berita baik yang datang mungkin kita boleh menilainya tidak baik.Seperti ramainya orang yang mengangap berita SWISSCASH,EBARREL,STUDIO TRAFFIC,SKIM PAKMAN TELO,FX CONSULTANT,SERAMIC CLUB sebagai baik.tetapi kini sedang pening kepala.Yang tidak pening kepala dan sedang tidor atas duit adalah pencipta skim tersebut.

Ini hanyalah teori dan pendapat tentang hubungkait antara media berita pasaran saham dan kehidupan.Semoga kita mendapat jalan yang lurus,Jalan yang diredhaiNYA.

Sekian

Zamsaham...

#This week 16 may 2010 Ahad ada bengkel di Persada Johor. Next Week di PWTC KL..bekas peserta boleh lepak sama habis bengkel.Kita ngeteh!

0 comments:

MENGAPA US TIDAK BOLEH BANKRUPT MACAM GREECE?

Masalah yang sedang menghantui dunia kewangan hari ini ialah masalah yang melanda salah sebuah dari 11 negara EU iaitu Greece.Negara ini diambang kegagalan membayar hutang luar negaranya yang bernilai 300Billion Euro.Greece sudah pening! US pula mempunyai hutang luar bernilai hampir 12trillion US tetapi masih lagi steady dan berdiri dengan bongkaknya.Walhal hutang America berpuluh kali ganda lagi banyak berbanding Greece.

Mengapa US tidak perlu risau tentang hutang yang banyak ini?

  1. US tidak perlu pening kepala untuk membayar semua hutang luarnya.Ini kerana bila sampai time hendak bayar,mereka tinggal suruh bank negara (Federal Reserve) untuk cetak duit sebanyak mana yang mereka suka.
  2. Walaupun negara mereka negara yang paling tinggi didunia belanjawan deficitnya(lebih banyak berbelanja berbanding pendapatan),tetapi mereka masih dikira negara kuasa dunia.
  3. US negara paling banyak mengimport barang dari negara lain.Mereka kuat berbelanja,tetapi negara mereka tetap dikira kaya.PELIK
  4. Jepun,negara paling banyak simpan duit(economy surplus) dan pengeksport terbesar dunia didalam masalah kegawatan ekonomi akibat kurang mengeksport produknya ke US.Jepun juga terpaksa memastikan nilai duitnya rendah supaya barang dapat dijual lebih murah dan meluas.
  5. Malaysia baru berapa kali pengumuman belanjawan deficit,ramai orang dah complain..
  6. Pada saya deficit(US) atau surplus(Jepun) tidak penting.Yang penting berbelanja dengan baik dan menyimpan sekadar jumlah yang perlu untuk emergency.Boleh hidup aman damai takda perang macam di Iraq,boleh senang buat ibadah,boleh berhari raya tiap2 tahun..keluarga bahgia dah cukup bagus..

Masalah Greece atau apa jua masalah dunia ini,pasti ada siperancang yang akan mengambil kesempatan dari setiap masalah.Yahudi sepandai-pandai pembuat helah dan system!Ini hanyalah sebahagian system untuk memastikan mereka boleh menguasai dunia!

Sekian.

ZAMSAHAM

1 comments:

BURSA MALAYSIA VS DOW JONES

Pelabur pasaran saham terutama 'kaki contra' begitu panik nampaknya.Aras 'votality' indeks menunjukkan kenaikan yang begitu ketara bukan sahaja di Malaysia malahan satu dunia.Perkara perkara berikut adalah antara yang membimbangkan pelabur:
  1. Masalah debt rating Greece yang dikategorikan sebagai 'Junk Bond'.iaitu suatu penarafan yang paling teruk untuk bond dan boleh disamakan sebagai sampah!-
  2. Masalah rusuhan dalaman Greece yang membabitkan 3 orang pegawai bank telah mati akibat bom petrol meruncingkan lagi keadaan.
  3. Masalah Goldman Sachs yang tidak habis-habis.
  4. Masalah Tumpahan Minyak Dunia di teluk.
  5. Masalah 'kumpulan baju merah' yang ingin mengambil tampuk pemerintahan kerajaan Thai.
  6. Perlawanan Bola Sepak World Cup pada bulan 6.Pelabur akan menumpukan kepada Judi Bola pula.
  7. Pasaran saham US jatuh mengiler malam tadi sehingga 1000 point dan tutup dengan 350mata atau bersamaan 3.2%.namun pasaran Bursa Malaysia ini hari turun tidak sampai 1%.Bermaksud correlation kita tidaklah begitu tinggi.

Jika anda merasakan ini adalah fasa pembetulan pasaran sememangnya ada kerana dari apa yang saya perhatikan ianya bermula dari pengumuman semakkan semula kadar pertumbuhan dalam negara kasar (KDNK) pada awal April dahulu.Ini merupakan petanda yang selalu saya ceritakan di dalam bengkel yang mana ianya merupakan petanda penting pasaran sudah naik.

antara petanda lain adalah ramainya apek-apek dan ahso-ahso memasuki pasaran.Ini adalah petanda yang agak pelik rasanya,tetapi itulah hakikatnya.Setiap kali meraka masuk,pasaran akan turun.Oleh itu,jika ahso sudah takda mungkin pasaran akan mendatar semula dan inilah peluang baik untuk masuk..

Kesimpulan: dari apa yang saya perhatikan,ramai orang beranggapan penurunan berterusan akan berlaku.Manakala sebahagian yang lain mengatakan pasaran akan naik semula.Oleh yang demikian saya beranggapan,jika dua pemikiran ini berlaku pasaran akan menunjukkan suatu trend pembetulan yang sihat..

Untuk pelabur runcit,mana-mana saham yang sudah ada signal daily Dead ZC boleh take profit dahulu atau lihat kepada Weekly chart dan buat tindakan segera jika sudah Dead ZC.walaupun begitu,Trend pasaran still bullish untuk 3-4 bulan mendatang.

Selamat Melabur dengan tiada emosi.

Relax,profit dan enjoy.."Setiap berita buruk yang datang kita seharusnya melihatnya sebagai berita baik,dan setiap berita baik kita harus melihatnya sebagai berita buruk" wallahualam.

zamsaham-OSK Investment Bank Sutera Utama.

0 comments:

TREND MINYAK SAWIT -PASARAN HADAPAN(UPDATED)

Pasaran hadapan minyak sawit Malaysia adalah pasaran terpenting dan terbesar didunia.Singapura dan Indonesia cuba untuk mencipta pasaran sawit mereka sendiri,tetapi mereka gagal mendapat sambutan dari pemain-pemain sawit utama dunia.Oleh yang demikian,pasaran 'future market CPO' kita ini perlu dipandang sebagai peluang pelaburan baru di kalangan pemain saham.Lagipun,ianya agak istimewa kerana anda boleh bermain dua hala.Naik dan turun boleh untung asalkan jangkaan trend anda tepat! Melalui kajian dan pemerhatian saya harga sawit dijangka akan mengalami kenaikan yang 'significant' selepas melalui fasa 'ding dong' baru-baru ini. Berikut adalah maklumat yang ingin dikongsikan:
  1. Banyak negara pengguna minyak soya sudah menunjukkan minat untuk menggunakan minyak sawit kita dengan lebih meluas.
  2. Harga Minyak Mentah dunia dijangka akan naik semula.
  3. Banyak penanam sawit dah tebang pokok sawit yang umurnya lebih 25 tahun.
  4. Hasil tanam semula ini bukan boleh dikeluarkan dalam masa setahun-dua.
  5. Hasil minyak sawit sudah dipelbagai.
  6. Minyak sawit bukan hanya diguna untuk mengoreng tetapi sudah boleh dibuat gincu,sabun,mentega dan macam-macam lagi.

Apapun yang menariknya sudah ada signal Golden ZC pada daily chart dan Weekly ada golden STZC..Harga Sawit untuk contract July masih lagi dalam jajaran harga RM2520-RM2560.Longlah dengan bersystem:ada dead ZC boleh take profit

Sekian

Zamsaham(FCPO Licensed Broker)

1 comments: