BREAKAWAY GAPS! Pasaran Saham Menjunam peluang untuk membuat DUIT

Pasaran saham seperti yang saya ulas pada minggu lepas (termasuk 2 bulan yang lepas) sudah menunjukkan pasaran saham 'kepenatan' untuk meneruskan trend kenaikan. Kali ini saya ingin bercerita tentang permulaan pasaran yang akan jatuh menjunam!
  1. Kebiasaanya,pasaran yang ingin jatuh menjunam akan bermula dengan keadaan dimana pelabur runcit dalam keadaan confused.Kenapa pelabur runcit confused? Ini kerana mereka was-was dengan penurunan yang berlaku kerana berita buruk dari satu pihak(masalah Greece ++) dan berita baik dari pemulihan ekonomi Malaysia.
  2. Seperti yang saya selalu nyatakan di bengkel ,sebenarnya pelabur boleh menjangkakan dengan lebih awal tentang penurunan pasaran saham jika pelabur 'pandai' membaca apa yang akan dilakukan oleh pelabur bijak dan spekulator pada setiap stage kenaikan dan penurunan saham.(Kepada yang sudah hadir,mereka sudah diajarkan teori putaran saham)
  3. Jika disoroti kenaikan kebanyakan saham dari bulan March tahun lepas seperti CIMB,Maybank,Unisem,Jerneh,Jetson, dan banyak lagi...rata-rata sudah naik melebihi 50% dari harga terendahnya.Malah ada sesetengah saham sudah naik beratus percent seperti Supermax yang asalnya harga cuma lebih kurang RM1.00 pada awal tahun lepas.Ini hari,harganya masih di jajaran RM5.00!
  4. Saham-saham yang sudah naik ini akan dijual secara 'bijak' oleh mereka yang tahu akan system pasaran saham kepada pelabur yang tidak/kurang faham system pasaran saham.Mereka yang kurang bijak kebanyakannya adalah pelabur runcit(saya dulu dan mungkin anda).
  5. Sekadar renungan dan ingatan,pelabur runcit hanya masuk pasaran di setiap kali 'kemuncak' gelombang kenaikan saham.Pendek kata,masuk paling lambat dan sudah tentulah pada harga yang tinggi.Mereka masuk lambat kerana tiada teknik dan lebih terpengaruh dengan maklumat 'ekonomi/saham dari Suratkhabar.
  6. Apabila 'Jin toncit/Pelabur bijak/Sendiket/Spekulator ini sudah menjual pegangan saham mereka pada harga tinggi pada pelabur runcit,sudah tentulah mereka ingin membeli semula pada harga yang rendah.
  7. Untuk membeli pada harga yang rendah,Media perlu memainkan peranan untuk menakutkan dengan cerita -cerita yang boleh pelabur runcit jual semula pada harga rendah.Dan untuk sekalian kalinya,cerita yang disebarkan adalah maklumat yang sudah dirancang waktu siaran atau terbitannya.
  8. Biasanya pelabur runcit tidak percaya saham akan turun dan ada sesetengah rakan termasuk client saya yang menafikan pasaran saham akan turun kerana data-data ekonomi dan juga perkembagan pemulihan ekonomi dunia.Tetapi,diulangi maklumat ini atau maklumat fundamental adalah maklumat yang terlewat.Saya boleh simpulkan pasaran saham bergerak 3 hingga 6 bulan awal dari maklumat yang dikeluarkan di media.Bermaksud jika anda gunakan Fundamental Analysis untuk beli saham,anda dikira lewat beli dan sudah tentu harganya mahal.Jadi untuk mengatasinya, anda perlukan teknik teknikal untuk masuk pada harga yang dikira rendah.
  9. Jadi,untuk untung dalam pasaran saham atau Hadapan(Indeks+CPO) pelabur WAJIB tahu arah pasaran saham.Arah pasaran saham ada 3 iaitu naik,turun dan mendatar.Mungkin ada yang bertanya bagaimana dikatakan pasaran mendatar.Pasaran mendatar adalah keadaan pasaran seperti yang berlaku baru-baru ini.
  10. Di setiap trend kenaikan akan ditamatkan start turun menjunam oleh pasaraan yang mendatar.Biasanya pasaran mendatar ini ramai pelabur runcit yang susah membuat untung dan ramai 'kaki kontra' yang sangkut.Apabila ramai yang sudah sangkut dan tiada lagi 'cash to fuel the rally' harga
  11. Bila turun menjunam anda lihat adanya 'Break Away Gap' ini menunjukkan pasaran akan mengalami penurunan yang agak significant.Yang saya maksudkan dengan significant,mungkin tidak seperti gawatnya tahun 2007-2008 tetapi mungkin mencecah puluhan point.Sekarang indeks Bursa Malaysia (1315points).
  12. Untuk yang ada Future akaun,anda digalakkan mengambil short position indeks Bursa Malaysia (dengan teknik kombinasi ZC+RSI+MO Zamswing).Jika anda dapat 10 point penurunan anda sudah untung RM500.Jika anda masuk 10 lot,anda sudah untung RM5000!
  13. Untuk pemain saham,anda pastinya tertanya-tanya bila masa sesuai untuk masuk semula pasaran saham? Perhatikan betul-betul daily chart dan weekly chart yang sudah dipelajari.Jangan buat pembelian sehingga pasaran betul-betul mendatar dan adanya signal Golden STZC pada daily chart(lagi baik jika di Weekly).Ini kerana,kita perlu bertindak bijak dengan mengenepikan emosi dalam setiap pembelian.
  14. Ingat Selalu, "orang lain menjual...kita biarkan harganya turun dahulu..apabila semua sudah habis menjual dengan penuh kepanikan sehingga menyampah dengan pasaran saham,kita perlu masuk.Itupun masuk, perlukan teknik dan bersistem.Barulah kita boleh menjana keuntungan dalam pasaran saham"
  15. Ingat undang-undang permainan saham.
  • Relax-bertenang selalu.Jika masuk dah tenang,confirm keluar pun tenang!
  • Mencari arah Trend-Masuk mesti ikut arah trend
  • Disiplin-Hanya orang yang berdisiplin sahaja untung!
  • Take A Break System-dah untung rehatlah..
  • Rajin berusaha-Yang malas tidak akan berjaya!

Jika anda amalkan ini,InsyaAllah hasrat untuk untung dalam pasaran saham bukanlah satu impian,tetapi satu kenyataan yang pasti.

Sekian.

Zamsaham

Berjaya Times Square KL Selasa 11.30 Malam

3 comments:

MARKET TAK KUAT HENDAK NAIK!

Pasaran nampak macam hendak naik pada minggu ini..Manakan tidak indeks Bursa Malaysia dari 1270 boleh naik sampai 1340 tidak sampai seminggu!Ramai pelabur runcit masuk semula pasaran...sekelip mata,apek-apek dan ahso muncul semula di syarikat broker saham.Confident level pelabur datang semula.
  1. TETAPI saya meramalkan kenaikan ini bersifat terlalu sementara,dan pasaran dijangka akan mendatar dan mungkin boleh jadi trend menurun untuk seketika.Jika anda rujuk kepada chart diatas,anda akan faham apa yang saya maksudkan.Minggu ini adalah penentu kepada pembentukkan weekly chart...

"Kepada pelabur dan kontra kaki,ambil profit yang ada dan jangan tunggu2 bila sudah ada signal untuk menjual pegangan saham anda"

Berita baik kepada yang sudah tahu teknik bermain future market :jika saham turun,indeks akan turun.Inilah masa untuk anda SHORT !!!
Pasaran yang sudah melalui proses pembetulan dari kenaikan bulan April tahun lepas adalah baik.Ini kerana untuk naik ianya perlu 'base' untuk kenaikan yang lebih tinggi.
Sekian,
Zamsaham
#yang short pastinya gembira sebab setiap 1 point turunnya indeks bersamaan RM50.00

2 comments:

BUAT DUIT DENGAN CPO SEHARI RM500?

SEKITAR BENGKEL JUTAWAN CPO.
Pada 20 Jun 2010 yang lepas,saya bersama kru team Zamsaham telah mengadakan Bengkel JCPO yang julung kalinya diadakan di PWTC.Bengkel Khas untuk pasaran hadapan ini dibuat atas permintaan dari bekas peserta yang ingin mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci tentang pasaran hadapan.
  1. Bengkel yang bermula dalam 9.15 pagi ini menghimpunkan pelabur baru,pemain forex dan juga pemain pasaran hadapan yang boleh dikira lebih lama berbanding usia lesen saya.Peserta dari Johor,Kedah,Pulau Pinang,Pahang,Negeri Sembilan hadir untuk mendapatkan penjelasan teknik dan strategy sebenar pasaran hadapan Minyak Sawit Malaysia.
  2. Sepanjang menjalankan bengkel saham,saya dapati ramai yang cenderung untuk bergiat aktif dalam pasaran hadapan (CPO) kerana pasarannya yang fleksibal.Naik dan turun boleh buat duit.Walaupun begitu,ingat pesanan saya pasaran ini juga boleh buat kita rugi cepat.
  3. Pokoknya,kenali konsep dan strategy 'permainan' yang betul.Undang-undang yang paling utama iaitu relax dan mencari arah trend perlu diamalkan selalu.
  4. Jika ini dibuat ,hasrat untuk untung RM500 sehari bukanlah impian kosong tetapi adalah satu kenyataan yang pasti!
Peserta yang hadir :
1 Khairani Binti Omar Shah Alam, Selangor
2 Zainal Abidin Bin Awang Kuala Lumpur
3 Wan Zairulakman Bin Wan Ibrahim Putrajaya
4 Baharudin Bin Md Hassan Kuala Lumpur
5 Rahaidah Binti Md Hassan Kuala Lumpur
6 Mohd Hatta Bin Md Hassan Muar, Johor
7 Norhaliza Binti Md Yusak Subang Jaya, Selangor
8 Mohd Nur Badri Bin Mohd Nazli Parit Buntar, Perak
9 Omar Sabbak Bin Hamid Petaling Jaya, Selangor
10 Mohd Imran Bin Yaakub Petaling Jaya, Selangor
11 Norhazli Bin Mat Ridzal Jeram, Selangor
12 Shamsul Azwan Bin Harun Teluk Intan, Perak
13 Jamal Bin Abd Aziz Kajang, Selangor
14 Nobri@Nor Amri Bin Ariffin Batu Caves, Selangor
15 Anuar Bin Muhamad Ali Kajang, Selangor
16 Wan Azarul Effendi Bin Wan Hanafi Pasir Mas, Kelantan
17 Mohd Shahrulmizi Bin Abd. Manaf Kuala Selangor, Selangor
18 Mohammad Shah Bin Zaini Petaling Jaya, Selangor
19 Wan Mohd Azziadi Bin Wan Abd. Jalil Kuala Terengganu, Terengganu
20 Zainah Binti Mohd Salleh Cheras, Kuala Lumpur
21 Norhazril Bin Mohd Noor Kuala Lumpur
22 S. Musadat Barnawi Bin Ahmad Nawawi Gambang, Pahang
23 Asri Bin Ahmad Kuala Lumpur
24 Razali Bin Muhammad Kuala Lumpur
25 Mohd Adib Bin Jambari Sri Kembangan, Selangor
26 Muhamad Al Barrak Bin Rusdan Batu Caves, Selangor
27 Asnizad Binti Abdul Wahab Tapah, Perak
28 Mohd Hata Bin Ali Tapah, Perak
29 Mohd Zulkiflee Bin Mohd Yunus Kuala Lumpur
30 Nor Suzana Binti Abd. Rahman Kajang, Selangor
31 Mohd Aizuddin Bin Mohd Yusof Kuala Lumpur
32 Mohd Zaidi Bin Mohd Zain Sg. Buloh, Selangor
33 Mohd Remy Bin Abd. Majid Kuala Lumpur
34 Mohd Izham Bin Johar Seri Kembangan, Selangor
35 Sa'idin Bin Md Kasah Kuala Kubu Bharu, Selangor
Selamat berspekulasi dengan penuh relax...

Tahniah dan semoga berjumpa lagi di lain masa!

Zamsaham aka ZAMCPO

# Baru-baru ini ada dengar ramai orang kena tipu dengan satu skim pelaburan RM1000 dapat RM18juta dari seorang rakan di UTM Skudai.Pelik,masih ada orang terpegaruh dengan janji2 manis sedemikian.

0 comments:

PASARAN AKAN NAIK SEMULA!

  1. Pasaran saham begitu sunyi akibat perlawanan bola sepak yang baru sahaja bermula.Berita masalah ekonomi sudah dapat diabsorb oleh pasaran dan ditambahkan Apek-apek yang sudah meninggalkan gallery saham.
  2. Minggu lepas semasa saya habis bengkel di PWTC,rakan-rakan facebook ada melihat tanda-tanda pasaran saham akan naik semula.Jika dilihat counter-counter saham kebanyakkan sudah lama turun dan ada yang sudah tinggal separuh dari harga tertinggi pada akhir atau awal tahun ini.
  3. Sila perhatikan counter-counter yang sudah ada signal STZC...Axiata RM3.90 DRBhicom RM1.00,CIMB 7.00,Maybank RM8.00,SIME 8.00,Penta is about to STZC(RM0.33) Keuro (RM0.76sen)dan banyakkkkk lagii..
  4. Jika ada STZC itulah peluang untuk anda menjana keuntungan.Peluang datang bukan selalu. Sekian Zamsaham.

0 comments:

DATO ISHAK PART 2

Dato Ishak Ismail adalah seorang 'market player' yang tidak asing bagi pasara saham Malaysia.Seorang yang begitu sinonim dengan saham Idris hydraulic(antara saham terawal yang saya beli semasa baru belajar main saham),Aokam Perdana Bhd,kemelut pemilikkan saham KFC dan QSR Brands.
Ini hari jam 8 malam tadi ,saya mendengar dengan penuh teliti dari Buletin Utama TV3 cerita 'injuksi' oleh SC untuk penjualan saham Kenmark oleh Dato Ishak. Beliau juga diminta untuk mengistiharkan semua harta didalam dan luar negara kepada SC dalam masa terdekat.Siasatan menyeluruh ke atas 'hero market player' ini pastinya adalah kemuncak kepada kes saham Kenmark Industrial Berhad yang turun dari harga 80sen ke 10 dalam masa 2 hari!
  1. Seperti yang saya khabarkan, cerita direktor hilang dan tidak dapat dihubungi adalah berita pelik dan tidak dapat diterima oleh akal yang sihat.Orang sakit nak meninggal pun akan memastikan telefon sentiasa dapat dihubungi untuk memudahkan orang mencari atau sebagainya.Almaklumlah,orang sakit pastinya lebih suka untuk dikunjungi(walaupun ada katakan tak boleh ganggu orang sakit).
  2. Saya percaya 'drama' ini direka cipta untuk memudahkan pihak Dato Ishak membeli semula saham yang beliau jual pada tahun 1997 (sudah tentu tinggi) pada harga yang lebih murah.
  3. Setelah berjaya membeli semula pada harga 'super diskaun' iaitu bawah 5sen beliau diumumkan pemegang saham terbesar kenmark dengan pegangan 32% saham.Ramai pemerhati pasaran beranggapan beliau ingin mengambil dan menerajui kenmark semula.
  4. Sudah namanya 'market player' apapun perubahan dilakukan last minit dengan menjual semula saham pada harga yang lebih tinggi secara berperingkat.Selepas saham kenmark dibuka semula dari suspend,harganya shoot up sampai 29sen dari situ harganya turun perlahan-lahan sehingga hari ini 10sen.
  5. Jika anda perasan,walaupun harga sekarang 10sen ianya masih menjana keuntungan 100% kepada Dato' Ishak kerana beliau beli pada harga 5 sen sahaja!

Ini hanyalah sedikit fakta yang dicampurkan teori yang belum tentu ceritanya. Sepertimana pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim oleh Dr Mahathir pada tahun 1998 dahulu.Hanya Dr Mahathir sahaja tahu samaada ianya direka atau betul-betul berdasarkan fakta.

Oleh itu,tindakan SC untuk menyiasat Dato Ishak Ismail mungkin tepat kerana Dato Ishak sahajalah yang tahu akan cerita sebenarnya.
Wallauham..
Zamsaham
Skudai Johor 5.30am
#(Sudah biasa kena tipu dengan saham syndicate dulu,tetapi sekarang suka sebab ianya rancak dan boleh buat untung segera)

0 comments:

WORLD CUP OPENING EVENT..AFRIKA MENANG?

"Perlawanan Bola sepak world cup malam ini antara South Africa dan Mexico" Pasukan negara mana akan menang?

Jika esok pagi kita akan tahu jawapannya,tetapi bagaimana kita hendak menjangka pasukan mana yang akan menang ini malam ini? Jika saham ada indikator untuk mencari signal beli dan jual.Jika orang yang main CPO atau Indeks akan mencari signal untuk LONG atau SHORT. Mungkin indikator berikut boleh memberikan anda jawapan:

  1. Jumpa Bomoh atau pawang,baru-baru ini ada seorang pawang dari Afrika mengatakan pasukan Afrika tidak akan menang world cup tahun ini.Tapi dia tidak pula mengatakan pasukan Afrika tidak boleh menang menentang pasukan Mexico malam ini.
  2. Mexico bertandang ke negara tuan rumah.Jadi Sorakkan dan Aura penyokong sudah tentunya memihak kepada Afrika.
  3. Jika pasukan Afrika kalah,bermaksud stadium akan kosong..haha Jadi, sudah tentu BOOKIE akan bayar lebih kat pasukan Mexico untuk diorang 'serender' satu game ini.
  4. Apapun,malam ini saya akan tumpukan perhatian perlawan MEXICO menentang Afrika.Saya sudah 'bet' sejumlah wang yang kecil kat bookie(client saya)untuk Afrika menang...Saja suka-suka,jadi tengok bola malam ini semangat sikit.
  5. Apa akan jadi jika Afrika kalah?,sudah tentunya saya akan rugi sejumlah wang kecil yang saya perjudikan..
  6. Siapa pula yang untung duit saya tadi? Sudah tentunya bukan dapat kepada pasukan MEXICO tetapi akan diberikan kepada orang yang bergelar BOOKIE bola sepak!
Sekian cerita bola, ZAMSAHAM

#( Walaupun pasukan Malaysia tidak sehebat mana,saya tetap peminat/penyokong setia pasukan bola sepak Malaysia)

1 comments:

PROGRAM CARI DUIT TEPI BERSAMA ZAMSAHAM DILANCARKAN

Program cari duit tepi adalah satu program yang unik untuk sesiapa yang berminat hendak cari duit tepi.Duit poket bulanan.
Program ini unik kerana anda tidak perlu menjual barang,simpan stock,cerita panjang lebar kepada orang tentang sesuatu barang.Bak pepatah,Program Cari Duit Tepi ini jauh sekali konsepnya dengan MLM atau apa jua.
Pendek Kata ianya hanyalah Duit Tepi.
Ingat,Ada juga duit tepi yang tidak boleh diketepikan kerana ianya berjumlah ribuan ribu ringgit!
Maklumat lanjut boleh dapatkan Harian Metro Esok dan Hubungi Ketua Wakil Urusetia En Zaidi di Talian:0147735633

4 comments:

KENMARK SAHAM JIN TONCIT?!

Seminggu yang lepas pasaran saham Bursa Malaysia dikejutkan oleh penurunan mendadak saham Kenmark Berhad.Penurunan dari Rm8osen sehingga hanya 3.5 sen sahaja dalam 'sekelip mata'.Ini bermaksud modal pasaran susut dari RM160 juta turun sehingga RM6.5 juta sahaja! Bermaksud,sesiapa sahaja boleh jadi pemegang saham ,seterusnya menjadi pemilik syarikat ini jika mempunyai RM6.5 Juta! Semasa saham kenmark kena' sangkut' oleh Bursa Malaysia baru-baru ini.Saya sudah dapat merasakan saham ini boleh dikategorikan sebagai saham jin toncit! Kenapa Jin toncit: berikut adalah teori saya disebalik sejarah saham turun naiknya Kenmark: Sekilas Info perniagaan Kenmark:
  1. Dibuka perniagaan pada tahun 1988 dan disenarikan di Papan kedua BSKL pada tahun 1997.Pada tahun 2001 dipindahkan kepapan pertama Bursa Malaysia.
  2. Selain kilangnya di Port Kelang,kilang dan pejabat Kenmart juga ada di China,Taiwan,Eropah dan juga di US.
  3. Perniagaan Kenmark macam-macam.Kenmark ada buat perabut,Buat TV,barang-barang keperluan lain termasuk sektor pembinaan.
  4. So far akaun syarikat masih lagi stabil dengan Asset tanah sahaja bernilai sekitar RM30 juta dan RM300juta untuk 'Plant and Machinery'.Tak tahulah kalau akaunnya pun 'diauta'
  5. Balance float selepas 30 largest shareholder tidak sampai 20%
  6. 80% saham berada yang dipegang oleh pemegang saham terbesar,rata-rata berada dalam akaun nomineess atau margin financing.

SEBELUM JATUH:Apa cerita disebalik kejatuhan saham Kenmark:

  1. Saham Kenmark jatuh dari RM80sen sehingga 3.5sen dalam masa tidak sampai seminggu.
  2. Punca kejatuhan dari cerita suratkhabar adalah disebabkan oleh Kilangnya di Port Klang di tutup dan di seal.400 orang pekerja kilangnya pening kepala!
  3. Directornya tidak dapat dihubungi ..'missing in action'
  4. Meeting tidak dapat diteruskan sebab tidak cukup korum.
  5. Eon Bank' seal' kilang sebab tak bayar hutang.
  6. Akaun syarikat sudah 3 bulan tidak dihantar mengikut jadual.

Akibat berita ini,saham syarikat telah disuspend oleh Bursa Malaysia.Apabila sudah kena suspend,pastinya semua orang akan fokus kaunter ini.Laman web syarikat http://www.kenmark.com.my/ tiba-tiba sesak.Semua orang yang sudah beli saham ini pastinya panik! Manakan tidak panik,dulu beli harga 80sen sekarang harganya RM10.5sen(mula-mula kena suspend).

Untuk pengetahuan semua,yang SUPER PANIC adalah saham yang berada didalam akaun margin dan juga nominees.Saham ini ada harga capping.Jika turun kepada sesuatu tahap,dan tiada 'top up' dibuat.Investment bank atau syarikat broker yang mempunyai saham ini akan menjual secara terdesak atau Force Selling!

Saham ini dari RM80sen boleh turun kepada 3.5sen disebabkan saham ini adalah saham yang tiada volume.Bayangkan semua panik dan semua orang ingin menjual dan dalam masa yang sama, saham ini tidak aktif.Akibat tidak pembeli,bukanlah sesuatu yang mengejutkan harganya boleh turun sampai 3.5sen.

Jadi semasa perkara ini berlaku saya perhatikan,seakan-akan ada orang yang sedang collect(harga murah) dari pasaran. SELEPAS DAH JATUH: Hari ini,berita kartun berkenaan saham kenmark pun keluar,Apa beritanya:
  1. Direktor sudah dapat dihubungi.Alasan semasa tak dapat dihubungi -Tidak sihat katanya.
  2. Kilang di Vietnam beroperasi macam biasa.
  3. Pekerja kilang mendapat gaji semasa kilang ditutup.
  4. Director baru dilantik mengangotai lembaga pengarah yang baru.
  5. Munculnya pemegang saham terbaru.Ini cerita menarik,munculnya Dato' Ishak Ismail,seorang YB dari Sembilan yang pernah menjadi director KFC satu masa dahulu.Tidak silap saya,Dato Ishak menjadi pemegang saham terbesar untuk kali kedua.Ini bermaksud,Dato Ishak adalah seorang yang bijak,kerana beli semula pada harga yang betul-betul murah.
  6. Kalau dikirakan modal untuk membeli semua saham Kenmark( jika pada harga 5sen)pun hanyalah seseorang itu perlu keluarkan lebih kurang 12 juta.Asset hartanah sahaja sudah bernilai 30 juta.Jadi asset ini boleh di'magikkan' untuk menjadi harta pemegang saham terbaru.
  7. Selepas,berita ini dikeluarkan,harga saham naik semula dari sekitar 5 sen menjadi 28 sen!

Itulah sebahagian cerita saham kenmark,sebelum dan selepas. Begitu mudah untuk membeli saham pada harga murah dengan merekacipta cerita atau drama yang boleh menakutkan pelabur...yang rugi siapa,dan yang untuk siapa?Walaupun begitu,ini hanyalah teori dan pandangan saya sahaja.Wallahuwalam.

Zamsaham, George Town PENANG

5 comments:

ISREAL SERANG AKTIVIS MALAYSIA

Semalam saya mengikuti perkembangan tentang serangan tentera Israel keatas aktivis dan juga sukarelawan yang berada di kapal yang membawa muatan bantuan kepada rakyat Palestin.Suatu misi yang benar-benar dibuat seperti dikhabarkan kepda saya oleh seorang orang kuat PPIM bada bulan 3 yang lepas.
  1. Dengan perasaan bangga,melihat ada rakyat kita,rakyat Malaysia turut berada membantu penghantaran misi bantuan ini.Rakyat Malaysia ini,jika tidak silap namanya adalah En Nasree adalah antara yang ditahan Askar biadap ini.Saya 'respect' beliau dan mana-mana yang terlibat sepenuh hati dengan misi ini.
  2. Sekarang kita tidak hanya berdemontrasi tunjuk perasaan rasa simpati keatas palestin tetapi diterjemahkan dengan perasaan sebenar.Mengikut apa yang diberitakan,mereka yangmengikuti rombongan bantuan akan cuba sedaya upaya menjejakkan kaki ke Gaza,walaupun terpaksa berenang!
  3. Israel macam biasa,menuduh kapal bantuan ini membawa senjata untuk rakyat Gaza.Walhal,selepas membunuh beberapa orang dan mengeladah seluruh kapal tiada senjata dijumpai.Bukankah ini biadap namanya?!
  4. Dengan perasaan Menyampah,Geram, Benci, malam tadi saya mengamati betul-betul Bloomberg dan CNBC.Minta2 adanya berita berkenaan serangan ini. Dan untuk pengetahuan semua,macam biasa berita yang digembar gemburkan adalah askar Israel mempertahankan diri dari serangan sukarelawan semasa dikapal. Orang bodoh sahaja berfikiran,askar yang berkelengkapan lengkap dan sudah tentunya terlatih terpaksa mempertahankan diri sampai membunuh! Tiada komen mengutuk serangan ini oleh Hillary Clinton termasuk Presiden Obama dengan secara beremosi oleh mereka.Yang ada,hanyalah komen 'selamba' mereka.
  5. Israel awal-awal lagi sudah menyekat kedatangan bantuan ini semasa di Cyprus.Israel berani buat ini semua kerana adanya Amerika yang sentiasa menyokong mereka.Oleh sebab itu,saya memang tidak percaya 'bulat-bulat' dengan maklumat media Yahudi ini.
  6. Harapan saya,semoga hasrat murni aktivis dan sukarelawan untuk menghulurkan bantuan tercapai.Menteri dan orang biasa yang tiada 'kepentigan' terselindung sahaja berani melontarkan cemuhan keatas bangsa Zionist celaka ini! Yang lain tidak berani,kerana mulut,tangan,kaki sudah 'diikat' rapi oleh kuda tungangan yahudi iaitu Amerika.

Sekian,Yang merindui kedamaian Palestin,

Zamsaham

#cerita bangsa palestin ditindas tak habis-habis didengar semenjak saya kecil dan main basikal lagi!

0 comments: