Updated: Futures Crude Palm Oil FCPO July 2011

Just to update sikit berkenaan pasaran FCPO July contract...2011 Sebelum komen, ucapan Tahniah kepada client-client yang masih mengekalkan keuntungan melebihi 100% dalam tempoh tidak sampai setahun! Bukan apa,yelah kesungguhan belajar dan kesabaran yang tinggi terbukti membuahkan hasil yang lumayan!. Berikut adalah catitan kajian saya:
  1. Pergerakkan harga minyak sawit mentah FCPO untuk bulan Julai ditutup pada harga 3370 Jumaat yang lepas.
  2. Dari carta diatas sekali,apabila dilakarkan trendline,didapati upside target adalah Rm3460 dan Support pula berada pada 3270.
  3. RSI nampak seakan ada kekuatan pada harga naik semula dari paras terendah penutup 3230 pada 15 April 2011.
  4. Kebarangkalian untuk naik adalah lebih tinggi jika dilihat pada indikator bollinger band yang harganya sudahpun 'duduk' atas upper band.
  5. Sentimen pasaran harga minyak mentah dunia yang kekal tinggi atas USD100 pastinya secara tidak langsung memberi gambaran yang komoditi utama masih lagi dalam aliran menaiknya.-Walaupun baru-baru ini,Arab Saudi mengatakan stok minyak adalah mencukupi dan terlebih supply pula!
So, #yang sudah long,pasti boleh relaks...dengan support price 3270 #Yang sudah short,mungkin boleh stop loss pada 3400. Yang takda apa-apa position..can consider long at current level--lagi cun kalau dapat pada 3350 level.. Apapun,ini hanyalah untuk kongsikan pandangan saya berdasarkan kepada kebarangkalian.Sila buat kajian anda sendiri kerana itu adalah lebih baik. Last sekali, mengekalkan keuntungan itu lebih utama dari mencari untung lebih.Jadi sentiasalah bersabar untuk mendapatkan the best possible price entry! Sekian. Zamsaham Vistana Hotel 3.30am 24/4/2011 #main FCPO nie,taklah bleh aggresif,lagi aggresif lagi mudah tewas!..kena ada take a break!

2 comments:

SAHAM FELDA BAKAL DISENARAIKAN SEBELUM JULAI 2011!

Khabar angin yang mengatakan Felda (Federal Land Development Authority) akan meneruskan niat menyenaraikan cabang teras perniagaanya pada pada pertengahan tahun lepas 2010 rupa-rupanya bakal menjadi kenyataan.Untuk rekod,penyenaraian FELDA pernah dicadangkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia-Tun Dr Mahathir pada tahun 2003.Tetapi 'tersangkut' ditengah jalan kerana peralihan Kuasa No 1 dan juga susunan structure Felda yang berbelit2. Kini, pada era zaman dato Seri Najib,Felda-Malaysian Sugar Manufacturing Bhg bakal disenaraikan selewatnya pada bulan Julai ini. Berikut latar belakang dan cerita berkenaan Felda dan MSM
  1. Ditubuhkan pada tahun 1956 dengan pembukaan kawasan pertama di ladang getah Ayer Lanas Kelantan.Felda sekarang menguasai 800,000 hektar ladang kelapa sawit.
  2. Kini pengerusi Felda yang baru adalah tan Sri Isa Abdul Samad.Seorang pemimpin yang mempunyai pengaruh dalam UMNO dan merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan.
  3. Hasil pendapatan Felda Holding Berhad pada kewangan akhir tahun 2009 adalah sebanyak RM12billion dengan Keuntungan bersih sebanyak 800juta!
  4. Company yang bakal senarai tak lama lagi ini,MSM-merupakan company yang menguasai hampir 70% pasaran gula Malaysia!
  5. Market Capitalization MSM dijangka 4-5 Billion.Ditambahkan lagi dengan 'injection' 2 asset felda iaitu Kilang Gula Perlis dan 5797 hektar tanah di perlis.Kedua asset ini dibeli pada harga RM1.25Billion dari orang kaya Malaysia-Mr Robert Buok melalui company miliknya iaitu PPB Group Bhd.Untuk pengetahuan semua market capitalization untuk PBB Group sekarang melebihi RM15billion!
  6. IPO MSM ini kalau diikutkan dengan keadaan pasaran dan politik,mungkin untuk naik pada hari pertama penyenaraiannya cerah! Almaklumlah,MSM ini merupakan company pertama Felda yang akn menjadi penanda aras kepada Era pimpinan Dato Seri Najib.Lebih-lebih lagi ,ada suara-suara yang mengatakan Felda Bankrupt!.Kalau sahamnya turun,sudah tentu pembangkang akan mempunyai modal besar untuk bercerita dengan mengatakan Saham kumpulan Felda tidak diminati oleh pemain pasaran saham.
  7. Pendekkan cerita,dengan kombinasi politik dan fundamental syarikat yang kukuh saya percaya saham Felda-MSM yang bakal disenaraikan ini pastinya menjadi pilihan ramai pelabur!...terutama pelabur Cina!
Berita Baik.
  1. Memandangkan MSM tidaklah banyak diperuntukkan untuk MITI , kepada yang berminat hendak mendapatkan khidmat saya untuk saham MSM bolehlah call saya segera
  2. Pinjaman sebanyak 80% disediakan kepada mana-mana individu atau syarikat yang dapat saham MSM.Modal yang dikeluarkan hanyalah 20% dari nilai saham.Jadi jika harga naik,adalah untung lebih sedikit.;)
Sekian,

Zamsaham JB 15 April 2011

# dulu ada buat saham Petronas Chemical 24juta...kali ini harap-harap dapat keputusan cemerlang juga dari MITI.Amin!

#Benarkah teori yang mengatakan pilihanraya akan dibuat selepas saham FELDA diapungkan?

7 comments:

Saham untuk Dikontra?

Ada 2 kategori utama pemain pasaran saham.
  1. Pelabur Tulen-yang beli simpan berdasarkan prestasi syarikat dan lain-lain teknikal yang sesuai.Mereka ini biasanya tidak terpengaruh dengan sentimen harian turun naik pasaran.
  2. Pelabur Contra-Pelabur jenis ini adalah pelabur yang aktif dengan pasaran saham.Sentiasa mencari kaunter dan tips-tips untuk dijadikan panduan dalam trading mereka.Pelabur kontra biasanya lebih emosi dan seringkali masuk pada puncak disetiap kenaikan harga saham.Mereka ini lebih bergantung kepada 'rasa' dan sesetengahnya pula selalu bersandarkan kepada 'LUCK'.Sebenarnya pelabur kontra perlu mencari skill yang datang dengan latihan mengenalpasti potensi saham yang dalam trend menaik dan berkualiti.Oleh sebab itulah,berdasarkan pengalaman saya selama 9 tahun dalam pasaran,tidak sampai 10% yang untung jika bermain kontra!
Apapun setelah hampir sebulan bercuti,hari ini saya nak kongsikan 17 counter yang boleh dikaji untuk Contra! Permainan contra ini,adalah singkat waktunya,tidak lama.. hanya 5 hari termasuk 'force Selling.Oleh itu,mengenalpasti support dan resistant, exit strategy yang tepat disamping disiplin perlulah dititik beratkan.Berikut adalah counternya:
Saham-saham untuk dibincangkan: )KFC 3.73 2)CMMT RM1.15 3)ECS RM1.66 4)ENG 1.86 5)MAS 1.90 6)GTONIC RM1.12 7)Resintc RM0.51 8)Mitra 2.49 9)Tambun .75 10)Tatgiap .58 11) Unisem 2.09 12)WingTM 1.80 13) YNH 2.00 14) TOMEI .71 15) Johotin .70 16)Naim 3.13 17)ScomiMR .585 Pintu masuk jumpa,mesti kena tahu pintu keluar.... ; )
Sertai ruang social facebook saya dan anda juga dialu-alukan memberi komen dan pendapat. Sekian, Zamsaham OSK JB

1 comments: