RAHSIA MENGHAPUSKAN MAT REMPIT!!!..

Hari ini saya nak bongkar rahsia bagaimana menghapuskan MAT REMPIT SECARA TOTAL? Suatu jalan penyelesaian TANPA MENGHABISKAN wang kerajaan DUIT BERJUTA-JUTA. Sebelum itu mari kita soroti jalan cerita Mat dan Minah Mat rempit ini...akhir sekali panjangkan idea penyelesaian ini..
  1. Semua tahu apa itu Mat Rempit? Pelumba-pelumba haram ataupun lebih dikenali dengan ‘Mat Rempit’ menjadi topik panas yang sering dibincangkan lebih sedekad lalu.. Belum selesai dengan satu masalah, timbul masalah Rempit di kalangan remaja Malaysia yang semakin menjadi-jadi kini. Saban hari ada je cerita berkaitan mat rempit di dalam akhbar-akhbar. Kumpulan ‘Mat Rempit’ yang bergerak secara berkumpulan lebih berani membuat onar dan mengganggu keamanan hidup.
  2. Kerajaan ada mencuba pelbagai cara untuk hapuskan mat rempit.Yang biasa dibuat adalah panjat gunung,Naik payung terjun,ceramah agama,buat tempat khas untuk mat rempit racing.Semua program ini,membazir dalam mencapai matlamat utama menghapuskan Mat Rempit!
  3. Kerajaan baru-baru ini,telah menggantikan perkataan mat rempit dengan samseng jalanan.Satu langkah yang makin memarahkan gelaja rempit!!
  4. Jadi bagaimana kita nak hapuskannya? Itu persoalan ramai orang termasuk kerajaan sendiri.Langkahnya sebenarnya mudah!..apa yang kita perlu buat adalah;
  5. Dengan mengharamkan penggunaan ayat mat rempit dan ditukarkan dengan ayat panggilan MAT BODOH,MAT BAHLUL,MAT CILAKA ATAU MAT SENGAL.Saya percaya Mat rempit akan rasa diri mereka TERHINA!!!..
  6. Kita perlu sedar sebenarnya kita telah mengangkat imej MAT REMPIT sehinggakan MAT REMPIT difilemkan. ADNAN SEMPIT,REMP-IT adalah antara contohnya.Cuba kita bayangkan jika filem tersebut menggunakan title MAT BODOH,atau Mat Sengal.Mungkin filemnya belum tentu jadi filem BOX office!
  7. Bayangkan pula, si ibu yang memberikan pesanan kepada anak-anak yang menunggang motosikal." Man,hati-hati bawak motor tu jangan merempit pula! Bahaya nanti"..mungkin ayat pesanan ibu tadi bertukar, JIKA ayat Mat rempit diharamkan -"Man,hati-hati bawak motor tu,jangan sampai orang gelarkan ko MAT SENGAL,malu mak nanti!"
  8. Jadi,saya cadangkan kerajaan tukarkan semula SAMSENG JALANAN/MAT REMPIT kepada MAT BODOH.Kerana kalau berterusan begini,gejala mat rempit tidak dapat terpadam kerana IMEJ pada nama MAT REMPIT yang tinggi pada pandangan jiwa remaja!
  • Pada hemat saya tidak perlu kempen tunggang cermat untuk penunggang motosikal ini.Yang penting haramkan sahaja perkataan MAT REMPIT dan tukarkan kepada perkataan menghina seperti MAT BODOH!.
  • Ini mengambil contoh pengalaman saya semasa di awal 90- 90an dimana gejala Bohjan dan bohsia tidak berleluasa kerana panggilan itu sudah cukup menghinakan.Ramai yang tidak jadi melepak di shopping kompleks kerana takut digelar BOHJAN!
Jika idea ini ok, semoga ianya dapat dipanjangkan dan penggunaan ayat MAT REMPIT ditukarkan senenuhnya kepada MAT BODOH,MAT SENGAL,MAT BAHLUL..atau yang setaraf hinanya! bukan MAT REMPIT ditukar kepada SAMSENG JALANAN!!!!
Sekian. ZAMSAHAM.

21 comments:

TIPS:FCPO OGOS 2011-RM3240

Pemain pasaran hadapan sedang mencari-cari samaada perlu long ataupun short? Jadi berikut adalah pandangan saya untuk masa terdekat.
  • Aggresive Trader: Long atas 3200 atas break 3255..paling bagus LONG jika atas 3300
  • Aggresive Trader: SHORT pada harga sekarang dan keluar jika break 3255 atau 3300..
Mid term trend still sideways toward downtrend..unless berjaya break atas 3300 level..barulah continue dengan major UPTRENDnya..
Apapun,gunakan kebarangkalian tertinggi dengan menggabungkan:-
  1. Trendline
  2. Support dan Resistant
  3. Chart pattern
  4. Moving average(Teknik ZC)
  5. Disulamkan dengan indikator yang dirasakan anda selesa.
  6. #Catitkan didalam buku khas dan berfikirlah sebelum buat tempahan.
Semoga anda long,harga naik,anda short harga turun! Wishes you all the best! ZAMSAHAM-OSK Sutera Utama,JB

5 comments:

IPO Bumi Armada atau Old Town?

Kali saya hendak berkongsi 2 syarikat yang bakal disenaraikan di Bursa Malaysia dalam masa terdekat( kurang 3 bulan dari sekarang).Company yang dimaksudkan adalah BUMI ARMADA BHD dan juga OLD TOWN BHD.Berikut coretannya:-
  1. BUMI ARMADA BERHAD merupakan syarikat perkapalan yang menjalankan perniagaan berkaitan minyak dan gas. Memiliki beberapa kapal yang dilengkapi dengan teknologi canggih untuk kerja-kerja seperti penyimpanan bekalan, penghantaran dan pemasangan. Memiliki kepakaran tinggi dalam teknologi kejuruteraan dan pemprosesan minyak dan gas melalui Bumi Armada Engineering (BAE).
  2. Walaupun beribu pejabat di Kuala Lumpur,syarikat ini juga menjalankan operasi di Afrika (@ pengakalan di Nigeria), Turkmenistan (pangkalan di Laut Caspian) dan Mexico (1 pangkalan). Juga beroperasi melangkaui 11 buah negara.
  3. Pemiliknya merupakan ‘tycoon’ dan juga di kedudukan No. 2 orang paling kaya Malaysia. Seorang yang ‘low’ profile dan memiliki MAXIS, Astro All Asia Network, Tanjong dan Measat Global. Memiliki syarikat telekomunikasi dan media di India dan Indonesia.Billionair India, Kalanithi Maran merupakan rakan kongsinya dalam industri radio dan televisyen.
  4. Dahulu Bumi Armada sudah disenaraikan dan diprivatekan semula pada tahun 2003.Selepas itu,beliau rancang nak senaraikan semula pada tahun 2008.Tetapi terpaksa ditunda kerana 'stock market crash'!..ini yang kita dok kena kaji apa rationalnya senarai,pastu take private...then senaraikan semula.
  5. Saya 'berprasangka' orang yang low profile ini biasanya merupakan orang yang memegang 'kunci' untuk seseorang.Bahasa lainnya adalah menjadi 'proxy' kepada orang lain yang tidak mahu identiti pemilik sebenar dalam sebuah entiti perniagaan.Yelah,kalau terlalu menonjol,tersalah cakap nanti boleh 'kantul'..Wallhualam!
  6. Berbalik cerita saham Bumi Armada,menurut sumber yang boleh dipercayai, Jumlah saham yang ada termasuk Saham Terbitan Baru (IPO) ialah sebanyak 644.3 juta dan untuk tawaran kepada umum sebanyak 234.3 juta unit saham dengan nilai par 20sen.Harga indikatif untuk pelabur institusi dan runcit bakal diketahui dalam bulan 5 ini.
  7. Saham Bumi Armada bakal disenaraikan dipapan pertama Bursa Malaysia.Bila sebut papan pertama,company ini mesti untung juta2 dan mempunyai track rekod perniagaan yang panjang.
Okey..kita check pula apa cerita saham OLD TOWN BHD ?
  1. OLD TOWN BERHAD merupakan pengendali rangkaian kafe Old Town White Coffee dan pengeluar produk minuman segera. Secara keseluruhannya, syarikat ini memiliki 1,348 outlet runcit seluruh Malaysia, 550 outlet runcit di Singapura dan 2,100 outlet runcit di Hong Kong. Melebarkan sayap ke negara-negara Barat sepeti United States, United Kingdom dan juga ke Taiwan dan Indonesia dengan mengeksport serbuk kopi di bawah jenama ‘Nanyang’.
  2. Goh Ching Mun dan Tan Say Yap merupakan individu yang bertanggungjawab memperkenalkan jenama ini. Dilaporkan bahawa pemilik Old Town Berhad bercadang untuk menawarkan 59.5 juta unit saham baru dengan harga RM1 seunit dan untuk tawaran jualan sebanyak 30 juta unit. Untuk itu, syarikat ini akan menawarkan tambahan 10 juta saham baru untuk milikan awam, 12 juta unit untuk para pelabur dan 32.5 juta unit khas untuk pelabur Bumiputera.
  3. Saya tengok,syarikat milik bangsa lain boleh disenaraikan walaupun meniaga 'kedai kopi'.Bila lagi kedai kopi atau yang setaraf dengannya hendak senarai di Bursa Malaysia.Harapan hendak juga lihat company yang kecil-kecil tetapi berpotensi besar seperti PAKCU JAMBU 916,OTAK-OTAK JB,NORAINI's COOKIES,KICAP KIPAS UDANG,Perniagaan DODOL,CENDOL,KETUPAT,NASI LEMAK even termasuklah karipap dan sebagainya supaya ada tersenarai di Bursa Malaysia.
  4. Kita sebenarnya sudah mampu,cuma mungkin perlu ditambahkan sedikit keberanian.Ini mengambil contoh, pada bulan lepas semasa saya berceramah di PWTC,kebetulan masa itu diatas meja ada disediakan gula-gula.Saya menyuruh semua peserta untuk membuka sampul gula-gula tersebut...dan,didapati company yang mengeluarkan gula-gula tersebut tersenarai di papan pertama BURSA MALAYSIA dengan modal pasaran sebanyak RM30 juta! company gula-gula tersebut adalah KHEESAN BHD.
  5. Bukan berniaga gula-gula sahaja tersenarai,banyak lagi yang mungkin kita sangka remeh tetapi mempunyai modal pasaran yang berjuta-juta.Ini termasuklah berniaga screw dan bolt nut -CHINWELL bhd!
  6. Apapun berbalik kepada saham terbitan awalan 'KOPI PUTIH BANDAR LAMA-OLD TOWN WHITE COFFEE BHD.Saya nampak ianya berpotensi jauh seperti rakannya POWER ROOT Tongkat ALi.
Bumi Armada dan OLD TOWN 2 segment perniagaan yang berbeza.Satu dibidang perkapalan dan satu lagi dibidang 'consumer product'..Jadi, bottom line kita lihat kepada keuntungan bersih sesaham dan prospek perniagaan. Dengan trend pasaran yang sedang menaik,mungkin ramai pelabur yang melihat beberapa IPO sebelum ini naik meningkat mendadak seawal hari pertama penyenaraian. Contohnya BOILERMECH BHD anak syarikat QL Bhd yang naik 150% dalam masa masa sehari.Harga tawaran 33sen naik sehingga 99sen!... Walaupun begitu,kita jangan mudah terpengaruh dengan sentimen dan berita pasaran serta janji manis company yang bakal disenaraikan.Kajilah dengan teliti...
  • Akhir sekali,semoga anda dapat memilih 'Saham Terbitan Awalan (IPO)' yang terbaik dengan TIMING yang terbaik!
Sekian,
Norizam Tukiman
Presiden Persatuan Pelabur Strategik Melayu M'sia
#
Dengar cerita,permohonan peruntukkan Khas Bumi untuk saham MSM bhd-Felda,lebih kurang hebat macam saham Petronas Chemical.cuma bezanya Petchem offer 920juta,MSM cuma 85juta.So,fikir-fikirlah ....yang dapat pasti bertuah!

5 comments:

INDEKS GAGAL TUTUP BAWAH 1510!

  1. Beberapa hari yang lepas,saya membuat congakkan apa yang akan jadi jika indeks pasaran hadapan tutup dibawah 1510?
  2. nampaknya indeks kita masih lagi kuat dan saya menjangkakan trending menaik berterusan jika indeks berjaya tutup atas 1530... (support still 1510)
  3. Apapun..kepada sesiapa yang beli saham masa orang lain taknak beli pada beberapa hari yang lepas pastinya akan senyum..

'ingat selalu,apabila orang 'terlalu' positif kita perlu hati-hati,dan apabila orang terlalu panik,kita boleh intai-intai jika ada peluang untuk kita buat duit' sekian. zamsaham..

1 comments:

Apa akan jadi jika indeks pecah 1510?

Semalam indeks pasaran hadapan FKLI Bursa Malaysia tutup betul-betul pada paras sokongan 1510.. indeks bursa malaysia pula masih 1520 level.Jika pecah paras sokongan ini mungkin indeks kita akan bermain semula dalam jajaran 1470-1505.apapun kita lihat berapa jauh saham- saham kita nak turun.

(penurunan ini bagus kerana kita akan dapat beli saham pada harga yang murah!) sekian zamsaham 5/5/11

1 comments:

Program terkini ZAMSAHAM!

Marilah kita beramai-ramai menghadiri Bengkel Jutawan Saham untuk mendapatkan Ilmu Pelaburan di Bursa Malaysia...!!! Masih ramai diluarsana yang tercari-cari bagaimana untuk mendapatkan Ilmu pelaburan ini bak kata pepatah "pucuk dicita ulam mendatang" maka jangan lepaskan peluang yang diberikan oleh ZAMSAHAM kerana tempat adalah terhad. Pendaftaran masih terbuka bagi sesiapa yang berminat. Sebarang pertanyaan sila hubungi urusetia bengkel En. Halim 0127448843 , Cik Shida 0127562094 , Mr. Add 0177041999 , Cik Aishah 0148231426 , En. Zaidi 0197317732 , En. Jamil 0137158655.
ZAMSAHAM TRAINING & CONSULTANCY "DUNIA SAHAM DILUAR KEBIASAAN"
Disokong oleh PERSATUAN PELABUR STRATEGIK MELAYU MALAYSIA (PPSMM)

2 comments:

PESERTA BJS DARI BRUNEI...!

Setelah berehat hampir 2 bulan kerana sibuk dengan hal-hal peribadi, minggu lepas (23 dan 24 April) berjaya sudah mengadakan ceramah Bengkel Jutawan Saham dan FCPO di PWTC Kuala Lumpur.
Peserta datang dari pelbagai negeri termasuk Penang, Kedah dan paling jauh Brunei!..Ini adalah kali kedua peserta dari Brunei datang selepas kali yang pertama pada tahun lepas March 2010-Dr Borhan. Sememangnya saya lebih selesa mengajar dalam jumlah peserta bawah 40 orang kerana bidang saham dan FCPO memerlukan pemahaman dan konsep yang mendalam terutama dalam bidang menganalisa. Lebih-lebih lagi ada yang pertama kali melihat harga saham di surat khabar The Star dan carta saham melalui platform canggih OSK Investment Bank Berhad!
  • Peserta kali ini ada yang sudah berpengalaman 'main' saham dan jumlah peserta baru pula lebih meminati FCPO. (FCPO ini bermaksud Future Crude Palm Oil atau bahasa melayunya, Pasaran Hadapan Minyak Sawit Mentah Malaysia). Saya percaya, pelabur baru meminati FCPO kerana modal yang kecil dan keupayaan mencipta untung dalam 2 arah pasaran.Naik boleh untung,turun pun boleh untung!( begitu juga sebaliknya!)
  • Semoga ilmu yang dikongsi,diberkati Allah S.W.T dan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh semua peserta yang hadir dalam mencari keuntungan dalam pasaran saham dan FCPO yang penuh dengan cerita dan rahsianya tersendiri...
Sekian zamsaham # 14-15 May 2011 akan berceramah di Persada Johor Pula. #Nak tengok gambar-gambar yang lepas boleh clik link ini http://www.zamsaham.com/galeri.php

4 comments: