PEMENANG PERADUAN TEKA HARGA BUKA MSM BHD SUDAH DIKETAHUI!

Tahniah ! Tahniah! Tahniah!
Diumumkan pemenang Peraduan Teka Harga Buka MSM Bhd jam 9.00 pagi ialah saudara Faisal denga tekaan tepat RM4.45!.
Pihak kami akan menghubungi pemenang dalam masa terdekat.
Terima kasih kepada yang mencuba dan InsyaAllah saya akan buat peraduan sama di masa hadapan.
Sekian
Zamsaham.

4 comments:

"PERADUAN TEKA HARGA BUKA SAHAM MSM"

Berita baik!!! Saham Malaysian Sugar Manufacturing Bhd-MSM FELDA akan disenaraikan pada 28 Jun 2011.Iaitu pada hari Selasa minggu hadapan.Sebagai menghargai semua blogger dan Fan Facebook Zamsaham saya akan memberikan hadiah kepada sesiapa yang berjaya meneka tepat harga pembukaan MSM pada hari tersebut.Berikut adalah Terma dan Syarat untuk menyertai "PERADUAN TEKA HARGA BUKA SAHAM MSM" untuk kali ini??
  1. Tarikh Mula Peraduan: 23 JUN 2011
  2. Tarikh Tamat Peraduan: Jam 8.55am 28 JUN 2011
  3. Jawapan mestilah ikut ayat ini:Saya menjangka harga buka MSM adalah RM/// dan diikuti email anda.
Jika pemenang Handphone Samsung pada PERADUAN TEKA HARGA PETRONAS CHEMICAL BHD yang lepas adalah En Faznizam dari Melaka.Siapa pula pemenang hadiah handphone Samsung Wave 723 untuk "PERADUAN TEKA HARGA BUKA SAHAM MSM"? Selamat meneka dengan tepat di laman Face Book saya.
Sekian
ZAMSAHAM
#Saya akan pastikan hadiahnya adalah Samsung Wave 723 atau yang setaraf harga dan kualitinya.Bukan janji tapi pasti..haha3

4 comments:

INDEKS DAN SAHAM ACE MARKET

Indeks nampaknya still bertahan atas 1500 walaupun dipanikkan oleh masalah di Greece dan ekonomi Amerika yang belum betul2 stabil.Apapun,market sideway seperti sekarang ini amat sukar buat duit.So boleh relaks dan buatlah kajian betul2,sebelum buat pilihan pembelian.
Seperti yang saya kongsikan masa di bengkel yang lepas2.Saham dari kategori Ace Market boleh diperhatikan. Sekian.
Publish Post
Zamsaham 17 June 2011

1 comments:

PART 2-FAIR VALUE vs SENTIMEN VALUE (Saham FELDA-Malaysia Sugar Manufacturing Bhd)

Keratan diatas menceritakan hal berkaitan IPO terbaru yang bakal diapungkan di Bursa Malaysia pada akhir bulan ini.MSM berhad,sebuah anak syarikat Felda yang terlibat dalam perniagaan memproses dan mengedar Gula Pasir dengan menguasai hampir 70% pasaran gula Malaysia.
  1. Sebelum ini,saya ada kongsi cerita berkenaan saham Felda .Tamat sudah permohonan khas bumiputera MITI.Ramai pemohon individu yang berjaya dapat 17300 unit dengan harga tawaran RM3.50.
  2. Sekarang sudah ada beberapa analyst yang keluarkan Fair Value atau 'nilai tara' MSM bhd Purata harga Fair Value yang dikeluarkan oleh beberapa Investment bank adalah diantara RM3.80-RM4.50.
  3. Bagaimana pula dengan sentimen value? Rata-rata pelabur institusi nampaknya bid pada harga RM3.50,dan ini menunjukkan pelabur institusi mempunyai pandangan yang positif akan MSM Bhd.Mereka-Fund Manager takut tak dapat saham jika 'Queue' rendah-rendah,yang seterusnya melambangkan keyakinan akan potensi kenaikan saham MSM.
  • Sentimen penyenaraian yang sudah tertunda dari zaman Tun Dr Mahathir juga akan memberikan impak positif kepada saham ini.
  • Sentimen kurangnya saham yang diperuntukkan untuk NON Bumi-iaitu tidak sampai 15juta unit pasti akan memberikan potensi kenaikan MSM pada hari pertama penyenaraiannya pada 28 JUN 2011 ini.Almaklumlah,mereka -pelabur cina mempunyai banyak duit,tetapi permohanan untuk dapatkan saham melalui balloting tidak dapat banyak,jadi mereka dijangka akan membuat pembelian pada hari pertama listing MSM.
Kesimpulannya: Based on face value,saham MSM adalah dalam jajaran atas RM4.00 dan jika ditambahkan dengan sentimen value,saya secara peribadi percaya harganya mampu melepasi RM5.00.(InsyaAllah..Amin!) lagipun,saya mempunyai 'sejumlah' saham MSM ini.So,memang harap harganya naik lah...haha3
  1. Berita baik kepada Fan zamsaham: saya akan buat "KUIZ TEKA HARGA BUKA MSM" dalam masa terdekat.Jika hadiah pada "teka harga Petronas Chemical Bhd" ialah Handphone Samsung,kali ini kita lihat apa pula hadiahnya...
Sekian. Zamsaham # baru pulang dari 'cuti-cuti Malaysia di Cameron Highland dan Langkawi.Walaupun,dah banyak penerokaan kawasan,tetapi tempat ini memang best.. #Sayang, MHB dulu jual awal..kalau tak jual pasti dah tersenyum riang...haha3

11 comments: