INDEKS LINK COUNTER SEMAKIN LEMAH

Indeks semakin lemah... kontra kaki hati-hati 1000x!

Indeks dibentuk oleh 30 saham berwajaran tinggi dari pelbagai sektor. Berikut adalah 8 company dengan pemberatan tertinggi bagi setiap saham:

  1. Publik Bank 10.27%
  2. Maybank 9,87%
  3. CIMB 9.16%
  4. SIME 8.59%
  5. TNB 6.74%
  6. AXIATA 6.39%
  7. IOICORP 6.25%
  8. GENTING 5.01%

Kajian saya bersama bekas-bekas peserta Bengkel Jutawan Saham sebelum ini nampaknya tepat...Penurunan yang agak pantas dari paras 1570.Almaklumlah...banyak sangat data yang terlalu positif.Apabila ramai pelabur runcit dan 'suasana'yang terlalu positif,ketika inilah pelabur bijak menjual saham mereka.

Jika pada komen yang lepas mungkin Indeks Bursa Malaysia mampu turun ke paras 1500...kali ini saya meramalkan indeks kita mampu turun bawah paras 1500.

Pada saya,indeks yang turun adalah baik kerana ianya memberi peluang untuk kita beli semula pada harga yang murah.(Pastikan harga saham yang dibeli bukan dalam trend menurun).

Perlu diingatkan pasaran LONG TERM TREND STILL BULLSH

Kepada pemain FCPO,anda boleh menjeling-jeling pasaran FKLI kerana saya percaya ianya akan rancak 'volatility tinggi' berbanding FCPO.Semoga anda long harganya naik,anda short harganya turun.AMIN

Sekian

Zamsaham 28 Jan 2011

0 comments:

SAHAM SPECULATIVE YANG BERBAHAYA TETAPI MASIH RAMAI FOLLOWER

MARI KITA KAJI BERSAMA SAHAM KECIL-KECIL YANG ADA UNSUR TANGAN AJAIB 1)SAHAM SYCAL harga terkini 16.5sen 2)SUMATEC harga terkini 39sen 3)COMPUGT harga terkini 6.5sen Almaklumlah, sekarang sudah ada saham dari harga bawah 30sen naik berpuluh-puluh percent dalam masa tidak sampai setahun.Contohnya seperti saham BORNOIL yang naik dari 14sen ke paras 75sen(paras halangan). Kebanyakan saham kecil-kecil ini ada unsur tangan ajaib.Oleh itu anda perlulah menilai kualiti saham yang dibeli supaya tidak ditipu oleh sindiket! Sekian.. Zamsaham 27 Jan 2011

1 comments:

SAHAM CEMERLANG DARI SABAH

Minggu lepas saya ada kongsikan 7 saham pilihan saya. CYPARK dari 1.40 dan kini harganya sudah melepasi RM2.00 Selain dari kaunter ini yang dikongsikan di facebook saya,saya ada juga kongsikan kaunter OLYMPIA. Berikut adalah sekilas info berkenaan company ini:
  1. Company ini terlibat dengan business LOTTO88,iaitu company yang terlibat dengan perjudian lotteri di Sabah.
  2. Memulakan perniagaan dari tahun 1988 sehingga kini.
  3. Untuk pengetahun semua,lesen judi nombor ekor ini bukanlah mudah untuk diperolehi.
  4. Dimiliki oleh Dato' Yap dengan pegangan 30%
  5. Lim Kok Tay,anak mendiang Lim Goh Tong(Genting) mempunyai pegangan hampir 2% saham Olympia dan 6% warrantnya.
  6. Warrant Olympia expired tahun 2012.
  7. Pejabat besar syarikat ini adalah di hadapan bangunan Bursa Malaysia.

Kenapa saya kongsikan counter judi ini?

  1. Saya hanya kongsikan untuk kajian bersama.Ini kerana saya mula 'mengekori ' saham ini dari tahun 2009.Pada tahun lepas,saya ada mencadangkan kepada pelabur 'tegar' dan beberapa chinese client untuk 'mengumpul' saham ini. Ketika itu harga mother sharenya berlegar dalam jajaran bawah 25sen dan anaknya(warrant) dibawah 10sen!
  2. Saya menggunakan sepenuhnya teknik olahan saya iaitu SGZC(Super Golden Zamcross) pada Monthly dan juga Weekly chart.
  3. Saya juga melihat pattern sebelum-sebelumnya.
  4. Fundamentally cash flow ada improving.
  5. Lesen judi bukan senang hendak diperolehi kerana tertakluk kepada pelbagai syarat ketat dari kerajaan Malaysia.

Hari ini,OLYMPIA sudah naik dari 25sen ke paras 45sen,warrantnya pula sudah menjana 'profit'hampir 100%.

Jadi,kepada bekas peserta BJS,gunakan sepenuhnya teknik 3 serangkai yang diajar.Emosi,Teknikal dan Fundamental.Olahkan kajian ini kepada saham pilihan anda.

Sekian,

Zamsaham 26 Jan 2011

0 comments:

SAHAM KORPORAT MELAYU

Semalam,semasa membelek surat khabar Metro,saya ada terperasan satu topik yang amat menarik untuk dikongsi.Tajuknya berkenaan dengan saham terbitan baru yang bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun ini. Menurut Datuk Awang ,Timbalan Menteri Kewangan Malaysia memaklumkan ada 4 company akan listing pada tahun ini.Company tersebut ialah;-
  1. Ascendsys Sdn Bhd -sebuah company yang terlibat dalam bidang ICT
  2. Pelasari Corporation Sdn Bhd-Terlibat dalam bidang Marine
  3. Taiace Corp-Supply metal stamping Component
  4. FASK Cap Group.-Anak syarikat The Royal Mint Malaysia dan associated company dengan Heitech Padu Berhad

Pada hemat saya,disamping menambahkah kredibiliti syarikat biasa kepada 'public listed',ianya secara tidak langsung menunjukkan ada syarikat Melayu yang layak disenaraikan di Bursa Malaysia.Ini kerana setiap kali Prospektus keluar,majoriti tokeynya adalah kaum Cina(termasuk dari Negara China pun ada).Baru-baru ini,TAMBUN,BENALEC yang naik melebihi 20% masa 'opening price' adalah company tokey cina.

Yang menariknya,Skim Jejak Jaya Bumiputera ini adalah idea Dato Najib.Yang pasti company ini ada juga dapat contract dan kerja-kerja dengan kerajaan.Sekurang-kurangnya imej syarikat pastinya baik.

Apapun,untuk kategori saham baru (IPO) timing adalah amat penting.Kita boleh untung berpuluh persent dalam masa sehari semasa hari penyenaraiannya.

BAGAIMANA NAK BELI SAHAM INI?

  1. Anda boleh dapat special allocation jika anda adalah pekerja/vendor/contractor syarikat ini.Biasanya company akan beri 'pink form' atau pun 'blue form'.Yang mana jika anda ada form ini,bermaksud jika anda subscribe anda confirm dapat saham ini.
  2. Beli Melalui ATM Machine:Dunia sekarang makin canggih.Jadi pelabur sudah tidak perlu bersusah payah hantar borang permohonan IPO ke 'issuing house' lagi.Anda boleh memohon secara terus melalui ATM Machine,dengan syarat anda mesti ada akaun CDS.
  3. MEMOHON SECARA BLOK:Orang biasa beli saham dalam kuantiti unit dan lot.Jika anda inginkan dalam bentuk yang besar (juta-juta unit)anda boleh memohon terus dengan placement agent.
  4. Saham peruntukan MITI:Saham yang bakal disenaraikan biasanya akan memperuntukkan sebahagian saham company (biasanya 15%) ke Kementerian Perdagangan dan Industri(MITI) untuk diagihkan kepada Bumiputera yang layak.Saya baru-baru ini ada membantu hampir 2 juta saham Malaysian Heavy Engineering dan 24Juta saham Petronas Chemical Berhad.Sekarang ,semuanya tersenyum riang kerana sudah untung berpuluh percent tidak sampai 4 bulan!

Jadi, pelabur digalakkan membaca kandungan prospektus dengan betul.Ini kerana ditakuti anda membeli IPO yang kurang berkualiti.Apapun ,saham-saham IPO ini biasanya banyak diapungkan ketika pasaran sedang rancak yang mana kadang kadang saham tidak berkualiti pun boleh naik sehingga beratus percent seawal seminggu penyenaraiannya!

So,Semoga saham dibawah SKIM JEJAK JAYA BUMIPUTERA ini akan disenaraikan pada timing yang cantik..

Sekian

Zamsaham

3 comments:

SAHAM PILIHAN ZAMSAHAM 2011

Assalamualikum..

Baru-baru ini saya ada kongsikan 7 saham yang boleh dikaji bersama di laman Facebook saya;http:// www.facebook.com/pages/ZAMSAHAM/271503162202

  1. Dari 7 saham yang dicadangkan untuk dikaji... http://www.facebook.com/topic.php?uid=271503162202&topic=12921&perpage=30&last_page=1&hash=3b20141d13a1ef6d6cc5350de9583276#topic_top Jika anda membuat pembelian saham CYPARK anda pastinya sudah menjana keuntungan 38.6%.Iaitu kenaikan dari RM1.40 ke paras 1.94 Perniagaan teras Cypark adalah pakar perkhidmatan membuat landscape dengan projek pertama adalah di Cyberpark Cyberjaya.Sekarang company telah expand ke luar negara dengan penyertaan dalam projek-projek mega.Antaranya membuat landscape untuk Burj Dubai, Business Park Phase II, Dubai Marina Promenade dan juga Burj Dubai Lake Hotel.

Okey...InsyaAllah saya akan sambung dengan kajian saya untuk beberapa saham yang kebarangkalian tinggi memberi pulangan melebihi 30-50% dalam tahun 2011.

sekian..

Zamsaham

# petang ni ingat nak latih swing kat driving range.Esok ada Tournament kat Palm Golf Resort.Harap-harap ada dapat hadiah bawa balik

3 comments:

BERMULANYA ZAMAN GEMILANG SAHAM BSKL-BURSA MALAYSIA

Saya tidak pasti sama ada terlalu ghairah atau tidak dengan tajuk diatas. Okey ceritanya bermula begini..... Saya percaya setiap perkara yang berlaku akan ada zaman turun dan naiknya.Hidup kita pun ada masa senang dan ada masa susah.(saya tidak pernah jumpa lagi ada orang yang hidupnya tidak pernah berada dalam keadaan kesukaran).Jadi saya melihat zaman kegemilangan saham mungkin akan sampai masanya semula. Almaklumlah,selama saya menjadi seorang remisier bermula pada tahun 2003 dan sebelum itu menjadi pelabur saham dari tahun 1999,saya mencari bila zaman gemilang saham.Mengikut kata-kata senior remisier yang 'kamcing' dengan saya,mereka bercerita ketika itu beli apa sahaja saham pasti akan naik.Pelabur runcit berpusu-pusu melihat galeri saham.Saham terbitan baru IPO naik berlipat-lipat kali ganda. Trend Muzik dan Trend Pasaran Saham
  • Dahulu:Saya juga ada membuat pemerhatian kepada trend muzik,ketika akhir tahun 80an dan awal 90an banyak muzik Indonesia masuk kedalam pasaran muzik Malaysia.Artis Malaysia susah cari makan kerana rata-rata trend radio lebih cenderung memainkan lagu dari seberang.
  • Sekarang:Senario yang sama berlaku beberapa tahun yang lepas.Asyik-asyik Krisdayanti,Mulan,Kumpulan Dewa,Inul dan Peterpan.Jualan album mereka lebih banyak berbanding artis kita!
Bila masa artis kita popular di Indonesia?
  • Dahulu:Jika anda masih ingat,artis Malaysia seperti Amy Search,Saleem Iklim,Exist begitu popular di Indonesia pada awal 90an.Contohnya,Album Fenomena Kumpulan Serch terjual 200 ribu unit di M'sia dan 600 ribu unit di Indonesia.Lagu Isabella menjadi 'siulan' muda mudi disana...'Isabella adalah kisah cinta dua dunia".....
  • Sekarang: Tiada lagi artis kita yang popular disana.Berkemungkinan bila artis Indonesia tidak popular disini,barulah artis kita akan diminati di sana.So,kita lihat artis mana dari Malaysia yang akan popular seperti Search pada awal tahun 1993.
Saya mengaitkan teknik luar kebiasaan ini kerana saya percaya kehidupan persekitaran dan trend semasa mempengaruhi gaya hidup kita.Setiap gaya hidup akan memberikan kesan 'domino' kepada pasaran saham.

Kesimpulannya, jika ada artis Malaysia sedang popular di Indonesia,mungkin itulah petanda pasaran saham dalam zaman kegemilangannya!! www.zamsaham.blogspot.com/2010/03/apa-yang-berlaku-pada-pasaran-saham.html

Sekian.

Zamsaham-Dunia saham diluar kebiasaaan. Jan 2011

0 comments:

PASARAN PERLU BEREHAT SEBELUM MENERUSKAN PERJALANAN....

Pasaran saham turun naik adalah perkara biasa.. Hari ini,indeks kita dapat tempias dari penurunan 152 mata atau 4% dalam masa sehari.Hari ini walaupun turun,indeks saham Jakarta(JSE) masih berada pada paras tertinggi iaitu hampir 3500.Kita pula di Malaysia berada pada paras 1560-1580.Indeks ini adalah yang tertinggi dalam sejarah Bursa Malaysia. Dengan 'petanda' yang saya kenalpasti,berkemungkinan kenaikan indeks akan 'terbantut' seketika.Indeks perlu berehat sebelum meneruskan perjalanan kenaikannya semula. Saya percaya 1580 kenaikan tertinggi baru-baru ini 10/1/2011 akan melakukan penurunan dan pembetulan dengan paras sokongan 1500. Walaupun turun,berkemungkinan besar akan ada saham-saham 2nd dan 3rd liner berterusan mengalami kenaikan.Ini kerana long term trend masih lagi bullish dengan sokongan belian dari pelabur Institusi dalaman dan juga pelabur asing. catitan lain:
  • Indeks FKLI now 1570 level
  • FCPO-3 3780 level
  • PELABUR RUNCIT: Ramai termasuk apek2

Semoga long,harga naik...semoga short harga turun.

# Dengar khabar ada saham GLC nak pergi listing tak lama lagi...

Sekian

zamsaham

0 comments:

PESANAN BERSAMA UNTUK BERJAYA DALAM MEDAN PERANG!

Pesanan: Begitu penting untuk semua trader memahami trend sebenar atau major trend...mid trend dan juga short term trend.. Ini penting supaya anda tidak masuk melawan arus. Maksud yang saya katakan jangan keluar masuk pasaran selalu boleh diaplikasikan hanya jika anda mengikut arah trend pasaran...bukan simpan position dengan melawan arah pasaran.. (untuk CPO daily chart dan digabungkan pemahaman pada weekly adalah untuk melihat major trend pergerakkan FCPO) Saya mahu anda relaks apabila ada position.Tetapi bukan relaks jika anda melawan arah major trend.Keluar secepat mungkin jika trend yang anda masuk tidak kira anda untung atau pun rugi. Majoriti bekas peserta yang berjaya adalah orang yang rajin belajar memahami trend sebenar pasaran.Yang paling ramai gagal adalah orang yang selalu keluar masuk pasaran dengan harapan untuk untung dengan short dan long setiap hari.Jika anda lakukan ini,bersiap sedialah untuk anda habiskan duit simpanan anda!. Ingatlah selalu...

  1. Masuk arah major trend dan bukan small-small trend.Buat kajian ketika pasaran sedang 'mati' dan seeloknya pada waktu malam yang tenang.
  2. Jika masuk melawan arus,boleh asalkan anda keluar secepat mungkin tidak kira anda untung atupun rugi.
  3. Cuba dapatkan jajaran pergerakan short,mid dan long term dengan melukis trendline.Olahkan juga channel trendline untuk mendapatkan resistant dan support price sesuatu pergerakan.Kekuatan trendline juga boleh dikenalpasti.
  4. Sudah untung relaks,jika rugi pun relaks dahulu.Jika hendak juga ..boleh,tetapi harus kenalpasti kemana arah pasaran terlebih dahulu.
  5. Percayalah,hanya orang yang rajin berusaha menganalisa menggunakan teknik mengawal emosi,teknik teknikal dan fundamental sahaja yang akan berjaya dalam pasaran CPO yang tidak mengenal pangkat dan darjat ini.(teknik mengawal emosi 80%)
  6. Jangan masuk pasaran menggunakan duit pinjam atau masuk melebihi kemampuan.Ditakuti anda akan kena margin call dan terpaksa tutup position walaupun sebenarnya anda di trend yang betul.

Adalah menjadi impian dan doa saya untuk melihat anda semua berjaya dan mengecapi keuntungan. Sekian Zamsaham JB

2 comments:

ORANG FELDA KAYA JIKA...?

Chart paling atas adalah chart yang saya postkan di laman Facebook saya pada bulan OCT 2010.Ketika itu harga berada pada 2700 level.Daily trend dapat memberikan kita idea kemana arah pasaran utama akan bergerak.Just refresh teknik yang ada untuk mengenalpasti arah trend:
  1. Teknik ZC-GZC Trend harga dijangka akan mengalami kenaikan.Manakala DZC,trend harga dijangka akan mengalami penurunan.
  2. Support & Resistant-Pelabur perlu mengetahui paras-paras halangan dan sokongan sesuatu harga.Ini penting supaya kita dapat mengenalpasti 'kawasan' harga yang sesuai untuk kita long ataupun short.
  3. Trendline-Dengan menggabungkan beberapa point tertinggi dan terendah,pelabur dapat melihat arah trend pasaran.Walaupun simple,perlu diingat trendline mampu menunjukkan kekuatan harga untuk naik ataupun turun disamping bertindak sebagai support dan resistant line juga.
  4. Price pattern- pergerakan harga akan membentuk beberapa pattern yang boleh menunjukkan 'reversal' atau continuation harga sesuatu trend pasaran.
Saya galakkan pelabur memahami 4 perkara diatas.Disamping itu juga memahami short term,mid term dan long term trend juga penting. Okey,berbalik pada chart diatas,dahulu saya awal lagi menjangkakan harga sawit akan naik ke paras atas RM3000 dari paras RM2600.
  • Ketika itu cuaca hujan lebat dan banjir terburuk melanda negara Bangladesh.Malapetaka ini menyebabkan berjuta rakyat terpaksa dipindahkan.Dari sini,keadaan cuaca pasti akan memberikan impak kepada pergerakan harga komoditi dunia.
  • Saya ada pulang beraya ke rumah keluarga angkat di Kampung Parit Lapis Simis di Batu Pahat.Saya ada menyampaikan berita kepada ayah dan abang angkat saya yang harga minyak sawit mentah akan naik ke paras RM3000 dan berkemungkinan mampu lebih dari itu.Mereka pelik,bagaimana saya yang bekerja di 'bank' boleh tahu akan pergerakan harga sawit!...Jawapannya,ini kerana saya juga berada dalam bidang sawit cuma keadaannya sahaja berbeza.(Pasaran Hadapan Minyak Sawit Mentah Malaysia)
  • Hari ini,pastinya mereka tersenyum kerana harga sudah pun naik melebihi dari RM3000 dan mencecah sampai RM3905 baru-baru ini.
Melalui Carta kedua di atas juga,saya menjangkakan harga akan berlaku penurunan jika tidak melepasi paras halangan 'hebat' RM3912.Jika melepasi paras ini,harga sawit dikira 'upper band' dan merupakan zaman 'super bull' minyak sawit Malaysia! Teknik yang saya aplikasikan simple,kerana pemahaman kepada emosi dan tindakkan pelabur disetiap paras harga adalah penting.Apa yang saya buat adalah mendapatkan Channel Uptrendline dan Teknik simple ZC. Jika harga tidak berjaya melepasi paras 3912,berkemungkinan akan turun semula keparas RM3712.Penurunan yang berlaku dibawah paras 3712 boleh saya kira sebagai major correction dengan jangkaan target paras sokongan RM3300-RM3400.Walaupun turun, perlu diingat harga FCPO masih dikira tinggi berbanding harga terendah 2009 yang lepas RM1400!
Yang Menariknya... Dengan pertumbuhan ekonomi dan permintaan dunia terhadap Minyak Sawit dari Malaysia,saya percaya harga akan cuba bertahan di jajaran yang agak stabil (+-RM3500) dengan super support pasaran hadapan adalah pada paras RM3000. Jika harga berada pada paras atas RM3000,tidak kira musim buah lawas atau tidak,pastinya ramai orang Felda yang akan kaya!...inilah harapan Dato' Seri Najib kita dan pastinya harapan semua warga FELDA.
#Sila rujuk carta diatas untuk pemahaman dengan lebih lanjut.
zamsaham OSK JB

2 comments:

TAHUN 2010 DAN TAHUN 2011 ADALAH SAMA JIKA..?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Saya bercuti panjang dari akhir Nov 2010 sehingga akhir bulan December yang lepas.Almaklumlah dapat anak ke 3 (bestnya diam-diam anak dah tiga!) .Nak kena selalu dekat rumah lepak dengan bini. Alhamdullillah,hari ini, isteri yang kusayangi sudah habis pantang 44 hari.
Okey,berbalik cerita dan azam tahun baru. Sekadar coretan tahun 2010 yang lepas untuk renungan bersama.
  1. 2010 menjadi tahun yang penuh dengan cerita duka dan suka kepada semua pemain pasaran saham.Yang suka sudah tentulah yang untung,dan yang duka sudah tentulah yang rugi.
  2. Walaupun begitu keuntungan yang diperolehi tetap sama jika kita tidak rasa ianya cukup.Malah kerugian ,walaupun perit tidak memberikan kesan jika kita menganggap ianya sebagai kifarah dan satu pengalaman yang berguna dalam merangka strategi dan sistem bermain saham.

Setiap tahun baru,ramai yang menanam azam .Jadi, adakah sama diantara tahun 2010 dan tahun 2011 yang baru kita tempuhi ini?...

Tahun 2010 dan tahun 2011 akan menjadi sama jika kita perhatikan tiada perubahan pada diri kita dan masyarakat sekeliling.Berikut adalah beberapa contohnya:-

  1. Sampah selepas tahun baru:Saya ada menonton berita TV1 pagi semalam.Wartawan melaporkan sampah bersepah dimerata tempat di Dataran Merdeka selepas menyambut tahun baru! Mereka yang berpuluh ribu menyambut tahun baru bergembira melihat mercun tetapi sayang kotak/tin minuman dan pelbagai sampah termasuk pampers dibuang merata tempat.Inikah azam tahan baru? Pada pemerhatian saya,tiada erti azam tahun baru jika kita tidak berubah dari penyepah kepada tidak penyepah!
  2. Emosi Manusia dan kesan pasaran: Seperti yang saya beritahu di dalam kelas Bengkel Jutawan Saham, walaupun tahun silih berganti,jika selagi manusia ada emosi marah,suka,duka,benci,penyayang,tamak,takut dan panik,maka selagi itulah pasaran saham/FCPO akan bergerak dalam bentuk ZIGZAQ.Pasaran turun-naik ini akan membentuk "price pattern" dan akhirnya jika dilihat dalam skala yang luas,pergerakan yang dipengaruhi emosi ini akan membentuk seperti gunung,lurah dan tanah yang mendatar.Oleh yang demikian,seperti biasa penekanan kepada strategi mengawal emosi perlulah diberatkan sebanyak 80%.Lebih dari kepakaran dalam teknikal mahupun fundamental.
  3. Strategi dan latihan: Strategi dan latihan amat penting dalam memastikan kejayaan berterusan dalam pelaburan kita.Pada pandangan saya,amatlah sukar untuk mengecapi kejayaan jika usaha yang dibuat ala kadar sahaja! Kita ambil contoh pemain Bola Sepak Malaysia berjaya memenangi Piala AFF Suzuki.Mereka kini dipuji dan disanjung.Tetapi,bukankah mereka sebelum ini diperlekehkan dan dipandang sepi oleh pemain pasukan luar negara dan ada juga segelintir peminat bola sepak tanah air.Dengan latihan dan komitmen yang berterusan,baru hari ini mereka mengecapi hasilnya!.Itu pemain Malaysia.Mari kita ambil contoh yang diluar negara pula.Sukan Golf contohnya Tiger Woods dan Ernie Els.Mereka berdua ini sudah dikira pemain golf profesional dan memang sudah mahir sangat memukul bola golf.TETAPI mereka tetap memukul beratus bola golf setiap sehari.Inilah yang dinamakan latihan berterusan..

"Setiap usaha dan latihan pada hari ini pasti akan ada hasil pada penghujungnya"-zamsaham

Jadi dipendekkan cerita,awal Tahun Baru 2o10 disambut dengan mercun,tahun 2011 yang baru kita tempuhi pun ada mercun,jadi tahun depan, 2012 juga pasti ada mercun dan mungkin sampai kita meninggal dunia pun, setiap tahun ada mercun.Selepas pertunjukan mercun berkemungkinan besar sampah tetap akan bersepah di merata kawasan sambutan!

Oleh yang demikian,TAHUN 2011 yang mendatang akan memberikan impak yang positif/kejayaan/kekayaan dan seterusnya kebahagian kepada kita, jika kita lakukan HIJRAH.Hijrah yang saya maksudkan adalah dari yang buruk kepada yang baik,yang kurang berjaya kepada lebih berjaya.Pada saya Hijrah itu lebih penting kerana ianya yang mendokong azam tahun baru 2011 kita.
Sekian coretan selepas pantang isteri 44 hari,

Zamsaham SkudaiVilla JB

4 comments: