MASALAH NEGARA ARAB VS PASARAN SAHAM

Seminggu 2 yang lepas kita dikejutkan dengan rusuhan yang telah berjaya menggulingkan Hosni Mubarak -Presiden Mesir.
  1. Husni Mubarak sebenarnya adalah rakan baik Yahudi.Pada hemat saya mana mungkin rakan baik akan ditendang begitu sahaja.Ini pastinya ada muslihat yang perlu dikaji bersama.
  2. Perletakkan jawatan Husni Mubarak secara desakkan rakyat Mesir disambut dengan kegembiraan yang teramat sangat oleh rakyatnya yang inginkan pembaharuan.
  3. Puak pembangkang yang diketuai oleh Mr Elbaradei muncul menjadi Hero pembaharuan politik di Mesir.Untuk ingatan bersama,Elbaradei (ketua penyiasat Nuklear untuk badan PBB)adalah antara orang yang bertanggunjawab menjahanamkan negara Iraq! Iraq suatu masa dahulu disegani,tetapi sekarang dipandang hina oleh masyarakt dunia.
  4. Hari ini,kejayaan menjatuhkan Husni Mubarak,sebenarnya permulaan masalah bagi rakyatnya.
  5. Dengar cerita ,tentera Amerika (geng Israel) semakin ramai di sana.Dengan alasan menjaga ketenteraman.

Demontrasi Mesir pembakar semangat negara arab yang lain.

  1. Apabila demontrasi jalanan telah berjaya menjatuhkan Husni Mubarak.Pastinya ini memberikan semangat kepada rakyat di negara sekitarnya untuk menjatuhkan pemimpin mereka!
  2. Ianya memang telahpun merebak ke Libya. Presidennya,MR Gaddafy jika meletak jawatan pastinya menyemarakkan semangat rakyat negara yang lain pula untuk buat demontrasi yang sama.
  3. Gaddafy pun sama macam Husni Mubarak.Asalnya, beliau naik jadi Presiden sekarang ini pun melalui sokongan Amerika suatu masa dahulu.Jadi hati-hati dengan "Wayang" yang Amerika buat yang kononnya ingin menjatuhkan Gaddafi.Ini kerana mereka sebenarnya pada saya mereka adalah pelakon yang diarahkan oleh director yang sama iaitu bernama Israel.Jadi jika Amerika datang menyelamatkan dan membantu rakyat Libya ( sebelum ini rakyat Mesir),pastinya imej Amerika akan baik dan disanjung kerana berjaya mencapaikan hasrat seluruh rakyat yang inginkan pembaharuan!
Rancangan jahat Israel dan orang munafik semakin berjaya!
  1. Pada saya,rancangan Israel untuk menubuhkan Israel Raya semakin berjaya.Mereka tidak perlu memerintah dan namakan negara yang dijajah negara Israel.Cukup sahaja mengawalnya melalui 'Remote Control' dari jauh.Ini anda boleh lihat seperti mana mereka menguasai Amerika Syarikat.
  2. Pada saya Amerika itu sebenarnya bekerja untuk Israel.
  3. Lagi satu,kita kena hati-hati dengan orang munafik.
Sedikit coretan orang munafik:
  1. Meletakkan mereka yang mampu memutar belit tentang Islam sebagai perisai sehingga mengelirukan rakyat untuk mendapatkan sokongan. Setelah mereka mendapat sokongan hasil propaganda yang menggadai prinsip Islam yang sebenar maka mereka menggunakan kuasa yang telah diperolehi itu untuk mengaut kekayaan negara untuk mereka dan kroni mereka dan juga menyekat kemaraan gerakan Islam Sebenar.
  2. Antara ciri-ciri orang munafik adalah suka melaga-lagakan orang apabila bergaduh dan melampui batas.Jika berjanji pula tidak ditetapi.Lihatlah Amerika,berapa banyak kali bermain dengan janji yang tidak ditepati.Inikah negara harapan untuk rakyat negara Arab bergantung apabila dilanda masalah seperti sekrang ini?
  3. Inilah antara ciri-ciri munafik yang yang sudah lama kita nampak.
  4. Oleh itu,marilah kita bersama-sama berdoa supaya dijauhi dari orang-orang munafik dan juga MEDIA yang munafik yang kekeadang boleh memporak- perandakan masyarakat.

Okey,Mari kita lihat apa yang mungkin berlaku pada pasaran saham.

#Komen Saham: Sebenarnya,saham yang turun hanya akan berlaku apabila sendiket/spekulator sudah menjual kepada kepada pelabur runcit dan juga pelabur institusi yang terperdaya dengan data-data yang terlalu manis.(Melalui kajian saya,saya dapati mereka sudah keluar secara perlahan-lahan dari pasaran semenjak dari Ogos Tahun 2010) Selepas menjual semua saham ini,pastinya sendiket dan spekulator ingin membelinya semula pada harga yang murah.Jadi mereka akan mengaitkan apa-apa isu besar seperti masalah rusuhan dan keganasan negara arab ini,yang mampu memberikan kesan negatif kepada pasaran saham.

Masa yang sesuai untuk masuk:Tidak lama lagi saya percaya, data negatif akan selalu keluar didada akhbar.Pelabur runcit sudah terlalu kurang di gallery saham.Lelong rumah semakin banyak.Data-data ekonomi negatif yang pastinya membuatkan anda pun takut beli saham ..sebenarnya ketika itulah anda perlu membuka Platform saham...dan lihat sama ada harga sudah terlebih jualan dan lain-lain indikator yang sesuai untuk anda beranikan diri untuk membuat pembelian.

So,Holding cash adalah yang terbaik ketika ini..Kita tunggu sampai masa yang sesuai untuk membuat pembelian.Ingat,hari-hari ada peluang beli saham dan tidaklah perlu kelam kabut.

Kesabaran adalah tunggak kejayaan dalam pasaran saham.

Sekian..

Zamsaham 1 March 2011

4 comments:

TESTIMONI PROFIT 320% SEBAGAI MOTIVASI BERSAMA!

Seperti biasa,pasaran saham dan hadapan pastinya ada yang menanggung kerugian malah ada juga yang menjana pendapatan.Kali ini saya ingin kongsikan kejayaan pelabur yang berjaya mengawal emosinya walaupun berada dalam pasaran Minyak Sawit Mentah Malaysia(FCPO) yang sememangnya boleh diibaratkan seperti 'Roller Coaster'.Apabila emosi berjaya dikawal,sudah tentu akan dapat mengecapi hasilnya.InsyaAllah,saya percaya akan ada ramai lagi dan mungkin juga termasuk anda yang sedang membaca yang bakal menjana keuntungan beratus-ratus peratus dalam masa kurang setahun.Asalkan:
  1. Ada usaha berterusan
  2. Dapat mengawal emosi dengan teknik yang sesuai
  3. Rajin mengulangkaji dan mengkaji kejayaan dan kegagalan
  4. Selalu berdoa kepada Allah S.W.T semoga ditunjukkan arah pasaran
  5. Selalu bersedekah bila dapat rezeki yang lebih.
Ikutilah Video Testimoni Ikhlas En Jawawi yang berasal dari Puchong Selangor.Bukan sahaja keuntungan yang dikongsikan,banyak tips-tips berguna untuk panduan kita bersama. Sekian. Zamsaham

0 comments:

BJS & BJCPO @ PWTC KL

Alhamdulillah Bengkel Di PWTC pada 12 dan 13 Feb 2011 berlangsung dengan lancar dan jayanya.
Berikut adalah coretannya:

  1. Penceramah Jemputan Khas dari MITI,Ketua Pengarah bahagian Pembagunan Usahawan Bumiputera,Encik Zainal Azman Abu Seman dan Pembantunya En Azmi Omar
  2. Penceramah Jemputan Khas Dari CEO Amanah Mutual Bhd,Puan Shila Halim
  3. En Jawawi pemain FCPO yang konsisten membuat keuntungan dalam FCPO. Profit hampir 400% dalam masa 9 bulan pelaburan dalam pasaran FCPO .Saya akan uploadkan video testimoni kejayaan dan strategy beliau dalam pasaran Hadapan FCPO dalam masa terdekat.
  4. Jemputan yang hadir dari pelbagai negeri Kelantan dan ada juga yang datang dari Sarawak.
  5. Ada juga VIP yang bergelar Dato Seri yang hadir sebagai peserta dan memberikan maklum balas positif.

Terima kasih kepada yang selalu bertanyakan soalan seperti En Hussin,En Amir dan En Ahmad(ramai yang bertanya disepanjang bengkel).Semoga semua yang hadir mendapat manfaat untuk kebaikan dan kejayaan dalam pasaran saham yang boleh saya ibaratkan seperti berada di medan perang! Saya percaya dengan usaha dan komitment yang ada,hasrat untuk berjaya dalam pasaran saham dan hapadan bukanlah satu impian tetapi satu kenyataan yang pasti.Amin "Selamat melabur dengan penuh kesabaran dan bersystematik" Sekian Zamsaham JB

2 comments:

TERAJU-Unit Peneraju Agenda Bumiputera

Kerajaan melancarkan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) yang berperanan menerajui,mengurus dan memacu penyertaan Bumiputera menerusi inisiatif baru serta sedia ada. Husni Salleh telah diumumkan dan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU. TERAJU yang ditubuhkan di bawah Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) akan menumpukan lima bidang utama iaitu keusahawanan dan penciptaan kekayaan; pembiayaan; pendidikan dan penggajian; penilaian institusi dan instrumen polisi dan pengurusan pihak berkepentingan (stakeholder). TERAJU akan beroperasi dalam empat aspek dan dimensi bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan inisiatif itu.
  1. memastikan hasil dicapai dalam jangka waktu terdekat.
  2. meningkatkan keberkesanan institusi dan mengkaji sama ada terdapat pertindihan dengan pelbagai badan dan institusi pada masa ini dan melihat keberkesanan institusi itu serta segala program yang sedang dilaksanakan.
  3. bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk mengenal pasti program baru supaya segala tindakan yang dilaksanakan dapat diselaraskan
  4. menentukan penilaian dari segi hasil dan prestasi.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, inisiatif berkenaan akan dapat menyelaraskan usaha untuk menyenaraikan lebih banyak syarikat Bumiputera ke Bursa Malaysia menerusi sekretariat yang diletakkan di bawah TERAJU.Tahun ini, dijangka lima syarikat Bumiputera akan disenaraikan.Empat daripada lima syarikat yang dijangka disenaraikan di Bursa Malaysia itu ialah Ascendsys Sdn Bhd, Pelasari Corporation Sdn Bhd, Taiace Engineering Sdn Bhd dan FASK Capital Group Sdn Bhd. Inisiatif meningkatkan ekuiti Bumiputera menerusi penyenaraian syarikat milik golongan itu di Bursa Malaysia adalah agenda Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2007.SJJB mengenal pasti 30 syarikat Bumiputera yang mempunyai kemampuan dan kebolehan dalam perniagaan masing-masing yang mana sebahagian besar sudah memenuhi kriteria penyenaraian yang ditetapkan Suruhanjaya Sekuriti.

Bagi tujuan penyelarasan program yang lain, urusan SJJB akan dipindahkan kepada TERAJU tetapi jawatankuasa kerja SJJB akan kekal dipengerusikan Dr Awang Adek manakala Datuk Seri Najib akan terus mempengerusikan Jawatankuasa Eksekutif bersama ahli jawatankuasa yang sama.TERAJU juga akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan lain termasuk dewan perniagaan, badan bukan kerajaan dan sebagainya supaya pelaksanaannya mirip kepada program transformasi GLC yang diperkenalkan kerajaan.TERAJU akan mempunyai bajet operasinya sendiri tetapi pembiayaan program yang dilaksanakan melalui agensi tertentu. TERAJU juga akan mempunyai sasaran tertentu yang akan diumumkan kemudian.Bagi menentukan penilaian inisiatif yang berkesan, TERAJU akan melengkapkan pangkalan datanya dan membuat pemantauan terhadap program yang dilaksanakan. Sumber Berita Harian 9 Feb 2100

Komen Zamsaham: Menyokong sepenuhnya TERAJU kerana kekayaan negara haruslah dimiliki secara seimbang.Ini kerana jika ada 'gap' terlalu jauh di antara yang kaya dengan yang miskin,ditakuti akan mewujudkan hal-hal yang tidak baik sepert yang berlaku 'Krisis Mesir' baru-baru ini.Majoriti rakyat berpendapatan rendah tertekan dengan ketidakseimbangan policy kerajaannya.Yang kaya,super kaya..yang miskin tiada ruang untuk menjadi kaya!

Semoga TERAJU mencapai Objektifnya....bukan sekadar glamour sahaja!...amin

zamsaham, JB 10 FEb 2011

1 comments:

IRIS BERHAD ...TOP VOLUME

IRIS BERHAD Lama juga saya tidak follow chart company ini,tetapi baru-baru ini saya ada melihat chart monthly company ini.So, saya nampak seakan adanya potensi saham ini untuk naik memandangkan ada signal SGZC. Harga sekarang bermainan dalam jajaran bawah 18-25sen. Sedikit maklumat tentang company ini:
  1. Teknologi counter
  2. Kad pengenalan kita ada sekeping chip.Chip itu direkacipta oleh company ini
  3. Banyak dapat job dari negara luar..termasuk dari beberapa buah negara Afrika.
So,kepada bekas peserta sila perhatikan company ini..dan buatlah kajian dahulu sebelum membuat pembelian. Zamsaham,OSK Investment Bank . 3.25pm JB

2 comments: