KISAH IKAN SARDIN DAN TSUNAMI DI JEPUN

(Jadi semalam petang,ketika minum bersama 'geng2' saya ada kongsikan pendapat dengan mengatakan sesuatu malapetaka dijangka berlaku tidak lama lagi...rupa-rupanya betul-betul jadi.Dilaporkan ini hari Tsunami besar berlaku di Jepun!)
  1. Jika semalam anda membaca surat khabar The Star anda pasti akan lihat berjuta ikan sardin mati di Los Angeles di Amerika.Berita itu di muka depan
  2. Sebelum ikan sardin mati,saya ada memerhatikan berita ikan-ikan paus yang 'membunuh' diri di Perairan New Zealand baru-baru ini.
  3. Perkara yang sama juga berlaku ketika tsunami yang melanda Malaysia pada tahun 2006.Ketika itu diberitakan Ikan melompat ke daratan di sebuah kolam di Johor!
  4. Tindakan pelik haiwan seringkali boleh memberikan kita panduan awal tentang 'malapetaka' yang bakal berlaku.

Pada saya setiap yang diciptakan adalah untuk kita sebagai manusia biasa memikirkan yang kita ini hidup tidaklah lama mana.Bila-bila masa sahaja kita akan menemui Allah S.W.T.

Jadi kita diberikan 3 hari.

  1. hari semalam,adalah hari yang sudah menjadi sejarah dan pasti takkan kembali.
  2. Hari ini,kita buatlah yang terbaik kerana...
  3. Hari esok,adalah hari yang tidak pasti kita akan ada lagi atau tidak....

Wallahualam...

Sekian

Zamsaham 11 March 2011

8 comments:

TRANSMILE: lagi satu saham super sendiket

Salam Semua, Kali ini,saya ingin kongsikan satu saham super sendiket yang ada di dalam Bursa Malaysia.Saham tersebut ialah Transmile Berhad. Sediket coretan latar belakang Transmile Berhad:
  1. Jika anda lihat gambar kanan atas ada ,satu gambar kapal terbang dengan Logo Transmile.Teras perniagaannya adalah membawa muatan kargo dan 'Air Freight' .
  2. Start operate business pada tahun 1994 dan dapat dan dapat big business dari Pos Malaysia untuk membawa 'Express Mail' dan Kargo dari Malaysia barat ke timur dan sebaliknya.
  3. Pos Malaysia adalah antara pemegang saham terbesar Transmile dengan pegangan saham melebihi 20juta unit.Berapa harga Pos Beli?
  4. Epf ada berikan pinjaman kepada Transmile?

KOmen saham Transmile;

"Naik dan turun saham ada wayang dan ceritanya yang tersendiri.Apabila sebut 'wayang' mesti ada skrip yang sudah dirancang awal oleh penulis script.Dalam script tersebut sudah ada siapa pemenang,mangsa ,kesan dan akibat jalan cerita.Pemulaan cerita juga mesti menarik supaya ramai penonton.Script ini mesti diarahkan oleh director yang dibayar gajinya oleh pemilik produksi filem"

Jadi anda hubungkaitkan lah jalan cerita wayang yang ada dengan pergerakkan saham Transmile Berhad ini.Saya ada kongsikan juga cerita saham Transmile pada peserta beberapa bengkel BJS pada tahun 2009 dan 2010 yang lepas..

Sekian,

Zamsham 11 March 2003

#Maafkan segala kekurangan dan kesilapan yang ada.Semoga jiwa ini tenang ketika di 'Tanah Suci' nanti.Relakskan minda dari 14-28 March dari pasaran saham..;)

0 comments: