Pengumuman : Pasaran Saham & Pasaran Hadapan Tutup Untuk Cuti Hari Raya Aidilfitri

Pasaran Saham akan berehat seketika sempena Hari Raya Aidilfitri bermula pada hari ini Isnin,29 Ogos 2011 jam 1.00 petang dan bercuti sehingga Khamis, 1 September 2011. Berikut adalah waktu urusniaga pada hari ini.

PasaranWaktu Urusniaga
SahamSehingga 12.30 Tengahari
FKLISehingga 1 petang (Kecuali FKLI OGOS hingga 12.45 Tengahari)
FCPOSehingga 12.45 Tengahari


Pasaran Saham Dan Pasaran Hadapan akan dibuka semula pada hari Jumaat, 2 September 2011 seperti biasa.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan blog dan sahabat handai di seluruh Malaysia. Semoga Lebaran Yang mulia ini disambut dengan penuh keberkatan. Maaf Zahir & Batin dari Team Zamsaham (Zamsaham, Halim, Jayjay, Shida & Zaidi)

0 comments:

Baki terakhir Fasa Ke 3 Ramadhan dan Selamat Hari Raya 2011!

Assalamualaikum... Hari ini adalah hari ke 26 kita berpuasa di bulan Ramadhan.Hari lain pun ada juga kita berpuasa,cuma puasa sunat.Yang kali ini puasa Wajib! Sekadar nak kongsi pengalaman cetek saya dalam bidang agama ini;
  1. Alhamdullilah syukur ke Hadrat Allah SWT,Inilah pertama kali setelah hampir 15 Tahun saya tidak buat Qiamulail di Masjid.Terasa diri ini kerdil dan perlukan bantuan Allah SWT untuk dibimbing ke jalan yang Lurus.Jalan Yang Diredhai Olehnya.Terima kasih seikhlasnya kepada Saudara Hafidz yang tidak jemu-jemu mengingatkan dan memberi semangat untuk saya rebut peluang 'Pahala' yang dikhaskan untuk bulan Ramadhan.
  2. Saja ingin kongsikan pesanan seorang ustadz yang pernah menegur masa belajar dekat U dulu.."macam mana degil pun awak Norizam,jangan lah lupa sembahyang ..sembahyanglah walau hanya sekali..buat sikit-sikit..lama-lama kecintaan itu datang dengan sendirinya" .
  3. Berbalik cerita bulan puasa,masa awal bulan itu hari orang punyalah ramai solat Sunat Terawih.Tetapi,kalau anda pergi ke Masjid dalam baki Ramadhan ini,jumlahnya amatlah kurang.Walhal,sepatutnya saya dan tuan-tuan menguatkan semangat dan anggota badan ke Masjid.Kerana mungkin ini adalah peluang kita merebut sebanyak mungkin pahala yang ada.Yelah,takut2 mungkin inilah Ramdahan terakhir kita!
  4. Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma,adalah hari untuk kita raikan sebagai menyambut kemenangan dalam kita mengawal nafsu dan membuat amal kebajikan di Bulan Ramadhan.(Oleh,itu saya tidak dikira "pemenang" untuk berhari-raya jika saya tidak dapat mengawal nafsu dan kurang membuat amal kebajikan).
  5. Sebelum itu,saya pun pelik tengok orang yang beriya-riya berpuasa tetapi dalam masa yang sama tidak pergi sembanyang.Bukan nak kata saya bagus sangat.Yelah,bila ditanya berapa hari tak puasa..jawabnya penuh!..tetapi bila tanya pasal solat..rupanya dan sebulan tak solat...Solat SUBUH dah bertahun tak buat!..Jadi apa maksudnya puasa ini??!!Saya pernah dengar satu ustadz yang bagitau, kita puasa ibarat kita buat bumbung rumah..dan TIANGnya datang dari SOLAT.Jadi cuba kita fikirkan,bagaimana kita nak letakkan bumbung jika tiada tiang rumah?!!!..
  6. Jadi saya nampak puasa sekarang sudah jadi macam budaya sahaja dan takut malu dilihat makan depan orang ramai jika tidak berpuasa.(lebih respect orang yang SOLAT walaupun tak PUASA..)
  7. Apapun, yang penting hari ini,saya akan berbuka puasa dengan jiran dan ahli keluarga saya dan mertua saya.Lepas solat semua..ingat nak bakar mercun DAS baik punya...haha3
Last sekali...ucapan ikhlas seikhlas-ikhlasnya kepada semua yang suka atau buat-buat suka Blog saya."SELAMAT HARI RAYA dan Seikhlas-ikhlasnya...Maafkanlah saya ZAHIR dan BATIN.Almaklumlah,saya pastinya tidak terlepas dari membuat kesilapan...Semoga kehidupan ini diberkati dan dilimpahi kebahgiaan sehingga akhir hayat ini.AMIN ya Rabbal Alamin..
Sekian.. Selamat berhari raya dan selamat Bergaya!!
ZAMSAHAM .
PALM Villa,Kulaijaya 26 Ramadhan tahun Masihi 2011.

3 comments:

KEMANA ARAH PASARAN SAHAM? Naik semula Atau terus Merudum?

Assalamualaikum dan salam Ramadhan,
Nampaknya, pelabur pasaran pening memikirkan kemana arah pasaran? Ada beberapa pelabur yang merasakan masa sekarang sudah bottom dan menganggapnya satu peluang keemasan untuk membuat pembelian dan ada sesetengahnya pula yang merasakan harga saham akan naik semula.
Mana satu yang betul?
Pada perkiraan saya,jawapan mana satu yang betul sudah diberikan pada perkongsian maklumat pada akhir July 2011 yang lepas http://zamsaham.blogspot.com/2011/07/updated-arah-pasaran-july-august-2011.html. Kebarangkalian untuk turun adalah Lebih tinggi kali ini.Apa pula faktor yang akan meneruskan perjalanan saham kearah Selatan? Banyak faktor diambil kira antaranya:
  1. Saham-saham komponen indeks yang semakin lemah.Saham CIMB saya percaya harganya mampu turun sehingga RM7.50 dari harga sekarang RM8.00.Petronas Chemical pun dikira lemah selagi harganya tidak mampu naik RM6.50! Saham Genting mampu turun RM8.00 jika harga tidak boleh bertahan pada harga sekarang iaitu RM9.66.Saham IOI Corp downside target mampu turun sehingga bawah RM4.00.Manakala saham 'Konglomerat tebesar Malaysia,Sime Darby mampu turun sehingga 8.50. Saham Public Bank sekarang harga masih lagi steady pada RM12.90.Walaupun begitu,jika trend penurunan berterusan saya percaya harganya boleh turun sehingga 11.80! Jumlah kaunter indeks links adalah sebanyak 30 company.Majoriti company indeks links sedang dalam perjalanan ke selatan.(Indeks akan naik dan turun disebabkan oleh naik dan turunnya saham-saham indeks)
  2. Faktor Sendiket atau smart investor yang dah awal-awal keluar pasaran.Melalui pengamatan saya, pelabur-pelabur yang memahami teori emosi dan putaran pasaran saham,sudah keluar pada 3-4 bulan yang lepas.So,berita negatif pastinya akan dikeluarkan satu persatu untuk menakut-nakutkan pelabur satu dunia.Apabila semua orang bersetuju ekonomi sudah gawat ketika itulah mereka akan masuk semula.
  3. Ramainya Pemain CONTRA.Pemain kontra yang masih ramai sebenarnya adalah petanda yang pasaran masih lagi ada ruang untuk terus turun.Kenapa saya berkata begitu? Saya beranggapan pelabur runcit adalah kumpulan pelabur yang paling lewat memasuki pasaran saham.Dan jika pasaran saham turun,semakin ramailah orang yang akan terus membenci pasaran saham dan mengatakan pasaran saham adalah tidak menguntungkan dan tidak selamat!Walhal sebenarnya, pasaran adalah tempat yang selamat dan menguntungkan jika ada pemahaman konsep,teknik yang biasa dan luarbiasa beserta strategy entry dan exit yang betul.
  4. Faktor PENAFIAN :Ada antara pelabur yang mengeluarkan teori yang pasaran saham mustahil akan turun(Walaupun sebenarnya sudah turun -indeks 1590 July 2011,sekarang 1480) dengan mengatakan kerajaan akan support harga dan indeks dari turun kerana PILIHANRAYA. Ada teori nakal yang mengatakan Dato' Najib akan mengunakan dana EPF untuk support pasaran saham dari turun.Haha3,pada hemat saya Dato Najib terlalu banyak perkara yang beliau perlu selesaikan dari masuk campur secara langsung urusan support-menyupport pasaran saham. Jika benar sekalipun,saya rasa Dato Seri Najib perlu mengekalkan harga barang dari naik termasuk juga harga Minyak petroleum.Kerana ini lebih memberikan kesan kepada Pengundi pada pilihanraya.Tetapi,nampaknya Dato Najib tidak 'tahan' harga Petroleum dari naik! Jadi,pada saya INDEKS Bursa Malaysia bergerak naik dan turun adalah mengikut undang-undangnya sendiri dan jika ada unsur tangan sekalipun ianya adalah kes-kes yang terpencil dan pastinya bukan keseluruhan pasaran saham.Oleh yang demikian,Faktor penafian pasaran saham akan turun,sebenarnya aldalah disebabkan pelabur tidak ingin melihat harga saham yang sudah dibeli dari terus turun.Mereka yang masih Hold mencari maklumat yang boleh menyokong mengapa mereka perlu terus 'hold' dari menjual saham mereka pada technical rebound baru-baru ini.Rujuk carta emosi dibawah dan anda boleh cuba pahamkan emosi pelabur disetiap pergerakkan harga.
Jadi jika kita liha carta emosi diatas ,kini penafian penurunan sedang belaku.Dan jika mereka tidak menjual, mereka akan panik apabila melihat harga saham terus jatuh.Ada sesetengahnya akan 'pickup' saham yang dibeli kerana takut untuk 'realised loss' dan memilih untuk simpan saham dan hanya bertindak untuk menjualnya semula apabila harganya naik keparas harga asal.Inilah yang paling banyak berlaku,kerana terlalu percaya simpan saham untuk LONG Term.Walhal,sepatutnya simpan saham selagi dalam trend menaik.Jika trend sudah mula nampak ada perubahan Jual sesegera mungkin tidak kira untung ataupun rugi!
Apapun,jangkaan awal yang mengatakan pasaran saham akan turun nampaknya Tepat!..Kali ini, saya jangkakan pasaran akan terus turun dengan target indeks mampu turun semula keparas terendah 1430 dan tidak mustahil untuk melihat indeks bermain-main dijajaran 1380-1450.Apapun,jika jangkaan saya salah, pasaran amatlah mustahil untuk terus'berdesup' naik dan berkemungkinan menjadi sideways.. Sekian.
ZAMSAHAM Kulaijaya
#InsyaAllah,Saya akan kongsikan beberapa tanda-tanda bila masa sesuai untuk membeli semula.Buat masa ini saya still prefer holding cash.Cash is KING!!..haha3-jangan lupa zakat dan sedekah haaa..

7 comments:

PELUANG UNTUK MENJUAL SAHAM!

Salam semua,
Seperti yang dijangka pasaran akan turun dari kemuncaknya baru-baru ini nampaknya tepat!
  1. Selepas pasaran turun secara mendadaknya iaitu penurunan hampir 50mata dalam sehari dan setelah ramai pelabur yang panik,ini hari terdapat sedikit rebound!
  2. Walaupun ada kenaikan pada pagi ini,saya rasa ianya bukan masa sesuai untuk beli tetapi peluang untuk sesiapa yang masih belum atau tak sempat menjual pegangan saham..
  3. Ingat pasaran baru memulakan perjalanan untuk ke 'selatan' setelah melalui fasa sidewaynya hampir 6 bulan yang lepas.
  4. Jadi,bila masa untuk beli...? Saya ada satu teknik yang amat luar dari kebiasaan yang akan dikongsikan tidak lama lagi untuk kita dapatkan harga yang mungkin dikira baik dan selamat.
Sekian...
Zamsaham.JB 10 August 2011
#Saya percaya DOWNTREND akan berterusan selagi Indeks Bursa Malaysia bawah 1500!

9 comments:

PERLANTIKAN CHAIRMAN MAS YANG BARU-Ada kesan kepada perubahan harga saham?

MAS baru sahaja umumkan perlantikan CEO yang baru.Mari kita lihat adakah pasaran saham akan bertindak positif atau negatif kepada perubahan fundamental ini?
KESIMPULAN CARTA DIATAS: Harga saham MAS dijangka ada ‘technical rebound’ dengan upside target 1.71 dari harga sekarang 1.60.Kenaikan ini disokong dengan perubahan fundamental dengan perlantikan Tan Sri Nor sebagai 'chairman' MAS yang baru.Boleh hold saham ini selagi atas paras sokongan RM1.50! --sila click chart yang disertakan.
sekian. Zamsaham.

2 comments: