ANAK-ANAK KAPAL ZAMSAHAM BERJAYA MENDARAT DI "PULAU PROFIT"

Alhamdulillah !

Syukur ke hadrat Illahi yang memberikan kesempatan dan peluang untuk perkongsian Ilmu Pelaburan. Bersyukur juga kerana dapat menjadi Kapten Kapal menuju ke Pulau Profit. Berkat KESABARAN dengan USAHA, majoriti anak-anak kapal ZAMSAHAM berjaya sampai ke Pulau Profit. Malahan ada juga yang menikmati "BONUS" di Pulau  Profit.

Kami kongsikan sebahagian Komen-komen dari FACEBOOK Tertutup ZAMSAHAM FKLI FCPO Trader:

Testimoni Ikhlas Bekas Peserta Klinik FCPO


Testimoni dari Ahli TUISYEN FCPO


Antara komen dari anak kapal yang sampai ke "PULAU POFIT"

Harapan Team ZAMSAHAM supaya anak-anak kapal ingat pesan dan pantang larang ketika "Berlayar". Gunakan DIARY INVEST FCPO secara optimum untuk mengekalkan momentum ke PULAU PROFIT seterusnya.
Ingatlah bahawa "Mengekalkan Keuntungan Itu Lebih Penting Dari Mencari Untung Lebih"

## Masih ingat lagi Juara Bertahan kita, En Razak ? Nantikan Video temubual terbaru beliau yang baru-baru ini turut sama berlabuh di PULAU PROFIT.
## Link ke FACEBOOK Tertutup ZAMSAHAM FKLI FCPO Trader: http://www.facebook.com/groups/120863341347182/?ref=ts&fref=ts#!/groups/120863341347182/

1 comments:

PENDAFTARAN KLINIK SAHAM DAN FCPO BULAN OKTOBER 2012 TELAH DIBUKA!

PENDAFTARAN KLINIK SAHAM & FCPO UNTUK BULAN OKTOBER 2012 TELAH DIBUKA! Pelajari teknik-teknik yang lebih mantap,hebat dan dasyat! Apa tunggu lagi..Daftar dan sertai sekarang!
Kini lebih mantap dengan teknik2 terbaru!
Jadual Klinik Saham dan FCPO

KLINIK SAHAM (RM390)
->13 OKTOBER 2012 (Pusat Tuisyen Saham, Taman Setia Tropika,JB)
->20  OKTOBER 2012 (Menara SSM,KL SENTRAL)

KLINIK FCPO (RM390)
->14 OKTOBER 2012 (Pusat Tuisyen Saham, Taman Setia Tropika,JB)
->21 OKTOBER 2012 (Menara SSM,KL SENTRAL)

**Sekiranya mengambil kedua2 klinik hanya perlu membayar RM680 sahaja!!Jimat2!!Daftar segera! Tempat Terhad!!


Boleh mendaftar secara online di http://zamsaham.com/pendaftaran.php
atau boleh hubungi Team Zamsaham;
1. En Halim 012-744 8843
2. En.JayJay 013-222 4006
3. Cik Shida 012-726 5094
4. En. Zaidi 019-731 7732

APA KATA MEREKA YANG TELAH MENYERTAI KLINIK YANG HEBAT INI??





Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah memberikan testimoni ikhlas tanpa diminta dan kepada mereka yang telah menyokong kami selama ini..syukur Alhamduliallah..Semoga ilmu yang diberikan dapat digunakan dengan sebaiknya..InsyALLAH untuk terus berjaya dan kaya bukanlah satu angan-angan tapi satu kenyataan yang pasti dengan usaha dan latihan yang konsisten!

Yang Ikhlas,
Team Zamsaham.









2 comments:

9 dari 10 client 'baru zamsaham' Profit untuk 1st time trading FCPO.

Alhamdulillah dan Syukur kerana 9 dari 10 client saya akan untung dalam 1st time trade dengan saya. Satu perkara yang mungkin luar biasa,tetapi itulah hakikatnya.Ini terbukti dengan puluhan testimoni yang diterima di facebook mahupun secara bersua-muka.
Saya percaya kejayaan yang anda perolehi sebenarnya berpunca dari usaha anda sendiri dalam mengawal emosi dan sentiasa bersabar dalam membuat kajian dan semakkan.Saya dan team zamsaham membantu dengan memberikan panduan, keputusan yang bijak berdasarkan catitan di Diary Invest FPCO anda yang buat.

Jadi kepada yang gagal dalam mana-mana pelaburan,jadikan testimoni ini sebagai motivasi kepada anda untuk teruskan "BERSABAR dengan Berusaha dan jangan Bersabar dengan BERHARAP!..
Sudah hampir 3 bulan saya berehat dari berceramah.Minggu ini akan bermula semula dengan lokasi ceramah di MENARA Suruhanjaya Syarikat Malaysia,KL Sentral,KL.Kepada yang peserta 1st time dipersilakan datang dengan menghubungi mana-mana team zamsaham.* kelas saham dah penuh.Kelas FCPO ada beberapa kekosongan lagi. Yang sudah hadir,dan hendak hadir lagi amat-amat dialu-alukan.

Istimewanya kelas Klinik Saham dan FCPO kali ini,anda boleh dapatkan DIARY INVEST SAHAM dan FCPO dengan versi 3.0.Satu olahan sepenuhnya oleh saya,yang merangkumi Teknik Kawalan emosi 80%,Teknik Teknikal 15% dan fundamental hanyalah 5%. Diary ini,sudah membantu diri saya dan ramai pemain pasaran saham membuat keputusan sendiri dan tidak terpegaruh dengan tips2 yang belum tentu kebenarannya.

Diary Invest Saham -100% orginal dari zamsaham-simple tetapi berkesan
Diary Invest FCPO- 100% berkesan untuk digunakan sebelum 'peperangan' berlangsung.

# Akhir kata, diminta semua yang sudah hadir Bengkel Jutawan Saham/Bengkel Jutawan FCPO,Klinik Saham dan Klinik FCPO.Kepada bekas personal Coaching saya yang berada di seluruh Malaysia,harapan saya teruskan buat kajian dan semakkan walaupun 15 minit sehari.
# Pelbagai penambahbaikkan yang saya dan team zamsaham sudah buat antaranya memberikan pandangan peribadi akan jangkaan arah pasaran FKLI dan FCPO di Facebook tertutup. Berpuluh malah beratus TIPS SAHAM diberikan di Zamsaham Private Client. Sehinggakan anda pening mana satu hendak dipilih.Tips ini termasuk dengan pintu keluarnya sekali yang saya namakan PINTU PROFIT dan PINTU Kecemasan.
#Bersabar dengan berusaha dan Bukannya berharap sahaja.
# Call dan jumpa team zamsaham untuk buat semakkan kajian anda.Kami akan cuba membantu sebaiknya asalkan anda bantu diri anda dahulu* buat kajian awal.

Didoakan semoga, keuntungan 1st time trading bersama saya dan team zamsaham yang lain akan berkekalan.Saya tidak mahu, keuntungan ini bertukar menjadi kerugian atas sebab 'keseronokkan melampau' dan kurangnya semakkan atas kajian..Kurangkan juga urusniaga saham dan keluar masuk pasaran bagi pemain FCPO...
Ingat juga pesanan saya iaitu,mepertahankan keuntungan lebih utama dari mencari untung lebih.Kajian mesti dibuat walaupun dengan 'print' hasil kajian di FB tertutup.

Saya sudah dapat hasilnya,ramai juga yang berusaha dengan kajian sudah nampak hasilnya,siapa yang join ZPC pun sudah nampak kesan positifnya.Semoga hasil ini akan diberkati oleh Allah SWT kerana Allah lah sebaik-baik tempat untuk kita meminta rezeki.

Sekian.

Zamsaham.Nusajaya
# jangkaan tuisyen FCPO tepat 100%..tahniah Ika,Supian and the gang!

5 comments:

Erti Merdeka Sebenar- Perpaduan dan Keharmonian Hidup Di Malaysia

Tiada ungkapan selain rasa bersyukur akan nikmat yang Allah kurniaan kepada negara ini.Manakan tidak semua orang boleh berkumpul dan kongsikan kegembiraan yang ada tanpa perlu risau adanya bom atau letupan seperti di kebanyakkan negara Islam yang lain.

Saya tertanya apa akan jadi jika adakan open house di Malaysia ini tetapi suasana seperti di Syria?...

Okeylah, selamat sudah OPEN HOUSE Aidilfitri Zamsaham yang dianjurkan untuk mengeratkan tali silaturrahim sesama Adik Beradik,Saudara Mara, Jiran tetangga  dan rakan taulan pada 9 Syawal baru-baru ini.Majlis yang serba ringkas dengan juadah utama yang saya tempah dari seorang rakan yang berniaga Nasi Lemak Berlauk di persimpangan Traffic Light Taman Unggu Tun Aminah menjadi hidangan utama.Disamping itu ada juga juadah Satay yang dibakar khas oleh sahabat saya dari Pagoh.Raihan namanya..

Raya tak cukup jika tiada Ketupat..Kebetulan tahun ini makcik ada jual ketupat dapatlah dia Sponsor beberapa ratus biji.Habis kuah kacang yang dikhaskan untuk satay di buat cecah dengan ketupat ini.

Macam tahun lepas, Burger mesti ada..siap ada yang 'tapau' bebelas kotak seorang untuk dibawa pulang.Brother yang meniaga burger ini bawa 'stall' yang biasa dia meniaga ke rumah saya..Seronok rasanya bakar burger ini kerana untuk pengetahuan semua saya pernah berniaga burger dari umur 15 tahun sehingga umur 27 tahun.Mana-mana member lama tahu saya seorang yang aktif berniaga.

Kebetulan,hari yang sama ada Marhaban,maka saya dan jiran bersepakat menghidangkan seekor 'kambing golek' ..rupanya ramai peminat daging kambing.Tak sampai sejam,habis semuanya..

Inilah masa yang paling seronok apabila semua orang-orang yang rapat dengan saya berkumpul serentak dan merayakan hari raya yang mulia ini.Jiran-jiran semua datang termasuk kumpulan Marhaban yang memeriahkan suasana hari raya tahun ini.Selepas habis marhaban,adik saya bakar mercun 'merdeka'. Semua 'teruja' termasuk saya dan Isteri melihat bunga api di perkarangan rumah kami.

Lebih kurang jam 11.30pm,ramai yang sudah pulang dan ada beberapa sahabat yang masih melepak sehingga jam 2.00am.Berbagai cerita dikongsi almaklumlah jarang berkumpul sama.

Inilah cerita Open House Aidilfitri yang hasilnya datang dari penjualan saham Ingenuity Berhad.Betul-betul punya duit raya, sebab saya profit 195% dalam tempoh tidak sampai sebulan dan saya percaya saya mungkin adalah antara kumpulan di Malaysia yang beli paling awal dengan harga terendah..saya beli Mother Share Ingen pada harga 11sen dan warrantnya pada harga 5sen!..setakat ini hari harga Ingen masih berada atas 35sen dan warrantnya 12sen!.

Inilah nikmat buat kajian sebelum pasaran berlangsung,saya masih ingat kata-kata seorang guru saya yang mengatakan untuk berjaya kita mesti kena kuat berusaha.Komitment berterusan disamping bersabar menunggu hasil yang telah diusahakan.InsyaAllah takwakkal untuk melihat kejayaan akan hadir selepas itu.

Semoga silaturrahim yang  terbina dapat dikekalkan dengan baiknya walaupun ada pasang dan surutnya.Semoga kita dapat memaafkan seikhlasnya kerana diri kita pastinya tidak terlepas dari noda dosa.Saya selalu berdoa semoga kita semua mati dalam iman dan Islam...Syukur dan Alhamdulillah!

Sekian,

"Selamat Hari Raya dan Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaya"

Zamsaham.
Villa Sawit.
KulaiJaya-1 September 2012

6 comments: