Beli Saham Tanpa Ilmu

Kurangnya pendedahan rakyat terhadap pelaburan di Bursa Malaysia adalah salah satu daripada faktor masyarakat melayu lebih tertarik untuk melabur di skim cepat kaya yang nyata mempunyai ejen dan pendedahan yang lebih banyak. Ini menyebabkan mereka tidak mengambil kisah mengenai kaedah jual beli saham disebabkan ketidakfahaman mereka terhadap proses pelaburan di Bursa Malaysia ditambah lagi dengan kejadian yang berlaku pada tahun 1997.
Sementara, kaedah ejen skim cepat kaya dalam menggunakan kaedah 'face to face' dalam menerangkan skim mereka ditambah lagi dengan janji-janji mereka untuk mengkayakan pelanggan mereka semestinya adalah satu cara yang lebih memberi kesan dan mampu meyakinkan mereka yang kurang pengetahuan dan lebih tinggi kemungkinan untuk ditipu dan dimanipulasi.
Pendedahan yang kurang ini dapat dibuktikan menerusi jumlah orang melayu yang membuka akaun CDS dan berjual beli di pasaran saham. Fakta menunjukkan jumlah orang melayu yang membuat pelaburan di Pasaran Saham adalah lebih sedikit berbanding mereka yang bukan melayu dengan nisbah 1:10, lantas menunjukkan bahawa orang melayu harus membuka langkah alternatif sekiranya tidak ingin ketinggalan.
Kesimpulannya, dengan lebih pendedahan dan ilmu yang diterima menerusi kaedah yang betul dalam teknik membuat duit, orang melayu akan lebih sedar akan penipuan dan tipu helah skim cepat kaya dan mampu untuk mengelakkan diri mereka dari ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Dan pada masa yang sama, berkebolehan untuk terlibat dengan pelaburan di Bursa Malaysia seterusnya menaikkan potensi orang melayu dalam memajukan diri untuk wawasan yang lebih produktif dan berjaya.

1 comments:

Tips Saham: TRC SYNERGY BERHAD

TIPS SAHAM! Perhatikan saham TRC SYNERGY BERHAD, sekarang harga hanya RM0.68 sen. Syarikat ini termasuk dalam kategori 'construction', dimana telah disenaraikan di Bursa Malaysia pada 6 Ogos 2002. Hasil dari kajian 'Technical Analysis', sekiranya harga mampu berada di atas RM0.70 sen, kebarangkalian kekuatan untuk naik lagi adalah tinggi dengan paras rintangan seterusnya pada 083.5sen. Ini hanya pandangan peribadi, sila buat kajian terlebih dahulu sebelum membuat keputusan jual/beli. Sekian.

2 comments:

TAHUN NAGA Menghembuskan "API" nya ke pasaran saham ?!

CORETAN Sebelum Tahun NAGA-2012

  1. Beberapa bulan lepas (Jun -Disember 2011) pasaran saham berada dalam mood 'volatile' . Ada sesetengah penganalisis pasaran yang begitu panik dengan mencadangkan jual dan meramalkan yang tahun 2012 akan menjadi lebih teruk. Saya pula melihat dari kaca mata berbeza. Melihatnya sebagai peluang keemasan untuk membuat pilihan dan pembelian pada harga super diskaun! Terdapat beberapa saham yang jatuh menjunam seperti Petronas Chemical yang turun dari harga RM7.50 sehingga RM5.20!. 9.00 turun sampai 6.70sen..dan begitu banyak saham lain yang turun diantara 20
  2. Anda mungkin masih ingat, saya ada mencadangkan untuk membuat pembelian dengan tafsiran yang pasaran tidak akan turun jauh lagi dan hanya akan seketika 'sideway' sebelum meneruskan perjalanan trend menaiknya. http://zamsaham.blogspot.com/2011/11/komen-zamsaham-akan-peluang-beli-saham.html Saya juga ada kongsikan kepada rakan facebook closed group"Zamsaham Private Client"supaya 'pick up' saham yang dicadangkan. Antaranya UNISEM (1.00) UNISEM-WA (0.235), Proton (2.64), Supermax (2.80), Hibiscus (0.50sen) dan banyak lagi. Kepada yang pickup saham-saham yang dicadangkan,rata-rata sudah mula menampakkan senyuman! Alhamdulillah..Syukur!
  3. Pada bulan masa tersebut(Jun -Disember 2011) saya ada berpesan ,"jangan kontra ketika market sideaway kerana pasaran sideway adalah antara pasaran yang paling susah buat duit untuk pemain kontra". Jika hendak masuk pasaran, 'pick up' adalah yang terbaik.
Coretan selepas masuk Tahun Naga 23 Jan 2012

  1. Malam tadi tepat jam 12.00, kawasan kejiranan saya main mercun macam seperti pihak kerajaan atau pertunjukkan bunga api Jom Heboh!. (ada yang habis lebih 30K untuk semalam permainan mercun). Mereka semua bergembira kerana masuknya meraikan Tahun Baru Cina yang tahunnya adalah tahun NAGA.
  2. Bangsa Cina percaya tahun ini adalah tahun ONG!..tahun tuah bagi yang berniaga!..Ekonomi pula akan pulih pada tahun Naga ini.
  3. Itu pandangan berdasarkan 'Fengshui', pandangan saya dari kaca mata analisa pasaran saham nampaknya seiring dengan pendapat mereka! Ini kerana saya nampak dari 'Long Term Chart' terdapat begitu banyak saham yang 'baru sahaja' hendak masuk semula arah trend menaiknya.
  4. Untuk makluman, trend baru hendak naik ramai pelabur yang agak tidak percaya, lebih-lebih lagi sentimen berita pasaran yang tidak baik seperti masalah ekonomi sebahagian negara Eropah dan juga masalah ekonomi US. Ada masa dan ketika sebagai pelabur kita perlu melihat berita yang buruk itu baik ,dan berita yang baik itu mungkin boleh jadi berita buruk.
  5. Oleh itu semoga kajian saya dengan meramalkan yang pasaran saham akan meneruskan trend menaiknya dari paras Indeks Bursa Malaysia 1400 ke 1600 mungkin akan tercapai dalam masa terdekat. Jika NAGA menghembuskan 'Apinya' penanda aras Bursa Malaysia mungkin mencecah 2000 mata dalam masa kurang 3 tahun dari tahun ini iaitu Tahun NAGA!..
  6. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan " GONG XI FA CHAI" kepada semua client saya yang berbangsa Cina.

Zamsaham,KULAIJAYA-23 Jan 2012

#Tahun ini tak kurang 20 kotak Limau dapat..ermm mari ramai2 makan limau sampai bulat perut..Seronok tengok Malaysia aman damai.Semoga sikap toleransi dan saling hormat-menghormati berterusan sampai anak cucu!

4 comments:

FELDA GLOBAL VENTURES HOLDING(FGVH) -Akan disenaraikan di Bursa Malaysia tahun 2012

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana memberikan keamanan dan ketenangan kepada bumi bertuah, bumi Malaysia. Kali ini saya hendak mengulas sedikit isu penyenaraian Felda Global Ventures Berhad.
Berikut adalah pandangan dan coretan peribadi saya tentang penyenaraian Felda:
  1. Perancangan penyenaraian FELDA bukan isu baru yang dibawa oleh Dato Seri Najib. Ianya satu perancangan oleh bekas perdana menteri Malaysia yang ke-empat iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad semasa pembentangan belanjawan tahun 2004..(Ketika itu saya baru bekerja di Pasaran Saham Bursa Malaysia). Idea Tun Dr Mahathir memang banyak orang yang mempertikaikan pada awalnya tetapi akui 'kehebatannya' pada akhirnya. Itulah dia idola pemimpin Melayu yang lantang berani mempertikaikan Yahudi di sidang utama dunia!
  2. Idea Tun Mahathir pada tahun 2004 tergendala untuk proses susun semula syarikat dalaman Felda dan beberapa isu yang memang saya tidak tahu.Yang saya tahu kini ianya dicadangkan semula untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.Katanya pada awal tahun 2012!
  3. Sekilas pandang sejarah Felda :
    1. FELDA atau Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, pastinya tidak dapat dipisahkan dengan negarawan ulung, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein, Perdana Menteri yang kedua. FELDA berperanan menyalurkan peruntukan kewangan kepada Rancangan Kemajuan Tanah Kerajaan negeri. Projek pertama di bawah pembiayaan FELDA ialah Projek Rancangan Kemajuan Tanah, Air Lanas, Tanah Merah, Kelantan seluas 1680 hektar pada Mac 1957. Rancangan-rancangan awal pembangunan tanah oleh FELDA ini meliputi tempoh Rancangan Malaya Pertama, iaitu dari 1956 hingga 1960. Bagi memastikan projek ini berjaya, Tun Abdul Razak telah turun padang merentas kampung dan desa bagi meninjau dengan lebih dekat setiap projek yang dilancarkan oleh kerajaan. Tun Abdul Razak sanggup berhujan, berpanas, mengharung belukar, lumpur, titi dan jambatan untuk berjumpa dengan penduduk luar bandar.
    2. Selepas berakhirnya darurat pada 1960.Tun Abdul Razak meneruskan matlamat menyusun semula ekonomi bangsa Melayu yang bergantung kepada sektor pertanian. Sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar, Tun Abdul Razak telah membentangkan dengan jelas idea-ideanya tentang konsep pembangunan luar bandar dan rancangan kemajuan tanah dalam tempoh Rancangan Lima Tahun (1961-1965), FELDA telah berjaya membuka 60 rancangan tanah, menanam sejumlah 129 369 ekar getah, 9255 ekar kelapa sawit dan menempatkan sebanyak 9255 keluarga peneroka di tanah-tanah rancangan.
    3. Tun Abdul Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Kedua pada 22 September 1970. Tun Abdul Razak terus memacu ekonomi luar bandar dan membela rakyat miskin terutama yang tinggal di luar bandar dengan mengemukakan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru yang diumumkan ketika pelancaran Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975). Program ini telah dirangka dengan memasukkan strategi yang bermatlamat untuk menyusun semula masyarakat Melayu di luar bandar yang bergantung semata-mata kepada bidang pertanian. Berikutan itu, konsep baharu dalam rancangan-rancangan tanah berdasarkan kepada pembangunan wilayah baru mula diperkenalkan seperti Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA), Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).
    4. Dalam usahanya yang tidak mengenal penat lelah membangunkan negara dan membantu rakyat, telah kedengaran suara-suara sumbang mengatakan Tun Abdul Razak hanya mementingkan kaumnya sendiri. Walaubagaimanapun perkara ini telah diperjelaskan oleh Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Thong Yaw Fong (dipetik dari buku Tun Razak: Jejak Bertapak Seorang Patriot) bahawa, “Secara kebetulan kemiskinan berada di kampung-kampung dan yang miskin adalah orang Melayu. Matlamat Tun Abdul Razak pula adalah untuk pembangunan nasional yang memerlukannya untuk membetulkan ketidakseimbangan”. Oleh hal itu, tumpuan terpaksa diberikan kepada kumpulan ini dengan memasukkan mereka ke dalam rancangan pembangunan tanah seperti FELDA.
    5. Jadi, syukurlah kita mempunyai Felda,ramai kawan saya dan sebahagian saudara mara saya masih tinggal di Felda yang dahulunya pada awal penerokaan kawasan susah kini sudah boleh tersenyum merasai hasilnya. Jalan-jalan bertar,rumah yang besar serta mempunyai tanah.
    6. Jika dibandingkan pendapatan gaji orang Felda adalah lebih tinggi dari orang yang bekerja di bandar-bandar besar! Orang bandar, gaji mungkin besar, tolak hutanh-piutang, pendapatan orang bandar jauh lebih kecil berbanding peneroka. Rumah-rumah orang bandar jauh lebih kecil dan tiada ruang untuk anak-anak bermain di halaman rumah.
    7. Majoriti orang dahulu yang berhijrah ke bandar-bandar mempunyai nasib yang tidak sebaik orang-orang kampung yang berhijrah mengikuti program penerokaan kawasan ladang anjuran Felda ini.
    8. Sekadar renungan ,jika FELDA belum ada lagi dan sekarang ini barulah idea penubuhan FELDA baru hendak dilancarkan, adakah idea ini akan diterima oleh semua bangsa?!..pastinya idea ini akan ditentang habis-habisan oleh bangsa Ultra Kiasu dan segelintir melayu yang sudah lupa akan jati diri melayunya. Lebih-lebih lagi bangsa melayu bercakaran sesama sendiri dan tidak boleh bersatu dalam kepentingan agama mahupun hal berkaitan ekonomi. Bersatu baru kita maju..
  4. Sebelum itu, saya suka untuk pembaca blog saya menilai semula isu penyenaraian saham Tabung Haji Plantation Bhd di Bursa Malaysia. Ketika itu ramai ahli politik dan 'cendekiawan' yang tidak bersetuju kerana mereka rasa ianya bertentangan dengan idea asal cadangan kertas kerja Prof Di Raja Ungku Aziz pada tahun 1959! Mereka takut orang bukan Islam akan menggugat pegangan saham TH dan beberapa isu yang membuatkan pendeposit TH resah akan penyenaraian saham Tabung Haji Plantation. Hakikatnya setelah lebih 5 tahun tersenarai di Bursa Malaysia berikut adalah kesannya kepada Tabung Haji:
    1. Tabung Haji Plantation disenaraikan pada tahun 2006 dengan harga RM1.25 dan setelah diambil kira bonus issue dan lain-lain dividen sahamnya sudah meningkat lebih 260%. Harga sekarang Th Plantation adalah pada harga jajaran RM2.20-Rm2.50 dan berdasarkan kepada Teknikal Analisis saham THP dalam trending menaik.
    2. Pegangan saham THP berdasarkan 10 pemegang saham terbesar adalah terdiri dari entiti orang Melayu Islam.Pemegang saham terbesar masih lagi Tabung Haji dengan pegangan 324,354,000 atau 63.34% dengan modal pasaran sebanyak RM800 juta dan diikuti oleh KWSP sebanyak 5.74% dan lain-lain entiti Islam lebih kurang jumlah kesemuanya lebih 80%! Berdasarkan jumlah pegangan ini, saya lihat ianya membantu meningkatkan nilai perniagaan TH Plantations dan seterusnya mengangkat ekonomi dan imej orang Islam itu sendiri.
    3. Untuk makluman,saya ada client yang dapat diperuntukkan saham TH Plantation melalui 'pink' form TH Plantation dan tidak menjualnya sampai sekarang. Kaut untung dividen tiap-tiap tahun!
  5. Kini idea penyenaraian saham Felda ditentang pula oleh orang melayu sendiri. Bangsa Ultra kiasu menambahkan rasa 'cili' untuk memanaskan dan melaga-lagakan bangsa melayu sendiri. Mereka mempertikaikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi dan isu tanah peneroka akan tergadai bila disenaraikan. Ada juga isu 'permainan' saham akan membuatkan peneroka jatuh miskin dan sebagainya. Apapun, saya bersyukur ada ramai yang menyokong penyenaraian saham FGVH ini.
  6. Saya pun sependapat dengan rakan-rakan yang tidak suka akan pengerusi KPF. Isa Samad ada jasa dan 'problem'nya tersendiri. Walaupun begitu, jangan kerana isu ini, hasrat untuk memajukan Melayu dan khususnya untuk memajukan dan mengangkat martabat Felda terbengkalai lagi!
  7. Bertuah rasanya kita mempunyai PETRONAS yang diusahakan oleh tangan-tangan orang melayu. Tetapi yang memperlekehkan keupayaan orang melayu adalah orang melayu itu sendiri. Contohnya semasa penyenaraian saham Petronas Chemical pada tahun lepas ada ramai orang termasuk segelintir staf anak syarikat Petronas sendiri yang memperlekehkan keupayaan saham Petronas Chemical Bhd naik pada hari penyenaraiannya. Malaysia Heavy Enginering Berhad, pun ada yang mempertikai.Paling terbaru saham ialah saham Malaysia Sugar Manufacturing (MSM) yang diragui keupayaan keuntungan perniagaannya kerana harga gula dikawal oleh kerajaan. Hakikat yang kita perlu ketahui selepas Felda membeli saham dari Rubert Kuok pada nilai RM1.30billion, tahun lepas adalah antara banyak tahun isu bekalan gula tidak mencukupi pada hari raya tidak lagi kedengaran. InsyaAllah, isu gula disorok dan tidak cukup stok kat pasaran mungkin tidak timbul lagi.
  8. Sebagai selingan, saham MSM kini bermain dalam jajaran RM4.50-RM5.00 iaitu kenaikan hampir 33% tidak sampai setahun tersenarai di Bursa Malaysia. Penyenaraian MSM ini juga pastinya akan memberikan kesan positif kepada Koperasi Felda.
  9. Pulangan dividen kepada ahli koperasi Felda pastinya akan lebih baik jika saham FGVH disenaraikan kerana selepas penyenaraian, penjalanan perniagaan akan lebih telus dan pastinya akan lebih tersusun. Pengurusan yang 'lebih' profesional dan melahirkan generasi peneroka berwawasan bukan sahaja bertani tetapi mengembangkan sektor perladangan kepada perniagaan yang menguntungkan.
  10. Penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia mengukuhkan organisasi Felda kerana ianya terikat dengan syarat ketat penyenaraian awam.Bukan mudah untuk tersenarai.Bukan semua syarikat milik melayu boleh mudah-mudah diterima tersenarai di Bursa Malaysia.
Apapun,saya percaya saham FGVH akan ditunggu oleh ramai pelabur, bukan sahaja pelabur melayu tetapi pelabur Ultra kiasu dan juga antarabangsa. Ini kerana mereka tahu hasil tangan orang melayu yang fokus dan jitu dalam kerjanya adalah berkualiti dan bernilai tinggi. Janganlah kita bertelagah sesama sendiri dan diapi-apikan pula oleh bangsa ultra kiasu. Bersatulah dengan bermusyakarah kerana dengan bersatu baru ekonomi bangsa Melayu-Islam Maju!..
Sekian.
Zamsaham.Senai Kulai,Johor
# rumah saya berada tak jauh dengan rumah Felda Taib Andak.Warga felda sambut hari raya meriah.Kampung melayu tersusun terbaik dunia!

23 comments:

TESTIMONI PROFIT RM1,300 DALAM MASA 5 JAM

Baru-baru ini salah seorang trader pasaran hadapan FCPO & FKLI, iaitu En. Abd Razak dari Kluang, Johor singgah di pejabat saya di Skudai, Johor. Kami sempat berbual-bual dan meminta pandangan mengenai potensi pasaran hadapan FCPO dan FKLI. Mari kita sama-sama berkongsi pengalaman dan pandangan beliau dalam permainan FCPO dan FKLI ini dan bagaimana beliau mencipta keuntungan RM 1,300 dalam masa kurang dari 5 jam.

 

1 comments:

Dapatkan Pakej RM550 untuk TIPS saham Panas secara LIVE!

Sila pilih mana satu pakej tips saham atau FCPO sekarang...
  1. Sebagai menghargai 'outsider'(bukan client zamsaham) yang telahpun mendaftar sebagai 'ahli trial' di zamsaham FKLI & FCPO trader,pihak kami berminat memberikan diskaun istimewa dengan hanya membayar RM550 sahaja. Apa yang anda akan dapat?
  2. Sudah tentulah maklumat harian tentang arah pasaran FCPO hendak bergerak .Sama ada naik turun ataupun mendatar selama SETAHUN!.Jangkaan arah trend ini di'update' sebelum pasaran berlangsung!!!!...itulah menariknya!..kerana persiapan perlu dibuat sebelum pasaran hadapan berlansung.(mana ada orang nak pergi berperang tiada persiapan?..kalau takda,confirm kalah!)
  3. Bagaimana hendak berjaya dalam pasaran FCPO jika anda terlalu aggresive keluar masuk pasaran setiap hari dan ditambahkan pula yang anda tidak tahu kemana arah pasaran bergerak. Mana arah Short term dan Midtermnya?..Jadi dengan RM550 sahaja kami mudahkan persiapan anda!
  4. Disamping itu,di Zamsaham FKLI & FCPO Trader anda akan dapat berkomunikasi dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain.
  5. Pertanyaan dan permasalahan anda tentang pasaran FCPO juga akan dilayan secara 'pro' di facebook 'tertutup' ini.
Hubungi segera JJ di talian 013-2224006 untuk subscribe Zamsaham FKLI FCPO Trader.
  1. Hendak Tips Saham-saham pans yang berpotensi naik? J0in zamsaham private client sekarang!
  2. Siapa yang dah join pasti terasa panasnya tips saham dari team zamsaham!
  3. Jika ingginkan langganan selama setahun,bayar RM550 pakej terhad 3 hari ini segera!
  4. Antara tips saham panas untuk minggu lepas yang meletop adalah seperti MAS yang naik 15%, Unisem naik 12%,KPS 15%,KPJ 15% CANONE naik 33% dan banyak lagi meletop naik gile-giler minggu lepas!
  5. Jangan berlengah untuk terus main saham sorang-sorang dan joinlah group tertutup khas 'ZAMSAHAM PRIVATE CLIENT ini segera! pasti berbaloi2..InsyaAllah berkesan!
Kepada semua yang berminat boleh Call Halim di talian 012-7448843 untuk subscribe Zamsaham Private Client.
#ini hanyalah pandagan peribadi dari team zamsaham yang dibuat berdasarkan pengalaman,kajian teknikal,fundamental dan lain-lain faktor berkaitannya.Walaupun begitu anda perlu tahu tahap risiko setiap pelaburan.Jangan buat keputusan atas dasar rasa dan emosi sahaja.Buatlah kajian secara berterusan untuk keuntungan konsisten dan maksima!
- Zamsaham 8 Jan 2012

1 comments:

DAFTAR SEGERA ! Pendaftaran Klinik Saham & FCPO dibuka sekarang. Tempat adalah terhad. Sila layari www.zamsaham.com untuk pendaftaran atau hubungi mana-mana urusetia dengan kadar segera.

7 comments:

Mengenang Jasa Arwah Dato Salleh Majid-Alfatihah

Petang tadi jam 3.50 sahabat dari KL menyampaikan berita pemergian seorang tokoh Kewangan,Ekonomi dan Pelaburan Malaysia ke rahmatullah!.Beliau yang saya maksudkan adalah Arwah Dato Salleh Majid.Beliau menjadi kapten BSKL dari tahun 1984-2003 yang mana pemergiannya adalah kehilangan besar kepada sumber pencernaan idea-idea berkesan dalam memantapkan ekonomi orang-orang melayu khususnya. Saya mengikuti perkembangan dan coretan ideanya berkaitan hal-hal pelaburan semasa saya menuntut di Uitm lagi.Antara idea terbaru ialah berkenaan penubuhan BUMIPUTERA STOCK EXCHANGE. Kebetulan beliau juga adalah lepasan produk ITM juga.Rasa berbangga kerana banyak produk UITM atau ITM yang berkualiti. Apapun, semoga idea dan wadah perjuangannya dalam melihat ekonomi melayu berkembang dapat dijadikan panduan bersama. Marilah bersama-sama kita sedekahkan Alfatihah dan didoakan semoga arwah Dato Salleh Majid dirahmati Allah SWT.
Sekian,
Zamsaham.Senai Kulai 2-1-12

2 comments: