Isu: Forex Haram -Peluang melabur di Pasaran Hadapan Indeks Bursa Malaysia dan Minyak Sawit Mentah Malaysia.

Forex sudahpun difatwakan haram di Malaysia.
  1. Pemain - pemain Forex boleh menggunakan kemahiran dan 'skill' yang ada diaplikasikan dalam Pasaran Hadapan Indeks Bursa Malaysia atau FKLI. Menariknya bermain FKLI setiap satu point pergerakkan naik atau turun adalah RM50.00!
  2. Skill yang sama juga boleh digunakan dalam pasaran minyak sawit mentah malaysia atau dikenali sebagai FCPO. 80% klien saya meminati FCPO ini kerana ianya lebih dekat dengan sawit dan memahami sedikit sebanyak faktor asas yang mempengaruhi harga sawit. So, mudahlah mereka membuat analisa sama ada harga diramal akan naik ataupun turun.
  3. Untuk pelaburan dalam FCPO, majoriti mengatakan ianya Harus dan tiada masalah untuk anda menceburinya. Ini kerana asas penubuhan FCPO dalam Bursa Malaysia Derivatives adalah untuk tujuan Hedging atau lindung nilai bagi Tokey ladang Sawit dan juga Pengilang yang mengunakan bahan asas dari Minyak Sawit. Ringkasnya, Tokey ladang sawit takut harga sawit TURUN manakala tokey kilang sabun (bahan asas nak buat sabun minyak sawit) takut harga Kos NAIK. Disinilah lindung nilai berlaku apabila mereka memasuki pasaran hadapan minyak sawit mentah Malaysia. Penerangan bagaimana proses ini berlaku biasanya saya terangkan di KLINIK FCPO.
  4. Berbalik kepada Isu forex yang diharamkan, pada saya ianya bukan satu masalah kerana pencinta forex boleh memasuki pasaran yang tidak kurang hebatnya dengan pasaran forex.
  5. Hampir 100% cara analisa dari fundamental dan teknikal dan termasuk 'terms' seperti margin call, market order Long dan Short adalah sama!
  6. Pengetahuan dan pemahaman tentang trend itu adalah segalanya .Ini kerana jika anda sudah faham tentang trend, untuk untung dalam pasaran forex mahupun FCPO bukanlah satu yang mustahil. Ini kerana hampir 90% klien saya termasuk diri saya sudah merasai kemanisan keuntungan dalam pasaran FCPO mahupun FKLI.
  7. Apapun, uniknya semua client saya diajar untuk tidak agresif dan terlalu kerap memasuki pasaran. Ini kerana teknik kawalan emosi dan strategi mengenal trend dari mid term ke short term amatlah dititikberatkan.
  8. Lagi satu yang menarik, majoriti klien saya dapat info samada pasaran hendak naik atau turun dengan paras jangkaan sokongan dan rintangan setiap hari sebelum pasaran berlangsung. Maklumat ini diberikan dalam 'Group Facebook Tertutup Zamsaham FKLI & FCPO Trader'. Dan untuk pengetahuan semua, ramalan Team Zamsaham adalah hampir 90% tepat!...
  9. Bukan mendabik dada, tetapi segala usaha yang dilakukan berdasarkan kajian dan latihan pastinya akan membuahkan hasil!
  10. Saya percaya, tidak kira anda melabur dalam pasaran Forex ataupun FCPO/FKLI rajin berusaha dengan penuh sabar serta disulam dengan disiplin adalah kata kunci kejayaan dalam bidang ini. Ingat, ianya adalah pasaran berkonsepkan 'ZERO SUM GAME' jika ada pemenang pasti ada yang kalah. Jadi yang membezakan pemenang adalah orang yang paling bijak mengawal emosinya!!
Sekian coretan berkenaan Forex dan peluang melabur dengan teknik yang sama di pasaran hadapan FKLI dan FCPO yang sememangnya dijamin 100% oleh kerajaan Malaysia!...
Selamat Melabur dengan penuh kesabaran!
Zamsaham. Sutera Utama Johor. # rasa seronok dan syukur amat sangat bila lihat klien ambil cek untung di ofis. Semoga keuntungan berkekalan dan jangan terlalu ghairah bila dah untung!..

15 comments:

JUARA BERTAHAN UNTUNG LAGI !!!

UNTUNG LAGI !!!

Sebelum ini saya ada berkongsi cerita gembira bagaimana JUARA BERTAHAN pasaran hadapan membawa pulang RM 17,000.00 . Belum pun sampai tempoh sebulan, sekali lagi saya sangat gembira untuk berkongsi kejayaan JUARA BERTAHAN kita.

Orang yang saya maksudkan, EN ABD RAZAK BIN IBRAHIM, JUARA yang kekal JUARA. Tidak keterlaluan rasanya jika saya memuji beliau atas kemenangan beliau kali ini. RM 15,000 menjadi saksi.

Harapan beliau juga harapan saya supaya rakan-rakan di luar sana terus bersemangat untuk berjaya dalam permainan pasaran hadapan ini. Ilmu dan kesabaran menjadi aspek penting KEJAYAAN BERGANDA beliau.

Untuk En Razak, TAHNIAH ! saya mendoakan kejayaan yang berkekalan dan terus sukses dalam segala aspek kehidupan.

Untuk rakan-rakan lain, jangan mudah putus asa dan tanamkan azam untuk mendapat kejayaan seperti En Razak atau lebih baik lagi. Rajin-rajinlah mengkaji sebelum membuat apa-apa keputusan.

Sekian,

p/s : harap-harap kisah rakan-rakan lain pula akan dikongsikan di sini.

3 comments: