TINGGIKAH RISIKO PELABURAN SAHAM ?

Berikut adalah antara soalan yang biasa saya terima berkaitan dengan pelaburan saham.

Adakah pelaburan saham ini tinggi risikonya?

  1. Apabila anda melabur dalam pasaran saham,anda perlu tahu yang anda adalah sebahagian dari pemilik syarikat.Keuntungan dan kerugian pelaburan anda tertumpu lebih kepada keuntungan dan kerugian perniagaan syarikat yang anda laburkan.Jika perniagaan syarikat semakin untung  maka saham syarikat akan semakin naik disebabkan kerana permintaan yang semakin tinggi dari para pelabur.Harga saham akan semakin tinggi  jika pelabur sedia ada tidak menjual pegangan saham kerana inginkan dividen yang akan dibayar hasil dari janaan keuntungan dari perniagaan syarikat yang dilaburkan.sebaliknya jika perniagaan syarikat tidak baik.
  2. Pelbagai kajian samaada dari sudut fundamental mahupun teknikal perlu dibuat bagi mengurangkan risiko pelaburan.
  3. "Risiko hanya akan berlaku apabila kita tidak tahu apa kebarangkalian yang bakal berlaku".Jika hendak dipukul ombak berumahlah ditepi pantai,jika hendakkan salji pergilah ke negara yang ada salji bukannya ke kawasan digurun,hatta jika hendak berniaga burger sekalipun kajian perlu dibuat dengan berniaga di kawasan yang strategik dan menjadi laluan utama.Jika hendak tahu kawasan mana yang hujan,pergila kawasan bakal dilaporkan hujan.Itulah yang dimaksudkan dengan kajian berdasarkan kebarangkalian bagi mengurangkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini.
  4. Maka dengan ini,jika seseorang itu mengatakan pelaburan saham adalah tinggi risikonya sebenarnya pelabur membuat keputusan pelaburan hanya berdasarkan rasa dan khabar angin dan tips-tips tanpa membuat sebarang kajian ,penelitian dan strategi pelaburan yang betul. 

2 comments:

Tubuhkan Satu Badan Khas Pengesahan Bagi Semua jenis pelaburan

Saya baru-baru ini ada memberikan pandangan akan peri pentingnya penubuhan satu badan khas pengesahan sesuatu jenis pelaburan sempena mesyuarat agung kali kedua Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia yang di adakan di pejabat persatuan di Setia Tropika Johor Bahru.



  1. Persatuan bersedia bekerjasama dengan badan yang  terlibat dengan isu skim cepat kaya seperti  Bank Negara, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Pihak PPSMM dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian  Iskandar Malaysia sedang merangka  untuk menubuhkan sebuah badan pengesahan pelaburan iaitu Pusat Pelaburan dan Pasaran Saham Malaysia atau dikenali sebagai MISEC( Malaysia Investement and Stocks Exchange Centre)
  2. Satu bentuk pengiktirafan label sah perlu dibuat bagi setiap produk dan perkhidmatan pelaburan yang ditawarkan.Kita ambil contoh, restoran yang menghidangkan makanan   kepada orang Muslim perlu mempunyai Cop HALAL yang dikeluarkan JAKIM.Dengan adanya logo yang dipamerkan masyarakat terutama Muslim  berasa selamat  apabila ada logo Halal yang dipamerkan di setiap barangan yang ingin dibeli.
  3. Bagi barangan elektronik juga ada dapat pengesahan kualiti dari SIRIM. Masyarakat yakim produk yang ada pengesahan SIRIM adalah berkualiti.
  4. Begitu juga, CD yang original ditampalkan hologram KDN sebagai membuktikan ianya adalah asli.Sedikit sebanyak ianya akan memberikan kenyakinan CD yang dibeli adalah berkualiti dan bukannya cetak rompak.Idea ini disokong sepenuhnya oleh ramai pengiat seni.
Jika tertubuhnya badan pengesahan pelaburan ini, saya percaya masalah skim pelaburan haram akan selesai.Orang ramai hanya perlu menanyakan sesuatu jenis pelaburan itu sah atau tidak. tanpa perlu pening kepala merujuk kepada Bank Negara,SC,SSM mahupun FFIM.
Ini hanya sebagai cadangan dari NGO,semoga pihak berwajib buka mata dan nampak akan idea ini dan dapat dipanjangkan demi menyelamatkan duit rakyat yang saban hari ditipu oleh si pembuat skim pelaburan haram!

Sekian,
Zamsaham Norizam



0 comments: