SAHAM AKAN NAIK LEBIH TINGGI?

Pasaran saham akan naik lebih tinggi? Ramai yang mungkin suka jika pasaran akan naik lebih tinggi.Indeks Bursa Malaysia setakat hari ini sudah mencecah 1340 point dari terendahnya pada bulan March 2010.Suatu kenaikan hampir 70 % dalam tempoh lebih kurang setahun! Sepanjang tempoh ini beberapa perkara berikut ingin saya kongsikan:
  1. Semasa bulan 3 tahun lepas,saya ada menghantar kereta BMW lama saya ke workshop di Nusa Bestari.Saya ada mencadangkan mekanik saya (Micheal) untuk membeli saham.Tetapi beliau cakap tidak sesuai untuk membuat pembelian saham,katanya ekonomi tidak bagus.Pada bulan yang sama semasa bermain golf di Tanjung Puteri Golf Resort di Pasir Gudang,rakan sepermainan saya mengherdik saya dengan mengatakan,orang gila sahaja yang membuat pembelian saham ketika itu! Saya bercuti ke kampung Parit Lapis Simis di Batu Pahat,orang kampung pun tahu ketika itu ekonomi tidak bagus.Walaupun begitu,syukur,akak angkat saya ada membuat pembelian amanah saham melalui saya pada ketika itu.Pendek kata, semua orang begitu pesimif atau berpikiran begitu negatif akan pelaburan saham dan pandagan ke atas ekonomi secara amnya.
  2. Dalam tahun lepas jugalah ketika saya berjalan atau memperkenalkan diri kepada orang saya remisier.Rata-rata mengatakan saham tidak bagus baik buat business lain.Tetapi saya mengambil pendekatan bertentangan dengan menghantar sms kepada client-client besar untuk membuat pembelian saham.
  3. Ada beberapa client yang memberanikan dan mempercayai saya membeli Maybank RM4.50+ CIMB RM7.00++ IOI RM2.00++ Willowglen RM0.20 Unisem RM1.50++
  4. Pada bulan 6 tahun lepas, saya di temuramah oleh wartawan kosmo EN Nazri,artikeL saya bertajuk 'BELI SAHAM KETIKA HARGA MURAH.Dalam interview tersebut saya ada menerangkan akan peluang keemasan membeli saham yang harganya masih lagi 'Cheap Sale'.Yang menariknya wartawan tersebut ,mengambil keputusan untuk buka akaun CDS dan ada membeli saham KBES pada harga RM0.23sen! (Beliau berjaya menjual saham KBES pada harga RM0.46sen pada bulan FEB 2010.Untung 100%!)
  5. Pada bulan 8 tahun lepas,bermulalah saya mendapat ilham untuk mengadakan Bengkel pendidikan pelaburan di Bursa Malaysia.hasrat saya,adalah untuk mengajak orang ramai melabur di Pasaran yang selamat dengan teknik yang betul.Bengkel pelaburan ini saya namakan Bengkel Jutawan Saham.Nama bengkel kena gempak sebab semua orang minat dan bercita-cita jadi jutawan(Kena ada impian).Mula-mula saya buat ceramah di Skudaivilla Club House dan selepas itu Di pejabat saya OSK Investment Bank.Bengkel ini dihadiri oleh 6 orang sahaja pada awalnya dan sekarang mencecah 50 orang untuk setiap kali ceramah.(max 50 sahaja)
  6. Tetapi dalam bulan april ini,sesiapa yang mengatakan pelabur yang melabur tahun lepas gila,terutama yang masuk masa bulan 3,sudah meraih habuannya.Mahukan tidak,ada sesetengah saham yang sudah naik beratus percent seperti Supermax,AEM,Annjoo,Unisem dan banyak lagi.
  7. Berbagai pengalaman diperolehi semasa bengkel.
  8. Berbalik kepada perkembagan pelaburan saham,masih lagi ramai yang 'skeptikal' akan kenaikan pasaran saham.Ini kerana pasaran beberapa hari ini nampaknya mengalami penurunan.Penurunan ini adalah disebabkan oleh pengambilan untung para sendiket dan juga pelabur yang melabur pada tahun lepas.Ayat biasa,pengambilan untung.Tetapi masih banyak lagi sediket yang belum mengambil untung.
  9. Ramai juga pelabur yang masih beraggapan pasaran sudah tinggi dan hanya tunggu masa untuk turun.Yang berkata macam ini adalah orang yang kecewa sebab tidak dapat memasuki pasaran saham pada tahun lepas.
  10. Jika anda salah seorang dari mereka,kemungkinan besar anda silap! Ini kerana pasaran hanya akan turun apabila ramai pelabur runcit termasuk yang paling konservatif seperti apek2 & ahso-ahso mula mengatakan pasaran bagus!Dan secara peribadi,saya beranggapan pasaran hanya akan bertukar trend Brearish/turun jika berlakunya sesuatu luar jangka seperti Peperangan,letupan,atau kejadian yang begitu memeranjatkan semua pelabur.Dan kejadian tersebut berlaku ditengah-tengah kegembiraan pelabur runcit bermain saham.
  11. Nampaknya,perkara tersebut masih belum berlaku,kerana pemain kontra masih lagi mengalami kerugian.Pelabur runcit baru masih lagi ramai.Orang masih mempunyai tunai yang tinggi.Ekomoni baru nak berkembang....
  12. Jadi rebutlah peluang keemasan ini,dan jangan risaukan bila market hendak akan turun,ini kerana saham tidak akan turun.Kalau turun pun hanyalah bersifat sementara.
  13. Sekian,laburlah dengan bijak dan bersystem.Ini kerana pasaran saham menjanjikan keuntungan kepada mereka yang bijak dan berani dlm membuat keputusan.Bukan berdasarkan emosi.

Kesimpulannya,orang sibuk menjual,anda seharusnya mengambil peluang dengan membeli(Dengan system).Apabila orang sibuk,beriya-beriya hendak membeli,anda pula seharusnya menjual.Anda perlulah bersikap 'terbalik' atau contrarian dalam pasaran saham.

Apapun,selamat melabur kepada pelabur semua.Semoga berjaya dengan keuntungan.Amin

Zamsaham.

2 comments:

ini yang ditunggu..

Anonymous
April 17, 2010 at 9:16 PM comment-delete

a'ah..banyak org yg pesimis dan skeptikal ngn pelaburan saham..kena caranya, kawal emosi dan tepat masanya, insyaAllah kita akn untung.. Tambahkan ilmu, slalu memantau/ambil tahu perkembangan ekonomi, cari rakan yg sama minat/positif dalam saham, rugi dapat dielakkan dan dikurangkan..

May 13, 2010 at 11:17 AM comment-delete