BERITA BURUK DAN BERITA BAIK PASARAN SAHAM AKAN DATANG
Salam dan selamat berpuasa kepada semua pemain saham dan Pasaran Hadapan BURSA MALAYSIA.
Agak jarang juga saya menulis blog kerana sibuk dengan aktiviti Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia dan sedang menyiapkan buku bertajuk 'AWAS SAHAM-SAHAM SINDIKET'. Walaupun sibuk saya tetap mengikuti perkembangan pasaran saham Malaysia.
Pada pagi ini, saya ingin membuat andaian dan jangkaan saya apa yang mungkin terjadi dan tidak mungkin terjadi kepada pasaran saham keseluruhannya. Ada berita buruk dan pastinya setiap yang buruk akan disusuli dengan berita baik.
Saya ada menulis tentang kenaikan pasaran baru -baru ini, tetapi saya percaya ianya adalah kenaikan paling terakhir.
PASARAN SAHAM menunjukkan kenaikan ke paras tertingginya 1400 pada minggu lepas. Berita kenaikan tertinggi ini disiarkan di Media utama seperti surat khabar, berita harian dan juga TV3. Diikuti dengan pengumuman kenaikan pertumbuhan kadar dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 9.5%. Mungkin berita ini adalah berita baik dari sudut fundamental, tetapi ianya agak merisaukan saya. Yelah, apabila berita baik terlalu banyak pastinya akan diselangi dengan berita buruk...Berita buruk yang saya maksudkan adalah 'si pemutar saham' akan mencari maklumat 'BURUK' untuk disensasikan di media utama dengan matlamat membeli semula saham pada harga terendah. Mereka akan membiarkan semua pelabur 'RUNCIT PANIK DAN SESETENGAHNYA YANG LAIN TIDAK YAKIN PENURUNAN AKAN BERLAKU'.
SAHAM SUPERMAX-SAHAM SINDIKET : saya ada selitkan carta saham Supermax, kerana saya beranggapan sindiket adalah antara kumpulan yang paling AWAL mengetahui tentang trend pasaran saham. Mereka antara yang terawal masuk (beli pada rendah) dan terawal keluar (jual pada mahal) dari pasaran saham. Mangsa mereka sudah tentulah pelabur runcit yang amat suka masuk dan membuat pembelian di setiap kemuncak kenaikan (wave). Ini kerana pelabur runcit digula-gulakan dengan bermacam cerita menarik tentang perkembangan syarikat.
Dari sudut teknikal, saya melihat banyak saham - saham yang sudah 'ditekan' kini menunjukkan kekuatan kenaikan yang berkurangan. Dan jika dilihat pada carta saham TOP GLOVE di atas saya melihat adanya beberapa BIG RED CANDLE diikuti dengan breakout pada support trendline RSI. Ini menunjukkan kemungkinan trend menaik akan berubah kepada trend menurun! Saya mengamati pasaran saham Jepun Nikkei 225 dan terdapat DZC pada charta weeklynya pada bulan May 2010. Dan kini saya beranggapan pasaran saham Nikkei akan dijadikan modal cerita untuk menakutkan pelabur satu dunia supaya pelabur runcit menjual semula saham 'mereka' pada harga panik dan sudah tentunya murah!
Carta di atas adalah antara komponen indeks yang tertinggi market capitalizationnya di Bursa Malaysia iaitu CIMB.Kaunter yang dijaga oleh Khazanah Holding Berhad,anak syarikat Kementerian Kewangan untuk menjaga pelaburan kerajaan Malaysia. Walaupun Indeks naik baru-baru ini, kenaikan counter CIMB meragukan kerana kenaikan dengan kekuatan dan momentum yang semakin berkurangan.
FAKTOR TAMBAHAN
Berita buruk tentang penurunan saham yang agak significant ini ditambahkan lagi dengan kenaikan 'limit up' saham LAYHONG dari RM0.80 ke paras RM1.80 dalam masa tidak sampai seminggu! Saya beranggapan antara tanda-tanda pasaran saham mempunyai emosi yang tinggi adalah ketika terdapatnya saham-saham yang limit up!)
Ditambahkan lagi dengan teori pelik saya iaitu ramainya 'apek-apek' di galeri saham akan membantutkan kenaikan...haha
BERITA BAIKNYA:
- Walaupun ini MUNGKIN berita buruk tetapi saya menjangkakan ianya tidaklah seburuk mana dan bersifat sementara. Mungkin boleh jadi 2 bulan atau 3 bulan sahaja.
- Ini kerana masih ramai orang dan syarikat yang menpunyai cash BERBILLION RINGGIT yang masih belum dipakai.
- Masa depan pasaran sememangnya cerah kerana perkembangan kegiatan ekonomi yang tertumpu kepada kawasan negara Asia Timur seperti Indonesia yang indeksnya dijangka bertahan dalam jajaran 3000 mata.Lagipun sebenarnya ianya peluang untuk kita membeli saham pada harga yang murah.
- Kita perlu berfikiran seperti sindiket yang akan ' collect' saham ketika kebanyakan orang panik dengan berita-berita sensasi oleh media-media yahudi di luar sana. Pastikan saham yang dibeli mendatar dahulu dan terdapat signal kombinasi GZC pada weekly chart..cari juga yang ada signal STZC golden itu lebih baik...
Apapun, ini hanyalah ramalan saya yang belum tentu betul ataupun tidak, anda buatlah kajian dan pengamatan anda sendiri...
Jika pasaran betul-betul turun anda boleh mengambil peluang dengan Short pasaran hadapan...kerugian anda akan dapat di'offset' dengan keuntugan di pasaran hadapan. InsyaAllah..
#Setiap berita buruk yang datang kita perlu melihatnya dengan mata hati yang terbuka,kerana mungkin ianya adalah peluang baik bagi kita.
ZAMSAHAM
JOHOR BAHRU 24 OGOS 2010 JAM 7am
0 comments:
Post a Comment