MMHE -ANAK SYARIKAT MISC(PETRONAS) BAKAL DISENARAIKAN DI BURSA MALAYSIA

  1. MMHE (Malaysian Marine And Heavy Engeneering Berhad) adalah sebuah syarikat milik penuh MISC(Malaysia International Shipping Corporation) yang bakal disenaraikan di Bursa Malaysia selewatnya pada bulan OCT 2010.
  2. Dengan penjualan saham MISC ke atas MMHE ini pastinya akan memberi kesan positif kepada modal pasaran Bursa Malaysia.Dengan Imej MMHE dalam bidang Oil and Gas dengan sejarah panjang dari tahun 1973 akan menarik pelabur asing untuk hadir ke Malaysia.Belum pun tersenarai, sebuah syarikat kedua terbesar dunia dalam bidang Oilfield Services Provider dari Perancis iaitu Technip SA sudah menunjukkan minat membeli 9.9% kepentingan dengan harga premium sebanyak 2% dari harga indicative RM3.80.
  3. Saham yang bakal diapungkan kedalam pasaran tidak sampai 30%. 146 juta untuk pelabur institusi dalam dan luar negara. 184 juta untuk pelabur bumiputera yang ditentukan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri(MITI).Manakala hanya 16 juta saham MMHE ditawar kepada pelabur RUNCIT bumiputera dan bukan bumiputera juga 16 juta. ( saham terbitan yang 'sedikit' ini menunjukkan Petronas 'Amat' sayangkan MMHE.)
Sekilas info MMHE:MMHE adalah sebuah syarikat pertama Malaysia yang membuat FSPO ( Floating Production,Storage and Offloading vessel )di lapangan Kikeh di perairan sabah.Projek ini adalah yang pertama bagi Petronas meneroka minyak di laut dalam di Malaysia.Sesuatu yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia kerana kita tidak bergantung kepada kepakaran orang luar bagi membangunkan hasil minyak sendiri. Dengan berlatar belakangkan syarikat Petronas,keupayaan untuk MMHE untuk berkembang adalah tinggi.Keuntungan yang stabil oleh MMHE akan menyumbang kepada pembayaran dividen yang pastinya akan memikat ramai pelabur melabur ke atas saham ini untuk jangka masa yang panjang. Sekian. ZAMSAHAM,Setapak garden KL 29 August 2010

0 comments: