Petronas Chemical Bhd

Esok adalah hari dimana saham Petronas Chemical Bhd (PCG) disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia, hari yang ditunggu-tunggu oleh pemegang-pemegang saham IPO PCG. PCG akan didagangkan dengan 'Share Price' diantara Rm5.50 - RM5.70. Selain itu, PCG juga akan dimasukkan antara komponen utama Indeks penanda aras Bursa Malaysia (FBMKLCI). PCG adalah anak syarikat ke-6 yang disenaraikan di Bursa Malaysia selain MHB,Petronas Dagang Bhd,Petronas Gas Bhd,MISC dan KLCC Property Holdings. Dengar cerita yang PCG akan bina kilang ammonia dan urea di Sabah menggunakan hasil dana tawaran IPO yang bernilai RM3.09 billion dan pembinaannya akan dimulakan pada tahun kewangan hadapan.Sekiranya betul,tersenarainya PCG di bursa Malaysia, akan menyumbang kepada perkembangan pasaran tempatan yang merangsang pertumbuhan ekonomi Malaysia. Kepada semua fans Zamsaham dan juga pemegang saham PCG,jangan lupa untuk menjawab soalan kuiz berkaitan PCG di Facebook. Sesiapa yang dapat menjawab soalan dengan tepat iaitu berapa harga saham PCG yang akan dibuka esok akan diberikan hadiah menarik iaitu telefon bimbit samsung. Jangan lepaskan peluang ini!! http://www.facebook.com/pages/ZAMSAHAM/271503162202#!/permalink.php?story_fbid=131440586913046&id=271503162202

3 comments:

This comment has been removed by the author.

December 2, 2010 at 10:43 AM comment-delete

WOW... sudah berwajah baru yer..lebih cantik dan menarik.. Tahniah

December 4, 2010 at 7:09 PM comment-delete

maal hijarah bro...

Kena ada perubahan luar dalam.

December 8, 2010 at 7:37 AM comment-delete