BERMULANYA ZAMAN GEMILANG SAHAM BSKL-BURSA MALAYSIA

Saya tidak pasti sama ada terlalu ghairah atau tidak dengan tajuk diatas. Okey ceritanya bermula begini..... Saya percaya setiap perkara yang berlaku akan ada zaman turun dan naiknya.Hidup kita pun ada masa senang dan ada masa susah.(saya tidak pernah jumpa lagi ada orang yang hidupnya tidak pernah berada dalam keadaan kesukaran).Jadi saya melihat zaman kegemilangan saham mungkin akan sampai masanya semula. Almaklumlah,selama saya menjadi seorang remisier bermula pada tahun 2003 dan sebelum itu menjadi pelabur saham dari tahun 1999,saya mencari bila zaman gemilang saham.Mengikut kata-kata senior remisier yang 'kamcing' dengan saya,mereka bercerita ketika itu beli apa sahaja saham pasti akan naik.Pelabur runcit berpusu-pusu melihat galeri saham.Saham terbitan baru IPO naik berlipat-lipat kali ganda. Trend Muzik dan Trend Pasaran Saham
  • Dahulu:Saya juga ada membuat pemerhatian kepada trend muzik,ketika akhir tahun 80an dan awal 90an banyak muzik Indonesia masuk kedalam pasaran muzik Malaysia.Artis Malaysia susah cari makan kerana rata-rata trend radio lebih cenderung memainkan lagu dari seberang.
  • Sekarang:Senario yang sama berlaku beberapa tahun yang lepas.Asyik-asyik Krisdayanti,Mulan,Kumpulan Dewa,Inul dan Peterpan.Jualan album mereka lebih banyak berbanding artis kita!
Bila masa artis kita popular di Indonesia?
  • Dahulu:Jika anda masih ingat,artis Malaysia seperti Amy Search,Saleem Iklim,Exist begitu popular di Indonesia pada awal 90an.Contohnya,Album Fenomena Kumpulan Serch terjual 200 ribu unit di M'sia dan 600 ribu unit di Indonesia.Lagu Isabella menjadi 'siulan' muda mudi disana...'Isabella adalah kisah cinta dua dunia".....
  • Sekarang: Tiada lagi artis kita yang popular disana.Berkemungkinan bila artis Indonesia tidak popular disini,barulah artis kita akan diminati di sana.So,kita lihat artis mana dari Malaysia yang akan popular seperti Search pada awal tahun 1993.
Saya mengaitkan teknik luar kebiasaan ini kerana saya percaya kehidupan persekitaran dan trend semasa mempengaruhi gaya hidup kita.Setiap gaya hidup akan memberikan kesan 'domino' kepada pasaran saham.

Kesimpulannya, jika ada artis Malaysia sedang popular di Indonesia,mungkin itulah petanda pasaran saham dalam zaman kegemilangannya!! www.zamsaham.blogspot.com/2010/03/apa-yang-berlaku-pada-pasaran-saham.html

Sekian.

Zamsaham-Dunia saham diluar kebiasaaan. Jan 2011

0 comments: