PESANAN BERSAMA UNTUK BERJAYA DALAM MEDAN PERANG!
Pesanan: Begitu penting untuk semua trader memahami trend sebenar atau major trend...mid trend dan juga short term trend.. Ini penting supaya anda tidak masuk melawan arus. Maksud yang saya katakan jangan keluar masuk pasaran selalu boleh diaplikasikan hanya jika anda mengikut arah trend pasaran...bukan simpan position dengan melawan arah pasaran.. (untuk CPO daily chart dan digabungkan pemahaman pada weekly adalah untuk melihat major trend pergerakkan FCPO) Saya mahu anda relaks apabila ada position.Tetapi bukan relaks jika anda melawan arah major trend.Keluar secepat mungkin jika trend yang anda masuk tidak kira anda untung atau pun rugi. Majoriti bekas peserta yang berjaya adalah orang yang rajin belajar memahami trend sebenar pasaran.Yang paling ramai gagal adalah orang yang selalu keluar masuk pasaran dengan harapan untuk untung dengan short dan long setiap hari.Jika anda lakukan ini,bersiap sedialah untuk anda habiskan duit simpanan anda!. Ingatlah selalu...
- Masuk arah major trend dan bukan small-small trend.Buat kajian ketika pasaran sedang 'mati' dan seeloknya pada waktu malam yang tenang.
- Jika masuk melawan arus,boleh asalkan anda keluar secepat mungkin tidak kira anda untung atupun rugi.
- Cuba dapatkan jajaran pergerakan short,mid dan long term dengan melukis trendline.Olahkan juga channel trendline untuk mendapatkan resistant dan support price sesuatu pergerakan.Kekuatan trendline juga boleh dikenalpasti.
- Sudah untung relaks,jika rugi pun relaks dahulu.Jika hendak juga ..boleh,tetapi harus kenalpasti kemana arah pasaran terlebih dahulu.
- Percayalah,hanya orang yang rajin berusaha menganalisa menggunakan teknik mengawal emosi,teknik teknikal dan fundamental sahaja yang akan berjaya dalam pasaran CPO yang tidak mengenal pangkat dan darjat ini.(teknik mengawal emosi 80%)
- Jangan masuk pasaran menggunakan duit pinjam atau masuk melebihi kemampuan.Ditakuti anda akan kena margin call dan terpaksa tutup position walaupun sebenarnya anda di trend yang betul.
Adalah menjadi impian dan doa saya untuk melihat anda semua berjaya dan mengecapi keuntungan. Sekian Zamsaham JB
2 comments:
Di samping sedang membuat pelaburan,kita juga harus membaca perkambangan ekonomi semasa. Sila lawati blog saya ini:
Malaysian Economy Update
pelaburan dan ekonomi berkait rapat tu...
Pelaburan naik akan pastinya menyebabkan ekonomi naik.
saya sudah melayari website mansid
www.malaysian-economy.com
Tahniah!
Post a Comment