MASALAH NEGARA ARAB VS PASARAN SAHAM

Seminggu 2 yang lepas kita dikejutkan dengan rusuhan yang telah berjaya menggulingkan Hosni Mubarak -Presiden Mesir.
  1. Husni Mubarak sebenarnya adalah rakan baik Yahudi.Pada hemat saya mana mungkin rakan baik akan ditendang begitu sahaja.Ini pastinya ada muslihat yang perlu dikaji bersama.
  2. Perletakkan jawatan Husni Mubarak secara desakkan rakyat Mesir disambut dengan kegembiraan yang teramat sangat oleh rakyatnya yang inginkan pembaharuan.
  3. Puak pembangkang yang diketuai oleh Mr Elbaradei muncul menjadi Hero pembaharuan politik di Mesir.Untuk ingatan bersama,Elbaradei (ketua penyiasat Nuklear untuk badan PBB)adalah antara orang yang bertanggunjawab menjahanamkan negara Iraq! Iraq suatu masa dahulu disegani,tetapi sekarang dipandang hina oleh masyarakt dunia.
  4. Hari ini,kejayaan menjatuhkan Husni Mubarak,sebenarnya permulaan masalah bagi rakyatnya.
  5. Dengar cerita ,tentera Amerika (geng Israel) semakin ramai di sana.Dengan alasan menjaga ketenteraman.

Demontrasi Mesir pembakar semangat negara arab yang lain.

  1. Apabila demontrasi jalanan telah berjaya menjatuhkan Husni Mubarak.Pastinya ini memberikan semangat kepada rakyat di negara sekitarnya untuk menjatuhkan pemimpin mereka!
  2. Ianya memang telahpun merebak ke Libya. Presidennya,MR Gaddafy jika meletak jawatan pastinya menyemarakkan semangat rakyat negara yang lain pula untuk buat demontrasi yang sama.
  3. Gaddafy pun sama macam Husni Mubarak.Asalnya, beliau naik jadi Presiden sekarang ini pun melalui sokongan Amerika suatu masa dahulu.Jadi hati-hati dengan "Wayang" yang Amerika buat yang kononnya ingin menjatuhkan Gaddafi.Ini kerana mereka sebenarnya pada saya mereka adalah pelakon yang diarahkan oleh director yang sama iaitu bernama Israel.Jadi jika Amerika datang menyelamatkan dan membantu rakyat Libya ( sebelum ini rakyat Mesir),pastinya imej Amerika akan baik dan disanjung kerana berjaya mencapaikan hasrat seluruh rakyat yang inginkan pembaharuan!
Rancangan jahat Israel dan orang munafik semakin berjaya!
  1. Pada saya,rancangan Israel untuk menubuhkan Israel Raya semakin berjaya.Mereka tidak perlu memerintah dan namakan negara yang dijajah negara Israel.Cukup sahaja mengawalnya melalui 'Remote Control' dari jauh.Ini anda boleh lihat seperti mana mereka menguasai Amerika Syarikat.
  2. Pada saya Amerika itu sebenarnya bekerja untuk Israel.
  3. Lagi satu,kita kena hati-hati dengan orang munafik.
Sedikit coretan orang munafik:
  1. Meletakkan mereka yang mampu memutar belit tentang Islam sebagai perisai sehingga mengelirukan rakyat untuk mendapatkan sokongan. Setelah mereka mendapat sokongan hasil propaganda yang menggadai prinsip Islam yang sebenar maka mereka menggunakan kuasa yang telah diperolehi itu untuk mengaut kekayaan negara untuk mereka dan kroni mereka dan juga menyekat kemaraan gerakan Islam Sebenar.
  2. Antara ciri-ciri orang munafik adalah suka melaga-lagakan orang apabila bergaduh dan melampui batas.Jika berjanji pula tidak ditetapi.Lihatlah Amerika,berapa banyak kali bermain dengan janji yang tidak ditepati.Inikah negara harapan untuk rakyat negara Arab bergantung apabila dilanda masalah seperti sekrang ini?
  3. Inilah antara ciri-ciri munafik yang yang sudah lama kita nampak.
  4. Oleh itu,marilah kita bersama-sama berdoa supaya dijauhi dari orang-orang munafik dan juga MEDIA yang munafik yang kekeadang boleh memporak- perandakan masyarakat.

Okey,Mari kita lihat apa yang mungkin berlaku pada pasaran saham.

#Komen Saham: Sebenarnya,saham yang turun hanya akan berlaku apabila sendiket/spekulator sudah menjual kepada kepada pelabur runcit dan juga pelabur institusi yang terperdaya dengan data-data yang terlalu manis.(Melalui kajian saya,saya dapati mereka sudah keluar secara perlahan-lahan dari pasaran semenjak dari Ogos Tahun 2010) Selepas menjual semua saham ini,pastinya sendiket dan spekulator ingin membelinya semula pada harga yang murah.Jadi mereka akan mengaitkan apa-apa isu besar seperti masalah rusuhan dan keganasan negara arab ini,yang mampu memberikan kesan negatif kepada pasaran saham.

Masa yang sesuai untuk masuk:Tidak lama lagi saya percaya, data negatif akan selalu keluar didada akhbar.Pelabur runcit sudah terlalu kurang di gallery saham.Lelong rumah semakin banyak.Data-data ekonomi negatif yang pastinya membuatkan anda pun takut beli saham ..sebenarnya ketika itulah anda perlu membuka Platform saham...dan lihat sama ada harga sudah terlebih jualan dan lain-lain indikator yang sesuai untuk anda beranikan diri untuk membuat pembelian.

So,Holding cash adalah yang terbaik ketika ini..Kita tunggu sampai masa yang sesuai untuk membuat pembelian.Ingat,hari-hari ada peluang beli saham dan tidaklah perlu kelam kabut.

Kesabaran adalah tunggak kejayaan dalam pasaran saham.

Sekian..

Zamsaham 1 March 2011

4 comments:

nak open platform mcm mana...dah sebulan apply CDS akaun x dpt lagi....huhuhu....

Anonymous
March 2, 2011 at 8:16 PM comment-delete

sila hubungi shida atau Alim di talian 075588500

masalah akan diberi perhatian segera..

March 2, 2011 at 9:25 PM comment-delete

ramai orang marahkan negara2 arab yg disekeliling sebagai pengecut....

pd saya negara2 arab perlu bersatu kerana ada DALANG-DALANG yg memainkan peranan halus yg tak dilihat oleh masyarakat luar dengan tujuan membinasakan negara2 arab ini...

March 9, 2011 at 12:27 PM comment-delete

Hammam nak cuba rampas jawatan PRESIDEN FIFA

hehehe...agaknya semangat perjuangan rakyat menentang pemimpin2 mereka di negara Arab meresap juga kot

KUALA LUMPUR 18 Mac – Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Mohamed Hammam hari ini mengesahkan dia bakal mencabar Sepp Blatter untuk jawatan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Pengumuman itu dibuat di Rumah AFC di Bukit Jalil di sini hari ini.

"Selepas mempertimbangkan secara mendalam, saya membuat keputusan untuk bertanding jawatan presiden pada Kongres FIFA pada 1 Jun depan,” ujar beliau. – Utusan

dipetik dari....
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0318&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_11.htm

March 18, 2011 at 3:01 PM comment-delete