Ketua Secretariat 'Ekspo Pelaburan & Pasaran Saham Malaysia


 

 Lebih sebulan saya sibuk dengan persiapan MISEE 2013-Malaysia Investment & Stocks Exchange Expo.Penganjurnya adalah Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia dengan kerjasama dari Majlis Belia Felda Malaysia dan juga Dewan Perniagaan Iskandar Malaysia.


EKSPO Pelaburan dan Pasaran Saham Malaysia 2013 (Malaysia Investment & Stocks Exchange Expo) (MISEE 2013) dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen PERSADA Johor, Johor Bahru,Johor pada 17 hingga 19 Mei depan.
MISEE 2013 menggabungkan dua segmen iaitu segmen Pelaburan Am dan segmen Pelaburan Pasaran Saham.Untuk segmen Pelaburan Am,pihak penganjur akan menghimpunkan peneraju dana amanah   seperti Public Mutual ,CIMB Wealth,Amanah Saham Mara dan dana-dana di bawah pengurusan Permodalan Nasional Berhad. Disamping itu, pelaburan dalam saham koperasi juga skim kepentingan yang diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) juga akan ditampilkan.   Kita tidak mahu penipuan skim pelaburan beras 1 Malaysia di Kuching Serawak yang mengakibatkan kerugian hampir RM10 juta berulang lagi. Selepas ini, pengunjung akan dapat kesan samaada pelaburan skim kepentingan seperti Ikan Keli atau Arowana itu sah ataupun tidak.
Ekspo selama 3 hari ini akan menampilkan satu segmen yang menarik iaitu pendedahan bagi  pelaburan pasaran saham.Pengunjung boleh mendapatkan maklumat secara terus syarikat tersenarai dari segi maklumat  perniagaan,penyata kewangan serta melihat sendiri produk atau servis yang ditawarkan.Ini akan mewujudkan pemahaman ,apabila membeli saham sebenarnya pelabur adalah sebahagian dari pemilik syarikat. Pelaburan saham adalah perniagaan dibelakangnyanya yang bermaksud teras perniagaan dan pencapaiannya adalah antara  sebab utama prestasi harga saham dan keupayaan syarikat membayar dividen tahunan yang konsisten.
Penganjur  akan mengumpulkan firma broker saham terkenal seperti OSK Investment Bank,Hwang DBS,Maybank Investment,CIMB Investment untuk memudahkan pengunjung terus membuka akaun pelaburan saham atau lebih dikenali sebagai CDS(Central Depository System) dengan bayaran serendah RM10 sahaja.

Remisier-remisier di bawah Persatuan Remisier Bumiputra(PRIBUMI)  juga akan diberikan satu ‘booth’ khas untuk memberikan khidmat wakil niaga bagi proses jual beli saham kepada pengunjung yang hadir.
MISEE 2013 dianjurkan oleh Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia (PPSMM) dengan kerjasama Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Iskandar Malaysia Johor (DPI) serta Ia diuruskan oleh MISEE Events Sdn Bhd.
Penganjuran MISEE 2013 adalah inisiatif dan komitmen PPSMM dengan sokongan MBFM dan DPI untuk membantu kerajaan meningkatkan kecenderungan masyarakat kepada pelaburan yang lebih terjamin, mematuhi undang-undang serta menguntungkan selain meningkatkan kesedaran mengenai risiko terjebak dengan pelaburan skim cepat kaya yang merugikan.Polis Diraja Malaysia bahagian Jenayah Komersial juga dijemput untuk mengadakan satu taklimat khas tentang penipuan skim cepat kaya.
Pelbagai agensi, syarikat dan koperasi utama dijangka menyertai ekspo itu. Antara yang sudah memberikan komitmen penyertaan ialah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Jenayah Perdagangan PDRM, Public Mutual Berhad,Felda Global Venture Bhd, Lembaga Tabung Angkatan Tentera(LTAT), Iskandar Malaysia, Johor Corporation,Boustead Berhad,Kulim Berhad dan OSK Investment Bank Berhad dan Malaysian Industrial Development Finance Berhad
Pada masa sama, pihak sekretariat terus mengalu-alukan mana-mana syarikat, agensi mahupun koperasi yang berminat untuk menyertai ekspo ini.   
Dewan MISEE 2013 dibuka mulai jam 10 pagi sehingga jam 6 petang dan masuk adalah percuma.
Penyertaan organisasi utama seperti ini dijangka menarik lebih 50,000 orang pengunjung sepanjang ekspo itu termasuk dari kalangan pelabur runcit, pelabur baru yang berpotensi serta pelabur asing terutama dari Singapura dan Indonesia,staff syarikat tersenarai terutama yang mempunyai ESOS, dan juga pelajar institusi pengajian tinggi . Satu taklimat khas juga akan diberikan kepada sebilangan besar peneroka Felda kawasan Johor untuk diterangkan proses pelaburan sebenar.Mereka juga akan dibawa melawat ruang-ruang pameran syarikat tersenarai selain dari Felda Global Ventures Bhd.
Di samping mendapat pelbagai maklumat, pengunjung turut berpeluang membawa pulang 3 Tablet Apple Ipad melalui segmen cabutan bertuah yang akan diumumkan jam 4 petang setiap hari.  
Ekspo ini adalah langkah yang menggabungkan strategi dan sinergi iaitu menjadikan MISEE 2013 sebagai wadah untuk mendedahkan orang ramai termasuk pelabur runcit kepada maklumat tepat mengenai pelaburan yang mematuhi undang-undang serta diluluskan oleh kerajaan.
Dari sudut sinerginya, peserta ekspo dapat mendampingi pengunjung dan peluang ini boleh digunakan untuk menyalurkan pelbagai maklumat mengenai pelaburan sekali gus orang ramai akan mendapat jawapan berhubung kekeliruan dan ketidakpastian mereka terhadap pelbagai perkara mengenai dunia pelaburan.Lebih-lebih lagi dengan pelbagai isu skim cepat kaya yang sedang melanda sekarang seperti skim pelaburan Geneva Gold yang melenyapkan duit pelabur hampir RM10 billion!.
MISEE 2013 juga adalah medan bagi menyebarkan maklumat dan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai pelbagai kesilapan menyertai pelaburan skim cepat kaya yang akhirnya menyebabkan pelabur menanggung kerugian serta hutang. Mangsa skim itu turut mengalami tekanan dalam menghadapi kehidupan seharian mereka.
Di samping itu, pengunjung boleh mengenal pasti pelbagai produk dan perkhidmatan pelaburan yang boleh mereka pilih. Masyarakat juga boleh memahami proses pelaburan dalam skim kepentingan dengan SSM selain mengetahui proses serta mekanisme pelaburan dalam dana amanah.Seminar dan bengkel tentang teknik dan strategi pelaburan akan dibentangkan oleh penceramah berpengalaman.Satu pertandingan Debat Saham di antara universiti akan dibuat untuk mendedahkan pelajar universiti akan dunia pelaburan beserta teknik yang sesuai digunapakai dalam penilaian pelaburan berkualiti.
Selain satu proses penjenamaan, ekspo ini turut mendedahkan peserta kepada potensi pelabur, selain menjadi platform untuk memperkenalkan produk serta perkhidmatan masing-masing di samping membuka peluang menjalin kerjasama dan membina rangkaian hubungan sesama mereka.
MISEE 2013 yang bermula di Persada Johor ini akan meneruskan aktiviti pendekatan syarikat pelaburan dibawah satu bumbung kepada umum di PWTC,Kuala Lumpur pada penghujung tahun 2013.
Selepas ini, masyarakat Malaysia akan dapat memilih dan membuat pelaburan dengan lebih yakin!

 
Jangan lepaskan peluang mendapat info terkini di www.misee2013.com

Norizam Tukiman
Ketua Sekretariat
MISEE 2013

4 comments:

info yang bermanfaat... apa saya bisa konsultasi ?

January 29, 2013 at 1:11 PM comment-delete

sangat berguna kepada pelabur2 di malaysia.....info yang boleh diambil dlm bisnes saham.

January 31, 2013 at 4:48 PM comment-delete

good info. Sangat berguna utk org2 seperti aku ni. ;p thanks!

February 3, 2013 at 3:34 AM comment-delete

info yg baik.. sapa2 ada kelagapangan leh la pegi.. :)

February 12, 2013 at 3:05 PM comment-delete