Pages

Wednesday, July 2, 2014

Zamsaham Pakai Alquran Kaji Saham. Itu 100% fakta

Nak cakap apa-cakap lah...pengalaman pelaburan saham selama hampir 15 tahun membawa saya percaya 100% kepada petunjuk Alquran dalam setiap kehidupan. Ada yang kata saya jual Agama untuk menarik orang datang kelas Zamsaham..buat apa lah nak jual agama..walhal dah terang-terang petunjuk dalam Alquran tu banyak sehinggakan terlalu tinggi dan hebat untuk digali sendiri..

Orang barat sibuk kaji Alquran..bila orang Islam sendiri nak kaji Alquran dikatakan jual Agama untuk kepentingan perniagaan dan perbadi..

Saya sendiri melabur saham,dan bergaul dengan ramai pelabur saham yang lain termasuklah remisier-remisier, masalah didalam pelaburan saham yang saya kaji adalah SABAR.Bukanlah hendak kata kajian Fundamental dan Teknikal Analisis itu tidak penting ,tetapi bila lihat majoriti masih lagi tidaklah untung kerana masalah emosi yang berkait rapat dengan konsep SABAR.Beli sebab Kejar harga saham yang bergerak pantas ,masuk pada keghairahan melampau dan kurang bersifat sabar. Bila sabar konsepnya adalah salah iaitu bersabar dan berharap selepas salah masuk di pucuk-pucuk.Maka dari situlah saya kaji dan kaji hal berkaitan Sabar.Habis digoogle untuk mencari alat yang boleh mengawal keghairan saya akan pasaran saham...Akhirnya dari kajian saya temui HAL SABAR paling banyak disebut dan diulang-ulang berulang kali di dalam ALQURAN..

Hebatnya hal Sabar bukan main-main..Semua orang kaya dengan Saham termasuklah Warrent Buffer bukannya semata-mata hebat dengan Fundamental Analysis atau Teknikal Analisis dengan kemahiran candlestiks atau beratus-ratus indikator yang ada tetapi keperibadian ILMU SABAR yang ada.

Saya beritahu ada petunjuk Saham dari Alquran berdasarkan surah Albaqarah ayat 216,Surah Hujuraat ayat 6 Surah Al-Qalam ayat 1,Surah Alimran ayat 190 dan 200 termasuklah pelbagai surah yang ada dalam Alquran..Saya berguru dan minta pandangan ulama tempatan dan sejauh indonesia untuk pastikan dan dapatkan penjelasan huraian tafsiran ayat-ayat hebat Alquran dengan betul.. pernah satu ketika..ayat yang seringkas 'Demi Masa' di terangkan lebih dari 3 jam.. carilah pakar agama dan minta beliau tafsirkan ayat surah Albaqarah ayat 216,Surah Hujuraat ayat 6 Surah Al-Qalam ayat 1,Surah Alimran ayat 190 dan 200 Dan terjermahkan dari sudut pandangan ilmu saham..Call saya di talian 0127927888 jika saya salah.

Ayat dibawah dipetik dari buku 'Quran Saintifik' tulisan Prof Dr Danial Zainal Abidin.Ayat yang merangsang hasil kajian beliau tentang 'meneroka kecermerlangan Quran dari teropong sains.
Surah Al Fusilat ayat 53 " Akan kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti kebenaran kami disegenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka bahawa Alquran itu benar "

Jangan baca ayat Alquran laju-laju..Biasakan baca seketul-seketul kerana itulah yang saya belajar akan nikmatnya memahami ayat Alquran seketul-seketul.Bak pepatah Guru Agama Saya..satu ayat Alquran itu seribu makna dan luas ertinya..

Okeylah,sama ada anda semua percaya Alquran itu hebat atau tidak terpulanglah..Tetapi jangan kita hanya berkata Alquran itu hebat tetapi tidak pernah luangkan masa berguru untuk kaji isi dan terjermahan tafsirannya..Ramai yang ada Alquran,tapi jarang bukak dan semak isi maklumat,simpan cantik dalam Almari .Ramai juga yang dah khatam Alquran tapi terkial-kial dengan maksudnya..Tetapi cakap Alquran itu hebat!..

Terus terang,saya bukanlah keturunan syeikh atau sekolah agama sehingga lulusan Universiti AlAzhar Mesir .Saya hanyalah pelabur saham yang pernah gagal dalam saham ,seorang Islam yang percaya 100% akan adanya sesuatu yang SUPER HEBAT dari agama Islam yang dianuti dan mukjizatnya ALquran sebagai petunjuk kepada kaedah pelaburan saya.

Carilah guru agama yag bersanad Alquran dan kalau boleh ada Sanad Hadis sekali kerana itulah yang paling baik.


Gambar: Zamsaham menerima hadiah buku tulisan Ustaz Asraff Ayobb yang merupakan salah seorang peserta Kelas Advance Gegar Saham Syariah 2014.


Nak cakap apa-cakap lah...pengalaman pelaburan saham selama hampir 15 tahun membawa saya percaya 100% kepada petunjuk Alquran dalam setiap kehidupan. Ada yang kata saya jual Agama untuk menarik orang datang kelas Zamsaham..buat apa lah nak jual agama..walhal dah terang-terang petunjuk dalam Alquran tu banyak sehinggakan terlalu tinggi dan hebat untuk digali sendiri..

Last sekali,saya yakin 100% akan kehebatan Alquran melebihi teknik-teknik yang ada kat dunia saham.Anda tak setuju dengan saya..itu hak masing-masing..

sekian,

Zamsaham
1 Julai 2014
Johor Bahru.


5 comments:

  1. Al-quran petunjuk jalan kebenaran.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah en.zam guna al-Quran ni... Mcm mana plak dgn caj2 yg dikenakan n kelas yg mcm2 peringkat yg ada ni.. Itu kira nk tolong muslim ka kira mcm mana tu? Cuba jelaskan skit.. Sabar sampai konter kena gulung lipat tu nk kira mcm mana pulak?

    ReplyDelete
  3. Please anonymous...jgn Cakap begin I.

    ReplyDelete
  4. Betul...tu...tak semua saham naik...yang turun tak cakap. ...

    ReplyDelete
  5. Saham ialah pemilikan perniagaan. Perniagaan ada untung, ada rugi bro. Tak semestinya 100% untung. Kalau kita dah confirm semua saham yang kita beli boleh naik, semua org dah kaya lah.

    ReplyDelete