HIJRAH SAHAM
1.Meninggalkan pandangan negatif tentang pasaran saham yang mengatakan saham tipu, tidak halal dan tidak syariah, pasaran saham Bursa Malaysia penuh dengan sindiket kepada mencari Ilmu saham sebenar.
2.Meninggalkan pelaburan aggresif dan kontra kepada lebih berhati-hati dan pelaburan sebenar.
3.Meninggalkan cara melihat pasaran saham berkelip-kelip ketika pasaran sedang berlangsung KEPADA mengkaji AWAL secara catitan.
4.Meninggalkan cara dari terlalu ikut tips saham kepada mencari jawapan sendiri bagaimana tips saham berpotensi itu dikaji.
5.Ubah mentaliti hendak untung sepantas kilat kepada untung lambat kerana kebiasaannya yang hendakkan untung lambat akan jadi cepat.
6.Ubah strategi dari membeli pelbagai jenis saham sehinggakan lupa nama saham, lupa kuantiti, lupa jumlah saham dan lupa bila beli saham KEPADA pembelian saham yang FOKUS kepada saham-saham yang difahami, diminati dan dikaji betul-betul sahaja.
7.Meninggalkan cara ikut-ikutan dan terlalu taksub dengan pergerakkan saham Dow Jones dan sentimen luaran dengan membuat penelitian kepada saham yang dimiliki sahaja.
8.Ubah dari jarang buat semakkan, membiarkan portfolio saham KEPADA mengamalkan ilmu saham yang ada walaupun 5 minit untuk sehari atau seminggu.
9.Meninggalkan sikap TERBURU-BURU dan KEJAR Harga saham yang berkelip-kelip kepada lebih sabar dan tenang membuat pembelian ketika harga sedang 'senyap' dan berpotensi.
10.Ubah dari TERLALU happy dan TERLALU panik kepada pelaburan yang kurang emosional dengan pemahaman saham adalah pemilikkan perniagaan dan bukannya pergerakkan harian harga saham semata-mata.
10 tips Hijrah saham khas untuk semua pelabur saham di bawah Zamsaham Private Client dan anda semua yang melabur saham.
"Salam HIJRAH kepada semua muslim dan muslimat!"
Zamsaham
1 Muharram 1436
www.zamsaham.com
Hijrah demi kebaikan.
ReplyDelete