Pages

Friday, August 28, 2015

Kelas Advance Remisier King pada 22,23&24 Ogos 2015 pertama kali diadakan di Hotel Zamsaham.

Alhamdulillah.... Sejarah baru telah tercipta dan trend ZAMSAHAM kini berubah. KELAS ADVANCE REMISIER KING pertama kali diadakan di HOTEL ZAMSAHAM, Senai International Airport. Program 3 hari bermula 22 Ogos 2015 dan hanya akan berakhir pada 24 Ogos 2015.

Para peserta yang hadir kali ini bukan sahaja sekitar Johor Bahru tetapi ada yang datang dari Penang, Kuala Lumpur, Muar dan lain-lain lagi. Semangat untuk menuntut ilmu bukanlah penghalang buat mereka ini.

Para peserta juga diberi pemahaman berkaitan saham secara lebih terperinci dan membetulkan salah faham tentang pasaran saham sebelum ini. Sekurang-kurangnya dah ada 'SEBAB' untuk beli saham dengan betul.

Yang istimewanya datang ke Kelas Advance Remisier King ini juga ialah para peserta dapat mengkaji menggunakan Diary Invest Saham yang diperkenalkan oleh Remisier King Zamsaham untuk membetulkan strategi mengadap screen saham dari pagi hingga ke petang yang hanya menjanjikan lebih penat dari untung. Itu yang diberitahu melalui testimoni secara live mahupun bertulis.

Remisier King Zamsaham juga ada menjelaskan dengan FAKTA kepada para peserta keadaan Pasaran Saham Bursa Malaysia antaranya Saham Oil& Gas akan menerima kesan paling dasyat akibat penurunan harga minyak mentah yang berada bawah USD40 sekarang ini. Saham Malaysia Marine And Heavy Engineering Berhad(MHB) yang satu masa dahulu pernah Naik setinggi RM8.50 masih lagi TREND TURUN dengan harga terkini 98sen. Jika dilihat kepada trend Remisier King Zamsaham menjangkakan bukan mustahil saham milik MISC ini boleh turun lagi mencecah harga jajaran 50sen-36sen.. Saham Perabut dan Perkayuan mendapat Faedah langsung bila ringgit semakin turun.Maksudnya kekal dapat faedah positif. Saham Teknologi adalah saham yang hebat untuk beberapa tahun mendatang jika dilihat pada keuntungan tahunan Priva Berhad yg semakin meningkat setiap tahun. Kepada yang dah jual saham Priva mungkin harga terkini 20sen akan TURUN LAGI SIKIT ke area 0.175-19sen.Cubalah beli balik dan tawar menawar kat situ.Mana tahu ada rezeki untuk 2nd Round. (Untuk rekod lebih 100 orang berjaya Profit lebih 100% pada bulan March lepas)... mungkin peluang beli ketika orang panik sekrang ini..cuba tadah kat area 0.175-019sen. Saham Teknologi pula Remisier King Zamsaham dapati kebanyakkannya masih ada peluang untuk 'Bounce' Semula kerana banyak yang sudah hampir oversold.Sabar sikit lepas ini pantullah balik... So,Pendekkan cerita ada 2 keadaan sekrang. Satu Buruk: saham -saham yang jelas turun kerana seperti Oil&Gas Armada,Skpetro,MHB dan seangkatan dengannya.Jangan Kacau! Kedua Baik: saham-saham pilihan Teknologi,Perkayauan,Kesihatan,Consumer untuk tawar menawar ketika orang panik minggu depan.Simpanlah kerana potensi perniagaannya. Penurunan keseluruhan pasaran saham merupakan peluang untuk Tawar menawar (asalkan bukan oil&gas company) kerana agak sukar untuk Pantul naik semula.. Banyak lagi perkara yang dikupas oleh Remisier King Zamsaham dan di jelaskan juga bagaimana kajian di buat diKelas Remisier King ini. Diajar kaji sendiri dan macam biasa rekodkan kajian dalam DIS kerana itulah yang terbaik.

Berikut adalah antara topik dan kandungan yang akan dikongsikan sepanjang kelas Advance Remisier selama 3 Hari ini antaranya:-
1.Saham dari kacamata Zamsaham
2.Rahsia menghilangkan kerisauan turun naik pasaran saham
3.Kelebihan melabur saham di Bursa Malaysia
4.Pelaburan bukan untuk jangkamasa panjang?Apa hujah dan buktinya.
5.Kenapa perlu labur sendiri dan kaji sendiri?
6.Mana lebih utama? Strategi Beli atau Strategi Jual.
7.Membaca maklumat saham di Surat Khabar.
8.Mengetahui cara melihat saham secara 'Live' di platform saham
9.Cara Pembukaan Akaun Saham dan proses berkaitan.
10.Mengetahui cara memohon kemasukkan ke Group Facebook Tertutup Zamsaham Private Client(ZPC).
11.Apa Tips saham yang boleh dikaji sendiri.
12.Bagaimana tahu masa sesuai untuk membuat pembelian saham.
13.Masa paling bahaya untuk membuat keputusan pelaburan.
14.Cara simple hendak tahu harga saham dijangka akan naik lagi.
15.Cara Simple hendak tahu sesuatu saham atau apa jua pelaburan mungkin sudah sampai dipucuk.
16.Apakah fungsi sebenar remisier
17.Apa sebab tak boleh kayakan remisier melalui aktifnya jual beli saham.
18.Mengenal lebih mendalam bahagian platform saham dan pengunaan tepat "database" 19.Rujukan bahagian Teknikal Analisis dan timeframe sesuai untuk trend utama saham 20.Pelajaran 8 Indikator utama Diary Invest Saham( Diary dan platform)
20.Mana satu bergerak dahulu adakah berita,indicator atau harga saham
21.Petua-petua saham
22.Pantang larang kalau hendak untung saham.
23.Latihan dan kajian sendiri Tips saham
24.Soal Jawab di setiap bab penting.
25.Latihan CEO (naik atas stage dan buat penerangan kajian kumpulan.

Yang terlepas peluang boleh daftar untuk kelas seterusnya...
Kelas Intro Remisier King
Tahap: Asas Tarikh: 4 September 2015
Masa : 9pagi -11pagi
Yuran: Seorang RM50 RM100 = 2org +2org PERCUMA

*Kelas Advance Remisier King
Tahap: Mid to Advance
Tarikh:4,5&6 September 2015
Jangkamasa: 3 Hari
Waktu : 9pagi-5Petang
Pendaftaran : 8.30Pagi
Lokasi: Hotel Zamsaham,No 3 Jalan Terminal 2 Senai International Airport 81000 Senai,Johor

Daftar segera di register.zamsaham.com


"Ada ilmu dan Amalkan ilmu akan nampak peluang terhidang dalam kegelapan pasaran saham" -Zamsaham-



2 comments:

  1. "Ada ilmu dan Amalkan ilmu akan nampak peluang terhidang dalam kegelapan pasaran saham"
    -Zamsaham-

    ReplyDelete
  2. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH WITJAKSONO dengan senang hati MBAH WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH WITJAKSONO DI 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
    KLIK=>>> DANA GAIB

    ReplyDelete