PETRONAS CHEMICAL BERHAD -IPO LISTING

Salam Semua pelabur saham!
Petronas akan menyenaraikan anak syarikatnya iaitu Petronal Chemical Berhad ke Papan Utama Bursa Malaysia sebelum hujung bulan November 2010.Harga indikatif untuk pelabur bumiputera adalah RM5.20 seunit.
Pada saya sebenarnya Petronas tidak berminat untuk menyenaraikan syarikatnya di Bursa Malaysia jika perkara berikut diambil kira:
  1. Petronas adalah tunjang kewangan politik negara.Apabila menjadi syarikat awam,semua akaun syarikat perlu didedahkan kepada orang ramai,terutama kepada pemegang saham
  2. Petronas mempunyai aset kewangan yang stabil bernilai berbillion ringgit.
  3. Lebih mudah menerbitkan bond ke pasaran antarabangsa kerana ratingnya yang baik dan tiada campur tangan dalam halatuju syarikat.
Jadi mengapa Petronas menyenaraikan lagi satu anak syarikatnya?
  1. Pada saya ini adalah untuk menunjukkan kepada dunia yang kita ini global.Apabila global,kerajaan perlu mengurangkan pegangan keatas syarikat Petronas dan membiarkan kuasa swasta menentukan perjalanan syarikat.(Saya tidak bersetuju jika kerajaan membiarkan semua sektor utama kerajaan dijadikan 'penswastaan' kerana apabila sebut swasta mereka lebih fokus kepada menjana keuntungan.Apabila 'money oriented'ini adalah matlamat utama,syarikat besar tidak lagi memikirkan untuk membantu rakyat dan negara amnya apabila negara dilanda masalah.)
  2. Mungkin mereka tahu Petronas perlu menjual saham mereka ketika nama mereka sedang meningkat.Ini adalah satu langkah bijak yang diambil oleh kerajaan untuk merealisasikan hasil penat lelah mereka membangunkan jenama Petronas.Saya percaya pelabur asing seperti TECHNIP(French Oilfield Comp) dan pelabur institusi tempatan seperti EPF,Lembaga Tabung Haji akan membeli saham .

Untuk pengetahuan bersama,Petronas Chemical Group Berhad mempunyai 22 anak syarikat dan bakal menjadi syarikat kedua IPO terbesar dari segi market capitalization.Aset syarikat pada 22 march 2010 bernilai RM27billion.Sudah tentu semasa hari penyenaraiannya nanti akan disaksikan oleh orang-orang kuat kerajaan terutama Tun Dr Mahathir dan juga Dato Najib Tun Razak.Adalah memalukan jika harga sahamnya turun dari harga tawaran semasa hari pertama pengapungannya di Bursa Malaysia!..

Walaupun begitu,berdasarkan track rekod saham-saham Petronas yang sudah disenaraikan seperti Petronas Dagangan Bhd harganya sekarang RM11.00 kenaikan melebihi 500% dari tahun 2001.Manakala Petronas Gas Bhd harganya naik hampir 100% dari tahun 2010.Kedua-dua syarikat ini walaupun ekonomi gawat pada 2007 ,harganya masih dikira stabil berbanding saham-saham yang lain.Semoga ianya menjadi pula pada saham Petronas Chemical Group Berhad!
Untuk pelabur yang berminat memohon saham dibawah peruntukan khas Bumiputra PERLU MENYEDIAKAN DOKUMEN BERIKUT:-
  1. Surat Tunjuk Minat untuk memohon sejumlah saham beralamat kepada :Pengarah Seksyen Pembangunan Perniagaan Bumiputera,Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri,Aras 7,Blok Menara no 18,Persiaran Presint 2 ,62652 Putrajaya
  2. Salinan terkini akaun bank,ASB,Tabung Haji yang disahkan oleh pihak berkenaan
  3. Resume/Latar belakang ringkas pemohon syarikat
  4. Borang MITI yang sudah dilengkap isi.

Pemohon boleh menghubungi saya terus atau di talian pejabat 075566690,075588500,075548136,075548129 .

Tarikh akhir permohonan 8-10-10 dan setiap permohonan akan dikenakan services cas yang munasabah.

Sekian.

Zamsaham(Wakil Niaga Berlesen Bursa Malaysia)

4 OCT 2010

5 comments:

good to see komen daripada broker. I pun ade gak tulis pasal Petronas Chemical IPO ni, mungkin boleh bertukar-tukar pandangan.

November 15, 2010 at 9:17 AM comment-delete

Salam..sya pun nk tau gak..psal PGC berhad ni..suami sya de bgi 1 lot pda sya.

November 28, 2010 at 8:30 PM comment-delete

I was able to find good advice from your articles.

Here is my webpage; smoke stop

Anonymous
April 9, 2013 at 1:43 PM comment-delete

Hey! This is my 1st comment here so I just wanted to give a quick shout
out and say I genuinely enjoy reading your blog posts. Can
you suggest any other blogs/websites/forums that cover the
same subjects? Thanks!

Also visit my site elektronisk cigaret

Anonymous
April 16, 2013 at 3:05 AM comment-delete

I am genuinely happy to glance at this webpage posts which includes lots of
useful facts, thanks for providing such data.

My web site e-cigaretter med nikotin

Anonymous
May 21, 2013 at 3:42 PM comment-delete