MENGAPA BERITA BURUK BOLEH DIJADIKAN BUY SIGNAL?

Dengan memerhatikan setiap kali berita yang dikeluarkan oleh media utama seperti TV3,The Star,Utusan,Berita Harian,Bloomberg,CNBC, kita boleh mendapatkan Signal Beli atau pun jual saham yang kita pegang. Berikut adalah beberapa contoh yang kita boleh jadikan panduan untuk BELI bila berita buruk dikhabarkan:
  • Mac 2009-Ada teori dari pakar ekonomi dari merata negara temasuk dari Malaysia yang mengatakan ekonomi gawat kali ini adalah lain dari yang lain! Ayat yang dikhabarkan adalah kegawatan kali ini adalah yang paling teruk dalam sejarah manusia dan mungkin boleh jadi lebih teruk berbanding kegawatan yang berlaku selepas perang dunia pertama(1939-1945).Saya melihat ketika itu Pelabur rata-rata berada dalam keadaan SUPER NEGATIF akan pasaran saham Bursa Malaysia dan pasaran dunia amnya.Hakikatnya jika anda perhatikan ketika bulan MAC 2009 inilah harga saham CIMB berada pada paras terendah RM3.00 sekarang RM8.00,Maybank RM3.50 sekarang RM8.90, saham Supermax RM0.70sen sekarang masih berada pada RM4.50.Hendak dikira begitu banyak saham untuk dicatitkan dan anda boleh kaji bersama,dan pasti anda terkejut ketika bulan MAC 2009 itulah harga saham kita berada pada tahap CHEAP SALE!
  • JUNE 2009-KENYATAAN OLEH BEKAS PERDANA MENTERI SINGAPORE-MR LEE KUAN YEW yang mengatakan dunia masih lagi dalam kegawatan.
  • JULY 2009-ALAN GREENSPAN(bekas orang kuat US Federal Reserve) yang mengatakan masalah ekonomi US akan berlanjutan dan pasaran saham ketika itu sedang dalam proses kenaikan terbantut dengan kenyataannya.
  • JULY 2010-KENYATAAN DR MAHATHIR yang mengatakan beliau baru pulang dari Eropah dan melihat ekonomi mereka yang masih dalam kegawatan.
  • JULY 2010-KENYATAAN NAZRI RAZAK yang mengatakan dalam satu majlis di Kuala Lumpur bahawa pasaran dan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang lembap untuk separuh tahun kedua 2010.
  • OGOS 2010-BERITA DARI BLOOMBERG yang mengatakan potensi untuk berlakunya "DOUBLE DIP"-kegawatan akan berulang lagi.Ditambahkan lagi berita UNEMPLOYMENT yang tinggi di Amerika.
Ini adalah sebahagian dari BERITA BURUK yang selalu dikongsikan di BENGKEL JUTAWAN SAHAM.Pelabur boleh menjadikan setiap berita yang buruk sebagai peluang untuk kita memilih saham yang berpotensi untuk dibeli.Semasa berita buruk itulah, baru kita dapat membeli saham pada harga yang murah.
  1. Saya beranggapan walaupun fundamental syarikat baik,ianya tetap akan mendapat kesan dari sentimen pasaran.Sentimen inilah yang selalu digerakkan oleh berita-berita utama.Seringkali berita boleh mempengaruhi jiwa dan pemikiran pelabur.Jadi sekarang ini masih ada lagi berita buruk berkenaan ekonomi yang berpunca dari kegawatan ekonomi US pada tahun 2008/2009.
  2. Di tengah-tengah pemikiran masyarakat yang masih lagi terasa kegawatan ekonomi jika anda lihat kepada carta,anda akan dapati BURSA MALAYSIA SEKARANG BERADA PADA PARAS PUNCAK 2007 dengan indeks ketika itu pada paras 1490-1500 mata.Cuma kali ini beritanya berbeza,masa itu orang bercerita 'ekonomi bagus',sekarang orang masih bercerita ekonomi tidak bagus.
  3. Oleh itu,kepada yang mengatakan kita tidak boleh tahu masa sesuai untuk masuk pasaran.Inilah jawapannya...masuk ketika berita buruk ada,dan keluar(jual) bila berita baik keluar!
Sekian untuk kali ini,dan saya akan buat topik saham pilihan zamsaham dalam masa terdekat. ZAMSAHAM #yang hendak tahu tips saham dari rakan-rakan zamsaham bolehlah join facebook saya http://www.facebook.com/pages/ZAMSAHAM/271503162202

0 comments: