Penyenaraian FGV dan Peraduan Teka Harga FGV anjuran Zamsaham Training & Consultancy


Pengendali minyak sawit ketiga terbesar di dunia, Felda Global Ventures Berhad (FGV) telah berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia pada 28 Jun 2012 dengan premium 84 sen kepada RM5.39 untuk harga buka berbanding harga yang ditawarkan iaitu RM4.55 sesaham.  Manakala untuk harga tutup ialah RM5.30, untuk harga tertinggi ialah RM5.46 dan harga terendah ialah RM5.24. 



Zamsaham Training & Consultancy telah menganjurkan peraduan Teka harga Saham FGV. Pihak Zamsaham telah membuat sedikit kelainan di dalam peraduan kali ini. Fans Zamsaham diminta untuk meneka harga buka FGV. Bukan itu sahaja, mereka juga haruslah meneka harga tinggi, harga rendah dan harga tutup.

Pihak Zamsaham menyediakan Samsung Galaxy S III sebagai hadiah untuk peraduan kali ini, bagi Fans Zamsaham yang dapat meneka dengan tepat harga FGV. Peraduan ini telah dilancarkan bermula pada 22 Jun 2012 pukul 3 petang dan berakhir pada 28 Jun 2012 pukul 8.50 pagi.



Pelbagai jawapan yang dapat kita lihat (Sila klik laman web di bawah untuk melihat tekaan jawapan fans Zamsaham)

Tiada peserta yang berjaya meneka dengan tepat. Peserta yang meneka harga FGV yang paling tinggi adalah pada harga RM10.50 dan yang paling rendah adalah pada harga RM3.50. Ada juga peserta yang menjangkakan penyenaraian FGV ditangguhkan  dan tidak disenaraikan pada 28 Jun 2012. Walaubagaimanapun, pihak Zamsaham tetap akan memberikan hadiah yang istimewa kepada pemenang yang meneka hampir tepat iaitu Puan Rozana Binti Jusoh yang telah meneka harga tutup Saham FGV yang bernilai RM5.30. Tahniah diucapkan kepada Pn Rozana. Pihak Zamsaham akan menghubungi pemenang dalam masa yang terdekat.


Insya’Allah, pihak Zamsaham akan menganjurkan lagi peraduan yang lebih menarik dan menyediakan hadiah yang lumayan kepada fans Zamsaham.






3 comments:

gud luck bro...kalau menang share la sikit...hu3

June 30, 2012 at 10:36 AM comment-delete

Tahniah kepada mereka yang berjaya...

July 12, 2012 at 11:11 AM comment-delete

Terbaek la bro...
sapa2 yg menang tue, tahniah laa

July 21, 2012 at 4:18 AM comment-delete