Adakah Yuran RM390 mahal untuk Kursus Saham?
Mengapa SAYA buat ceramah Saham?
PADA 2009, Malaysia
dihujani pelbagai jenis 'pelaburan' menjanjikan pulangan lumayan seperti Swiss
Cash, E-Barrel, Studio Trafic, High Yeild Investment Product(HYIP) seperti 12
Daily Pro, monsun.biz, buluh emas dan kutu pitar, sedangkan hakikatnya tiada
perniagaan yang mampu memberi pulangan berlipat kali ganda dalam tempoh
singkat.Ini tidak termasuk pelbagai SKIM Perniagaan taruk modal sahaja tanpa
buat apa-apa seperti bela cacing dan
lintah.
Malangnya, disebabkan
jahil, tamak dan kegagalan mengawal emosi menyebabkan ramai penduduk Malaysia
tanpa mengira bangsa, status atau usia menjadi mangsa penipuan itu.
Antara kejadian
tidak boleh diterima apabila warga emas menjadi mangsa menggunakan wang
simpanan untuk mengerjakan haji atau perkahwinan anak mereka.
Jika diikutkan,
penipuan itu membabitkan kerugian ratusan juta, sedangkan wang itu sepatutnya
boleh digunakan untuk melabur dalam Bursa Malaysia.
Melihat keadaan itu,
saya yang mempunyai pengalaman sebagai remiser sejak 2003 dan menjadi 'pemain
saham' sejak 1998, terpanggil berkongsi ilmu bagi mengelak lebih ramai manjadi
mangsa skim penipuan ini.
Menerusi ceramah
ini, saya berharap ilmu berkaitan saham dapat dikongsi bersama orang ramai
sekali gus mengelak mereka menjadi mangsa penipuan skim cepat kaya.
Ini kerana, jika
mereka rugi di pasaran saham ia berlaku disebabkan kesilapan mereka membuat
keputusan atau tidak berdisiplin ketika berurusniaga di Bursa Malaysia.Perkara
ini dihuraikan panjang semasa Klinik Saham saya diadakan.
Keadaan sebaliknya
berlaku dalam skim cepat kaya kerana mereka tidak boleh membuat sebarang
keputusan, sebaliknya menyerahkan wang untuk ditipu penganjur semata-mata.
Seperti saya
katakan, mangsa penipuan membabitkan pelbagai jenis manusia seperti pensyarah,
doktor, peguam, artis hinggalah warga emas di kawasan pedalaman.
Malangnya,
disebabkan kegagalan mengawal emosi akibat janji manis penganjur bahawa mereka
bakal memperoleh keuntungan berlipat kali ganda menyebabkan mangsa dengan mudah
menyerahkan wang.
Disamping itu,saya rasa perlu untuk saya menerangkan konsep
pelaburan sebenar kerana ada ramai yang sudah melabur di Bursa Malaysia tetapi
masih tidak berapa faham akan konsep dan teknik pelaburan saham.Kepada yang
belum melabur saham adalah lebih parah,kerana beranggapan pelaburan saham ini
seperti main judi dan 100% adalah haram.Walhal perkara sebenarnya tidak begitu!
Berikutan itu, saya
rasa terpanggil untuk berkongsi ilmu menerusi ceramah dan kelas bagi mendedahkan kepada orang ramai apa itu Saham.
KENAPA KENAKAN BAYARAN?
------------------------
Jika dilihat dalam
kehidupan seharian kita, semua perkara memerlukan bayaran.
Pakaian, makanan,
minuman, petrol, bil air dan elektrik, telefon dan ilmu menerusi sekolah mahu
pun Institut Pengajian Tinggi (IPT), memerlukan bayaran dan tiada apa yang percuma.
Ia adalah kehidupan
dan sama seperti pelaburan atau perniagaan, tiada siapa boleh menjanjikan
keuntungan berlipat kali ganda dalam tempoh singkat.
Saya sendiri,
mengeluarkan belanja tinggi bagi menimba ilmu sejak di sekolah rendah,
menengah, Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) dan Ahli Bersekutu di Chartered
Market Technician di New York, Amerika Syarikat, semuanya memerlukan bayaran.Ini
tidak termasuk ratusan buku yang menjangkui RM300-RM500 untuk sebuah buku.
Justeru, bayaran
RM390 untuk KLINIK SAHAM yang dikenakan adalah wajar kerana sebagai manusia
biasa, selain berkongsi ilmu saya juga perlu membayar bil seperti peserta
program saya.
Selain itu, bagi
menarik minat peserta saya perlu membuat iklan yang memerlukan modal.
Menyewa tapak
ceramah di hotel atau Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi memberikan
keselesaan dan menyediakan makanan kepada peserta (tiga kali) serta nota
tambahan kepada mereka.
Untuk makluman, setakat
ini saya tidak pernah ditaja mana-mana pihak dan semua kos itu termasuk gaji
kakitangan, penginapan dan makanan ditanggung sepenuhnya oleh saya.
Percayalah, perkara
sama dilakukan penceramah lain kerana ia sebenarnya satu bentuk perniagaan dan
pelaburan kepada peserta.
BAIK BELAJAR SAHAM DI INTERNET SAHAJA?
-----------------------------------
Kata pujangga,
belajar mesti berguru dan jangan sekali-kali belajar sendiri tidak kira melalui
bacaan atau video kerana seseorang itu boleh gila isim.
Terus terang saya
katakan, saya bukannya manusia hebat. Pengalaman dalam saham hanya 14 tahun.
Saya bukan saja
belajar mengenai saham, malah menjadi orang tengah sebagai remiser dan saya
sendiri ada membuat pelaburan saham.
Berdasarkan
pengalaman dan pendidikan saya, tidak salah rasanya saya mengenakan sedikit
bayaran kerana ilmu yang diberikan merangkumi pelbagai sudut dalam bidang ini.
Ada antara pembaca
blog ini mempertikaikan kenapa perlu pergi ke kelas dan tidak belajar menerusi
internet sahaja.
Saya sebenarnya
kasihan dengan manusia sebegini. Jelas sekali, dia bukanlah seorang yang cedik
dan saya berpendapat, mungkin dia tidak berjaya dalam hidupnya.
Jangan salah faham.
Saya tidak berniat memperkecilkan pendapatnya tetapi, mana-mana manusia hebat
sekali pun dia mesti mempunyai guru untuk membuat rujukan.
Dalam kehidupan,
manusia boleh berjaya menerusi pengalaman (kerja) atau mahir dalam teknik
(pengajian), namun kedua-duanya memerlukan guru yang hebat.
Adakah David Beckham
belajar menendang bola menerusi internet? Tidak. Dia adalah produk akademi bola
sepak Manchester United, hasil bimbingan jurulatih sebelum dikendalikan Alex
Ferguson.
Sama seperti Datuk
Lee Chong Wei. Adakah dia manusia hebat tanpa bimbingan? Tidak. Dia memerlukan
Datuk Misbun Sidek sebelum menjadi pemain badminton nombor satu dunia.
Perkara sama berlaku
kepada semua manusia dan peranan guru sebenarnya penting kerana anda boleh
berinteraksi dengannya secara spontan bagi menjelaskan segala kekeliruan.
Selain itu, setiap
manusia mempunyai pengalaman sendiri dan menerusi guru, pelbagai jawapan boleh
diperolehi mengikut soalan dikemukakan seseorang itu.
Malah, saya sendiri
sering menyertai ceramah dilakukan majikan, OSK Investment Bank dan Suruhanjaya
Sekuriti bagi menambah ilmu.
Menerusi ceramah,
saya bukan saja dapat meningkatkan ilmu malah menggabungkan idea penceramah
untuk disesuaikan ke dalam program saya.
Selama hampir 3 tahun berceramah, begitu banyak testimoni kejayaan meraih keuntungan peserta klinik saham dan FCPO yang saya sempat rakamkan samaada secara bertulis,Facebook mahupun video.Ada juga yang memberikan komen negatif,tetapi hanyalah segelintir (tidak sampai 1%) yang kecewa kerana rugi atas pelaburan yang dibuat .Mereka ini adalah orang yang menganggap pelaburan saham adalah seakan sama semacam pelaburan skim cepat kaya,yang mereka boleh untung tanpa membuat apa-apa latihan.Mereka juga ingat dengan belajar di seminar sahaja mereka sudah boleh kaya raya .Mereka juga kurang faham akan konsep berniaga.Apabila mereka menanggung kerugian mereka akan salahkan keadaan dan bukannya membuat kajian dan semakkan kenapa gagal.Walhal,seorang orang yang berjaya dan kaya raya adalah orang pernah gagal pada awalnya.
Saya puas apabila dapat kongsikan ilmu,teknik dan pengalaman sepanjang ceramah saya berlangsung yang mana matlamatnya adalah untuk membantu peserta membuat untung di pasaran saham.Hasilnya 90% yang melabur dengan saya terus menjana
keuntungan pada awalnya.Masuk-masuk pasaran selepas Bengkel saham,terus menjana keuntungan.Walaupun begitu,hasrat untuk melihat keuntungan
ini berkekalan gagal kerana kurangnya latihan berterusan dan semakkan kajian.Walhal,masa kajian yang dicadangkan hanya 15minit sehari.Ada
juga yang bersikap tamak dan tidak keluar dari pasaran apabila perubahan
trend sudah berlaku.Sebagaimana yang saya beritahu,panduan saya sudah
diberikan,keputusan dengan penuh berdisiplin perlu dilakukan oleh anda
sendiri. Akhirnya hanya 20% yang konsisten menjana keuntungan berpanjangan.
Saya,juga sangat suka dengan pelabur yang
betul-betul jarang keluar masuk pasaran dan sering memberikan hasil
kajiannya untuk disemak di facebook tertutup saya..Mereka ini
diibaratkan seorang pemancing yang sabar dan tahu bila masa sesuai untuk
pergi memancing dan mencampakkan umpan yang ada.Boleh juga diibaratkan seperti seorang pemburu yang
diberikan hanya beberapa ulas peluru untuk memberikan tembakkan yang
paling tepat!
Hanya mereka yang betul-betul faham akan konsep pelaburan dan perniagaan yang akan berjaya pada akhirnya.
HARAPAN.
Selepas tiga tahun
mengadakan ceramah, Alhamdulillah, siapa yang pernah pergi ceramah sejak 2009
hingga 2012 tiada seorang pun yang tidur di dalam ceramah.Mungkin ada yang
tidur dan nak pulang awal di semniar lain, tapi kebanyakkan minta kelas
ditambah masa.
Sebagai manusia dan mentor kepada peserta, saya akan
berusaha mencari formula terbaik untuk dikongsi bersama bagi menjana keuntungan
dengan hati yang tenang dan bukannya sentiasa cemas melihat skrin komputer.
Antara matlamat awal
ceramah ialah memberi pendedahan kepada penduduk Malaysia, tempat pelaburan
sebenar kerana melalui pendedahan saya percaya kita dapat mengenal pasti skim
cepat kaya dan mengelak terjebak dengan penipuan itu.
Terus terang saya
katakan ikhlas mengajar dan berkongsi ilmu, namun sebagai manusia saya tidak
dapat mengelak dari melakukan kesilapan dan setiap kekurangan tidak
disengajakan.
Berikutan itu, saya
berharap mana-mana peserta sama ada yang sudah berjaya atau tidak, janganlah
segan menghubungi pasukan Zamsaham.
Ini kerana, tanpa
mengira kejayaan seseorang, kamu sebenarnya rakan kami dan adalah lebih bagus
sekiranya silatulrahim itu dikekalkan.
Menerusi hubungan
erat, saya percaya kita boleh berkongsi pengalaman atau membaiki strategi sedia
ada.
Jangan sesekali
fikirkan kami sibuk dan sekiranya panggilan tidak berjawab, kami akan
menghubungi semula secepat mungkin.
Bagaimanapun,
sebagai manusia biasa saya juga hanya mempunyai 24 jam sehari dan biarlah
panggilan itu berkaitan saham dan berkaitan dengannya.
Saya percaya semua
orang mampu meraih keuntungan lumayan di pasaran saham asalkan mereka sanggup
bertindak dan berusaha, melakukan kajian berterusan serta berdisiplin.Keputusan
pelaburan yang bijak adalah dating dari latihan. Jangan lupa untuk join grouptertutup Facebook Zamsaham Private Client dan Zamsaham FKLI FCPO Trader.Disana
kita boleh berkongsi pendapat dan berkongsi tips pelaburan.
Akhir kata, jangan
sekali-kali membuat keputusan ketika beremosi sebaliknya amalkan ‘konsep sabar’
yang diajar di bengkel saya selama ini.Disamping teruskan buat latihan seperti mana Tiger Wood terus kekal berlatih memukul bola GOLF walaupun sudah bergelar pemain profesional dan ternama.
Selamat Melabur Di Bursa Malaysia dengan Penuh keSabaran!
Zamsaham.
PalmVilla Kulaijaya.
#Suka tengok peserta yang pada awalnya tak paham tentang saham,akhirnya sudah boleh memberikan pendapat dan membuat keputusan pelaburan sendiri.
13 comments:
terbaik tuan.moga2 ianya dpt membuka minda org2 kita dlm industri jual-beli saham dan pasaran hadapan.
Yuran yg berpatutan berbanding dgn ilmu yg dicurahkan.I manage my own trading. I am the boss. Walaupun margin call dah 20K. kah...kah..kah..
Thanks Team Zamsaham.
zul...macam hari tu...ingat 2950 tu penting.Disiplin dan jangan berharap bila trend dah berubah.
Semoga keuntungan awal dapat dikekalkan.
Amin.
saya rasa yuran itu sangat berpatutan..
saya juga bermula dengan 'KOSONG'
tapi selalu mengulang kaji...
samapai sekarang masih mengulana kaji...
saya juga bermula dengan 'KOSONG'
tapi selalu mengulang kaji...
sampai sekarang masih mengulang kaji...
Xavi Gerad Jude Am. Seorang wakil aiicco insurans plc. Kami menawarkan pinjaman pada kadar pembayaran balik 3%. Jika anda berminat hubungi kami di alamat ini (CEO) E-mel: xavigeradloanfirm@yahoo.com
Notis 20 tahun ke atas hanya membenarkan di Aiicco insurans plc.
Pelaburan Pinjaman Peribadi.
Pelaburan Pinjaman Perniagaan.
Pinjaman penyatuan.
Pembinaan Pinjaman.
Pilih dari satu atau tahun untuk membayar.
Pilih antara bayaran bulanan dan tahunan di bawah Rancangan.
Terma pinjaman yang fleksibel.
Apa-apa pada pinjaman sehingga tahun 5000 untuk 8000.000.00 Euro.
Syarikat kami adalah Dipercayai, transaksi Cekap pantas dan dinamik. Hubungi kami hari ini .. Jawapan hendaklah dihantar kepada Hubungi Nama: SR GERAD Jude Pelaburan plc. Email: xavigeradloanfirm@yahoo.com
mysteries thriller ebook http://audiobooksplanet.co.uk/fr/authors/?letter=Ox school ebook [url=http://audiobooksplanet.co.uk/The-Power-Electronics-Handbook/p139525/]java graphics programming ebook download[/url] ebook reader for hp ipag 1715
what are three type of software http://buyoem.co.uk/es/product-13192/Microsoft-Office-2003-Professional-Edition best software abra [url=http://buyoem.co.uk/it/product-10452/Microsoft-Office-Enterprise-2007]xpdefender software[/url] best software torrent search engine
[url=http://buyoem.co.uk/product-37138/Sothink-DHTML-Menu-Lite-8-1]Sothink DHTML Menu Lite 8.1 - Software Store[/url] tax preparation software ratings
[url=http://buyoem.co.uk/de/product-37210/Metaproducts-Mass-Downloader-3-4][img]http://buyoem.co.uk/image/4.gif[/img][/url]
[url=http://certifiedpharmacy.co.uk/products/chloramphenicol.htm][img]http://onlinemedistore.com/8.jpg[/img][/url]
pharmacy contract northern ireland vat http://certifiedpharmacy.co.uk/products/cytoxan.htm ritzman pharmacy [url=http://certifiedpharmacy.co.uk/products/vigora.htm]does pa allow internet pharmacy[/url]
walgreens pharmacy prices http://certifiedpharmacy.co.uk/categories/weight-loss.htm lorcet online pharmacy [url=http://certifiedpharmacy.co.uk/products/zestril.htm]zestril[/url]
online overseas pharmacy ultram http://certifiedpharmacy.co.uk/products/confido.htm hy vee pharmacy gladstone mo [url=http://certifiedpharmacy.co.uk/products/kytril.htm]canadian pharmacy opportunity[/url]
rhodes pharmacy http://certifiedpharmacy.co.uk/products/aleve.htm legitamate pharmacy no script [url=http://certifiedpharmacy.co.uk/products/aleve.htm]aleve[/url]
Salam sejahtera!
Nama saya Dewi Rumapea, saya berasal dari kota SEMARANG, Indonesia. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memaklumkan semua dalam kumpulan ini mencari pinjaman yang sangat berhati-hati kerana ada penipuan di mana-mana. Beberapa bulan yang lalu, saya secara kewangan turun dan saya memutuskan untuk mendapatkan pinjaman dari Man di Malaysia dan saya tertipu oleh pemberi pinjaman palsu di Malaysia. Saya hampir kehilangan harapan sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai dan tulen yang dipanggil Puan Glory, seorang pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan saya pinjaman sebanyak Rp500,000,000 tanpa tekanan, pada kadar faedah 2% yang merupakan kadar yang berpatutan untuk saya.
Selepas memindahkan kredit saya ke akaun bank saya, saya sangat terkejut apabila saya menyemak baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah saya memohon, telah dipindahkan terus ke akaun saya, oleh puan Glory, tanpa berlengah-lengah. Jadi saya berjanji kepada puan Glory bahawa saya akan berkongsi berita baik agar orang ramai mendapat pinjaman mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi Puan Glory melalui email: gloryloanfirm@gmail.com
Saya menggunakan masa ini untuk memaklumkan kepada anda semua bahawa anda boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: dewiputeri9@gmail.com atau anda boleh menghubungi Nur Izzatul Azira Ismail, dari Malaysia yang memperkenalkan saya dan memberitahu saya mengenai Puan Glory, Dia juga mendapat pinjaman dari Puan Glory, Anda juga boleh menghubunginya melalui e-mel: utariwirmayaty@gmail.com Kini, semua yang saya lakukan adalah cuba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun bulanan.
Nota: Tiada yuran insurans, yuran pendaftaran atau yuran pemindahan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana menggunakan puan Glory untuk mengubah kisah kewangan saya dan kini saya seorang pemilik perniagaan saya yang bangga, semoga Allah terus memberkati Puan Glory dan terus menggunakannya untuk membantu kita semua dalam kesulitan kewangan
Do you need a Loan?
Are you looking for Finance?
Are you looking for a Loan to enlarge your business?
I think you have come to the right place.
We offer Loans atlow interest rate.
Interested people should please contact us on
For immediate response to your application, Kindly
reply to this emails below only.
Whats app +919205646839
helpfiance@gmail.com
Please, do provide us with the Following information if interested.
1) Full Name:………
2) Gender:………
3) Loan Amount Needed:………
4) Loan Duration:………
5) Country:………
6) Home Address:………
7) Mobile Number:………
8)Monthly Income:…………………
9)Occupation:………………………
)Which site did you here about us…………………
Thanks and Best Regards.
helpfiance@gmail.com
Whats app +919205646839
Adakah anda memerlukan Pinjaman?
Adakah anda sedang mencari Kewangan?
Adakah anda sedang mencari Pinjaman untuk membesarkan perniagaan anda?
Saya fikir awak telah datang ke tempat yang betul.
Kami menawarkan kadar faedah pinjaman yang rendah.
Orang yang berminat sila hubungi kami
Untuk makluman serta-merta untuk permohonan anda, sila
balas e-mel ini di bawah sahaja.
Whats aplikasi +919205646839
helpfiance@gmail.com
Sila berikan kami maklumat berikut jika berminat.
1) Nama Penuh: .........
2) Jantina: .........
3) Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan: .........
4) Tempoh Pinjaman: .........
5) Negara: .........
6) Alamat Rumah: .........
7) Nombor Mudah Alih: .........
8) Pendapatan Bulanan: .....................
9) Pekerjaan: ...........................
) Situs manakah yang anda di sini tentang kami .....................
Terima kasih dan salam mesra.
helpfiance@gmail.com
Whats aplikasi +919205646839
Post a Comment