TEORI ZAMSAHAM:SINDIKET SI PEMUTAR SAHAM!
Hanya sekadar selingan coretan pengalaman,begitu ramai pelabur di luar sana(termasuk client) saya yang begitu taksub dengan maklumat dari media utama.Selepas mereka menghadiri bengkel saya,barulah mereka percaya bahawa maklumat dimedia adalah maklumat yang dispekulasi untuk kepentingan sesetengah pihak atau saya panggil 'sindiket'.
Untuk bermain di pasaran saham adalah perlu untuk kita ketahui bahawa kebanyakan saham yang aktif adalah digerakkan oleh 'TANGAN AJAIB'.Mereka boleh menaikkan dan menurunkan saham dengan begitu mudah sahaja.Matlamat mereka berbeza-beza,tetapi yang utama adalah mengaut keuntungan berjuta-juta(malah lebih) dengan menipu pemain saham yang kecil dan sederhana.Almaklumlah,kita sekarang hidup didalam sistem kapitalis yang bermaksud,yang paling banyak duit,dialah paling berkuasa.Okey,sekarang saya huraikan pasal sindiket yang sudah bermaharajalela di Bursa Malaysia untuk sekian lamanya.
Jenis Sindiket:
1.Sindiket yang akan menaikkan harga saham tinggi-tinggi dan jual saham yang sudah mahal ini kepada FUND manager.
Kebanyakkan sindiket akan menaikkan sesuatu saham dengan 'memusingkan saham'sesama mereka.Ini bermaksud mereka berjual beli sesama mereka tanpa adanya perubahan dari pegangan hakmilik...Bagaimana mereka boleh menaikkan harga ini?
Contoh,mereka hendak menaikkan harga dari RM0.10 ke RM3.00 dengan cara group A menjual kepada group B pada harga 30sen ,group B pula menjual kepada group C pada harga RM.50sen.Group C menjual kepada semula kepada Group A pada harga RM1.00 dan seterusnya sampai harga RM3.00
Pengurus Dana Ditipu?
Apabila pasaran saham sudah naik ke RM3.00,sindiket akan berpakat atau tidak dengan Syarikat saham yang di 'goreng' dengan memanggil wartawan supaya cerita-cerita hal dan prospek syarikat mereka dikeluarkan.Mereka juga akan mengumumkan projek dan tender-tender yang mereka perolehi melalui media.Ketika ini,Analyst atau pakar saham akan menilai saham berdasarkan 'forecasted earning' dari projek yang mereka perolehi.Seringkali maklumat ini dimanipulasi oleh sindiket dengan menyatakan keuntungan yang tinggi akan diperolehi,walhal hakitkatnya mungkin projek yang bernilai beratus juta itu hanyal 'breakeven'sahaja.
Mereka tahu walaupun projek mereka tidak untung tetapi mereka boleh dapat lagi banyak untung dengan memanipulasi pasaran saham.Bayangkan RM1osen sehingga RM3.00.kiralah berapa ribu percent!!!! kalau buat projek tender yang diperolehi belum tentu dapat sebanyak itu,paling-paling pun untuk projek construction 15-30% margin.Itu pun dapat untung selepas projek siap. Bukankah,dengan memanipulasi saham lebih menguntungkan?
Dalam kes ini,pengurus dana akan membuat keputusan pelaburan berdasarkan maklumat fundemental.Maklumat fundamental adalah maklumat asas syarikat seperti akaun untung rugi,dan balance sheet syarikat.Perlu diingatkan begitu banyak kes-kes akaun syarikat yang dimanipulasi untuk memperdaya ramai orang.Tidak terkecuali Pengurus dana.Contoh yang diambil berdasarkan saham Transmile Bhd,Megan Media,Axis Bhd itu di Malaysia di luar negara, lagilah banyak seperti Satyam Limited.
Kebanyakan saham ini naik berlipat-lipat kali ganda dari harga asal mereka sampai beribu percent kenaikan.Pembongkaran kegiatan penipuan syarikat biasanya terbongkar selepas harga sahamnya turun.(teori zamsaham-cerita kegiatan penipuan ini sememangnya sudah dijangka oleh sindiket supaya mereka boleh beli dan mengumpul semula saham pada harga murah dan 'Push ' Semula di masa hadapan).Ada pula,yang sahamnya dibiarkan jatuh supaya syarikat akan dilisted.
Teori zamsaham: pemegang saham terbesar sememangnya suka jika syarikat kena dilisted.Oleh kerana syarikat rugi,penyata kewangan tidak dikemaskini, itu hanyalah alasan supaya menghalalkan syarikat mereka 'ditendang keluar' dari Bursa Malaysia.Owner share ini memang tunggu untuk syarikat mereka ditendang keluar oleh Bursa Malaysia supaya mereka tidak perlu membayar apa-apa kepada pemegang saham!
Perlu diingatkan apabila sudah keluar dari Bursa Malaysia,mereka ini lebih mudah mengendalikan business mereka-tidak perlu adakan mesyuarat tahunan dengan pemegang saham,melaporkan perkembangan syarikat di media.Pendeknya dari syarikat awam-(orang ramai) kepada syarikat persendirian(walaupun nama masih berhad-tetapi unlisted)
2.Sindiket jenis yang kedua adalah sendiket yang bertujuan menipu pelabur runcit dengan menaikkan dan menurunkan harga saham dalam satu jajaran harga.
Sindiket jenis ini adalah sindiket yang mengkaji pemegang saham terbesar tidak ingin melupuskan pegangan saham mereka.Apabila mereka tahu,mereka akan mempermainkan emosi pelabur dengan menaikkan dan menurunkan saham mereka.Seringkali ramai yang terperangkap dengan T+3 sistem apabila terpaksa menjual saham mereka semasa force selling date.Contoh beli Harga RM1 pada Hari Isnin dan terpaksa jual pada hari Jumaat pada harga 95cent.Dan acapkali pemain kontra mengeluh,selepas mereka jual harga saham naik semula!
Pesanan Zamsaham:
Ini hanyalah teori saya yang saya perolehi berdasarkan pengalaman sebagai pelabur yang sudah masak dengan tipu daya si pemutar saham.Adalah penting untuk semua pelabur mengetahui teknik orang yang ingin menipu.Jangan begitu percaya dengan maklumat media yang dihidangkan tanpa berfikir secara kritikal dahulu.Inilah hakikat dunia yang tidak lekang dengan orang yang ingin mengaut keuntungan mudah dengan cara berspekulasi.
0 comments:
Post a Comment