BREAKAWAY GAPS! Pasaran Saham Menjunam peluang untuk membuat DUIT

Pasaran saham seperti yang saya ulas pada minggu lepas (termasuk 2 bulan yang lepas) sudah menunjukkan pasaran saham 'kepenatan' untuk meneruskan trend kenaikan. Kali ini saya ingin bercerita tentang permulaan pasaran yang akan jatuh menjunam!
  1. Kebiasaanya,pasaran yang ingin jatuh menjunam akan bermula dengan keadaan dimana pelabur runcit dalam keadaan confused.Kenapa pelabur runcit confused? Ini kerana mereka was-was dengan penurunan yang berlaku kerana berita buruk dari satu pihak(masalah Greece ++) dan berita baik dari pemulihan ekonomi Malaysia.
  2. Seperti yang saya selalu nyatakan di bengkel ,sebenarnya pelabur boleh menjangkakan dengan lebih awal tentang penurunan pasaran saham jika pelabur 'pandai' membaca apa yang akan dilakukan oleh pelabur bijak dan spekulator pada setiap stage kenaikan dan penurunan saham.(Kepada yang sudah hadir,mereka sudah diajarkan teori putaran saham)
  3. Jika disoroti kenaikan kebanyakan saham dari bulan March tahun lepas seperti CIMB,Maybank,Unisem,Jerneh,Jetson, dan banyak lagi...rata-rata sudah naik melebihi 50% dari harga terendahnya.Malah ada sesetengah saham sudah naik beratus percent seperti Supermax yang asalnya harga cuma lebih kurang RM1.00 pada awal tahun lepas.Ini hari,harganya masih di jajaran RM5.00!
  4. Saham-saham yang sudah naik ini akan dijual secara 'bijak' oleh mereka yang tahu akan system pasaran saham kepada pelabur yang tidak/kurang faham system pasaran saham.Mereka yang kurang bijak kebanyakannya adalah pelabur runcit(saya dulu dan mungkin anda).
  5. Sekadar renungan dan ingatan,pelabur runcit hanya masuk pasaran di setiap kali 'kemuncak' gelombang kenaikan saham.Pendek kata,masuk paling lambat dan sudah tentulah pada harga yang tinggi.Mereka masuk lambat kerana tiada teknik dan lebih terpengaruh dengan maklumat 'ekonomi/saham dari Suratkhabar.
  6. Apabila 'Jin toncit/Pelabur bijak/Sendiket/Spekulator ini sudah menjual pegangan saham mereka pada harga tinggi pada pelabur runcit,sudah tentulah mereka ingin membeli semula pada harga yang rendah.
  7. Untuk membeli pada harga yang rendah,Media perlu memainkan peranan untuk menakutkan dengan cerita -cerita yang boleh pelabur runcit jual semula pada harga rendah.Dan untuk sekalian kalinya,cerita yang disebarkan adalah maklumat yang sudah dirancang waktu siaran atau terbitannya.
  8. Biasanya pelabur runcit tidak percaya saham akan turun dan ada sesetengah rakan termasuk client saya yang menafikan pasaran saham akan turun kerana data-data ekonomi dan juga perkembagan pemulihan ekonomi dunia.Tetapi,diulangi maklumat ini atau maklumat fundamental adalah maklumat yang terlewat.Saya boleh simpulkan pasaran saham bergerak 3 hingga 6 bulan awal dari maklumat yang dikeluarkan di media.Bermaksud jika anda gunakan Fundamental Analysis untuk beli saham,anda dikira lewat beli dan sudah tentu harganya mahal.Jadi untuk mengatasinya, anda perlukan teknik teknikal untuk masuk pada harga yang dikira rendah.
  9. Jadi,untuk untung dalam pasaran saham atau Hadapan(Indeks+CPO) pelabur WAJIB tahu arah pasaran saham.Arah pasaran saham ada 3 iaitu naik,turun dan mendatar.Mungkin ada yang bertanya bagaimana dikatakan pasaran mendatar.Pasaran mendatar adalah keadaan pasaran seperti yang berlaku baru-baru ini.
  10. Di setiap trend kenaikan akan ditamatkan start turun menjunam oleh pasaraan yang mendatar.Biasanya pasaran mendatar ini ramai pelabur runcit yang susah membuat untung dan ramai 'kaki kontra' yang sangkut.Apabila ramai yang sudah sangkut dan tiada lagi 'cash to fuel the rally' harga
  11. Bila turun menjunam anda lihat adanya 'Break Away Gap' ini menunjukkan pasaran akan mengalami penurunan yang agak significant.Yang saya maksudkan dengan significant,mungkin tidak seperti gawatnya tahun 2007-2008 tetapi mungkin mencecah puluhan point.Sekarang indeks Bursa Malaysia (1315points).
  12. Untuk yang ada Future akaun,anda digalakkan mengambil short position indeks Bursa Malaysia (dengan teknik kombinasi ZC+RSI+MO Zamswing).Jika anda dapat 10 point penurunan anda sudah untung RM500.Jika anda masuk 10 lot,anda sudah untung RM5000!
  13. Untuk pemain saham,anda pastinya tertanya-tanya bila masa sesuai untuk masuk semula pasaran saham? Perhatikan betul-betul daily chart dan weekly chart yang sudah dipelajari.Jangan buat pembelian sehingga pasaran betul-betul mendatar dan adanya signal Golden STZC pada daily chart(lagi baik jika di Weekly).Ini kerana,kita perlu bertindak bijak dengan mengenepikan emosi dalam setiap pembelian.
  14. Ingat Selalu, "orang lain menjual...kita biarkan harganya turun dahulu..apabila semua sudah habis menjual dengan penuh kepanikan sehingga menyampah dengan pasaran saham,kita perlu masuk.Itupun masuk, perlukan teknik dan bersistem.Barulah kita boleh menjana keuntungan dalam pasaran saham"
  15. Ingat undang-undang permainan saham.
  • Relax-bertenang selalu.Jika masuk dah tenang,confirm keluar pun tenang!
  • Mencari arah Trend-Masuk mesti ikut arah trend
  • Disiplin-Hanya orang yang berdisiplin sahaja untung!
  • Take A Break System-dah untung rehatlah..
  • Rajin berusaha-Yang malas tidak akan berjaya!

Jika anda amalkan ini,InsyaAllah hasrat untuk untung dalam pasaran saham bukanlah satu impian,tetapi satu kenyataan yang pasti.

Sekian.

Zamsaham

Berjaya Times Square KL Selasa 11.30 Malam

3 comments:

turun pun boleh buat duit...

June 30, 2010 at 2:16 AM comment-delete

Short FKLI & purchase stock at the bottom price!

July 6, 2010 at 12:18 AM comment-delete

Short at the peak till rock bottom bro...

kalau kat bawah long balik..:)

July 6, 2010 at 9:51 AM comment-delete