MARKET TAK KUAT HENDAK NAIK!
Pasaran nampak macam hendak naik pada minggu ini..Manakan tidak indeks Bursa Malaysia dari 1270 boleh naik sampai 1340 tidak sampai seminggu!Ramai pelabur runcit masuk semula pasaran...sekelip mata,apek-apek dan ahso muncul semula di syarikat broker saham.Confident level pelabur datang semula.
- TETAPI saya meramalkan kenaikan ini bersifat terlalu sementara,dan pasaran dijangka akan mendatar dan mungkin boleh jadi trend menurun untuk seketika.Jika anda rujuk kepada chart diatas,anda akan faham apa yang saya maksudkan.Minggu ini adalah penentu kepada pembentukkan weekly chart...
"Kepada pelabur dan kontra kaki,ambil profit yang ada dan jangan tunggu2 bila sudah ada signal untuk menjual pegangan saham anda"
Berita baik kepada yang sudah tahu teknik bermain future market :jika saham turun,indeks akan turun.Inilah masa untuk anda SHORT !!!
Pasaran yang sudah melalui proses pembetulan dari kenaikan bulan April tahun lepas adalah baik.Ini kerana untuk naik ianya perlu 'base' untuk kenaikan yang lebih tinggi.
Sekian,
Zamsaham
#yang short pastinya gembira sebab setiap 1 point turunnya indeks bersamaan RM50.00
2 comments:
hmm.. nampaknya market dah nak jatuh... hati-hati, tanda-tanda dah hampir muncul.
kiamat pun ada tanda
tanda besar atau kecil...
saham pun sama bro
Post a Comment