Jerat Cepat Kaya
Seringkali kita dihebahkan dengan berita pelaburan palsu di Media utama.Baru-baru ini saya ada mendapat berita pelaburan yang hanya memerlukan RM2000 sahaja dan akan diberikan pulangan RM2 juta!
- Pada saya ianya amat mengarut! Untuk pengetahuan semua,pelaburan yang menjanjikan kekayaan sekelip mata adalah satu temberang yang amat sangat.Saya yang sudah hampir 10 tahun menjadi broker dan trader pun ada untung dan ada rugi.Itu pun setelah menggunakan kajian dan pengalaman dapatlah kerugian diminimakan dan keuntungan dimaksimakan.Orang terkaya dunia Mr Warrent Buffet pun mengambil masa puluhan tahun dalam bidang pelaburan.Itupun setelah umur tua barulah meraih keuntungan pelaburannya!
- Usahlah melabur ke tempat yang tak betul.Jika hendak melabur carilah tempat pelaburan yang anda sendiri labur.Untung rugi anda sendiri,lagi puas hati dari ditipu bulat-bulat oleh orang yang berlagak hebat.
- Rata-rata yang tertipu adalah orang yang membuat keputusan berdasarkan emosi dan terpengaruh dengan janji manis si pembuat cerita skim cepat kaya.Lebih-lebih lagi jika seseorang itu bergaya dengan kereta besar.Sebenarnya melalui pengalaman,orang kaya tidak menunjuk diri mereka kaya.Lihatlah Tan Sri Syed Mokhtar,orang melayu terkaya dengan duit dan pelaburan berbillion ringgit hanya pandu Perdana sahaja.Mercedes pun jarang-jarang pakai.
- Dan amat mengecewakan apabila ada bekas ahli skim cepat kaya mengatakan Bank Negara,Kerajaan tidak suka dengan orang ramai yang kaya! Sebenarnya mereka lagi sekali ditipu oleh orang atasan yang sememangnya bijak bermain sandiwara dan kata-kata.
Oleh itu,modal pelaburan sebenar bukannya wang ringgit tetapi ilmu pengetahuan.
Melabur keatas ilmu pengetahuan adalah lebih penting dari melabur terus!
ZAMSAHAM Benar-benar cerita saham.
3 comments:
Ingatkan dah tak ada lagi skim cepat kaya ni.. hmmm....memang mengarut la bro.
Bro... kau tahu ker skim apa yang kantoi tu?
gua pun tak tahu...tengah cari info gak nie...oit minggu nie jumpa kat PWTC
Post a Comment