TAHNIAH KEPADA PEMAIN CPO!

TAHNIAH! kepada yang berani menukar position short kepada long baru-baru ini.TAHNIAH juga kepada Shahri yang mengekalkan 100% kejayaan dalam trading CPO baru-baru ini. Kepada yang lain,jika anda ambil carta pergerakan harga CPO untuk 5 tahun,anda akan dapati CPO baru sahaja melepasi TRENDLINE resistant level dari harga tertingginya RM4500 dahulu.Ini petanda yang agak significant kerana harga CPO dijangka akan terus mengalami kenaikan dalam masa mendatang.Walaupun begitu anda perlu ingat,harga bukannya bergerak dalam straight line,tetapi dalam bentuk zigzag.Oleh itu,jangan mengambil posisi terlalu banyak kerana ditakuti kena 'margin call' walaupun trend anda sudah betul. Banyak faktor fundamental seperti keadaaan cuaca yang tidak menentu dan permintaan sumber makanan dunia yang semakin meningkat.Almaklumlah,banyak kawasan dibuat bangunan bukan dibuat tanaman...Ini semua akan menaikkan lagi harga CPO.

Ingat selalu jika bermain CPO anda seperti menaiki Roller Coaster!Apapun, strategi dan disiplin mesti ada.Antara perkara yang anda perlu selalu ingat adalah:-

  1. Kenalpasti trend yang utama(major)
  2. Masuk mengikut arah trend,jangan melawan arus.
  3. Keluar secepat mungkin,jika trend sudah berubah tidak kira anda rugi ataupun untung.
  4. Relax dan kawal emosi,jangan kelam kabut dalam membuat keputusan.
  5. Sudah untung relax,rugi pun relax(sekurang-kurangnya sehari)

Semoga anda semua untung dalam pasaran CPO dan Indeks ini.Ingat pesan saya.Kawal EMOSI kerana ianya adalah segala-galanya dalam permainan ini.Rakan baik anda ialah trend.Jangan risau kerana harga turun dan naik akan mengikuti arah trend yang anda masuk tadi.

Semoga anda long-harga naik,anda short-harga turun.....HAPPY TRADING... zamsaham.

Petikan diatas adalah dari ruang diskusi FCPO Facebook Zamsaham pada Jumaat 23 July 2010 yang lepas

0 comments: