PPSMM di Himpunan Belia Iskandar Johor 2012


PPSMM DI HIMPUNAN BELIA ISKANDAR JOHOR 2012.


Baru-baru ini pada 17hb Mei sehingga 20hb Mei 2012, Himpunan Belia Iskandar Johor 2012 telah berlangsung dengan jayanya di Johor. Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia (PPSMM) telah turut serta dalam aktiviti Himpunan Belia Iskandar Johor 2012 yang merangkumi 13 Segmen dan 75 aktiviti di dalamnya.



Flyers "10 Cara Mengenal Skim Cepat Kaya"
PPSMM telah membuka 1 booth di Plaza Angsana, Johor Bahru dengan tema “KAMI BELIA BENCI SKIM CEPAT KAYA”. Boleh dibanggakan apabila lebih 2,000 keping Flyers “10 Cara Mengenal Skim Cepat Kaya” dan “Lebih Baik Labur Terus ke BURSA MALAYSIA” berjaya diedarkan kepada pengunjung. PPSMM juga berjaya mengumpul tandatangan para pengunjung yang bencikan skim cepat kaya. 


Flyers "Lebih Baik Labur Terus Ke Bursa Malaysia"
Matlamat penyertaan PPSMM dalam Himpunan Belia Iskandar Johor 2012 adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya dapat mengenal pasti dan menjauhi skim-skim pelaburan cepat kaya yang menggunakan pelbagai helah untuk memerangkap individu-individu yang gelap mata setelah dijanjikan keuntungan terlalu  lumayan dalam masa singkat. Harapan besar semoga, flyers yang diedarkan dapat menyedarkan masyarakat dan sekaligus memilih cara pelaburan lebih selamat dan diiktiraf kerajaan iaitu melabur terus ke pasaran saham Bursa Malaysia.

Alhamdulillah usaha murni PPSMM dalam memberi kesedaran kepada belia-belia dan masyarakat mendapat perhatian wakil media cetak dan diselitkan dalam akhbar Harian Metro bertarikh 19 Mei 2012,Sabtu.
Kempen PPSMM "Kami Belia Benci Skim Cepat Kaya" di Harian Metro.
Lebih membanggakan apabila beberapa orang VIP turut menunjukkan sokongan kepada kempen Benci Skim Cepat Kaya iaitu  YB Tuan Haji Md Jais bin Sarday (EXCO Belia dan Sukan Negeri Johor), Saudara Anuar Manap (Presiden Majlis Belia Felda Malaysia) dan Saudara Rizam    (Pengarah Projek Himpunan Belia Iskandar Johor 2012) yang hadir menurunkan tandatangan sebagai tanda sokongan mereka.
YB Tn. Hj Md Jais bin Sarday sedang
menurunkan tandatangan beliau
Saudara Rizam turut
menyatakansokongan beliau
Sokongan dari saudara Anuar Manap
Dari kiri: Norizam, YB Tn Hj Jais dan Anuar Manap


Secara keseluruhan penyertaan PPSMM kali ini berjaya menarik minat pengunjung untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan pelaburan saham di Bursa Malaysia. PPSMM berjaya membuka minda para pengunjung mengenai sistem pelaburan yang diiktiraf kerajaan dengan mengelakkan ditipu oleh skim-skim pelaburan yang belum tentu selamat dan diiktiraf.
Norizam memberi penerangan kepada
pengunjung berkenaan pelaburan di Bursa Malaysia
Pengunjung turut mendapat
penerangan pelaburan dari Ahli PPSMM
Gambar-gambar aktiviti PPSMM di "Himpunan Belia Iskandar Johor 2012"
di Plaza Angsana, Johor Bahru.



2 comments:

terbaiklah...

dapat jugak sampaikan maklumat mengenal penganjur skim pelaburan penipu..

2000 risalah habis diedarkan.Tapi adalah mereka baca dan faham maklumat yang diberikan?!..

June 14, 2012 at 12:44 AM comment-delete