Showing posts with label TRACK REKOD. Show all posts
Showing posts with label TRACK REKOD. Show all posts
JUARA BERTAHAN datang lagi ke pejabat kami di OSK Sutera Utama pada 28 hb Mac yang lalu. Jika dilihat pada gambar yang dikongsikan di bawah, pasti semua sudah tahu cerita yang ingin saya kongsi kali ini.

Kali ini kedatangan beliau adalah untuk membawa pulang cek bernilai RM 12,000.00 hasil keuntungan beliau dalam pasaran hadapan FCPO.

Nama En Abdul Razak pasti sudah sinonim dan biasa disebut-sebut di kalangan pembaca blog ini. Sejak sebulan lalu, ramai yang bertanya bagaimana beliau boleh mengekalkan keuntungan yang sebegitu. InsyaAllah, dalam masa terdekat saya akan kongsikan video eksklusif temubual kami dengan JUARA BERTAHAN dan beliau sendiri akan berkongsi cerita beliau.

NANTIKAN !!!

(Wajah Juara)
Baru-baru ini salah seorang trader pasaran hadapan FCPO & FKLI, iaitu En. Abd Razak dari Kluang, Johor singgah di pejabat saya di Skudai, Johor. Kami sempat berbual-bual dan meminta pandangan mengenai potensi pasaran hadapan FCPO dan FKLI. Mari kita sama-sama berkongsi pengalaman dan pandangan beliau dalam permainan FCPO dan FKLI ini dan bagaimana beliau mencipta keuntungan RM 1,300 dalam masa kurang dari 5 jam.

 

Pelaburan ASN adalah sebahagian pelaburan berbentuk saham amanah yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad(PNB).Semalam saya ada diinterview oleh Wartawan dari TV Alhijrah untuk mendapatkan pandangan saya akan berkenaan pengumuman dividen ASN untuk tahun 2011.
Kepada yang tiada masa untuk menyemak dan membuat kajian mana satu saham yang berpotensi untuk dibeli,digalakkan anda laburkan sahaja di ASN.Ataupun jika risaukan harga turun dan naik macam pasaran saham,anda boleh memilih melabur sahaja di ASB.Setidak-tidaknya ada buat pelaburan di tempat yang diiktiraf oleh kerajaan.
Sekian,
Norizam Tukiman@ Zamsaham
Syukur nampaknya jangkaan FCPO naik dari paras terendah RM2770 sebelum ini nampaknya tepat! http://zamsaham.blogspot.com/2011/10/fcpo-akan-naik-semula-dari-paras.html. Kesimpulan yang lepas,pasaran FCPO naik dari level RM2900 sehingga 3250 mata tidak sampai dalam masa sebulan!.Ada yang untung berpuluh ribu dan sedang enjoy.Manakala anda yang terperangkap dengan Short position, mula tersenyum semula kerana harga turun balikAda juga yang awalnya untung,kini rugi balik akibat terLONG kat pucuk- 3200 baru-baru ini.Macam biasalah,sebab inginkan untung lebih dan tiada Take A break system dalam permainan FCPO... last-last terperangkap!(Apapun,yang terperangkap dengan LONG kat pucuk jangan risau sangat kerana FCPO dijangka sideway seketika sebelum meneruskan perjalannyanya trend Naiknya pada 2012 nanti!) Okey itu cerita lepas!
Apa pula cerita kali ini?
Soalnya adakah FCPO mampu naik ke RM3600 dari level 3000 sekarang? Berikut adalah 7 sebab mengapa FCPO 'berkemungkinan' akan naik ke paras RM3600:-
  1. Dato Najib sambung legacy ayahnya-Dato Najib dan Arwah Ayahnya Tun Abdul Razak amat sinonim dengan FELDA.Sudah tentu dengan kuasa yang ada,matlamat memajukan Felda akan lebih mudah.Promosi sawit untuk memastikan export minyak sawit berkembang pastinya akan diberi penekanan.
  2. Stok Minyak sawit dijangka susut- Menurut sahabat saya yang berkerja sebagai Pengutus Ladang sawit di Perak,Dijangka stock untuk beberapa bulan akan mendatang dijangka berkurangan akibat dari masalah banjir dan juga musim buah lawas.
  3. Cuaca banjir - Kesan musim banjir pastinya akan memberikan impak kepada pengeluaran hasil sawit.Jadi jika banjir ini berlaku di kawasan Ladang Sawit sudah tentunya akan memberikan kesan kepada harga sawit!.
  4. Stock Makanan Dunia- Stok makanan dunia semakin kurang!.Ini hari dianggarkan manusia yang menghuni dunia sudah sampai 7 billion! Orang makin ramai,kawasan penempatan lebih banyak berbanding pembukaan ladang-ladang untuksumber makanan.Jika ini berterusan berlaku bukan mustahil untuk lihat minyak sawit kita mampu mencecah RM4000 untuk beberapa tahun mendatang!
  5. Minyak Sawit Mula dikenali di arena Global- .Kini dengan adanya promosi yang dibuat oleh Bursa Malaysia Derivatives Bhd dalam memperkenalkan dagangan Pasaran Hadapan Minyak Sawit Mentah di CME pastinya akan menarik 'mata dunia' untuk melihat minyak sawit Malaysia.Lebih-lebih lagi dagangan boleh dibuat mengunakan US dollar!
  6. Minyak Sawit ada Vitamin E semulajadi-Satu masa dahulu,barat mengatakan minyak sawit kita ada kandungan kolestrol yang tinggi.Kita laporan itu sudah dapat ditangkis.Maklumat dan kajian menyeluruh sedang dibuat untuk menunjukkan minyak sawit kita ada banyak zat nutrisi baik.Salah satunya Vitamin E.Jika ini dijadikan modal,sudah tentu permintaan minyak sawit dari masyarakat dunia akan meningkat.
  7. Faktor Politik-Dengan kenaikan harga FCPO pastinya akan memberikan kesan kepada harga FKPO.Bila harga naik sudah tentu boleh dijadikan modal politik untuk orang FELDA mengundi UMNO.Pada saya,kalau harga tidak naik sekalipun,Orang Felda perlu undi UMNO kerana sebagai tanda terima kasih kerana memberikan mereka peluang dan ruang semasa susah dahulu.Janganlah sekarang sudah senang dan anak-anak-berjaya masuk universiti (UMNO pencetusnya) kita lupa akan jasa UMNO yang paling banyak membela orang melayu.Sebagai contoh,saya pun dulu masuk OSK Investment Bank ini atas hasil perjuangan UMNO.Hasil penetapan Kouta Bumiputra 30% untuk wakil niaga bumiputera.Kalau ikutkan system meritrokasi,awal-awal lagi saya tak berpeluang kerja kat tempat saham ini!.Apapun,memang Umno tidak perfect, ada cacat celanya,tapi dapat ditutup dengan Jasanya yang banyak pada bangsa Melayu amnya! Apapun,saya tak mahir nak cerita hal politik cuma yang saya pasti politik begitu penting kerana ianya mendasari bukan sahaja kemajuan ekonomi malah permintaan minyak sawit itu sendiri.Politik stabil,sudah tentu orang akan lebih 'selesa' berurusniaga dengan Malaysia!
Itulah 7 sebab mengapa harga diramal akan naik ke 3600 untuk beberapa bulan mendatang dan 2012 secara amnya.Pasaran bergerak bukan dalam bentuk 'straight line' ianya bergerak dalam bentuk 'ziqzaq'.Maksud disini,jangan harap harganya berdesup naik! Perlu diingatkan saya bukan melihat harga FCPO ini naik dalam jangka masa short term. Saya melihatnya dalam sederhana panjang.Apapun,harga perlulah mampu bertahan dalam jajaran atas 3000-3100 untuk memastikan harga betul-betul kuat untuk naik keparas 3400 dan jika 'break' 3400 harga mungkin mencecah 3600.
#Jika anda mahukan maklumat short term samaada harga pada hari tersebut mahu naik,turun ataupun mendatar,bolehlah dapatkannya di facebook 'closed' group zamsaham FKLI FCPO trader.Setiap hari team zamsaham akan updatekan jangkaan arah pasaran dengan jangkaan harga sokongan dan rintangan sebelum pasaran buka.Ingat yang paling penting main FCPO adalah kemana harga hendak bergerak dalam jangkamasa short term.mid term dan juga Long term!
Okey sekian laporan pasaran hadapan Minyak sawit untuk Desember 2011-mid 2012,
Zamsaham,Bandar Putra IOI-4 Desember 2011
#Bukan indikator gerakkan harga tetapi harga gerakkan indikator!
  1. Jika anda masih ingat,2 tahun yang lepas iaitu pada March 2009 adalah bulan terburuk pasaran saham Bursa Malaysia.Indeks ketika itu berada pada paras 850mata!. Bukan sahaja Malaysia,malah satu dunia!.semua pasaran saham merudum dengan teruknya!.
  2. Selang beberapa bulan kemudian,pada bulan July 2009 saya ditemuramah secara ringkas oleh wartawan Kosmo akan pasaran dan peluang pelaburan saham.Komen saya simple,' rebut peluang keemasan dengan membuat pelaburan di pasaran saham'.(sila clik paper cutting di atas)
  3. Ketika itu,ramai orang yang meragui akan pandangan saya.Lebih-lebih lagi,pelabur runcit dan orang-orang yang 'terlalu' taksub dengan maklumat fundametal kegawatan di media-media.Walhal,sebenarnya maklumat fundamental yang dihidangkan kepada kita biasanya adalah lambat.(ditapis oleh pelbagai pihak untuk kepentingan diri sendiri)
  4. Macam saya selalu,cakap di Klinik Saham,buatlah pembelian ketika ramai orang yang berfikiran negatif akan pasaran saham!..Alhamdullillah ada juga yang memberanikan diri membeli saham Maybank pada harga purata Rm4.50 dan sekarang masih lagi tersenyum sebab harga saham atas RM8.00. Untung berapa percent tu?...kan hampir 100%!!
  5. Itu cerita lepas,yang menunjukkan ketepatan jangkaan saya akan peluang beli saham pada harga murah...Syukur pada Allah SWT..
  6. Bagaimana pula kali ini?
  7. Sila click pada carta yang saya dah poskan 4 hari awal di facebook 'closed group' zamsaham private client.Di chart dibawah ini ada kesimpulan akan trend semasa dan kebarangkalian akan masa depan pasaran Bursa Malaysia.
Artikel Terkini Zamsaham-"PERLU BIJAK PILIH SAHAM BERPOTENSI" pada 21 November 2011 yang lepas.Sila click untuk baca dengan lebih jelas.
Kesimpulan dari Kedua-dua petikan:
  1. Rebutlah peluang membeli saham ketika ramainya orang berfikiran negatif.Sebagai perbandingan,jika hendak pergi ber'shopping sudah tentulah ketika adanya 'sale' .Barang-barang dijual secara murah dan adakalanya pada harga super diskaun dari nilai sebenar!
  2. Saya tidak berapa berkenan dengan orang-orang yang melabelkan saham-saham 'penny stock' adalah saham-saham yang perlu dijauhi oleh pelabur.Kenapa tak berkenan?
  3. Nak huraikan panjang...ringkaskan,cuba anda lihat saham SEG yang harganya cuma 20sen pada Januari 2010 tetapi sekarang harganya RM1.90!..masa harga 20sen,bukankah ketika itu saham tersebut adalah dilabelkan sebagai penny stock?!...dan adakah kita sebagai pelabur runcit hanya membuat pembelian ketika 'analyst' membuat target dan penilaian 'BELI' pada harga atas RM1.00 yang berdasarakan maklumat Fundamental positif SEG?! sudah tentu anda sudah terlalu lewat,walaupun trendingnya mungkin berterusan naik..
  4. Contoh lain...masih segar dalam ingatan saya saham Supermax yang dipandang sepi dan lesu oleh banyaknya pelabur.Ketika itu harga supermax cuma RM70sen..selepas harganya naik sampai RM6.00,barulah banyak pakar-pakar yang mencadangkan BELI...pada saya jika cadang BELI masa harga RM6.00,kita sudah terlalu lewat!
  5. Jadi,jika hendak masuk awal dan hendak untung berlipat-lipat kali ganda,pelabur runcit boleh memilih saham-saham penny(kecil yang murah) dengan mengenalpasti prospek dan potensi sesuatu syarikat.
  6. Untuk lebih baik,sila gabungkan dengan pengetahuan teknikal analsyis dengan melihat lebih kepada trending indikator pada Monthly dan juga Weekly chart.Dengan carta yang lebih panjang anda akan dapat melihat trend sebenar sesuatu saham..paling bagus jika anda dapati andanya signal SGZC pada weekly dan potensi untuk membentuk sourcer pattern!..lambat tetapi berbaloi2 keuntungannya!
  7. Apapun,Pelabur perlul bijak memilih saham berpotensi.Bukannya membeli berdasarkan rasa sahaja.Kerana jika anda pakai rasa tanpa system dan strategi,alamatnya anda akan beli sesuatu saham pada harga pucuk...harga pucuk disetiap 'wave' kenaikan harga saham!
  8. Ingatlah selalu,disebalik masalah yang melanda mungkin adanya peluang,dan disebalik berita gembira mungkin adanya masalah yang bakal mendatang.
Selamat melabur di Bursa Malaysia dengan tenangnya!
Sekian, Zamsaham,Palm Villa # tak sanggup lepaskan peluang yang jarang-jarang datang seperti sekarang!
Pada jam 12.00 malam hari Ahad yang lepas saya ada kongsikan 10 kaunter yang bakal meletop pada Minggu ini.Alhamdullilah hampir 80% kaunter pilihan seperti:
  1. Proton RM2.70 naik ke paras RM3.50sen dalam masa 3 hari!!..kenaikan hampir 30%
  2. Semalam Saham Nicorp naik dari 6.5sen keparas tertinggi 9.5sen!
  3. Tips DBE 8sen naik keparas 11sen! 1st round dah take profit!...setakat penutup hari ini,harga turun balik 8sen..closing 8.5sen.Saya rasa kalau harga dapat break dan maintain 10.5sen,mungkin harga boleh try 15sen!..apapun mega support kat 0.065sen!
  4. Huaan 26sen!!..naik keparas tertinggi 29sen!.Saya nampak Huaan ada harapan lagi naik tu!
  5. QSR pun naik dari 5.72 ke paras 5.9!
  6. Saham Telur TPC pun naik dari 28sen keparas 32sen!...bayangkan 3 hari dah dapat pulangan macam pelaburan setahun kat ASB!!...14.5%
  7. Saham yang belum jalan adalah KELADI yang saya bagi masa 19sen
  8. Saham IRCB 20sen sekrang turun sikit kepada 19sen!..perlu naik semula dan tutup 21sen untuk harga mencanak naik!..pintu kecemasan kat 18.5sen!
  9. Farmbes meletop dari 79sen sampai 86sen semalam!!
  10. Dan yang paling menarik!!, Saham TRICUBES naik dari 16.5sen keparas tertinggi 29sen hari ini!.. Pentup agak kuat pada 26sen!
Maka ceritanya,bagaimana saya dapat mengagak saham-saham ini akan naik adalah berdasarkan kepada bacaan teknikal analysis!.Teknikal analysis,memberitahu kita terlebih dahulu samaada sesuatu saham akan naik atau turun sebelum keluarnya maklumat kepada awam. Selepas saham Tricubes naik hampir 50 peratus (16.5sen --> 26sen) barulah berita pemberian projek pembayaran saman Trafik Polis Diraja Malaysia kepada Tricubes diumunkan!.
  1. Walaupun ramai orang yang komen negatif dan memandang serong akan company Tricubes,saya tidak!..saya melihat kepada potensi dan prospek daya saing sesuatu syarikat.Syarikat Tricubes ini sudah beroperasi dari tahun 1997 dengan produknya ada di 170 organisasi termasuk di Hong kong dan Eropah.
  2. Saya selalu juga pergi ke kaunter bank dan pihak bank mengeluarkan satu mesin untuk mengimbas cap jari.Mesin Cap jari tersebut tertera perkataan Tricubes!..Jadi,pada saya ini menunjukkan Tricubes adalah syarikat yang dinyakini oleh pihak bank.
  3. Apapun,saya bukanah pelabur saham syarikat Tricubes ,saya adalah 'Trader' Sahamnya sahaja.Inginkan keuntungan dari perbezaan harga saham!..Jadi isunya adakah saham Tricubes akan naik lagi selepas kenaikan hampir 57% pada hari ini!?
  4. Jawapan berdasarkan teknikal,saya percaya kenaikan masih lagi ada jika mampu melepasi dan tutup atas 30sen!..dan jika trending dari Long term chart saya nampak seakan-akan adanya 'Soucer pattern' yang memungkinkan harganya mampu naik semula keparas 40sen!
  5. Apapun, jika harga tidak naik,paras mega support untuk anda keluar adalah pada 24sen!(2sen sahaja loss dari harga 26sen penutup hari ini)
Sekian, Zamsaham,PalmVilla JB
#Ada juga buat pembelian pada harga 16.5sen dan 18.5sen tadi..Alhamdullilah,Syukur sangat!! #Jika anda trader saham yang aggresif,dapatkan tips saham panas dari masa ke semasa di Facebook Zamsaham Private Client!

Sila klik chart diatas untuk pemahaman lanjut berkenaan saham MEGB(1.34)

Kesimpulan:

  1. Mastersill Education Bhd,trending turun dari harga RM4.00 (Ogos 2010) ke tahap sekarang RM1.34.Dulu saham ini digemari kerana antara IPO yang cemerlang pada hari penyenaraiannya..tetapi bayangkan harga saham MEGB ini terus terjun sehingga harga RM1.00 selepas banyaknya 'recomendation' dari para analyst pasaran saham!
  2. Berdasarkan kajian,berkemungkinan penurunan sudah habis,dan sekarang harga (RM1.34)sudah mempunyai ‘tenaga’ untuk membuat pantulan dengan paras rintangan terdekat pada RM1.54.dan diikuti RM1.70.
  3. Apapun,jika harga tidak naik paras sokongan untuk keluar adalah pada RM1.20!
  4. Jika harga saham MEGB mampu melepasi RM1.70 berkemungkinan channel baru terbentuk!

Untuk semua pemain dapatkan maklumat dan pandangan tips saham berpotensi secara 'LIVE' dan terkini dari masa ke semasa,anda boleh add facebook 'zamsaham private client'.

Sekian,

Zamsaham,OSK -2 Nov 2011

#Banyak saham-saham berpotensi untuk naik semula.Dan banyak saham 2liner dan 3rd liner yang dah hampir ke paras 'Bottom'!!

Khabar angin yang mengatakan Felda (Federal Land Development Authority) akan meneruskan niat menyenaraikan cabang teras perniagaanya pada pada pertengahan tahun lepas 2010 rupa-rupanya bakal menjadi kenyataan.Untuk rekod,penyenaraian FELDA pernah dicadangkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia-Tun Dr Mahathir pada tahun 2003.Tetapi 'tersangkut' ditengah jalan kerana peralihan Kuasa No 1 dan juga susunan structure Felda yang berbelit2. Kini, pada era zaman dato Seri Najib,Felda-Malaysian Sugar Manufacturing Bhg bakal disenaraikan selewatnya pada bulan Julai ini. Berikut latar belakang dan cerita berkenaan Felda dan MSM
  1. Ditubuhkan pada tahun 1956 dengan pembukaan kawasan pertama di ladang getah Ayer Lanas Kelantan.Felda sekarang menguasai 800,000 hektar ladang kelapa sawit.
  2. Kini pengerusi Felda yang baru adalah tan Sri Isa Abdul Samad.Seorang pemimpin yang mempunyai pengaruh dalam UMNO dan merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan.
  3. Hasil pendapatan Felda Holding Berhad pada kewangan akhir tahun 2009 adalah sebanyak RM12billion dengan Keuntungan bersih sebanyak 800juta!
  4. Company yang bakal senarai tak lama lagi ini,MSM-merupakan company yang menguasai hampir 70% pasaran gula Malaysia!
  5. Market Capitalization MSM dijangka 4-5 Billion.Ditambahkan lagi dengan 'injection' 2 asset felda iaitu Kilang Gula Perlis dan 5797 hektar tanah di perlis.Kedua asset ini dibeli pada harga RM1.25Billion dari orang kaya Malaysia-Mr Robert Buok melalui company miliknya iaitu PPB Group Bhd.Untuk pengetahuan semua market capitalization untuk PBB Group sekarang melebihi RM15billion!
  6. IPO MSM ini kalau diikutkan dengan keadaan pasaran dan politik,mungkin untuk naik pada hari pertama penyenaraiannya cerah! Almaklumlah,MSM ini merupakan company pertama Felda yang akn menjadi penanda aras kepada Era pimpinan Dato Seri Najib.Lebih-lebih lagi ,ada suara-suara yang mengatakan Felda Bankrupt!.Kalau sahamnya turun,sudah tentu pembangkang akan mempunyai modal besar untuk bercerita dengan mengatakan Saham kumpulan Felda tidak diminati oleh pemain pasaran saham.
  7. Pendekkan cerita,dengan kombinasi politik dan fundamental syarikat yang kukuh saya percaya saham Felda-MSM yang bakal disenaraikan ini pastinya menjadi pilihan ramai pelabur!...terutama pelabur Cina!
Berita Baik.
  1. Memandangkan MSM tidaklah banyak diperuntukkan untuk MITI , kepada yang berminat hendak mendapatkan khidmat saya untuk saham MSM bolehlah call saya segera
  2. Pinjaman sebanyak 80% disediakan kepada mana-mana individu atau syarikat yang dapat saham MSM.Modal yang dikeluarkan hanyalah 20% dari nilai saham.Jadi jika harga naik,adalah untung lebih sedikit.;)
Sekian,

Zamsaham JB 15 April 2011

# dulu ada buat saham Petronas Chemical 24juta...kali ini harap-harap dapat keputusan cemerlang juga dari MITI.Amin!

#Benarkah teori yang mengatakan pilihanraya akan dibuat selepas saham FELDA diapungkan?

Seperti biasa,pasaran saham dan hadapan pastinya ada yang menanggung kerugian malah ada juga yang menjana pendapatan.Kali ini saya ingin kongsikan kejayaan pelabur yang berjaya mengawal emosinya walaupun berada dalam pasaran Minyak Sawit Mentah Malaysia(FCPO) yang sememangnya boleh diibaratkan seperti 'Roller Coaster'.Apabila emosi berjaya dikawal,sudah tentu akan dapat mengecapi hasilnya.InsyaAllah,saya percaya akan ada ramai lagi dan mungkin juga termasuk anda yang sedang membaca yang bakal menjana keuntungan beratus-ratus peratus dalam masa kurang setahun.Asalkan:
  1. Ada usaha berterusan
  2. Dapat mengawal emosi dengan teknik yang sesuai
  3. Rajin mengulangkaji dan mengkaji kejayaan dan kegagalan
  4. Selalu berdoa kepada Allah S.W.T semoga ditunjukkan arah pasaran
  5. Selalu bersedekah bila dapat rezeki yang lebih.
Ikutilah Video Testimoni Ikhlas En Jawawi yang berasal dari Puchong Selangor.Bukan sahaja keuntungan yang dikongsikan,banyak tips-tips berguna untuk panduan kita bersama. Sekian. Zamsaham
Semalam semasa menjalankan Personal Coaching (Park Avenue Hotel) kepada beberapa bekas peserta BJS dan BJCPO,saya ada turut menyampaikan cek RM2500 kepada En Shafiee yang berasal dari Sg Petani. Terpancar wajah seronok dan kepuasan yang digambarkan beliau, membuatkan saya semakin bersemangat untuk mencari formula yang lebih berkesan untuk kebaikan bersama. Bold Kenapa perlu saya kongsikan testimoni ini? Saya kongsikan testimoni ini adalah untuk menunjukkan pelaburan saham ataupun CPO adalah menguntungkan.Dengan syarat ada usaha untuk mengawal emosi dan memahami konsep pelaburan dengan betul.Disamping itu,testimoni ini sekurang-kurangnya adalah dari hasil pelaburan di institusi pelaburan yang diiktiraf oleh kerajaan iaitu BURSA MALAYSIA DERIVATIVES BHD. Berikut adalah pengalaman beliau yang perlu rasanya dikongsikan:
  1. Masuk mengikut arah trend
  2. Jangan mengambil posisi melebihi kemampuan.
  3. Mempunyai 'margin surplus' yang mencukupi untuk berhadapan dengan trend yang berbentuk ZIQZAQ.
  4. Pernah loss RM5000 dalam masa 2 minggu.
  5. Kerugian sudah di'cover' semula dengan keuntungan bersih 180% setakat ini.Tempoh masa tidak sampai 6 bulan berkecimpung.
  6. Selalu mencatat di white board untuk strategi dan jangkaan support dan resistant.
  7. Semoga En Shafiee akan terus berjaya memperolehi keuntungan dan seterusnya mempertahankan keuntungan tersebut.
Pesanan saya kepada yang belum berjaya: "Usaha yang berterusan dan strategi mengenal trend yang betul adalah 'petua' untuk mencipta keuntungan." Zamsaham ROOM 812 Park Avenue Kedah
Hampir setahun saya menjalankan ceramah.Pelbagai kenangan manis dan kurang manis ditempuhi.Antara kenangan paling manis dan begitu berharga apabila dapat membantu orang ramai mencipta keuntungan dalam pasaran saham dan FCPO.Disini saya ingin kongsikan beberapa testimoni dari berpuluh-puluh testimoni yang saya terima dari bekas peserta BENGKEL JUTAWAN SAHAM.
1.Testimoni Bengkel Jutawan Saham
  1. MMHE (Malaysian Marine And Heavy Engeneering Berhad) adalah sebuah syarikat milik penuh MISC(Malaysia International Shipping Corporation) yang bakal disenaraikan di Bursa Malaysia selewatnya pada bulan OCT 2010.
  2. Dengan penjualan saham MISC ke atas MMHE ini pastinya akan memberi kesan positif kepada modal pasaran Bursa Malaysia.Dengan Imej MMHE dalam bidang Oil and Gas dengan sejarah panjang dari tahun 1973 akan menarik pelabur asing untuk hadir ke Malaysia.Belum pun tersenarai, sebuah syarikat kedua terbesar dunia dalam bidang Oilfield Services Provider dari Perancis iaitu Technip SA sudah menunjukkan minat membeli 9.9% kepentingan dengan harga premium sebanyak 2% dari harga indicative RM3.80.
  3. Saham yang bakal diapungkan kedalam pasaran tidak sampai 30%. 146 juta untuk pelabur institusi dalam dan luar negara. 184 juta untuk pelabur bumiputera yang ditentukan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri(MITI).Manakala hanya 16 juta saham MMHE ditawar kepada pelabur RUNCIT bumiputera dan bukan bumiputera juga 16 juta. ( saham terbitan yang 'sedikit' ini menunjukkan Petronas 'Amat' sayangkan MMHE.)
Sekilas info MMHE:MMHE adalah sebuah syarikat pertama Malaysia yang membuat FSPO ( Floating Production,Storage and Offloading vessel )di lapangan Kikeh di perairan sabah.Projek ini adalah yang pertama bagi Petronas meneroka minyak di laut dalam di Malaysia.Sesuatu yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia kerana kita tidak bergantung kepada kepakaran orang luar bagi membangunkan hasil minyak sendiri. Dengan berlatar belakangkan syarikat Petronas,keupayaan untuk MMHE untuk berkembang adalah tinggi.Keuntungan yang stabil oleh MMHE akan menyumbang kepada pembayaran dividen yang pastinya akan memikat ramai pelabur melabur ke atas saham ini untuk jangka masa yang panjang. Sekian. ZAMSAHAM,Setapak garden KL 29 August 2010
Kepada peserta yang hadir untuk bengkel di Persada Convention Center Johor,Sila dapatkan Harian Metro hari ini.Mungkin anda adalah salah seorang didalamnya. Apapun terima kasih kepada Wartawan yang buat liputan En Ibrahim dan Cameraman Bro Rosli..Kepada semua yang hadir...selamat menceburi bidang pelaburan yang penuh dengan cerita dan rahsianya yang tersendiri...apapun,dengan komitment dan system yang ada kejayaan bukanlah satu impian tetapi ianya bakal menjadi kenyataan. ZAMSAHAM & TEAM
Kepada yang mengikuti facebook zamsaham ada mendapat TIPS untuk mengambil position Long dari level 2400.
Hari ini rata-rata customer yang dah long menjana keuntungan 20-30 percent dalam tempoh tidak sampai 2 minggu..
Tahniah diucapkan kepada:
1.Saderi & partner -Muar
2.Mona -KL 3.Razak -Kluang
4.Shamsul -Gua Musang
5.Anas -Muar
6.Saiful Petronas-Larkin
Saya secara ikhlas yakin akan kemampuan anda semua dalam mencipta keuntungan berkekalan dalam jangka masa panjang.
ZAMSAHAM 5.37pm OSK INVESTMENT BANK BERHAD JB