Showing posts with label TEKNIK ZAMSAHAM. Show all posts
Showing posts with label TEKNIK ZAMSAHAM. Show all posts
Salam pelabur kepada Tuan yang dihormati

Pagi ini saya nak kongsikan satu RAHSIA KAYA.

Macam mana hendak kaya...SERIOUS kaya!..ini bukan janji zamsaham tetapi satu petunjuk dari Alquran yang anda pasti kaya! serious pasti kaya!

CARANYA:

  1. 1.Bersyukur dengan apa yang anda ada sekarang.Maksudnya jika anda SUDAH beli saham,rasakan nikmat syukur terlebih dahulu sebab ada orang yang tak dapat beli saham..
  2. 2. Cara mudah untuk lebih bersyukur ..LIHAT orang yang dibawah..
  3. 3.Paling mudah,anda boleh baca info yang saya berikan ini dengan laptop atau handphone anda yang canggih.SYUKURkan terlebih dahulu yang anda ada laptop dan handphone yang canggih jika dibandingkan dengan orang yang mungkin handphone nya lebih buruk dari tuan-tuan sekalian
  4. 4.Jika tuan rasa handphone tuan buruk,bersyukurlah sebab anda ada handphone buruk dan bandingkan handphone buruk anda dengan orang yang LANGSUNG tiada handpone!
  5. 5.Itulah RAHSIA KAYA..bagaimana saya SENDIRI SEMAKIN KAYA adalah kerana saya selalu rasa bersyukur dengan membandingkan diri kita dengan orang yang lebih rendah dari kita.
  6. 6.SEBUTKan selalu Alhamdulilllah..Segala Pujian Tertentu bagi Allah SWT.

Ini RAHSIA KAYA yang berlandaskan petunjuk Alquran!...
Takda siapa berani pertikaikan AYAT ALLAH!...Ayat Allah itu tepat dan Terbukti!!!

Ini dia ayatnya..

....."Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Surah Ibrahim:7)
Maksud disini..

Anda rasa puas dan bersyukur dahulu dengan nikmat yang sudah ada...NESCAYA PASTI ALLAH SWT akan tambahkan kita kekayaan. Bersyukur ada hanphone buruk terlebih dahulu dan PASTI ALLAH akan berikan kita handphone yang lebih baik di masa hadapan!!!..Rahsia nak dapat handphone yang lebih baik adalah bersyukur dahulu!!!!

Gambar: Zamsaham bukan sahaja menerangkan perlunya Kaya Didunia tetapi kena kaya juga di Ahirat. Kejar Ahirat dunia akan datang pada kita. Kelas Intro Gegar Saham , PWTC KL 25 Jan 14


Maka jika hendak kaya dan lebih kaya dengan saham...anda KENA BERSYUKUR dengan Saham yang anda ada terlebih dahulu!..Bersyukur dan bandingkan dengan orang yang langsung tidak boleh melabur saham!

Insha Allah..semua rakan -rakan zamsaham akan terus kaya asalkan bersyukur dan sentiasa lihat orang yang dibawah!

....."Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Surah Ibrahim:7)

Insha Allah..semua rakan -rakan zamsaham akan terus kaya asalkan bersyukur dan sentiasa lihat orang yang dibawah!

Sekian 

Zamsaham
26 Feb 2014
Salam semua pelabur...

Nampaknya Zamsaham tipu lagi..

Tipu yang anda tidak boleh untung apabila menghadiri kelas zamsaham...nampaknya Mereka dibawah ini, untung diluar kebiasaan dari pelaburan yang biasa-biasa seperti ASB atau sebagainya.

Bukan Tipu untung sikit..TETAPI untung KAW-KAW


Mereka Sabar dalam berusaha datang kelas Zamsaham
Mereka Sabar dalam Kajian di Diary Invest Saham
Mereka Sabar dalam Semakkan dan semakkan
Mereka Sabar dalam Fokus
Mereka Sabar dan dikuatkan kesabaran

Akhirnya mereka Senyum!!!




Senyum dan Senyum!

Benarlah apa yang ada di dalam ayat terkahir surah Al- Imran .


Boleh masuk ke dalam Facebook tertutup Zamsaham Private Client untuk melihat Entry Terbaik sesuatu saham dan komen-komen panas dan terkini Zamsaham dan Rakan-rakannya di ZPC.


Selamat melabur dengan Sabar dan dikuatkan kesabaran..

Insha Allah tahun 2014 adalah tahun indah untuk semua pelabur saham.


Sekian.

Zamsaham





Jangan salahkan Ekonomi tak bagus kalau kita susah...Jangan Salahkan mak bapak kita kalau kita tidak dihantar ke Havard,Jangan Salahkan Remisier Kalau anda rugi saham, Jangan Salahkan Teman Wanita kalau Gagal dalam percintaan,Jangan Salahkan Staff kalau mutu kerja tak seperti yang kita mahukan,...

SEMOGA 1 Hijrah 1435 kita semua jangan asyik kerja nak salahkan orang sahaja...TETAPI BERUBAHLAH dengan memperbaiki diri sendiri dengan mengkaji kelemahan dan mencari peluang yang sememangnya sudah terhidang didepan mata!...
Ingat, Dunia ini sekejap Sahaja..Akhirat jualah tempat yang kekal selama-lamanya..Marilah kita BERHIJRAH kepada kehidupan yang lebih baik tanpa menyalahkan keadaan sekeliling..
ORANG BANGLA Boleh Kaya,
ORANG INDON Boleh Kaya,
ORANG Tak Sekolah tinggi Boleh KAYA,
ORANG BUta Boleh Kaya,
ORANG Cacat boleh kaya,

HIJRAHLAH ...kerana dengan Hijrahlah anda juga akan Kaya dengan Izin Tuhan yang Maha Kaya aitu tuhan yang satu " ALLAH SWT".

Selamat Menyambut Maal Hijrah dengan penuh pengertian!


UCAPAN ikhlas dari saya ZAMSAHAM Dan En Halim.

Pengumuman: Untuk Warga SABAH dan sekitarnya, Team ZAMSAHAM akan berada di SABAH pada 9 & 10 November di TH HOTEL ,Kota Kinabalu,Sabah. Jumpa kami di sana! Maklumat lanjut boleh hubungi atau sms Cik Syira di talian 011-11111 896

Kelas Saham ini sebenarnya adalah jemputan khas dari Puan Hasni yang sudah nampak akan keberhasilan Teknik dan Strategi TERKINI Zamsaham dalam pelaburan saham.Oleh Yang demikian,jangan terlepas kerana jika anda tidak hadir,saya sendiri tidak pasti lagi bulan berapa atau tahun bila saya akan berceramah saham di Sabah..
 Gambar: Kelas Khas dari asas sehingga strategi dan analisa Jual Beli saham akan didedahkan.
 Gambar: Kelas Fenomena Saham Zamsaham yang sentiasa penuh! Tempat terhad!


Semoga ilmu yang dikongsikan akan memberikan manfaat kepada semua.

Sekian

Zamsaham
JB-KL-SABAH
Salam Semua pembaca Blog zamsaham..


Next Week Boleh BELI,KAJI atau perhatikan betul-betul pegerakkan saham TA Berhad.Sebuah Syarikat yang terlibat dengan Broker saham.Harga Semasa 73-74sen!-zamsaham 3 Nov 2013



Harga Semasa: 74sen
1st buy call di ZPC: 72sen
Target:RM1.00
Jangkamasa : Awal November - March 2014

Ini kerana harga sudah mempunyai kekuatan luar biasa untuk adanya kemasukkan berita positif. Bagaimana saya tahu keran konsep " Dalam harga ada berita" yang sering saya kongsikan di Kelas Advance Fenomena Saham.
Apapun ,jangkaan saya benar-benar akan menjadi tepat jika berita penjualan TA Berhad menjadi kenyataan seperti yang diberitakan di Focus Malaysia baru-baru ini.
Gambar: Berita dan khabar angin yang saya kira ada kebenarannya!


Jika sudah beli,dan turun itu adalah peluang untuk lanyakkk kerana seperti saya beritahu kekuatan kenaikan harga kali ini adalah berbeza.

Untuk Maklumat lanjut dapatkan info di FB zamsaham atau lebih canggih untuk tips-tips saham di Zamsaham Private Client!

Sekian

Zamsaham
JB-KL-Sabah


Hi pembaca blog zamsaham,

Semua orang tahu terutama yang sudah masuk Zamsaham Private Client(ZPC) ,Saham pilihan zamsaham dari awal  Julai 2013 adalah saham IRIS Corporation Berhad. Ketika dikongsi harga saham IRIS berharga 18-19sen sahaja.

Secara peribadi,saya masih lagi simpan saham ini kerana banyak faktor yang saya sering kongsikan di Facebook tertutup ZPC dan juga di Kelas Advance Fenomena Saham.


Apapun,simpan lah saham ini kerana potensi syarikat amat banyak dengan projek ratusan juta ditangan dan juga potensi untuk ke PAPAN UTAMA tahun depan.

Gambar 1: Kajian yang simple & aneh tetapi sudah pun memberikan kesan keuntungan kepada ahli ZPC

Gambar 2: Keratan akhbar Felda Holding Beli Saham IRIS pada harga 28sen. Kenapa Felda  beli?

1-Banyak cerita dan Game Plan yang saya kongsikan di ZPC,InshaAllah saya akan kongsikan di sini dalam masa terdekat.Apapun sementara itu, ajaklah kawan2,sedara mara beli saham ini kerana potensi perniagaan syarikat yang amat mantap.

2-Jangan peduli dengan pelabur-pelabur bengong yang mengatakan saham IRIS tidak bagus atau sebagainya. Mereka itu hanya tahu melabur saham tetapi tidak FAHAM apa itu pelaburan saham.

3-Harga sekarang sudah pun berikan 30% -35% profit kepada saya dan rakan-rakan di ZPC,ada yang dah jual kerana tak tahan hendak merasa untung.Almaklumlah majoriti 1st time beli saham dan 1st time untung pula tu...Walaupun begitu 90% lagi yang beli saing saya pada harga bawah 20sen masih lagi Hold dengan target yang sudah pun dimaklumkan pada 'tajuk' diatas.( ada yang unrealised profit kat tangan dah lepas beli MERCEDES secara CASH)

4-Semoga semua pelabur bersabar dan lihat kepada TREND saham IRIS yang baru sahaja masuk kawasan FENOMENA SAHAM. Percayalah,jika anda baca balik blog ini pada tahun 2014 dan 2015, jangan berangan hendak dapat pada harga 26sen sekarang  ini .Jangan jadi mereka yang  meragui BUY CALL di ZPC semasa harga IRIS hanya 0.185sen pada bulan September yang lepas.

4-Semoga Allah SWT merahmati pelaburan kita dan ingat jika anda untung dengan saham IRIS ini,jangan lupa berikan kredit kepada zamsaham dan pastikan anda dermakan sebahagian keuntungan yang ada ke MASJID-MASJID atau tidakpun belanjalah isteri atau suami tersayang!

Selamat Melabur dengan Bijak,

Sekian

Zamsaham
JB-KL-SABAH







Hi Semua pembaca blog zamsaham...

Kali ini just hendak update latest tips saham yang akan menjadi cerita 'KALAU' kepada yang tak ambil peluang keemasan ini.

Pendek cerita MAS sudah pun berada pada tahap terbaik untuk pulih bukan sahaja dari perniagaannya malah harga sahamnya juga sudah nampak potensi yang sama.

Kepada rakan-rakan ZPC,mereka semua sudah sappuuu pada harga 0.34sen minggu lepas.Apapun pada harga terkini 0.35-36sen harga saham MAS sudah masuk pada  tahap terbaik untuk dibeli.Jangan risau kerana risiko turun adalah amat rendah tetapi potensi untuk NAIK amatlah tinggi.Sila rujuk carta kajian saya di bawah.TOLONG jangan tengok sekali imbas tetapi bacalah seketul-seketul.


Berbalik kepada teras peniagaan MAS yang terlibat dalam industri penerbangan.Ada beberapa perkara yang menarik saya untuk mengajak anda semua menilai bersama saya akan potensi "BOOM' saham MAS ini.Berikut adalah pandangan saya:-
1- MAS adalah JENAMA yang unggul: MAS sebenarnya mempunyai jenama yang baik dikalangan penguna korporatnya.Jika tidak bagus,mana mungkin MAS sudah beberapa tahun dinobatkan sebagai JUARA SERVIS TERBAIK dunia.
2- KUASA PENGGUNA: Orang  ramai akan memilih kualiti dan servis yang lebih baik apabila ekonomi semakin pulih.Maka tahun 2013 ini merupakan tahun permulaan terbaik untuk MAS menonjolkan servis yang lebih berkualiti berbanding Airlines yang lain.
3-ASET MAS: Ramai yang mengutuk MAS tidak bagus atau sebagainya tanpa menilai yang Syarikat penerbangan tertua Malaysia ini mempunyai aset berbillion-lion termasuklah MAS Engineering.Jikalau MAS ini bankrupt pun kita sebagai pelabur tak perlu risau kerana selepas tolak semua hutang,pelabur masih lagi selamat kerana ada lagi baki duit yang boleh diberi kepada pelabur sahamnya..Itu kalau cerita Bankruptnya MAS yang pada saya adalah satu perkara yang mustahil buat masa ini.Kenapa mustahil?...Mustahil sebab syarikat sudahpun terbitkan Right issue yang memberikan kesan positif kepada aliran tunainya.


 Gambar: MAS lebih selesa bagi perjalanan jarak jauh.
Gambar: Klik link dan lihat betapa bernilainya MAS ini.

Jika saya hendak simpan saham ini,berapa jauh boleh NAIK?
Sila rujuk carta untuk lihat jangkaan kenaikan dalam masa 1-2 tahun dari sekarang. Harga saham MAS sekrang berlegar-legar pada 0.34-36sen dan jika naik bukan lah mustahil melebihi  RM1.00-RM1.50.

 Semoga anda semua berjaya dalam pelaburan saham.Dan buatlah pembelian ketika orang masih ragu-ragu dengan potensi MAS yang sebenar kenaikan ini adalah yang palinggggg REAL.

Sekian,

Zamsaham.
JB-KL-Sabah
(Malaysia Airline System (MAS) Kali ini paling REAL punya BOOM! -0.35-36sen Oct 2013)
Update target saya dah bagi kat atas tu..tapi kalau lagi yang update di Face book tertutup Zamsaham Private Client!
Dalam dunia pelaburan untuk buat ENTRY CALL atau panggilan untuk MEMBELI adalah SUSAH... TETAPI ianya tidak lah sesusah mana kerana yang  paling SUSAH adalah EXIT CALL atau panggilan untuk MENJUAL sesuatu saham.seluruh Cerita SERSOL  nanti  ada kena mengena dengan carta 'EMOSI PELABUR RUNCIT' dibawah ini.

*Biasakan baca seketul-seketul dan lihat perlahan-lahan.


Berikut adalah kronologi awal saham  Sersol Berhad sehingga kejatuhan mendadaknya.

MASA ZAMAN SENYAP-SERSOL 2.5sen- 8sen tahun 2008-2011
1.Harga Saham Sersol  pernah mencecah paling rendah 2.5sen seunit atau 10000 unit bernilai hanya RM250 sahaja pada tahun 2008. Untuk tempoh 3 tahun iaitu dari tahun 2008 sehingga 2011 harganya berada dalam jajaran 2.5sen sehingga 8sen sahaja.Ketika ini seluruh Malaysia dan seluruh pelabur-pelabur saham tidak begitu ambil peduli akan saham ini.
2.Seperti biasa, Pelabur sepatutnya masuk ketika Harga sedang "senyap" dan pada permulaan Trend harga akan berubah.Tetapi masalahnya,tiada berita atau maklumat positif yang menyakinkan pelabur runcit untuk membuat pembelian.
3.Yang tahu,hanyalah ‘orang dalam’ akan potensi saham SERSOL untuk Naik.Apapun sebenarnya tanpa maklumat dalaman anda masih lagi dapat menghidu 'projek' orang dalam asalkan anda faham betul-betul konsep  ‘Price discount everthing’. Dengan memahaminya anda PASTI akan pada masuk pada harga 8sen atau lewat-lewat pun 10sen !  Sila rujuk lampiran carta dibawah untuk lihat pergerakkan harga SERSOL dari tahun 2008 sehingga 2011.Lihat harga sahamnya berapa?..lihat betul-betul..


MASA ZAMAN BISING
1.Harga saham SERSOL menjadi tumpuan semula pada awal tahun 2012 dan paling HOT adalah pada Julai 2013.
 2.Pelbagai berita positif masuk kedalam syarikat antaranya termasuklah perlantikan anak Tan Sri Nor Yakob (bekas menteri kewangan) sebagai Pengarah Urusan yang baru.Harga saham terus menjadi semakin panas dengan kenaikan dari 30sen ke 80sen.

3.Daripada zaman harga saham yang murah ,harga terus naik sehingga ke paras yang tidak dipercayai oleh pelabur runcit iaitu 80sen. Dan ketika harga 80sen barulah cerita -cerita berkaitan SERSOL diyakini oleh pelabur runcit.Kesilapan yang berulang kali tidak dikaji!

4.Dari 80sen harga terus naik ke RM1.00 dalam tempoh yang amat singkat kerana adanya berita  anak Najib akan masuk ke dalam syarikat Sersol..Anda boleh rujuk lampiran artikel bertarikh 25september 2013 dibawah.
5.Ketika berita ini tersebar ,pelabur-pelabur runcit beriya-riya membuat pesanan pembelian saham dengan kenyakinan yang amat tinggi akan syarikat SERSOL.Kenyakinan anak Najib akan memberi kesan positif kepada masa depan syarikat.
6.Masalahnya,pelabur runcit yang beriya-iya ini lupa harga sahamnya SUDAH naik hampir 1000% dalam tempoh tidak sampai 2 tahun dan sanggup membodohkan diri membeli pada ketika 'orang dalaman' mengambil kesempatan menjual atas keghairahan pelabur runcit membeli.*rujuk semula Carta Emosi untuk pemahaman lebih jelas.







 "WARNING: SERSOL BAWAH RM1.00 sudah kena VIRUS..Bawah 98sen jangan pandang SELL!-Zamsaham  25 September 2013
 MASA HARGA RM1.00 .( Orang Sibuk Membeli,Team Zamsaham Sibuk menyuruh pelabur runcit menjual dan jangan Sentuh)

Sila rujuk lampiran facebook tertutup Zamsaham Private Client untuk AMARAN JUAL SAHAM SERSOL!
1.Pada tarikh 25 September 2013 4.12pm, ketika ramainya orang ghairah membeli,Zamsaham membuat panggilan kepada rakan-rakan ZPC untuk menjual saham SERSOL. Ada juga 'WARNING' dengan jangkaan harga mampu untuk turun seperti LIMIT DOWN (penurunan yang mendadak)
2.Semasa harga berada pada RM1.00 ramai juga rakan-rakan ZPC yang anggap saya 'pelik' membuat SELL CALL ketika orang dan forum-forum ghairah untuk membeli.
3.Sila lihat lampiran 'Najib's Son Nazifuddin becomes substansial shareholder of 1 Malaysia Paint'  dan baca seketul-ketul . Ketika itu jika anda berada dalam pasaran saham dan membaca berita ini PASTI akan terghairah juga untuk membeli pada harga RM1.00.Apakan tidak..ada bahagian yang meletakkan sasaran potensi projek supply cat yang boleh mencecah berbillion ringgit!

Anak Najib Beli Kepentingan SERSOL BERHAD..Berita buruk kepada yang faham!



Sila rujuk dan clik gambar dibawah untuk bukti Sell call saham SERSOL: Ketika itu harga berada pada RM1.00 dengan warning jika bawah 98sen mesti SELL dan jangan pandang lagi.Itu cerita pada 25september 2013 dan hari ini harga sudah berada pada 37sen! * 16 Oktober 2013.


1.Seperti biasa,inilah contoh kes 'JANGAN SAMBUT PEDANG YANG DICAMPAKKAN'..biarkan pedang jatuh ketanah terlebih dahulu..Harga yang disangka rendah boleh rendah lagi. RM1.00 turun ke 70sen turun ke 50sen dan terkini harga RM37sen!..penuruna pantas dalam tempoh seminggu!...

2.Jika ada orang yang membeli RM10,000 ini hari duitnya tinggal RM3700 sahaja.Menanggung kerugian RM6300 kerana berharap dan tidak tahu bila masa sesuai untuk menjual kerana tidak percaya dan 'menafikan'
penurunan saham SERSOL yang semakin hari semakin turun.Inilah tanda-tanda orang yang bakal kecewa dengan pasaran saham!

3.Itulah dia cerita tauladan untuk tidak terlalu pandang sepi 'SEMUA' saham yang sedang 'sunyi dan sepi (harga 2.5sen- 8sen) DAN Cerita kejayaan ahli-ahli ZPC untuk menjual SERSOL pada harga paling pucuk RM1.00 dan tidak menyentuhnya lagi selepas itu.

4.Apapun,perkara yang paling pokok untuk saya sampaikan disini adalah 'JANGAN TERLALU GHAIRAH DENGAN BERITA POSITIF KERANA IANYA BOLEH JADI BERITA BURUK..Kajilah dengan catitan dan pastikan emosi diri sendiri dan pelabur-pelabur lain dimana.InshaAllah ada REZEKI jika kita pandai mengkaji emosi !

Sekian,

Selamat melabur dengan bijak dan janganlah terlalu ghairah membeli dipucuk-pucuk di setiap wave kenaikan!

 Zamsaham.
(Yuran Kelas Advance Fenomena Saham 100 kali lebih murah dari kerugian yang bakal ditanggung jika melabur tanpa pengetahuan dan PETA)
Alhamdulillah..Minggu lepas saya ada berikan 2 TIPS saham PANAS yang 'Telah' dan Sedang dan proses kenaikan yang lebih tinggi secara tepat!... Saham yang dimaksudkan adalah saham:

Nama saham: EWEIN BERHAD (www.Eweinberhad.com)
Entry Call : RM1.02
Ketepatan kenaikan dalam Seminggu: 12%
Bukti ketepatan kajian:  Ada di ZPC
Masih boleh beli? : Masih boleh beli kerana harga saham baru sahaja 'pecah' Major trend
Target harga: Dapatkan maklumat target dan perbualan di Facebook 'Zamsaham Private Client'
* Sila klik untuk komen tips saham Ewein dan bacalah seketul-seketul.

 Saham kedua yang diberikan ENTRY CALL tepat 100% adalah saham UMS-NEIKEN GROUP BERHAD 

Nama saham: UMS-NEIKEN GROUP BERHAD (website syarikat)
Entry Call : RM47sen
Ketepatan kenaikan dalam Seminggu: 27% keuntungan!
Bukti: Ada di ZPC
Masih boleh beli? : Masih boleh beli kerana harga saham  sedang trending...
 Target harga: Dapatkan maklumat target dan perbualan di Facebook 'Zamsaham Private Client' 
* Cliklah gambar dibawah kerana ada link ke website perniagaan saham yang dikongsikan.Biasakan beli saham tahu akan perniagaan yang dijalankan.

Untuk bulan ini ( October 2013) dijangka ada lebih 500 syarikat yang dalam proses kenaikan secara 'pantas'. Dapatkan info tips saham panas yang 100% diolah sepenuhnya dengan kajian secara catitan di Diary Invest Saham -Fenomena Saham.

Pastikan anda jangan hanya tahu baca dan mencari-cari maklumat saham di forum-forum mahupun ruang maya tetapi belajarlah buat analisa sendiri secara catitan...Buatlah catitan kerana itulah sebaik-sebaik kajian!..

Seperti biasa,beli saham ketika harga sedang 'senyap' ..Senyap bukan beerti saham yang tiada apa-apa pergerakkan tetapi senyap bermaksud harga tidak bergerak pantas dan masih lagi berada di dalam 'Bollinger Band'. Elakkan beli saham ketika harga bergerak pantas dan terkeluar bollinger band.
Inilah yang saya maksudkan jangan beli saham di pucuk-pucuk di setiap 'wave' kenaikan.

"Entry Strategy dan Exit Strategy adalah penting tetapi yang Super penting adalah Entry Strategy."-zamsaham

  

Sekian,

Zamsaham

Salam semua pembaca Blog Zamsaham...

Sudahkah anda datang Kelas intro fenomena saham 2013? Jika sudah,at least anda sudah dapat gambaran apa yang saya maksudkan dengan fenomena saham... fenomena bakal melanda MALAYSIA!
Gunakan pengetahuan yang ada untuk masuk pada seawal permulaan trend..

Okey bawah ini ada saham yang saya jangkakan akan meletop dalam masa terdekat.Satu saham yang menggunakan teknik profit pantas -TEKNIK 'Z' yang bakal menjadi dambaan semua pelabur. Selamat dan berkesan kepada yang hendak kaut untung secara pantas!

Sahamnya adalah TANJUNG OFFSHORE. atau dikenali sebagai TGOFFS.




Okey berbalik pada tips saham 'Profit pantas' kali ini adalah saham TGOFFs atau Tanjung Offshore.
  1. Nama Saham: TGOFF
  2. Harga Semasa: 60-61sen
  3. Tarikh Kajian 10 Oct 2013
  4. Trend: Sideways ke Uptrend
  5. Target : 86sen @ 40% profit
kepada anda yang ada platform saham RHB,boleh klik bahagian databased dan anda pasti terkejut yang syarikat sudah nampak pulih semula dari kerugian.Cash Flow masih mantap dengan tunai lebih RM100 juta.

So far,Based kepada teknikal  bila-bila masa sahaja harga sahamnya boleh naik.So,sesuai untuk BELI  sekarang 60sen dan boleh dapatkan info-info terkini di Facebook tertutup ZPC untuk dapatkan pintu kecemasan perbincangan lanjut..ini link dia https://www.facebook.com/groups/128225333931622/?fref=ts

Seperti biasa,beli saham ketika harga sedang 'senyap' ..Senyap bukan beerti saham yang tiada apa-apa pergerakkan tetapi senyap bermaksud harga tidak bergerak pantas dan masih lagi berada di dalam 'Bollinger Band'. Elakkan beli saham ketika harga bergerak pantas dan terkeluar bollinger band.
Inilah yang saya maksudkan jangan beli saham di pucuk-pucuk di setiap 'wave' kenaikan.

"Entry Strategy dan Exit Strategy adalah penting tetapi yang Super penting adalah Entry Strategy."-zamsaham
 
Sekian,

Selamat Melabur Dengan Bijak...

Zamsaham
10 Oct 2013
* Sendiri dah sapuuuu pada harga cun dan sedang menunggu untuk tuai hasil.
Aswrb dan Salam kepada Semua pembaca blog zamsaham.

Ini hari saya akan kongsikan satu teknik yang paling ringkas tetapi berkesan iaitu teknik menjangkakan kenaikan harga sesuatu saham berdasarkan TEKNIK " Channel Trendline"

Cara mudah buat trendline
  1. Sambungkan 2 titik terendah untuk mendapatkan paras sokongan sesuatu harga saham
  2. Sambungkan 2 titik terendah ini dan halakan ke arah kanan carta 
  3. Lagi banyak titik-titik terendah disepanjang trendline,ini menunjukkan paras sokongan pada trendline tersebut adalah kuat dan lebih penting!
Cara mendapatkan Target kenaikan Harga saham
  1. 'Duplicate'kan Support trendline yang anda buat tadi.
  2. Letakkan trendline yang anda duplicatekan di paras harga tertinggi 'atau' di paras yang banyaknya harga tertinggi atau terendah sesuatu saham.Ini dipanggil juga sebagai 'inner trendline'
  3. Cara 'duplicate' trendline ini  dipanggil juga sebagai CHANNEL TRENDLINE
  4. Anda boleh rujuk carta saham TA Enterprise Berhad sebagai contoh apa yang dimaksudkan dengan sebagai channel trendline. pastinya amat-amatlah mudah.
Sebagai panduan, Trendline adalah antara teknik terhebat yang boleh memberikan anda pulangan berpuluh malah beratus percent keuntungan dengan segera. Dengan syarat anda bukan sahaja TAHU tetapi FAHAM cara menggunakannya dengan BETUL.

Trendline adalah antara 'signal' paling awal untuk menentukan perubahan samaada harga sesuatu saham hendak naik ataupun turun.
 
SILA RUJUK CARTA KAJIAN TERKINI SAYA akan saham TA Enterprise Berhad.


"Kesimpulan Kajian: Berdasarkan kajian di ‘Diary invest Saham’ terdapat potensi  kenaikan pantas saham TA yang sekarang ini berharga 69-70sen. Secara peribadi ,target terdekat adalah 76sen. TETAPI jika harga berjaya pecahkan paras 76sen,’SESUATU’  yang positif akan berlaku kepada TA  dengan target berikutnya adalah RM1.00. * Rujuk Facebook Tertutup  Zamsaham Private Client"

 Itulah sedikit ringkasan yang simple tentang TEKNIK yang paling kerap saya gunakan dalam memberikan TIPS-TIPS saham  di Facebook tertutup zamsaham private client.Kajian melalui Channel Trendline. Ada berpuluh tips saham yang biasanya dikongsikan ketika harga saham 'masih senyap'tetapi berpotensi untuk NAIK dengan pulangan lebih 100%....(Banyak testimoni keuntungan didiberikan secara ikhlas oleh pelabur-pelabur yang sudah berjaya)

Sekian, 

Selamat melabur saham dengan bersistem 

Zamsaham
# Saya jarang update berita terkini di Blog,tetapi hari-hari update ENTRY dan EXIT CALL saham-saham di Facebook tertutup.
 
Pada 2 Feb 2013 yang lepas antara kaunter kajian yang diedarkan kepada semua peserta adalah REDTONE Berhad. Ramai hari ini tersenyum kerana kepuasan yang kajian dibuat adalah tepat 100%.

sila clik lampiran untuk melihat Bukti tersebut.
Semasa kajian,harga berada dalam jajaran 35-40sen.Ini hari 6 jun 2013 harga sudah mencecah 75sen.Kenaikan lebih dari 60% dalam masa tidak sampai 6bulan!

Insha Allah, kaunter ini akan dikaji lagi pada minggu ini sempena Kelas Saham " Berani Invest Saham" di pejabat PPSMM,JB








Sekian.

Zamsaham
# Minggu ini kita akan menggunakan Diary Invest Saham-Versi 3.0 Putaran Naga

CORETAN Sebelum Tahun NAGA-2012

  1. Beberapa bulan lepas (Jun -Disember 2011) pasaran saham berada dalam mood 'volatile' . Ada sesetengah penganalisis pasaran yang begitu panik dengan mencadangkan jual dan meramalkan yang tahun 2012 akan menjadi lebih teruk. Saya pula melihat dari kaca mata berbeza. Melihatnya sebagai peluang keemasan untuk membuat pilihan dan pembelian pada harga super diskaun! Terdapat beberapa saham yang jatuh menjunam seperti Petronas Chemical yang turun dari harga RM7.50 sehingga RM5.20!. 9.00 turun sampai 6.70sen..dan begitu banyak saham lain yang turun diantara 20
  2. Anda mungkin masih ingat, saya ada mencadangkan untuk membuat pembelian dengan tafsiran yang pasaran tidak akan turun jauh lagi dan hanya akan seketika 'sideway' sebelum meneruskan perjalanan trend menaiknya. http://zamsaham.blogspot.com/2011/11/komen-zamsaham-akan-peluang-beli-saham.html Saya juga ada kongsikan kepada rakan facebook closed group"Zamsaham Private Client"supaya 'pick up' saham yang dicadangkan. Antaranya UNISEM (1.00) UNISEM-WA (0.235), Proton (2.64), Supermax (2.80), Hibiscus (0.50sen) dan banyak lagi. Kepada yang pickup saham-saham yang dicadangkan,rata-rata sudah mula menampakkan senyuman! Alhamdulillah..Syukur!
  3. Pada bulan masa tersebut(Jun -Disember 2011) saya ada berpesan ,"jangan kontra ketika market sideaway kerana pasaran sideway adalah antara pasaran yang paling susah buat duit untuk pemain kontra". Jika hendak masuk pasaran, 'pick up' adalah yang terbaik.
Coretan selepas masuk Tahun Naga 23 Jan 2012

  1. Malam tadi tepat jam 12.00, kawasan kejiranan saya main mercun macam seperti pihak kerajaan atau pertunjukkan bunga api Jom Heboh!. (ada yang habis lebih 30K untuk semalam permainan mercun). Mereka semua bergembira kerana masuknya meraikan Tahun Baru Cina yang tahunnya adalah tahun NAGA.
  2. Bangsa Cina percaya tahun ini adalah tahun ONG!..tahun tuah bagi yang berniaga!..Ekonomi pula akan pulih pada tahun Naga ini.
  3. Itu pandangan berdasarkan 'Fengshui', pandangan saya dari kaca mata analisa pasaran saham nampaknya seiring dengan pendapat mereka! Ini kerana saya nampak dari 'Long Term Chart' terdapat begitu banyak saham yang 'baru sahaja' hendak masuk semula arah trend menaiknya.
  4. Untuk makluman, trend baru hendak naik ramai pelabur yang agak tidak percaya, lebih-lebih lagi sentimen berita pasaran yang tidak baik seperti masalah ekonomi sebahagian negara Eropah dan juga masalah ekonomi US. Ada masa dan ketika sebagai pelabur kita perlu melihat berita yang buruk itu baik ,dan berita yang baik itu mungkin boleh jadi berita buruk.
  5. Oleh itu semoga kajian saya dengan meramalkan yang pasaran saham akan meneruskan trend menaiknya dari paras Indeks Bursa Malaysia 1400 ke 1600 mungkin akan tercapai dalam masa terdekat. Jika NAGA menghembuskan 'Apinya' penanda aras Bursa Malaysia mungkin mencecah 2000 mata dalam masa kurang 3 tahun dari tahun ini iaitu Tahun NAGA!..
  6. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan " GONG XI FA CHAI" kepada semua client saya yang berbangsa Cina.

Zamsaham,KULAIJAYA-23 Jan 2012

#Tahun ini tak kurang 20 kotak Limau dapat..ermm mari ramai2 makan limau sampai bulat perut..Seronok tengok Malaysia aman damai.Semoga sikap toleransi dan saling hormat-menghormati berterusan sampai anak cucu!

Pelaburan ASN adalah sebahagian pelaburan berbentuk saham amanah yang diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad(PNB).Semalam saya ada diinterview oleh Wartawan dari TV Alhijrah untuk mendapatkan pandangan saya akan berkenaan pengumuman dividen ASN untuk tahun 2011.
Kepada yang tiada masa untuk menyemak dan membuat kajian mana satu saham yang berpotensi untuk dibeli,digalakkan anda laburkan sahaja di ASN.Ataupun jika risaukan harga turun dan naik macam pasaran saham,anda boleh memilih melabur sahaja di ASB.Setidak-tidaknya ada buat pelaburan di tempat yang diiktiraf oleh kerajaan.
Sekian,
Norizam Tukiman@ Zamsaham

Sila klik chart diatas untuk pemahaman lanjut berkenaan saham MEGB(1.34)

Kesimpulan:

  1. Mastersill Education Bhd,trending turun dari harga RM4.00 (Ogos 2010) ke tahap sekarang RM1.34.Dulu saham ini digemari kerana antara IPO yang cemerlang pada hari penyenaraiannya..tetapi bayangkan harga saham MEGB ini terus terjun sehingga harga RM1.00 selepas banyaknya 'recomendation' dari para analyst pasaran saham!
  2. Berdasarkan kajian,berkemungkinan penurunan sudah habis,dan sekarang harga (RM1.34)sudah mempunyai ‘tenaga’ untuk membuat pantulan dengan paras rintangan terdekat pada RM1.54.dan diikuti RM1.70.
  3. Apapun,jika harga tidak naik paras sokongan untuk keluar adalah pada RM1.20!
  4. Jika harga saham MEGB mampu melepasi RM1.70 berkemungkinan channel baru terbentuk!

Untuk semua pemain dapatkan maklumat dan pandangan tips saham berpotensi secara 'LIVE' dan terkini dari masa ke semasa,anda boleh add facebook 'zamsaham private client'.

Sekian,

Zamsaham,OSK -2 Nov 2011

#Banyak saham-saham berpotensi untuk naik semula.Dan banyak saham 2liner dan 3rd liner yang dah hampir ke paras 'Bottom'!!

Salam semua pemain FCPO, Sila click chart diatas untuk dapatkan pandangan pergerakkan arah trend pasaran untuk beberapa minggu mendatang. Kesimpulan:
  1. Berdasarkan kajian Weekly Chart FCPO-Primary trend. Didapati Secondary Trend yang turun dari RM3950 sehingga RM2770 akan tamat tidak lama lagi.
  2. Kekuatan Naik sudah mula ada dengan paras rintangan terdekat RM2980 diikuti dengan RM3100.
  3. Jika kenaikan tidak berlaku dalam masa beberapa minggu mendatang paras sokongan untuk anda close Position LONG adalah RM2880.
  4. Ini adalah pandangan untuk orang-orang yang konservative dalam trading strategynya.
  5. Yang aggressive boleh cari signal LONG pada tempat tempat sesuai pada intraday chart 60Minit !

Untuk dapatkan maklumat dan pandangan pergerakkan harga FCPO(Futures Crude Palm Oil) dan FKLI(Futures Kuala Lumpur Indeks) bolehlah add Facebook Closed Group 'Zamsaham FKLI FCPO trader'

http://www.facebook.com/groups/120863341347182/ Sekian,
Zamsaham: 1 Nov 2011.Setia Tropika JB

Bangkok dan kebanyakkan tempat di Thailand dilanda banjir. Adakah ada peluang disebalik masalah ini? Saya melihat potensi saham getah kerana mungkin akan ada kesan positif jangka pendek.Sila klik carta dibawah dan rujuk kesimpulan akan potensi saham IRCB (0.185sen). Selain saham IRCB,kepada semua bekas peserta KLINIK Saham saya galakkan anda kaji saham getah yang lain seperti Supermax (RM3.26) dan saham Latex (RM1.64).Teruskan semangat rajin buat kajian.Rujuk dimana trend,support dan resistant sesuatu saham.Ini kerana hanya mereka yang rajin dan berkomitmen tinggi boleh untung dalam pasaran saham!

#Kepada semua,jika anda inginkan tips saham berpotensi naik yang diupdatekan secara Live dan terkini,sila add facebook 'zamsaham private client'.

Sekian,

Zamsaham.Selatan Malaysia

26 Oct 2011

Salam semua blogger,Spekulator FCPO dan FKLI,Trader,Yang baru nak belajar saham dan semua pembaca sekali... Kepada yang rasa hendak mendalami pasaran saham dan ingin menambah pendapatan dengan cara 'money-make-money' system,dipersilakan hadir sebagai peserta pada tarikh dan lokasi berikut:-
  1. Tajuk Bengkel: Bengkel Jutawan Saham
  2. Tarikh: 22 Oktober 2011
  3. Masa : Jam 9-5 petang
  4. Bayaran: RM390
  5. Apa yang anda akan dapat?: Ilmu pengetahuan tentang dunia pelaburan saham yang boleh digunakan sepanjang hayat.Dengan ilmu barulah boleh mencipta keuntungan.Nota dan Lunch disediakan.
  1. Tajuk Bengkel : Bengkel Jutawan FCPO
  2. Tarikh : 23 October 2011
  3. Masa : Jam 9-5 petang
  4. Bayaran: RM390
  5. Apa yang anda akan dapat?: Ilmu pengetahuan tentang dunia pelaburan saham yang boleh digunakan sepanjang hayat.Dengan ilmu barulah boleh mencipta keuntungan.Nota dan Lunch disediakan.
Sinopsis Program Belajar Main Saham
  1. Sepanjang program ini anda akan didedahkan tentang pentingnya mengetahui petanda trend pasaran samaada hendak naik ataupun turun. Bagaimana menganalisa setiap maklumat media dengan betul supaya ianya tidak mempengaruhi minda waras anda ketika membuat keputusan pelaburan.
  2. Bagaimana mengaplikasikan teknik “Apabila orang sibuk membeli, pelabur runcit perlu menjual dan apabila ramai pelabur runcit menjual anda perlu membeli". Teknik Dunia Saham di Luar Kebiasaan dengan Teori Zamsaham juga akan didedahkan.
  3. Sebagai seorang pelabur yang baru, anda juga akan didedahkan tentang 15 kesilapan yang biasa dilakukan oleh pelabur runcit. Dengan mengkaji pengalaman dan tidak mengulangi kesilapan boleh membantu anda ‘short cut’ dalam membuat duit dalam saham. Teknik 3 Serangkai Zamsaham juga akan diajar iaitu suatu teknik olahan Zamsaham yang merangkumi EMOSI,TEKNIKAL DAN FUNDAMENTAL. Pendekatan teknik yang simple dengan strategi yang betul sebelum membeli dan menjual saham akan diajar.
Matlamat pelaburan dan Skop pembelajaran semasa bengkel
•Memahami proses dan jenis pelaburan di Malaysia •Bagaimana keuntungan dari kenaikan harga saham dan Dividen •Memahami faktor emosi di dalam pergerakkan saham •Mempelajari sistem berkesan semasa jual dan beli saham •Menjadikan pasaran saham tempat pelaburan yang selamat
Dengan ilmu pelaburan dan latihan yang bakal diberikan,hasrat untuk mencipta keuntungan dalam pasaran saham bukanlah satu angan-angan tapi satu impian yang pasti.Jika bayaran Rm390 ini mahal,saya rasa anda tidak layak untuk belajar main saham!. Jangan nilaikan sesuatu ilmu yang anda boleh gunakan sepanjang hayat dengan memikirkan kos dan masa untuk menyertai Bengkel Belajar Main Saham.Jangan suka cari alasan dan sering mengeluh jika tidak untung ketika main saham.Jika sudah belajar tetapi masih tidak untung,ini bermaksud anda belum cukup berusaha dan mendalami teknik dan strategi berkesan.Carilah jawapan dengan menyertai Bengkel ini.
Yang tidak mahu hadir,bersiap sedialah untuk anda ditipu si pembuat skim cepat kaya!(Tiada pengetahuan Ilmu pelaburan,mudahlah ditipu dengan Si Pembohong Skim Cepat Kaya)
Untuk Untung, segala usaha, penat jerih dan komitmen untuk terus belajar adalah rahsia kejayaan sebenar pelabur yang profesional. Tiada orang yang berjaya tanpa adanya usaha. Yakin dan tawakal kepada tuhan yang menjadikan sekalian alam, hasrat untuk meraih kejayaan dalam pasaran saham/Pasaran Hadapan bukanlah impian tetapi kenyataan yang pasti.
"Jika anda masih baru dalam pasaran saham,saya secara peribadi galakkan anda mengambil kedua-dua bengkel iaitu Bengkel Belajar Main Saham dan Bengkel Belajar Main FCPO.Bukan untuk promote dan untuk untung semata-mata,tetapi jika hadir keduanya anda akan dapat pilih mana satu pelaburan yang bersesuaian dengan jiwa anda.Kedua-duanya boleh buat untung cuma konsepnya sahaja berbeza"
Semoga Ilmu yang ada dapat dicernakan bersama untuk kebaikan dunia dan akhirat.InsyaAllah
# kepada bekas peserta yang sudah hadir dan ingin hadir lagi sekali.Sila dapatkan diskaun dengan menghubungi Ms Shida pada talian 075548136 sebelum 15 Oct 2011.
Sekian.
Zamsaham.Palm Villa,Kulaijaya.
Alhamdullilah client yang sudah menjadi sahabat bulan lepas ada kongsikan penyata urusan LONG dan SHORTnya. Sila clik penyata diatas untuk lihat kejayaan bekas peserta bengkel yang kini sudah menjadi sahabat saya. Semoga momentumnya keuntungan ini berkekalan dengan syarat-syarat berikut:
  1. Perlu selalu buat kajian dan catitan sehari sebelum pasaran berlangsung.Ini dengan cara mengabungkan beberapa secondary indikator yang dirasakan sesuai.Lihat kebarangkalian yang ada.
  2. Dapatkan arah pasaran.Uptrend Downtrend atau sideway
  3. Kenalpasti trend samada Long term-mid term atau shortterm.
  4. Masuk ikut arah trend.(swing trading boleh tetapi tidak digalakkan)
  5. Jika pasaran sideway,perlu berehat dan tidak digalakkan masuk ketika ini.Ingat,hari-hari ada peluang untuk Long dan Short.
  6. Perlu jarang keluar masuk tetapi dinasihatkan selalu buat kajian dan catitan.Lagi kerap keluar masuk lagi mudah anda terperangkap dengan EMOSI yang boleh 'meleyapkan' wang simpanan anda!
  7. Apabila sudah masuk pasaran contohnya anda dalam posisi SHORT kenalpasti kat mana agaknya trend akan berubah.Disitulah resistant memainkan peranan.Begitu juga sebaliknya.

Apapun,dalam permainan pasaran hadapan anda perlulah ada disiplin dalam membuat latihan dan kajian sebelum call FBR anda untuk buat tempahan.Kepada client saya,mungkin anda boleh dapatkan pandangan ' market outlook' dan dipublished sebelum pasaran buka di Facebook Zamsaham FKLI FCPO Trader http://www.facebook.com/groups/120863341347182/#!/groups/120863341347182/

TAHNIAH kepada Zaidi Bin Selamat! semoga keuntungan berkekalan! AMIN

Sekian,
Zamsaham
# masa pasaran saham dan ekonomi gawat.Kita masuk pasaran hadapan..uniknya anda boleh SHORT,iaitu jual dahulu beli kemudian pada harga yang lebih murah.
Salam semua,
Seperti yang dijangka pasaran akan turun dari kemuncaknya baru-baru ini nampaknya tepat!
  1. Selepas pasaran turun secara mendadaknya iaitu penurunan hampir 50mata dalam sehari dan setelah ramai pelabur yang panik,ini hari terdapat sedikit rebound!
  2. Walaupun ada kenaikan pada pagi ini,saya rasa ianya bukan masa sesuai untuk beli tetapi peluang untuk sesiapa yang masih belum atau tak sempat menjual pegangan saham..
  3. Ingat pasaran baru memulakan perjalanan untuk ke 'selatan' setelah melalui fasa sidewaynya hampir 6 bulan yang lepas.
  4. Jadi,bila masa untuk beli...? Saya ada satu teknik yang amat luar dari kebiasaan yang akan dikongsikan tidak lama lagi untuk kita dapatkan harga yang mungkin dikira baik dan selamat.
Sekian...
Zamsaham.JB 10 August 2011
#Saya percaya DOWNTREND akan berterusan selagi Indeks Bursa Malaysia bawah 1500!