EMOSI: SI DURJANA DI DALAM BADAN PELABUR

Syukur ke hadrat Illahi,dapat kita melangkah ke tahun 2010.Tahun yang menjanjikan kepuasan dan cabaran dalam perjalanan untuk menjadi seorang pemain saham yang profesional.Kali ini saya akan merungkai suatu teknik 'emas' untuk tatapan semua iaitu TEKNIK MENGAWAL EMOSI Apa itu Emosi? Emosi:Si durjana di dalam badan pelabur adalah suatu perkara yang harus diambil perhatian.Emosi memainkan peranan begitu penting didalam kemenangan pelaburan seseorang.Apa yang dimaksudkan dengan emosi?Emosi ada di dalam diri kita dan 99.9% dipengaruhi oleh hawa nafsu manusia.Orang yang bijak,boleh menjadi bodoh kerananya.Keputusan yang beremosi dikenali juga sebagai keputusan yang tidak rasional ataupun emosional. Semasa di universiti dahulu,saya masih ingat Dato' Salleh Majid pernah berbicara 'jangan kehidupan kita di pengaruhi oleh turun dan naiknya pasaran saham'.Maksud beliau, apabila pasaran naik ,ramai orang bergembira dan apabila pasaran turun,ramai pula yang dukacita.Akhirnya,selepas dikaji dan diteliti,sebenarnya Teknik Mengawal Emosi adalah antara teknik penting yang perlu di'combine'kan dengan Teknik Teknikal-(ZAM-ZAM CROSS) dan juga Teknik Fundamental -Zamsaham. Teknik 3 Serangkai zamsaham: Teknik Emosi + Teknik Teknikal + Teknik Fundamental Mungkin ada yang sudah tahu teknik teknikal adalah suatu teknik yang mengkaji 'human behaviour' terhadap kesan turun dan naiknya pasaran saham.Tetapi,yang saya ingin ulaskan disini,ramai pelabur yang kurang memahami asas sebenar pembentukkan teknikal itu sendiri. Sifat Semulajadi Manusia Bersikap,tamak,pemarah,panik,cemburu,kelam-kabut,terlalu ghairah,penakut,terlalu yakin adalah diantara sifat semulajadi manusia.Kerana sifat semulajadi inilah saham itu menjadi turun -naik.Dengan memahami kelemahan sifat semulajadi manusia ini,spekulator atau sindiket pasaran saham mengambil kesempatan untuk memanipulasi pergerakkan saham dan memperdaya ramai pelabur runcit.. Untuk pengetahuan semua, berdasarkan statistik 90% pelabur saham rugi,manakal hanya 10% sahaja yang untung! Kenapa ramai yang rugi ?...bukan disebabkan tiada teknik atau strategi,tetapi disebabkan kegagalan mengawal EMOSI! Siapakah 90% yang selalu rugi ? Jawapannya:Pelabur Runcit yang dipermainkan emosinya! Siapakah 10% yang selalu untung ? Jawapannya:Pelabur Bijak/Spekulator/Sendiket yang memainkan emosi pelabur Runcit! Carta diatas saya gambarkan sebagai emosi seorang pelabur. Pada ketika A: Harga 10sen-Pelabur bersikap begitu negatif tentang pasaran saham.Harganya murah,tambahan lagi semua orang mengatakan bukan masa membeli saham ini kerana berdasarkan kajian fundamental ,syarikat didapati mengalami rugi.Ada pula yang menyatakan saham syarikat ini tidak guna, kawan yang beli saham ini dah rugi banyak dan sebagainya.Boleh dikatakan emosi pelabur ketika ini 100% negatif akan pasaran saham.Sehinggakan ada yang menyatakan hanya orang gila sahaja akan melabur ketika ini! Contoh,Saham Mithril,Connect,Linear,Jetson,Jerneh,Redtone,KNM dan Banyak lagi.Semasa pasaran betul-betul turun bulan 3 2009 harganya hanya beberapa puluh sen sahaja.Ada sesetengah saham tersebut, sekarang sudah naik melebihi 2000% seperti Jetson-Wa. EMOSI pelabur:100% negatif Harga 30sen:Kebanyakkan pelabur masih lagi was-was akan kenaikkan ini.Ada yang menyatakan 'kepada sesiapa yang ada saham ini,baik segera jual'.Tetapi hakikatnya,penurunan ini hanyalah sebagai peluang kepada insider atau sendiket pasaran untuk menambahkan pegangan saham mereka.(Saham ini sudah bertahun dikumpulkan semasa harga rendah,dan sendiket tahu,tidak ramai orang yang akan jual saham ini ketika mereka hendak push) EMOSI:WAS-WAS akan kenaikan harga saham.Hanya melihat dan tidak percaya harga akan naik lagi. Harga 60sen:Ketika harga sudah mula naik 60sen barulah keyakinan pelabur ada.Itupun,setelah menyesal kerana tidak masuk awal-awal.Seringkali pelabur menyatakan 'alah...sayang betullah...kenapa tak masuk harga 30 sen tadi,kan bagus beli .ah baik aku beli sekarang ..nak naik lagi tu rasanya' (ada diantara pelabur yang mengira keuntungan kalau masuk harga 30sen tadi)......inilah antara kata2 pelabur runcit yang ada di pasaran sekarang,mereka bertambah yakin apabila ada dengar tips tentang target harga saham tersebut atau pun maklumat dari suratkhabar menyatakan syarikat mendapat projek atau sebagainya....walhal,mereka lupa berita tersebut dimanipulasi oleh 'sesetengah' pihak untuk memerangkap pelabur. EMOSI Pelabur:Sudah mula membuat pembelian dalam kuantiti 50% dari modal yang ada.Tak mahu tamak katanya.Yakin+sedikit curiga. Bersambung dan saya akan habiskan dengan teknik mengawal emosi yang mudah tetapi berkesan.

0 comments: