APA YANG BERLAKU PADA PASARAN SAHAM TAHUN 1993?

  1. Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada tahun 1993 adalah satu kenangan manis bagi semua pelabur saham.Pasaran Saham kita adalah yang terbesar di rantau ini dan menjadi 'darling' oleh banyak pelabur tempatan mahupun pelabur asing.
  2. Pasaran yang bergerak pantas dengan jumlah dagangan yang begitu hebat menjadikan modal pasaran BSKL ketika itu adalah yang kedua terbesar selepas Hongkong(ex- Japan).Bayangkan,pasaran saham yang canggih seperti Taiwan dan Korea pun duduk dibelakang BSKL.
  3. Pada kemuncak 1993 nilai BSKL adalah 3.5 kali lebih tinggi dari saiz ekonomi sebenar Malaysia.Orang ramai,tidak kira yang berjawatan besar seperti menteri-menteri,bos-bos,pemandu teksi sehinggakan pekerja parking kereta membicarakan tentang saham apa yang akan naik.Tiada istilah saham hendak turun.Keuntungan dalam beberapa hari sahaja mampu menjadikan nilai duit anda sehingga 100%.Suatu yang diluar jangkaan kita pada masa ini.
  4. Melalui laporan,antara punca kenaikan mendadak ini disebabkan oleh banyaknya syarikat yang menjana keuntungan,Pelabur asing yang masuk secara beramai-ramai.Antara sebab kedatangan mereka adalah kita mempunyai tenaga buruh yang murah tetapi bijak dan terpelajar.Insfrakstruktur jalanraya,pengangkutan juga baik.Ditambahkan lagi dengan keadaan politik yang stabil dan dasar terbuka kerajaan kepada pelaburan asing.Perkara-perkara ini membuatkan pasaran meluap-luap naik.
  5. Bank-bank menerima saham untuk dijadikan cagaran dalam pinjaman.
  6. Semua orang bercerita akan kerjaya broker saham.Komisyen sesetengah remisier ketika zaman puncak mencecah RM250 ribu sebulan dan ini tidak termasuk keuntungan dari permainan kontra.Ramai juga yang menjadi jutawan saham. Ada segelintir yang bijak membeli asset seperti tanah ladang sawit,pembelian rumah kedai dan membuka perniagaan.Tetapi,ada juga keuntungan bertukar menjadi kerugian selang beberapa tahun kemudian.
  7. Itulah sebahagian senario pemain saham pada zaman kegemilangan pasca Bursa Malaysia.

Adakah pasaran malaysia setelah hampir 15 tahun akan mengecapi zaman kegemilangan tahun 1993?Adakah akan ada jutawan saham dalam sekelip mata?Adakah akan ada pelabur yang berterusan mengaut keuntungan dalam pelaburan?Adakah kegawatan/kerugian dalam pelaburan saham berulang?....semuanya akan terjawab dalam masa beberapa tahun yang akan mendatang.

Sekian,

ZAMSAHAM March 2010

3 comments:

ORITE LAH MACAM TU...ADA LAH PELUANG RASA ZAMAN KEGEMILANGAN SAHAM KALAU MARKET BERTERUSAN NAIK..

yem
March 26, 2010 at 5:09 PM comment-delete

Alhamdulillah;Datang sini selepas kelas Zamsaham 9/1/2021

- Jempol💪🏻

January 9, 2021 at 8:22 PM comment-delete

Sejarah..

January 13, 2021 at 4:11 PM comment-delete