IPO Bumi Armada atau Old Town?
Kali saya hendak berkongsi 2 syarikat yang bakal disenaraikan di Bursa Malaysia dalam masa terdekat( kurang 3 bulan dari sekarang).Company yang dimaksudkan adalah BUMI ARMADA BHD dan juga OLD TOWN BHD.Berikut coretannya:-
- BUMI ARMADA BERHAD merupakan syarikat perkapalan yang menjalankan perniagaan berkaitan minyak dan gas. Memiliki beberapa kapal yang dilengkapi dengan teknologi canggih untuk kerja-kerja seperti penyimpanan bekalan, penghantaran dan pemasangan. Memiliki kepakaran tinggi dalam teknologi kejuruteraan dan pemprosesan minyak dan gas melalui Bumi Armada Engineering (BAE).
- Walaupun beribu pejabat di Kuala Lumpur,syarikat ini juga menjalankan operasi di Afrika (@ pengakalan di Nigeria), Turkmenistan (pangkalan di Laut Caspian) dan Mexico (1 pangkalan). Juga beroperasi melangkaui 11 buah negara.
- Pemiliknya merupakan ‘tycoon’ dan juga di kedudukan No. 2 orang paling kaya Malaysia. Seorang yang ‘low’ profile dan memiliki MAXIS, Astro All Asia Network, Tanjong dan Measat Global. Memiliki syarikat telekomunikasi dan media di India dan Indonesia.Billionair India, Kalanithi Maran merupakan rakan kongsinya dalam industri radio dan televisyen.
- Dahulu Bumi Armada sudah disenaraikan dan diprivatekan semula pada tahun 2003.Selepas itu,beliau rancang nak senaraikan semula pada tahun 2008.Tetapi terpaksa ditunda kerana 'stock market crash'!..ini yang kita dok kena kaji apa rationalnya senarai,pastu take private...then senaraikan semula.
- Saya 'berprasangka' orang yang low profile ini biasanya merupakan orang yang memegang 'kunci' untuk seseorang.Bahasa lainnya adalah menjadi 'proxy' kepada orang lain yang tidak mahu identiti pemilik sebenar dalam sebuah entiti perniagaan.Yelah,kalau terlalu menonjol,tersalah cakap nanti boleh 'kantul'..Wallhualam!
- Berbalik cerita saham Bumi Armada,menurut sumber yang boleh dipercayai, Jumlah saham yang ada termasuk Saham Terbitan Baru (IPO) ialah sebanyak 644.3 juta dan untuk tawaran kepada umum sebanyak 234.3 juta unit saham dengan nilai par 20sen.Harga indikatif untuk pelabur institusi dan runcit bakal diketahui dalam bulan 5 ini.
- Saham Bumi Armada bakal disenaraikan dipapan pertama Bursa Malaysia.Bila sebut papan pertama,company ini mesti untung juta2 dan mempunyai track rekod perniagaan yang panjang.
- OLD TOWN BERHAD merupakan pengendali rangkaian kafe Old Town White Coffee dan pengeluar produk minuman segera. Secara keseluruhannya, syarikat ini memiliki 1,348 outlet runcit seluruh Malaysia, 550 outlet runcit di Singapura dan 2,100 outlet runcit di Hong Kong. Melebarkan sayap ke negara-negara Barat sepeti United States, United Kingdom dan juga ke Taiwan dan Indonesia dengan mengeksport serbuk kopi di bawah jenama ‘Nanyang’.
- Goh Ching Mun dan Tan Say Yap merupakan individu yang bertanggungjawab memperkenalkan jenama ini. Dilaporkan bahawa pemilik Old Town Berhad bercadang untuk menawarkan 59.5 juta unit saham baru dengan harga RM1 seunit dan untuk tawaran jualan sebanyak 30 juta unit. Untuk itu, syarikat ini akan menawarkan tambahan 10 juta saham baru untuk milikan awam, 12 juta unit untuk para pelabur dan 32.5 juta unit khas untuk pelabur Bumiputera.
- Saya tengok,syarikat milik bangsa lain boleh disenaraikan walaupun meniaga 'kedai kopi'.Bila lagi kedai kopi atau yang setaraf dengannya hendak senarai di Bursa Malaysia.Harapan hendak juga lihat company yang kecil-kecil tetapi berpotensi besar seperti PAKCU JAMBU 916,OTAK-OTAK JB,NORAINI's COOKIES,KICAP KIPAS UDANG,Perniagaan DODOL,CENDOL,KETUPAT,NASI LEMAK even termasuklah karipap dan sebagainya supaya ada tersenarai di Bursa Malaysia.
- Kita sebenarnya sudah mampu,cuma mungkin perlu ditambahkan sedikit keberanian.Ini mengambil contoh, pada bulan lepas semasa saya berceramah di PWTC,kebetulan masa itu diatas meja ada disediakan gula-gula.Saya menyuruh semua peserta untuk membuka sampul gula-gula tersebut...dan,didapati company yang mengeluarkan gula-gula tersebut tersenarai di papan pertama BURSA MALAYSIA dengan modal pasaran sebanyak RM30 juta! company gula-gula tersebut adalah KHEESAN BHD.
- Bukan berniaga gula-gula sahaja tersenarai,banyak lagi yang mungkin kita sangka remeh tetapi mempunyai modal pasaran yang berjuta-juta.Ini termasuklah berniaga screw dan bolt nut -CHINWELL bhd!
- Apapun berbalik kepada saham terbitan awalan 'KOPI PUTIH BANDAR LAMA-OLD TOWN WHITE COFFEE BHD.Saya nampak ianya berpotensi jauh seperti rakannya POWER ROOT Tongkat ALi.
- Akhir sekali,semoga anda dapat memilih 'Saham Terbitan Awalan (IPO)' yang terbaik dengan TIMING yang terbaik!
Presiden Persatuan Pelabur Strategik Melayu M'sia
# Dengar cerita,permohonan peruntukkan Khas Bumi untuk saham MSM bhd-Felda,lebih kurang hebat macam saham Petronas Chemical.cuma bezanya Petchem offer 920juta,MSM cuma 85juta.So,fikir-fikirlah ....yang dapat pasti bertuah!
5 comments:
Saya jadi org paling gembira kalau ada kaunter saham dgn nama 'JAMBU',KETUPAT','NASI LEMAK' dll...doakan same2...yeah...
haha.. ketupat berhad
tak pun ketupat raya berhad.. gempak nama tu!
Kalau ikut ranking.. Kaum yang kaya pertama - cina
no 2 india.. kita org melayu dah jatuh no 3!!!
itu pun mic dan mca nak bising!!!
celaka betulllah!!
silap kita tukar nama Tanah Melayu kepada Malaysia!!!
kalau tak tukar barula cina dan india tahu ini tanah melayu punya.. jgn banyak2 bising..
OLD TOWN IPO saya percaya Sentimen + Fair Value adalah dalam RM2.50..
saya mesti pilih Bumi Armada bro..
Post a Comment