PART 2-FAIR VALUE vs SENTIMEN VALUE (Saham FELDA-Malaysia Sugar Manufacturing Bhd)

Keratan diatas menceritakan hal berkaitan IPO terbaru yang bakal diapungkan di Bursa Malaysia pada akhir bulan ini.MSM berhad,sebuah anak syarikat Felda yang terlibat dalam perniagaan memproses dan mengedar Gula Pasir dengan menguasai hampir 70% pasaran gula Malaysia.
  1. Sebelum ini,saya ada kongsi cerita berkenaan saham Felda .Tamat sudah permohonan khas bumiputera MITI.Ramai pemohon individu yang berjaya dapat 17300 unit dengan harga tawaran RM3.50.
  2. Sekarang sudah ada beberapa analyst yang keluarkan Fair Value atau 'nilai tara' MSM bhd Purata harga Fair Value yang dikeluarkan oleh beberapa Investment bank adalah diantara RM3.80-RM4.50.
  3. Bagaimana pula dengan sentimen value? Rata-rata pelabur institusi nampaknya bid pada harga RM3.50,dan ini menunjukkan pelabur institusi mempunyai pandangan yang positif akan MSM Bhd.Mereka-Fund Manager takut tak dapat saham jika 'Queue' rendah-rendah,yang seterusnya melambangkan keyakinan akan potensi kenaikan saham MSM.
  • Sentimen penyenaraian yang sudah tertunda dari zaman Tun Dr Mahathir juga akan memberikan impak positif kepada saham ini.
  • Sentimen kurangnya saham yang diperuntukkan untuk NON Bumi-iaitu tidak sampai 15juta unit pasti akan memberikan potensi kenaikan MSM pada hari pertama penyenaraiannya pada 28 JUN 2011 ini.Almaklumlah,mereka -pelabur cina mempunyai banyak duit,tetapi permohanan untuk dapatkan saham melalui balloting tidak dapat banyak,jadi mereka dijangka akan membuat pembelian pada hari pertama listing MSM.
Kesimpulannya: Based on face value,saham MSM adalah dalam jajaran atas RM4.00 dan jika ditambahkan dengan sentimen value,saya secara peribadi percaya harganya mampu melepasi RM5.00.(InsyaAllah..Amin!) lagipun,saya mempunyai 'sejumlah' saham MSM ini.So,memang harap harganya naik lah...haha3
  1. Berita baik kepada Fan zamsaham: saya akan buat "KUIZ TEKA HARGA BUKA MSM" dalam masa terdekat.Jika hadiah pada "teka harga Petronas Chemical Bhd" ialah Handphone Samsung,kali ini kita lihat apa pula hadiahnya...
Sekian. Zamsaham # baru pulang dari 'cuti-cuti Malaysia di Cameron Highland dan Langkawi.Walaupun,dah banyak penerokaan kawasan,tetapi tempat ini memang best.. #Sayang, MHB dulu jual awal..kalau tak jual pasti dah tersenyum riang...haha3

11 comments:

Lama dah nak tendang tokey gula nie dari Perlis...akhirnya berjaya juga!

#beli dari robert kuok pada 1.25billion..-cash keluar dari FELDA
#TETAPI: dapat semula cash dengan listingnya MSM..

Akhirnya:dapat balik cash 1.25billion dan ada kuasa dalam pengurusan hartanah dan Asset milikan Robert Kuok

June 16, 2011 at 11:11 AM comment-delete

jangan jadi macam UOA sudah lah...

Anonymous
June 16, 2011 at 5:18 PM comment-delete

xjadi macam UOA harap2...

Anonymous
June 17, 2011 at 9:47 AM comment-delete

Betul tuh...jangan jadi cam XOX ngan OUA sudah.

June 19, 2011 at 9:19 AM comment-delete

kebarangkalian untuk jadi macam XOX dan UOA mungkin tidaklah tinggi mana..

June 21, 2011 at 9:52 AM comment-delete

XOX- memang nak trap pelabur runcit..selepas dapat cash dari pelabur mereka umumkan company loss..ini mungkin strategy untuk dapatkan saham semula pada harga murah...

jual kat public 80sen dan director buy back pada harga bawah 50sen!!

June 21, 2011 at 9:54 AM comment-delete

ada beberapa sebab UOA tak berapa cun masa opening
1)share offer for sale banyak tak silap lebih 100juta!
2)Oversubribed dari public cuma 3 kali
3) harga indikatif UOA RM2.90 diturunkan kepada RM2.60.Ini petanda jelas share UOA kurang tarikan untuk menyerlah masa listing..

4)Timing- Timing penyenaraian IPO mesti kena cantik..kebetulan masa listing, US market dan Bursa tak berapa cantik

Apapun,price mungkin akan dapat support pada RM2.30.Ini dan akan berlegar di paras untuk sementara waktu sehingga margin call habis..

Sekian,pandangan saya.

June 21, 2011 at 10:01 AM comment-delete

Nantikan Peraduan TEKA BUKA HARGA MSM tak lama lagi..

June 21, 2011 at 10:01 AM comment-delete

TK atas semua pandangan. Nak tanya sket... ada tak lagi sykt GLC nak senarai lagi pas ni?

June 25, 2011 at 9:38 AM comment-delete

Dengarnya Gas Malaysia...Petronas Carigali pun mungkin boleh jadi..
hahah,timing kena cantik main IPO nie..

June 28, 2011 at 12:29 AM comment-delete

Nampaknya highest hari pertama MSM pembukaan MSM 4.98...tahniah!

Anonymous
June 28, 2011 at 6:07 PM comment-delete