SAHAM IPO: INARI LISTING ESOK 19 JULY 2O11

Semenjak-dua ini banyak IPO yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia.Ada yang turun semasa hari penyenaraiannya seperti XOX bhd dan ada juga yang naik -Meletop! seperti MSM Berhad.
Esok akan terdapat satu lagi company yang akan masuk ke Bursa Malaysia,INARI Berhad.Berikut adalah coretan tentang INARI berhad ini.
  1. Anak Syarikat Insas Berhad-Antara company yang paling lama tersenarai di Bursa Malaysia semenjak tahun 1969.Insas merupakan konglomerat yang businessnya ada bermacam-macam jenis.Dari bidang hartanah,Franchais makanan-DOME Cafe,Pakaian berjenama dan termasuklah syarikat kereta sewa Pasific Rent A Car.Insas juga merupakan pemegang saham terbesar dalam syarikat Broker saham -M& A Securities Sdn Bhd.
  2. INARI Bhd yang ditubuhkan pada tahun 2006 merupakan syarikat yang terlibat dalam bidang "wireless semiconductor'' dan 95% production syarikat adalah untuk AVAGO Berhad.
  3. AVAGO merupakan strategic investor dan tersenarai di NASDAQ dengan harga sekarang berada dalam jajaran USD33-USD37 seunit.
  4. Inari Berhad mempunyai pekerja seramai 1500 orang yang mana ini menunjukkan INARI berhad betul-betul menjalankan perniagaannya.Tidak seperti syarikat ACE Market yang lain.Lagipun,baru-baru ini Inari dalam proses membina kilang baru di Penang bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat dari AVAGO.
  5. Harga indikatif tawaran adalah 36sen,tetapi dinaikkan kepada 38sen.Dengan trend pasaran yang dalam proses 'consolidation' ini,saya percaya harga INARI masih mampu bertahan atas 38sen.Ini berlandaskan kepada fundamental company yang menyakinkan dan berpotensi permintaan kepada'wireless semiconductor' yang semakin meningkat naik!.
Apapun,kita lihat berapa harga saham INARI akan buka di Bursa Malaysia esok...
Sekian..
Zamsaham.
#Semoga harganya tidak jadi macam OLD town dan pastinya lebih baik dari XOX bhd! haha3

6 comments:

Di harap INARI dapat mengikut jejak langkah rakannya dalam ACE market, IJACOBS yang meletop pembukaan nya pada hari pertama...

GOOD LUCK INARI

July 18, 2011 at 6:12 PM comment-delete

inari sy rasa lain dari kaunter2 ace market sebelum ni.
tgok company profile nie betul2 buat bisnez.ada supply barang ka luar negara.
price buka still mantain atas 0.41 walaupon market tgh tak cantik.

Rahim Marrzuki
July 19, 2011 at 9:59 AM comment-delete

ada apply IPO Inari .cuma dapat 2000unit je. harap2 naik la saham inari ni.

Pian
July 19, 2011 at 10:00 AM comment-delete

wa pon dpt inari jgk.aply 10lot api dp 3lot je.ok la dari xdpt.

rock kapak
July 19, 2011 at 10:05 AM comment-delete

This information is invaluable. When can I find out more?
My website: GFI Norte

Anonymous
December 28, 2012 at 9:58 AM comment-delete

With Car Rental 8 you can discover the most affordable rental cars from over 50000 international locations.

January 17, 2017 at 1:27 AM comment-delete