Baki terakhir Fasa Ke 3 Ramadhan dan Selamat Hari Raya 2011!

Assalamualaikum... Hari ini adalah hari ke 26 kita berpuasa di bulan Ramadhan.Hari lain pun ada juga kita berpuasa,cuma puasa sunat.Yang kali ini puasa Wajib! Sekadar nak kongsi pengalaman cetek saya dalam bidang agama ini;
  1. Alhamdullilah syukur ke Hadrat Allah SWT,Inilah pertama kali setelah hampir 15 Tahun saya tidak buat Qiamulail di Masjid.Terasa diri ini kerdil dan perlukan bantuan Allah SWT untuk dibimbing ke jalan yang Lurus.Jalan Yang Diredhai Olehnya.Terima kasih seikhlasnya kepada Saudara Hafidz yang tidak jemu-jemu mengingatkan dan memberi semangat untuk saya rebut peluang 'Pahala' yang dikhaskan untuk bulan Ramadhan.
  2. Saja ingin kongsikan pesanan seorang ustadz yang pernah menegur masa belajar dekat U dulu.."macam mana degil pun awak Norizam,jangan lah lupa sembahyang ..sembahyanglah walau hanya sekali..buat sikit-sikit..lama-lama kecintaan itu datang dengan sendirinya" .
  3. Berbalik cerita bulan puasa,masa awal bulan itu hari orang punyalah ramai solat Sunat Terawih.Tetapi,kalau anda pergi ke Masjid dalam baki Ramadhan ini,jumlahnya amatlah kurang.Walhal,sepatutnya saya dan tuan-tuan menguatkan semangat dan anggota badan ke Masjid.Kerana mungkin ini adalah peluang kita merebut sebanyak mungkin pahala yang ada.Yelah,takut2 mungkin inilah Ramdahan terakhir kita!
  4. Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma,adalah hari untuk kita raikan sebagai menyambut kemenangan dalam kita mengawal nafsu dan membuat amal kebajikan di Bulan Ramadhan.(Oleh,itu saya tidak dikira "pemenang" untuk berhari-raya jika saya tidak dapat mengawal nafsu dan kurang membuat amal kebajikan).
  5. Sebelum itu,saya pun pelik tengok orang yang beriya-riya berpuasa tetapi dalam masa yang sama tidak pergi sembanyang.Bukan nak kata saya bagus sangat.Yelah,bila ditanya berapa hari tak puasa..jawabnya penuh!..tetapi bila tanya pasal solat..rupanya dan sebulan tak solat...Solat SUBUH dah bertahun tak buat!..Jadi apa maksudnya puasa ini??!!Saya pernah dengar satu ustadz yang bagitau, kita puasa ibarat kita buat bumbung rumah..dan TIANGnya datang dari SOLAT.Jadi cuba kita fikirkan,bagaimana kita nak letakkan bumbung jika tiada tiang rumah?!!!..
  6. Jadi saya nampak puasa sekarang sudah jadi macam budaya sahaja dan takut malu dilihat makan depan orang ramai jika tidak berpuasa.(lebih respect orang yang SOLAT walaupun tak PUASA..)
  7. Apapun, yang penting hari ini,saya akan berbuka puasa dengan jiran dan ahli keluarga saya dan mertua saya.Lepas solat semua..ingat nak bakar mercun DAS baik punya...haha3
Last sekali...ucapan ikhlas seikhlas-ikhlasnya kepada semua yang suka atau buat-buat suka Blog saya."SELAMAT HARI RAYA dan Seikhlas-ikhlasnya...Maafkanlah saya ZAHIR dan BATIN.Almaklumlah,saya pastinya tidak terlepas dari membuat kesilapan...Semoga kehidupan ini diberkati dan dilimpahi kebahgiaan sehingga akhir hayat ini.AMIN ya Rabbal Alamin..
Sekian.. Selamat berhari raya dan selamat Bergaya!!
ZAMSAHAM .
PALM Villa,Kulaijaya 26 Ramadhan tahun Masihi 2011.

3 comments:

saya pun minta maaf dan ampun sempena Aidilfitri ini...
SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI

August 26, 2011 at 3:39 PM comment-delete

Selamat hari raya buat buat tuan sekelurga, smoga puasa tahun ini mdapat berkat dan rahmat dari Allah SWT. Tulisan pasal solat dan puasa tu mmg kena pada tmptnya. Pd hemat sy solat perlukan disiplin tinggi, siapa leh buat penuh dan sempurna mmg bole berjaya dunia akhirat... Solat amalan pertama dihitung. Siapa solat penuh biasaya dia pasti akan puasa penuh. Siapa puasa penuh tak semestinya bleh solat penuh...haha. Tulah hebatnya kesan solat... Terima kasih atas nukilan di blog ini, ianya sgt berguna. Mudahan tuan sihat dan boleh tulis blog lagi...

August 26, 2011 at 4:12 PM comment-delete

Salam kemaafan juga daripada saya Izuddin Istakal..

Selamat Hari Raya :)

August 28, 2011 at 3:05 PM comment-delete